Adsense

Jumaat, 12 November 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(GAMBAR) Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Posted: 11 Nov 2010 04:22 AM PST

Alfatihah,

Penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,45, telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang tadi. Arwah Shamrin dilaporkan jatuh sewaktu dia bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

shamrin fotograf meninggal


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu kemudian di bawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Berita kematian ini telah pun disahkan oleh salah seorang anggota Slam iaitu Johan yang telah pun membuat panggilan langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.

Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Shamrin. – isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelancaran Proton Inspira 10 Nov 2010

Posted: 11 Nov 2010 04:17 AM PST

PaulTan.org post mengenai pelancaran Model terbaru proton, iaitu Proton Inspira. Dulu dulu sebelum dapat nama ni ada yang panggil Waja Lancer, Waja Evo, dan ada juga panggil WaLan ha3, macam macam kan.

Untuk yang ingin melihat gambar gambar penuh dari pelbagai sisi Proton Inspira boleh lah rujuk pada link almbum laman web Paultan di bawah. Terdapat juga video rakaman semasa majlis pelancaran tersebut di laman web beliau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat rekabentuknya yang hampir sebijik sama dengan Mitsubishi Lancer dan baca tentang spesifikasi nya juga.

Gambar dari Album Web Paultan, Jom usyar :

  • Album Majlis Pelancaran Inspira Lancer Waja 10 Nov 2010 : [ KLIK SINI ]
  • Album Inspira-Product-Exterior 10 Nov 2010 (luar kereta): [ KLIK SINI ]
  • Album nspira-Product-Interior 10 Nov 2010 (aksesori dalam) : [ KLIK SINI ]
  • Spesifikasi dan Gambar Penuh Majlis Pelancaran : [ KLIK SINI ]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.