Utusan Online - Hiburan |
Posted: Cinta Irma, Nabil putus
OYAH masih terkenang beberapa hari sebelum hari raya yang lalu, kemesraan yang terpancar di wajah Irma Hasmi dan Nabil semasa sesi fotografi dengan surat khabar Joyah ini. Tak perlulah Joyah cakap apa yang berlaku kepada pasangan ini. Sama sahaja dengan pasangan lain yang sedang asyik menyulam cinta. Romantis habis lah kata orang. Rupa-rupanya tak kekal lama apabila hubungan yang berlangsung tiga tahun lebih itu dah menemui jalan akhir baru-baru ini. Apa dah jadi? Irma kata putus, Nabil kata tak. Joyah pun naik pening membaca cerita mereka. Tak kisahlah apa pun sebab yang berlaku, memang Joyah cukup kasihan melihat peristiwa sedih yang telah mereka lalui itu. Cinta bagai nak rak, putus tengah jalan juga. Tapi otak Joyah yang ligat berputar ini selalu terfikir, apakah badi yang menimpa Irma sampai dikecewakan begitu sekali. Dulu masa bercinta dengan Farid Kamil pun tak lama juga. Apa malang nasib Irma masih belum berjaya membawa cintanya sampai ke jinjang pelamin. Tak mengapa Irma, nak kahwin pun bukan perkara yang boleh diambil mudah. Biar lambat temu jodoh asalkan orangnya betul. Joyah tak kata Nabil orang tak betul okey! | ||
Posted: Maafkanlah, kasihan ErraSalam sejahtera, selamat berhujung minggu. Terima kasih kerana hari ini anda meluangkan banyak masa dengan kami di Pancaindera. Semoga Ahad ini mendamaikan, beroleh sejahtera dan bahagia buat semua pembaca budiman. Dua perkara besar yang tidak dijangkakan berlaku kepada pelakon Erra Fazira minggu lalu yang sekaligus membuatkan saya agak risau dan berharap agar ia tidak menjadi kenyataan. Entah dari mana, timbul cerita kononnya rumah tangga Ratu Cantik Malaysia itu sedang retak menanti belah. Isu ini membuatkan saya takut mahu memberi komen, harap segalanya hanya cerita dusta. Sungguh, saya semakin gerun dengan satu demi satu perkhabaran kisah cerai-berai artis ni. Dalam senarai saya dan kawan-kawan, ada beberapa pasangan artis yang ketika ini sedang dalam senarai untuk naik ke mahkamah. Ada yang minta saya senaraikan nama, tetapi rasanya lebih baik kalau tunggu saja kes dibicarakan, semua akan tahu juga siapakah yang saya maksudkan. Kita doakan yang terbaik saja kepada mereka. Tentang hal itu, saya petik kata-kata Erra dalam bicara kami petang Selasa lalu. "Tak tahulah macam mana cerita nak bercerai ni timbul. Saya selalu bawa suami ke majlis pun salah, bila tak bawa pun salah. Tak apalah awak, saya sudah lali dengan benda macam ini, saya terima sajalah apa yang orang nak mengata," katanya. Selain kes pergolakan rumah tangga, satu lagi kes agak berat dan boleh buat pening kepala, 'perang' antara Erra dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang secara tiba-tiba meletus. Ceritanya macam ini. Erra telah membuat satu posting ke akaun FB dalam nada gurauan. Antaranya yang ditulis ialah "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar." Lebih kurang macam itulah apa yang dicoret Erra dalam FBnya pada malam final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan minggu lepas. Komen penuh humor Erra tanpa disangka-sangka membuatkan segelintir peminat bolasepak Kelantan beremosi dan membuat serangan balas terhadap Erra di dalam FB itu juga. Macam-macam komen. Bila sudah macam-macam tu, segala jenis bahasa yang molek dan tak molek terus terkeluar dan bertambah panas lagi apabila ada yang minta supaya Erra buat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan. Tidak puas hati lagi, ada pula yang membuka laluan baru di FB bertajuk Mahu Erra Fazira Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan. Tiba-tiba ni, sampai macam tu sekali. Saya percaya, ketika menulis itu, Erra langsung tidak berniat untuk memburukkan sesiapa pun. Jauh sekali untuk 'menghukum' orang Kelantan, ia tidak lebih hanya kata-kata gurauan. Berapa banyak antara kita bergurau perkara yang sama setiap kali bertemu dengan teman-teman dari Kelantan? Di FB saya juga, banyak kawan-kawan yang hantar posting dalam nada gurauan yang sama kerana isu bakar kerusi, bakar stadium ni sudah jadi isu lawak satu Malaysia, satu humor. Tetapi saya faham, oleh kerana Erra Fazira adalah artis, maka sudah tentulah ia menjadi perkara besar kalau dilihat dari sudut yang negatif. Senang cerita, begini sajalah. Erra pun sudah minta maaf. Nada kesalnya berkali-kali ditulis dalam ruangan yang sama. Jadi, pada saya tak perlulah dia sampai nak menghadap akhbar atau stesen tv untuk menyatakan permohonan maaf bagai yang disarankan itu. Itu sudah berlebih-lebih jadinya. Dia menulis kata-kata itu di dalam FB dan beberapa jam selepas itu dia telah meminta maaf dan mengakui kesilapannya yang membuatkan orang tak senang. Sebagai manusia, kita juga membuat salah dan silap yang tidak disengajakan. Kita mungkin anggap okey, tetapi orang lain sebaliknya. Sesungguhnya sukar penuhi hati dan perasaan semua orang, tetapi sekurang-kurangnya Erra sudah meminta maaf. Ingat, bukan semua orang mampu meminta maaf dan mengakui kesilapan. Banyak antara kita yang akan menuding jari, salahkan si polan salahkan orang itu ini, tanpa mahu mengaku sendiri buat silap, jauh sekali meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Tetapi Erra berhati besar kerana dia sanggup mengaku salah dan minta maaf tentang hal itu. Jadi kita anggap saja semuanya sudah selesai ya. Isu ditutup! |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |