Adsense

Sabtu, 6 November 2010

borak kosong

borak kosong


Patung yang membawa keuntungan jika disentuh payudaranya

Posted: 06 Nov 2010 09:20 PM PDT

Sebuah patung yang dibangun sebagai penghormatan bagi percintaan Shirley Valentine di kawasan tempat percutian terkenal kini rosak kerana banyaknya kaum hawa yang menyentuh payudara kanan patung tersebut agar beruntung.

Patung peringatan setinggi manusia yang menggambarkan pasangan pelancong dan nelayan itu diciptakan di resort pantai Makarska di Croatia sebagai penghargaan kepada semua pelancong wanita yang jatuh cinta pada pemuda tempatan.

Di sini ada tradisi bahawa jika anda baru mempunyai hubungan dengan pemuda tempatan dan anda menyentuh payudara kanan patung anda akan beruntung. Kerana selalu disentuh, cat di patung tersebut kini pudar.

Warga tempatan menamai karya seni itu sebagai Tribute to the Unknown Seagull, dari nama pelaut yang mencuba untuk menpunyai hubungan dengan pelancong wanita.

bk-macam orang bermacam pula kepercayaannya..

Pemuda berciuman dengan patung seks depan orangramai

Posted: 06 Nov 2010 08:45 PM PDT

Seorang Pemuda Berciuman Mesra dengan patung seks depan orang ramai Di Taman Guangzhou .

Spot : A man kiss a girl doll, At a park guangzhou, A man kiss a girl doll, So astonish! This doll loos like a hot girl!.

 Bk- pelik semakin pelik...tak dapat dengan manusia dengan patung pun jadi....

Jual orang lagi untung,nenek cuba jual cucu AS$30,000

Posted: 06 Nov 2010 07:36 PM PDT

DAYTONA BEACH (Florida): Seorang nenek dan kekasihnya didakwa cuba menjual cucu lelaki wanita itu dengan harga AS$30,000 (RM96,000).

Ejen Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Florida (FDLE) menahan Patty Bigbee, 45, dan Lawrence Works, 42, semalam selepas ejen itu menyamar untuk membeli bayi lelaki terbabit daripada pasangan berkenaan. Pasangan itu didakwa atas tuduhan cuba menjual bayi secara haram.

Ejen FDLE, Wayne Ivey berkata, siasatan dijalankan pada bulan lalu selepas seorang pemberi maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa seorang wanita cuba menjual bayi. Pada mulanya, Patty mahu menjual cucunya dengan harga AS$75,000 (RM240,000) tetapi menurunkannya kepada RM96,000 selepas sesi tawar-menawar. - myMetro





Ada artis sambut Halloween,apa hukumnya?

Posted: 06 Nov 2010 06:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala 'Genie In The Bottle' dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.

Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe'en iaitu singkatan daripada 'All Hallow's Eve' (malam sebelum hari 'All Hallow').

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o'-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

"Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

"Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

"Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik," katanya.

untuk memperkuatkan lagi hujah saya ambil petikkan daripada http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/11/artis-ini-sambut-halloween-apa-hukumnya.html


[al-Muntalaq] Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints' Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah "trick-or-treating", "ghost tours", "bonfires", "costume parties", "visiting haunted houses", "carving Jack-o'-lanterns", membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

 Mudah-mudahan kiriman ini dapat menjadi panduan dan pengajaran kepada kita semua. Mudah-mudahan kita tidak begitu!

bk-kepada mereka yang tak tahu atau buat-buat tak tahu...bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam bab hukum hakam agama...tanya diri kita agama apakah yang kita anuti?Jangan hanya kerana budaya itu datang dari barat semua itu betul...



Mahasisiwi mati di tusuk sebanyak 20 kali

Posted: 06 Nov 2010 05:00 PM PDT

Memang hidup mati itu  ditangan Tuhan, seseorang tidak akan pernah tahu bila maut akan datang menjemputnya. Seperti yang terjadi terhadap sorang mahasiswi di Wuhan University of Technology, China.

Pada  20 Oktober, Xia Jie, sedang  belajar di tingkat 5 perpustakaan, tempat yang selalu didatanginya ketika ujian hampir tiba .Pada pagi hari saat gadis malang ini sedang belajar, tiba-tiba dirinya diserang oleh pegawai perpustakaan yang di katakan menderita penyakit jiwa.

Yang menghairankan petugas perpustakaan tersebut sudah bekerja disana selama 10 tahun dan pihak sekolah mengatakan kalau mereka selalu melakukan medical check-up setiap tahun. Jika benar demikian, kenapa tidak diketahui kalau petugas ini menderita penyakit jiwa?

Apapun penyebabnya, gadis malang ini ditusuk 20 tusukan dan mati ditempat kejadian.

Foto-foto dibawah ini memperlihatkan darah berceceran di kuris, buku, lantai, dan kaca perpustakaan.







Begini cara guru-guru di China mengelak murid meniru

Posted: 06 Nov 2010 11:01 AM PDT

Begini cara guru-guru di China mengelak murid meniru..



Proses Memilih Pramugari Pesawat Yang Cantik Dan Seksi

Posted: 06 Nov 2010 10:42 AM PDT

Bukan senang menjadi pramugari...
Berbagai proses saringan dan kesihatan dilakukan



















Pelawak mati yang di sangka melawak

Posted: 06 Nov 2010 09:30 AM PDT

Pada 15 April 1984, dia melawak pada acara LWT Live From Her Majesty's di teater Her Majesty's di London. Pada pertengahan pertunjukkan, ketika dia dan pembantunya berusaha memakaikan Cooper baju, dia  pengsan. Ironisnya, para penonton di teater tersebut, dan juga pembantunya, tertawa melihat kejadian tersebut kerana menyangka Cooper sedang bergurau. Namun setelah beberapa minit tidak bergerak, Jimmy Tarbucks pengacara dan beberapa orang lainnya membawanya ke belakang pentas dan berusaha memberinya pertolongan.

Ketika pertolongan tersebut gagal, Cooper akhirnya dibawa ke hospital terdekat. Cooper  meninggal dunia ketika dalam perjalanan kerana serangan jantung dan penyakit yang dideritanya kerana selalu meminum minuman keras. Cooper meninggalkan seorang isteri Gwen dan dua anak Thomas dan Vicky, dan juga seorang cucu bernama Tam. Thomas, seperti Tommy adalah seorang yang ketagihan alkohol. Empat tahun kemudian Thomas meninggal dunia setelah ia mengalami hemofilia.




Gambar seorang gadis membunuh anak itik dengan kakinya

Posted: 06 Nov 2010 08:30 AM PDT

Inilah kekejaman seorang gadis yang membunuh anak itik
dengan kakinya...



masih boleh senym lagi....


Salah satu sebab parabola di haramkan

Posted: 06 Nov 2010 07:33 AM PDT

Jika atenna parabola boleh digunakan ,aku rasa semakinteruk rakyat kita
kenapa? Dengan parabola bermacam-macam siaran tv dari pelbagai negara dapat di
lihat.Contohnya di Jerman ada satu araca kuiz yang hanya disiarkan
pada waktu tengah malam.Macam mana kuiz tersebut...
Cuba lihat gambar....


bayangkan  rancangan begini jika dapat diikuti di negara
kita....


Video pertama yang di tayangkan di You Tube

Posted: 06 Nov 2010 06:00 AM PDT

Siapa yang tak kenal You Tube?? Rasanya semua pengguna internet sudah tau You Tube. tapi tak video apa yang pertama kali di upload di youtube?? Judulnya "me at the zoo" di Upload oleh Jawed Karim merupakan salah satu penemu youtube. video ini di upload pada 23 April 2005, dengan durasi 19 saat. ini videonya...



Tshirts ada kamera

Posted: 06 Nov 2010 05:00 AM PDT

Baju yang ada kamera untuk merakam sebuah kekejadian telah dijual untuk umum. Baju bernama Electronic Spy Camera Shirt (ESCS) ini memiliki kamera yang bisa mengambil foto sebanyak 150 buah dengan resolusi 640480.

Lensanya sendiri terletak tepat di gambar sebuah kamera di tshirts sehingga hampir tidak terlihat secara mata kasar.

Untuk mengambil foto, ada sebuah trigger (tombol) yang tersambung dengan kabel yang boleh diletakkan di dalam poket seluar. Tombol tersebut juga tidak mengeluarkan suara tetapi akan bergetar bila mengklik tombolnya untuk menandakan bahawa foto sudah diambil.

ESCS menggunakan tiga buah bateri tiga AAA dan semua hasil foto boleh ditransfer ke komputer melalui kabel USB dan kompatibel dengan operating system (OS) Mac, Linux, dan Windows. ESCS dijual dengan harga US$ 39,99.

Salah orang buat bergurau

Posted: 06 Nov 2010 04:30 AM PDT

Kuasa Tuhan ayam sekecil ini selamat dalam letupan Gunung Merapi

Posted: 06 Nov 2010 03:00 AM PDT

Saksikan ayam yang sekecil ini terselamat ketika letupan 
gunung Merapi...itulah kuasa Tuhan....
Begitu dahsyat ujian yang menimpa saudara-saudara kita
di sana...Bersyukur atas nikmat yang Tuhan berikan kepada kita...








Kadang -kadang wanita itu sendiri yang menjatuhkan martabatnya

Posted: 06 Nov 2010 02:30 AM PDT

Bukan nak mengata atau mengumpat tetapi realiti kehidupan
masa kini....wanita itu sendiri yang menjatuhkan martabatnya...
Kenapa? Lihat sahaja gambar di bawah ini...


Tidak menghargai keindahan tubuhnya..
Bila berlaku sesuatu yang tidak di ingini siapa yang harus di
persalahkan ?


Ada juga manusia bodoh anggap google sebagai tuhan

Posted: 06 Nov 2010 01:30 AM PDT

Hanya kerana di google dapat mencari pelbagai maklumat
ada juga manusia yang mengakui google itu tuhan dan
mereka ini membuat satu group di Facebook



begitu lemahnya pemikiran manusia yang
diberikan akal dan fikiran....


'Mayat' tiba-tiba hidup ketika dipotong

Posted: 06 Nov 2010 12:03 AM PDT

Carlos Camejo (33), dikatakan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan di jalan raya. Dia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk di bedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka poting itu berdarah, dan  mereka menyedari  bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. "Saya bangun kerana sakitnya bukan main," kata Camejo, seperti dilaporkan sebuah akhbar temapatan El Universal.

Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat  untuk tujuan mengecam tmayat suaminya ikut terkejut kerana menemukan suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Sehingga kini Carlos Camejo memiliki bekas potongan di wajahnya dan menyimpan dokumen bedah siasatnya.



Ikan ni tak berenang tapi berjalan

Posted: 05 Nov 2010 11:25 PM PDT

Inilah Ikan yang yang unik dan aneh, dia tidak berenang seperti ikan-ikan lain, ikan yang memiliki dua tangan dan berjalan seperti makhluk didaratan, ikan aneh  sebesar 4inch atau sama dengan 10cm.