Adsense

Jumaat, 12 November 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Shamrin Fotograf Meninggal Dunia akibat Sakit Jantung

Posted: 11 Nov 2010 02:44 PM PST

Shamrin Fotograf telah disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 6.40 petang semalam ketika arwah sedang bermain bola sepak perlawanan persahabatan diantara rakan artis dan MAA Insurance di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Shamrin Fotograf dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru..

Ketika kejadian, Shamrin Fotograf dikatakan mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.. Shamrin Fotograf kemudianya di bawa ke hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.. Tetapi sayangnya, doktor mengesahkan yang Shamrin sudahpun meninggal dunia..

Jenazah Allahyarham Shamrin kemudianya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat. Jenazah akan dikebumikan hari ini sebelum sembahyang jumaat di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor..

MyGosip ingin mencapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham Shamrin, MyGosip berharap isteri Allahyarham yang dikatakan sedang sarat mengandung, bersabar dengan pemergian secara mengejut Allahyarham ni…

Buat semua pembaca MyGosip, sama-sama la kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Shamrin, semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah…..

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Gambar Allahyarham Shamrin dan rakanya diambil beberapa jam sebelum pemergian Allahyarham..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila sedang bergolak

Posted: 11 Nov 2010 06:26 AM PST

Perkahwinan Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani baru berusia sebulan lebih, tetapi dengarnya rumah tangga mereka berdua kini sudah pun bergelora.. ada juga gosip-gosip yang mengatakan Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani tidak lagi tinggal sebumbung apabila Nursuhaila bertindak meninggalkan rumah.. Apa sebab rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila ni bergolak, kami pun tidak tahu..

Jimmy Shanley yang dihubungi oleh Sinar Harian semalam mengakui yang rumah tangga mereka memang sedang bergolak tetapi Jimmy menafikan yang Nursuhaila Eliani bertindak meninggalkan rumah.. Jom kita baca apa kata Jimmy..

"Apa yang boleh saya katakan, setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Bagi saya, itu semua lumrah hidup pasangan yang baru berkahwin. Saya hanya berserah. Itu yang boleh saya katakan buat masa ini. Agak sukar untuk saya ceritakan apa yang berlaku kerana hingga ke hari ini, saya sendiri masih kabur dengan kehidupan baru saya ini."

"Maklum sahaja, baru 41 hari kami melayari bahtera perkahwinan. Inai pun masih merah di jari. Lagipun ini peringkat permulaan untuk mengenali hati budi masing-masing, Cuma saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ini melibatkan keluarga. Berilah masa kepada kami. Yang pasti, saya berada di pihak yang benar. Jika tidak, pasti saya yang keluar dari rumah mentua."

"Apa yang berlaku, saya lalui dengan tenang dan sentiasa senyum. Orang kata diam lebih elok, kan? Jadi itulah yang saya gunakan agar segala-galanya baik-baik sahaja,"

MyGosip harap apa sahaja masaalah yang dihadapi oleh rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani ni dapat diselesaikan dengan baik.. semoga rumah tangga mereka berdua kekal bahagia hendaknya..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.