Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Artis berparti Halloween
- Premis tanpa papan tanda
- Gadis domestik antarabangsa
- Dadah: Aktor kena cekup
- Masalah seumur hidup
- Lady Gaga, ibu kongsi cita rasa
- Maya tolak persepsi 'Janda panas'
- Penjejak alam ghaib
- Kenduri kahwin semakin mahal
- Kini giliran David dan Idham ‘selar’ Puad Onah?
- Alor Setar masih dilanda banjir
- 9 tahun sebelum daftar haji kedua
- Lemas selepas selamatkan isteri
- Padah ganggu adik perempuan
- Kiki segan kahwin kali ketiga
- Kembara bersama artis indie
- Lawak tidak cukup buat Irma
- Tasha hilang rasa takut
- Miley mahu 'panas'
- Vokal klasik Shanon
- Kalendar cinta Fizo
- Wonder Girls terbukti seksi
- Merapi meletus lagi pagi semalam
- Gesel payudara pada jurugambar
- Erma pening pilih pendamping Fedi Nuril
Posted: 06 Nov 2010 06:53 PM PDT BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat. KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai. Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:52 PM PDT TAHAN... antara gay yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti songsang di dua premis. MELAKA: Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar yang menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin. Serbuan bermula kira-kira jam 9 malam itu dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.
Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat daripada keluarga pelajar sebuah IPT di negeri ini apabila mendakwa anak lelakinya berubah perangai hingga pelajarannya turut merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan.
| ||
Posted: 06 Nov 2010 06:49 PM PDT SEKILAS pandang, imej dan personaliti yang diperdagangkan bintang jelita, Mizz Nina tidak lari daripada pesona antarabangsa. Malah, pernah sekali kehadirannya disangka bukan anak tempatan. Namun tatkala si empunya nama sebenar, Shazrina Azman ini disarungkan baju kurung, solekan klasik lengkap dengan rambut bersanggul kemas, refleksi kemelayuan padanya terserlah. Sampuk gadis metropolitan berusia 30 tahun ini mencelah perbualan pendandan wajah, Bosco dan pereka busana petang itu, Wanpa di Restoran Istana Bambu jauh di hujung kota, Mizz Nina tidak henti-henti memuji sisi Melayunya. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafetamin. Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang, di sini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:47 PM PDT JANGAN BIARKAN... kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga mencederakan diri sendiri. "SUDAH baik, jadi buat apa terus makan ubat? Kalau terus ambil ubat, nanti ketagihan pula." Ini antara kata-kata yang kerap diterima pakar psikiatri apabila bertanya mengapa pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan, menghentikan pengambilan ubat tanpa berbincang dengan doktor. Mungkin pesakit dan ahli keluarga tidak sedar, masalah kesihatan mental adalah masalah sepanjang hayat kerana ia boleh berulang pada bila-bila masa jika pesakit mengambil keputusan sendiri untuk memberhentikan rawatan.
Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Maniam Thambu, pandangan negatif dan prejudis masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan mental, termasuk kemurungan, menjadi benteng penghalang yang membuatkan ramai terus berada dalam derita walaupun rawatan berkesan boleh diperoleh pada bila-bila masa di kebanyakan hospital dan klinik.
Rawatan
| ||
Lady Gaga, ibu kongsi cita rasa Posted: 06 Nov 2010 06:43 PM PDT GAGA (kiri) dan Cynthia bagai berkongsi cita rasa. LONDON: Lady Gaga dan ibunya, Cynthia Germanotta bagaikan berkongsi cita rasa dalam berfesyen ketika ditemui di London, kelmarin. Penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat meninggalkan hotel dengan kot panjang dipadan dengan kaca mata ala 70-an yang menjadi kegemaran penyanyi Elton John. Cynthia yang menemani anaknya untuk konsert jelajah Eropah pula bergaya dengan jaket panjang dan kaca mata hitam besar ketika keluar dari Studio di Abbey Road, London selepas meluangkan masa sepanjang hari bersama penyanyi itu.
Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Germanotta berada di London untuk merakamkan album keduanya 'Born This Way' sebelum membuat persembahan untuk konsert Monster Ballnya di Eropah. Dia dijangka membuat persembahan di Arena Zagreb di Croatia sebelum ke Hungary, Sweden dan Switzerland.
Sementara itu, Gaga turut merakamkan lagu duet bersama Elton bertajuk 'Hello Hello' yang akan dimuatkan dalam filem baru terbitan Disney berjudul 'Gnomeo and Juliet'. Dia yang lebih gemar meluangkan masa di London berbanding kota lain di Eropah kerap tampil dengan fesyen pakaian yang luar biasa. Pada awal minggu ini, Gaga dilihat menghadiri kelas yoga Bikram dengan but besar bertumit tinggi hingga menghadapi kesukaran untuk berjalan dan terpaksa dibantu pengawal peribadinya. | ||
Maya tolak persepsi 'Janda panas' Posted: 06 Nov 2010 06:41 PM PDT "HARAP-HARAPLAH jangan sampai digelar 'janda panas'. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum." Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak. Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya. Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang. "Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu. "Selepas cerai sahaja, tiba-tiba mata orang luar menjadi semakin tajam. Itu yang terdetik dalam fikiran, rasa risau pun ada juga," Maya berdesis seraya tergelak kecil. Melalui matanya, terbit satu sinar. Mahu tidak mahu, 'si janda panas' itu harus sedar bahawa terjunjungnya status itu di atas batu jemala, ia seperti magnet yang menarik segala perca dan puin sensasi untuk datang 'berumah dan berkongsi makan' di tepi kainnya. Ia melarutkan bekas isteri Steven David Shorthose itu dengan sebuah persoalan tentang harga dan permintaan kewanitaannya ketika ini. Pada mulanya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 itu sedikit kabur. Penulis permudahkan. Tersedarkah dia terhadap perbezaan rasa yang menyelinap, atau situasi kendirinya sekadar biasa, tiada ubah seperti hari-hari semalam yang telah mencorakkan warna kematangan ke atas namanya. Maya ialah seorang wanita yang menjengah satu lagi fasa kematangan, daripada era solo kepada dunia perkahwinan dan sekarang sedang mendepani zaman menjanda. Adakah keperluan dan permintaannya juga berubah mengikut fasa yang dilalui? "Sejak dari dulu lagi, saya cuba letakkan diri pada tahap yang dihormati, dan saya masih melakukan perkara yang sama. "Dalam masa yang sama, pada usia dan status saya ketika ini, saya tetap ingin menghadapi hidup dengan jiwa yang lincah, muda dan tidak gentar dengan cabaran," ujarnya ringkas. Maya baru Berbaki tempoh tidak sampai dua bulan sebelum menghabiskan tahun 2010 yang mencatat sejarah peribadi kepada pemilik nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, wanita berdarah kacukan Jerman dan Melayu itu menunggu halaman baru untuk dilatari. Lembaran yang dimaksudkan itu tidaklah sehingga mempersembahkan Maya versi baru. "Apa yang baru itu sekadar kejiwaan, ia lebih bersifat kerohanian. Dari segi luaran, fizikalnya masih sama, tidak akan ada perubahan yang ketara," ulasnya. Sambil membayangkan Natrah, watak miliknya di pentas teater Natrah yang sekali lagi kembali ke Istana Budaya (IB) pada 25 November bakal divariasikan dengan sentuhan yang lebih berilmu, Maya berkata: "Saya harapkan penerimaan yang sama, bahkan lebih baik berbanding pementasan tahun lepas. "Pengalaman dan skil berlakon teater memberikan saya persediaan mental dan fizikal untuk Natrah. Lagipun, rakaman teater itu sudah disiarkan di kaca televisyen. Jadi, saya harap demam Natrah akan kembali sekali lagi!" Penulis mengusik Maya dengan sepotong ayat, bukan demam Natrah sahaja, tetapi 'demam asmara' bersama Rosli Dhobi juga akan kembali menghangatkan suasana nanti. Pemegang karakter Natrah itu mengangguk dan tersenyum. Anak matanya bersinar. Dia tidak jengkel atau sinis diusik begitu. "Kita sama-sama tengoklah nanti. Kebelakangan ini, kami jarang berjumpa, tetapi bila sudah ada projek yang sama begini, setiap hari kami akan bertemu. "Semuanya atas dasar kerja dan harap-harap kerja kami itu akan disukai penonton," katanya sambil tidak menafikan ada kemesraan sebagai sahabat bersama Remy yang sebumbung pengurusan dengannya di Satu Entertainment Sdn. Bhd. Remy melakonkan watak Rosli Dhobi dalam teater Natrah. Berbalik kepada termometer yang memanaskan namanya akhir-akhir ini, kontrak Maya sebagai pengacara Nona untuk musim 2011 tidak disambung. Ia sekali gus membayangkan kegagalannya yang dikatakan punca kejatuhan rating program popular TV3 itu. Selepas 52 episod mengendalikan Nona, Maya tidak berkecil hati atas rungutan yang diterima. Maya sendiri realistik. Ketika Nona dikatakan tidak serasi dengan Maya, bekas pengacara program Ratu Sehari itu sendiri tidak seratus-peratus likat bersama aliran Nona. "Saya akui tidak seratus-peratus serasi dengan Nona. Ia sebuah program yang ada sejarah yang gemilang, ada banyak ekspektasi orang terhadap Nona, tidak seperti Ratu Sehari atau Beauty Secrets From The East... itu program saya. "Konsep dan jiwa Nona sangat 'Melayu', positifnya saya dapat belajar budaya dan jiwa Melayu yang tulen menerusi Nona," katanya tanpa sesal atau terkilan dengan perlucutan tugasan itu kepada pengacara lain untuk musim 2011. Untuk bergelar pengacara versatil, dia sedar pelbagai spektrum pengacaraan harus dilalui sama ada program berbahasa Inggeris, berbentuk muzikal, kewanitaan atau kecantikan. "Saya tidak boleh kekal hanya dengan satu bentuk pengacaraan. Secara peribadi, saya sudah mengesan risiko sejak mula menerima kerja 'besar' bersama Nona," luahnya. Tidak terkesan emosi yang dalam terhadap tugasan yang harus dilepas, wanita berusia 31 tahun itu yakin peminat dan masyarakat umum bijak membuat justifikasi terhadap siapa dan mengapa mereka meminati mana-mana selebriti. Contoh paling hampir ialah pencalonannya bersama Vanidah Imran, Fazura, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Mizz Nina dalam kategori Hot Chick Award dalam Shout! Award 2010. Ia membuktikan wanita matang diperlukan dalam industri seni. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:41 PM PDT JAM sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Rahmat Mokhtar, 23, tenang meranduk kepekatan malam menuju ke satu kawasan semak dan terpencil di Sungai Buloh, Selangor. Pada malam itu, kru Jurnal diberi kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana Rahmat dan rakan-rakannya mengesan aktiviti paranormal atau lebih tepat, memburu hantu. Walaupun berpengalaman pergi ke lokasi-lokasi 'keras' sebelum ini, ia tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruh kami tatkala melangkah ke wilayah berbukit yang didiami ratusan jirat yang tersusun rapat itu. Menurut Rahmat, jirat tersebut dibina khas untuk menempatkan mangsa-mangsa kaum Cina yang terkorban dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969. "Lebih kurang ada 100 kubur di sini, termasuk satu kubur milik orang Melayu," ujar Rahmat yang mengepalai aktiviti pada malam itu. Mengenali Rahmat melalui blognya, vampmalaysia.blogspott.com, ada sesuatu yang menarik tentang pemuda ini. Minatnya yang mendalam dalam bidang kajian paranormal telah membawanya hingga ke Itali. Malah, graduan Kajian Hantu dan Parasikotik dari sebuah institusi pengajian paranormal di Itali itu juga pernah berkunjung ke Penjara Pulau Venice, Itali untuk merungkai kematian misteri 400 banduan di penjara berkenaan. Bagi Rahmat dan dua rakannya, Mohd. Nasir Mohd. Ruhane, 29, dan Mohd. Izwan Shah, 24, daripada Virtual Activity Paranormal Malaysia (Vamp Malaysia), menjejak hantu bukan perkara asing. Malah, ia dilakukan hampir setiap bulan di beberapa lokasi berbeza. Ditubuhkan pada tahun 2007, Vamp kini menjadi komuniti pengesan aktiviti paranormal yang aktif di Lembah Klang. Malah, ia turut memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba pengalaman mencari hantu secara percuma. "Setakat ini, apabila kami buat lawatan berhantu ini, Alhamdulillah, belum ada yang pernah disampuk teruk. "Apa yang penting, tetapkan niat untuk belajar dan jaga perbuatan serta percakapan sepanjang berada di sini," ujar Izwan seperti tahu perasaan gusar yang bersarang dalam hati kami. Kos Malam itu kami turut ditemani oleh Arwin John, 20, pengasas Malaysian Paranormal Research yang aktif membuat kajian mengenai aktiviti paranoia di sekitar negeri Perak. Langkah yang tadi diatur perlahan kini mula rancak apabila alat perakam bunyi yang berada di tangan Arwin mengeluarkan bunyi bising, yang pastinya ia cukup kuat dan berdesibel tinggi. Lantas, lampu suluh, kamera perakam video, kamera refleks kanta tunggal (SLR) dan medan frekuensi elektromagnet (EMF) yang berada di tangan segera dihalakan ke kawasan yang dirasakan terdapat kewujudan aktiviti paranormal. Kamera rakaman video yang sedia terpasang diletakkan di atas tripod manakala jari tidak henti mengetik kamera yang tersangkut di leher dengan harapan mereka dapat merakamkan imej-imej aneh. Sementara itu, Arwin tidak lepas daripada alat perakam suara dan palam fon telinga yang melekap di telinganya. "Alat ini boleh merakam bunyi yang tidak mampu ditangkap oleh telinga manusia sekali gus berupaya menyerap bunyi-bunyi aneh dan pelik dengan jelas," kata Arwin. Arwin memberitahu, peralatan asas yang perlu ada untuk mengesan hantu ialah kamera kompak digital, EMF, termometer infra merah (IR), kamera video IR dan perakam suara digital. Dia sendiri memiliki empat kamera video IR, dua pengesan EMF, sebuah termometer IR, empat perakam suara dan dua set pengesan pergerakan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM70,000. Ditebak soalan mengapa beliau sanggup melabur untuk hantu, katanya: "Menjejaki hantu membawa saya ke kawasan yang terpencil dan jauh daripada orang. Sedikit sebanyak ia memberikan saya ketenangan. "Lebih lima tahun mengkaji dan mengenali mereka, saya juga semakin mengerti tentang kehidupan selepas mati." Arwin memiliki sijil yang disahkan oleh Persatuan Pemburu Hantu Antarabangsa di Amerika Syarikat. Sambil menunggu, Rahmat sempat bercerita kepada kami mengenai kejadian aneh yang pernah berlaku ketika beliau dan rakannya membawa beberapa peminat aktiviti paranormal ke jirat berkenaan. Puntianak "Setiap bulan, kami akan ke kawasan yang aktif dengan aktiviti paranormal. "Selain di sini, kami juga biasa membawa mereka ke jirat Cina terbesar di Seputeh, apartmen lama di Pandan dan bekas tapak Hospital Lady Templer di Cheras. "Jirat ini adalah antara lokasi yang sering kami kunjungi. Jika tidak ada lawatan berkumpulan, saya dan Nasir biasanya akan datang berdua dan duduk di sini sehingga pagi. "Semasa kami bawa satu kumpulan peminat aktiviti paranormal beberapa bulan lepas, kehadiran kami mungkin tidak disenangi. "Kami lihat seperti ada pokok balak yang mahu tumbang di sini, berhampiran dengan kawasan kami berkumpul. "Pokok itu sangat tinggi, kira-kira 14 kaki dan bila ia tumbang, pasti gegarannya kuat dan bunyinya dahsyat, bukan? "Namun, selang beberapa minit, apabila kami pergi ke kawasan yang kami lihat pokok itu rebah, kami langsung tidak berjumpa sebarang kesan," cerita Rahmat yang mendakwa bapanya pernah berkahwin dengan puteri bunian. "Secara fizikalnya kami tidak nampak dengan jelas, tapi daripada bentuknya, mungkin itu yang dipanggil hantu galah," celah Izwan. Berkongsi pengalaman bersama Izwan pula, beliau pernah terserempak dengan kehadiran entiti paranormal di kawasan perkuburan berkenaan. "Di laluan masuk ke jirat tadi, saya pernah terserempak dengan lembaga putih yang terbang laju dari arah jirat ini. "Pernah juga terjadi, ketika lawatan berkumpulan, kami meninggalkan seorang gadis di kawasan jirat ini tetapi dipantau dari jarak dekat. "Tidak sampai 20 minit, dia sudah menjerit minta tolong. Mukanya pucat dan jelas dia ketakutan. "Menurutnya, ketika duduk di situ, dia terasa seperti ada orang yang lalu-lalang di sekelilingnya. "Dia menjadi lebih takut apabila terasa disentuh dari belakang sedangkan dia cuma berseorangan. "Daripada rakaman video, memang benar ada bayangan putih yang menghampirinya," jelas Izwan yang terdorong untuk mengesan aktiviti paranormal selepas sering membantu datuknya mengubat orang ketika usia remaja. Anggota paling senior dalam kumpulan itu, Nasir juga tidak kurang pengalamannya berdepan dengan kejadian misteri. "Komuniti penjejak paranormal seperti Vamp Malaysia dan Malaysian Paranormal Research bukan sahaja menjejaki aktiviti paranormal, bahkan kami juga mengkaji tentang alam. Curi tenaga "Kami juga sering membincangkan tentang pembangunan, pembukaan tempat baru dan pemanasan global serta kesannya kepada makhluk-makhluk ini. "Tidak mustahil gangguan itu berlaku disebabkan kawasan mereka diceroboh dan mereka perlu mencari penempatan baru. "Paling jelas gangguan yang sering dialami oleh pelajar sekolah di beberapa kawasan yang memang menjadi tempat tinggal mereka sebelum ini. "Selain itu, kita juga pernah dipanggil untuk mengesan dan membantu menyelesaikan beberapa masalah berkaitan gangguan makhluk ghaib. "Namun, itu semuanya bergantung kepada keizinan Allah," ujar Nasir. Tidak bercakap kosong atau yakin dengan deria keenam semata-mata, kumpulan penjejak aktiviti paranormal itu mempunyai penjelasan dari sudut agama dan sains. "Melalui kajian dan pengalaman, kehadiran aktiviti paranormal di satu-satu kawasan boleh dinilai melalui alat pengesan yang digunakan. "EFM akan menunjukkan signal amaran berwarna merah sekiranya entiti itu hampir dengan kita. "Rasionalnya, entiti paranormal mempunyai medan elektromagnet yang kuat malah ia juga terkenal disebabkan sifatnya yang menyerap tenaga, tidak kira daripada manusia atau alatan yang kami bawa. "Contohnya seperti malam ini, bateri kamera yang penuh hampir habis, walhal tidak sampai 100 keping gambar yang dirakam. Pada keadaan biasa, ia mampu bertahan sehingga 1,000 keping gambar. "Para pengkaji juga pernah meletakkan selonggok bateri bercas penuh di kawasan yang aktif dan membiarkannya semalam bersama kamera video dan meter penyukat tenaga. "Keesokannya, bateri itu sudah kosong dan daripada rakaman video, jarum meter menunjukkan pergerakan ke kanan berkali-kali menandakan ada sesuatu yang menyerap tenaga daripada bateri tersebut," jelas Nasir. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:39 PM PDT CUTI penggal persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Lazimnya, pada musim ini ramai pasangan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Bagi yang memilih untuk meraikan hari bahagia di bandar, para tetamu dijamu dengan keindahan hiasan kanopi dan pelamin yang diterapkan elemen moden dan eksklusif, lebih-lebih lagi jika ia disulami dengan karangan bunga segar yang menaikkan lagi seri majlis. Di kampung pula, semangat gotong-royong atau rewang yang masih menebal pastinya menyuntik kemeriahan pada majlis perkahwinan tersebut. Begitupun, harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan menelan belanja yang besar. Bayangkan, untuk persiapan pertunangan sahaja anggaran peruntukan yang diperlukan sekitar RM4,000. Untuk majlis perkahwinan, tidak mustahil kosnya lebih daripada RM20,000. Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi sering menjadi punca banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang. Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, konsep 'kahwin dulu, bayar kemudian' yang ditawarkan menerusi pinjaman peribadi oleh institusi-institusi kewangan menjadi pilihan. Menurut pendapat di beberapa laman sembang berkaitan perkahwinan, lebih 90 peratus pinjaman peribadi di negara ini digunakan untuk melangsungkan perkahwinan. Berkongsi pendapat mengenai isu itu bersama Pengarah Urusan CT Catering, Siti Fathimah Mohd. Akhir, beliau berkata, untuk mengelak majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut, perancangan rapi sangat diperlukan. "Semua bakal pengantin mahukan majlis yang sempurna dan kalau boleh, mereka tidak mahu kalah dengan majlis-majlis lain yang pernah diadakan di kawasan kejiranan mereka. "Namun, tidak salah jika bersikap bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan. "Selalu juga saya berdepan dengan pelanggan yang mahukan pakej perkahwinan yang meriah tapi takut untuk mengeluarkan belanja yang besar. "Begitupun, ramai juga yang faham dan tidak mendesak kami supaya menurunkan harga. "Kadang-kadang saya terfikir mengapa ada orang inginkan majlis tetapi akhirnya memeningkan kepala sendiri? "Bayangkan, sewa kanopi dan hiasan dekorasi sahaja mencecah puluhan ribu ringgit, itu tidak termasuk jamuan, pelamin dan cenderahati tetamu. "Tidakkah itu dianggap sebagai berlebih-lebih?" ujar Siti Fathimah yang berpengalaman mengendalikan perniagaan katering sejak tahun 1994. Tidak menolak rezeki yang datang, namun Siti Fathimah lebih suka jika perancangan teliti secara bersederhana. "Kalau ikutkan, saya sendiri tidak sampai hati hendak meletak harga yang tinggi, tetapi jika harganya terlalu rendah, payah pula untuk kita realisasikan impian raja sehari itu," katanya kepada Jurnal. Rewang Beliau berpendapat pada masa ini trend menggunakan khidmat katering turut berlaku di tanah rancangan Felda dan kampung-kampung berbanding amalan gotong-royong. "Padahal kos jamuan dan kanopi akan lebih murah jika dibuat secara gotong-royong," jelas Siti Fathimah yang menawarkan harga serendah RM15 sekepala untuk jamuan majlis perkahwinan. Pengasas Kampung Pengantin, Fatain Mohd. Ali pula berpendapat langkah mengadakan majlis di rumah menelan kos yang lebih tinggi berbanding di dewan. "Jika majlis dilakukan di rumah, pastinya tuan rumah akan bercadang untuk membaiki rumah, mengecat, persiapan kamar pengantin, langsir baru dan sebagainya. "Untuk majlis pula, pastinya kanopi lengkap perlu disewa untuk persiapan jamuan. "Jika di dewan, banyak kos yang boleh dipotong dan digunakan untuk keperluan lain," ujarnya. Kampung Pengantin yang terletak di Jalan Genting-Klang, Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja khidmat katering malah menyediakan lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Dengan harga serendah RM35 sekepala, impian perkahwinan dalam taman boleh direalisasikan di Kampung Pengantin. Boleh menampung sehingga 1,500 tetamu pada satu masa, ia sekali gus menjadi alternatif baru bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, terutama di bandar. | ||
Kini giliran David dan Idham ‘selar’ Puad Onah? Posted: 06 Nov 2010 06:37 PM PDT Sebelum ini, penerbit Grand Briliannce Sdn. Bhd, (GBSB) Ahmad Puad Onah, beria-ia mempertikaikan pelantikan David Teo dan Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas). Malah siap menghantar memorandum pembantahan tersebut kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau yang mengetuai persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ketika itu, turut mendakwa David dan Idham menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri. Belum pun selesai isu itu, tiba-tiba sahaja, Puad Onah, menganggotai Finas dengan menerima jawatan sebagai Timbalan Pengerusi. Meskipun ia dilihat bercanggah dengan prinsipnya sebelum ini, bagi Puad pelantikannya itu diputuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Jelas Puad, tidak timbul soal kepentingan kerana jawatannya sebagai presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang meletakkannya sebagai ahli lembaga Finas. Bagi Idham, perkara itu agak kelakar memandangkan Puad sebelum ini beria-ia membantah pelantikannya dalam Finas. Malah turut mempertikaikan kredibiliti Puad untuk menggalas tanggungjawab di finas. Sementara itu, David Teo, turut merasa terpukul dengan berita itu dan kini sedang berkira-kira untuk menyaman Puad berdasarkan kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan sebelum ini. | ||
Alor Setar masih dilanda banjir Posted: 06 Nov 2010 06:37 PM PDT ALOR SETAR – Keadaan banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu menunjukkan tanda-tanda reda semalam apabila air yang menenggelamkan beberapa daerah di negeri itu mula surut dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 33,121 berbanding 39,785 kelmarin. Bagaimanapun, keadaan di daerah Kota Setar tidak berubah. Hampir 80 peratus pusat bandar raya ini terus digenangi air dengan beberapa batang jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wan Jah dan Lebuh Raya Darulaman. Malah, bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan bagi daerah Kota Setar mencacat peningkatan kepada 19,978 orang berbanding 16,376 kelmarin. Keadaan di daerah-daerah lain pula semakin pulih. Di daerah Padang Terap, seramai 3,993 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Di Kubang Pasu pula hanya seramai 11,488 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 21,111 kelmarin diikuti Pokok Sena (1,413) dan Pendang (242). Jurucakap bilik gerakan banjir Majlis Keselamatan Negara memberitahu, setakat ini sebanyak 85 pusat penempatan mangsa banjir masih dibuka. Sementara itu, keadaan banjir di Perlis semakin baik dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 9,595 orang berbanding 11,965 orang petang kelmarin. | ||
9 tahun sebelum daftar haji kedua Posted: 06 Nov 2010 06:36 PM PDT MARANG - Jemaah haji yang mendaftar untuk kali kedua selepas baru pulang daripada menunaikan rukun Islam itu kini perlu menunggu sembilan tahun lagi sebelum nama mereka tersenarai semula. Ini kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menyaring jemaah yang telah mengerjakan haji dalam tempoh sembilan tahun bagi memberi peluang kepada jemaah baru. "Sistem ini dibuat bagi membolehkan bakal haji yang belum menunaikan haji mendapat kuota menunaikan rukun Islam kelima itu untuk kali pertama," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Juara Rakyat peringkat Parlimen Marang yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai di sini semalam. Baru-baru ini, akhbar melaporkan terdapat 500,000 senarai menunggu yang mendaftar untuk menunaikan haji dan jika mengikut prosedur biasa, mereka perlu perlu menunggu sehingga 10 tahun sebelum dapat mengerjakan ibadat itu. | ||
Lemas selepas selamatkan isteri Posted: 06 Nov 2010 06:35 PM PDT KUANTAN – Seorang suami, Mohd. Hazrul Abdul Jalil, 26, mati selepas berjaya menyelamatkan isterinya daripada lemas semasa mereka mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, pasangan yang baru berkahwin pada 9 Oktober lalu itu lemas ketika mereka mandi di Sungai Jin di situ. Adik mangsa, Mohd. Helmi, 25, berkata, sebelum tragedi itu, mereka sekeluarga iaitu Mohd. Hazrul, isterinya, Norfaridah Mohd. Amin, 26, dan ibu mereka, Zaidah Abdul Aziz, 55, bertolak dari rumah di Kampung Pulau Tambun, Pekan untuk berkelah di sana. "Semasa mandi, abang dan isterinya berada di bahagian tengah sungai yang agak dalam. "Tiba-tiba saya yang mandi di tepi nampak abang dan kakak ipar seperti tergelincir lalu tenggelam, mungkin kerana ada pasir jerlus di situ," katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam. Kata Mohd. Helmi, dalam sekelip mata, mereka berdua hanyut dibawa arus deras dan kelihatan Mohd. Hazrul sempat memegang isterinya dan melonjakkan badan Norfaridah ke atas bagi membolehkan dia bernafas. Katanya, selepas kira-kira 60 meter dibawa arus, pasangan itu kemudian sampai ke lokasi air cetek dan berjaya ditarik ke tebing oleh orang ramai. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:34 PM PDT ALOR SETAR – Akibat tidak puas hati kerana adik perempuannya diganggu, seorang lelaki Mynmar dibunuh oleh rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di kilang bihun Jalan Kedondong, Pokok Sena di sini semalam. Mangsa, Khaw Khaing Soe, 31, dipercayai dibunuh oleh Khin Maung Cho, 25, gara-gara mengganggu adik perempuan suspek yang baru sampai di negara ini 15 hari lalu. Kesemua mereka bekerja di kilang bihun itu selama antara empat bulan hingga enam tahun. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengganggu adik perempuan suspek sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu. "Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah rumah kongsi dengan satu kesan tikaman pada dada. "Mangsa yang bekerja di situ sejak enam tahun lalu merupakan ketua rumah kongsi itu. Suspek kini menghilangkan diri," katanya di sini semalam. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:32 PM PDT APABILA cerita perkahwinan senyap-senyap tanpa undangan rasmi tiba ke meja media, bekas selebriti sukan RTM yang popular digelar Kiki itu tidak berniat menyembunyikan perkahwinan kali ketiganya. Dua tahun menjanda setelah kegagalan perkahwinan kedua pada September 2008, pemilik nama sebenar Nurul Alis Aidil Akhbar, 35, itu selamat dimiliki James Mitchell, 40, pada 30 Oktober lalu. Cerita perkahwinan Kiki yang hanya dihadiri teman-teman serta keluarga terdekat itu cuma tersebar di Internet. Pasangan tersebut diijab kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Di sebalik perkahwinan dengan James yang memilih nama Islam Qais Abdullah, ibu kepada Shamal, 14, Sophea, 9, dan Sonya, 6, itu menyimpan gejolak rasa yang cukup mendalam. Menjalani tempoh solo selama dua tahun, hatinya ibarat dedaun kekeringan setelah lapan tahun mahligai bersama suami kedua roboh ekoran tiada persefahaman. Hampir-hampir dia menolak cinta dan perkahwinan seterusnya dalam hidup. Fokus Kiki hanyalah kepada perlumbaan kereta, karier pengacaraan dan anak-anak yang sedang memerlukan perhatian. Sementelah pula, lelaki baru itu bukan daripada bangsa sendiri. Skeptikalnya mendaki tinggi. Mampukah lelaki yang baru mengenal Islam itu memimpin dirinya menjadi isteri terbaik di dunia dan akhirat? Sensasi Bintang: Kenapa anda berahsia tentang hari bahagia bersama Qais Abdullah? NURUL ALIS: Sebenarnya saya memang tidak mahu kelihatan beria-ria sangat mahu berkahwin. Seganlah, lagipun ini perkahwinan ketiga buat saya. Saya sendiri tidak merancang apa-apa untuk perkahwinan ini. Sudah lama saya terfikir nak kahwin lagi tapi asyik tertunda sahaja sebab sibuk dengan jadual kerja dan aktiviti sukan anak-anak. Untuk perkahwinan ini, saya serahkan semua urusan di tangan orang lain, tapi kami gembira. Yang paling gembira ialah Qais. Dapat juga dia merasa diarak dengan kompang dan bersanding ikut adat Melayu. Mana-mana perkahwinan pun ada risiko tetapi berkahwin dengan lelaki yang baru memeluk Islam serta berbeza budaya sangat berisiko. Bagaimanakah Kiki mendapat keyakinan diri? Saya pernah jadi lembik, trauma dan serik untuk berkahwin selepas bercerai dengan bekas suami kedua dulu. Hati saya kering, tertekan mental dan fizikal hingga saya hilang berat badan daripada 49 kilogram (kg) kepada 43kg. Lepas jumpa Qais, saya tak berharap kami akan berkahwin sebab saya pasang prinsip, jodoh jangan dicari tetapi Qais membuatkan saya tersentuh dengan kesungguhannya. Kesungguhan yang bagaimana? Saya kenal dia di litar go-kart di Shah Alam, sejurus selepas habis edah. Tidak lama kemudian, dia dipindahkan ke Kuwait untuk bertugas di sana. Dari situ Qais berfikir, kenapa dia didekatkan dengan Islam, kenal wanita Muslim dan kemudian dihantar kerja di negara Muslim. Dia sanggup tinggalkan peluang karier di sana untuk balik di Malaysia dan berdekatan dengan saya. Satu lagi sebab dia bersungguh-sungguh mahu memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan budaya dan cara hidup orang Islam. Dia peluk Islam pun di rumah saya sambil disaksikan ibu saya pada malam tahlil arwah untuk bapa saya yang baru meninggal dunia ketika itu. Qais sudah setahun bergelar Muslim iaitu sejak Julai 2009. Dia sanggup dipulaukan oleh sanak-saudaranya yang rata-rata berbangsa Yahudi di Australia kerana memilih Islam sebagai agamanya. Dua perkahwinan terdahulu gagal dan kali ini perjuangannya Kiki kelihatan lebih besar. Ya. Itulah yang saya pernah terfikir. Jodoh pertama saya diatur oleh keluarga, jodoh kedua pula tidak seperti yang dimahukan dan kali ini, pada usia yang semakin bertambah ini, saya harapkan ini perkahwinan yang terakhir. Qais sendiri sudah ada dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Saya sendiri ada tiga orang anak, jadi kami merancang banyak perkara. Kami mahu sama-sama belajar, sama-sama membaiki kesilapan dan saling menuju keseimbangan hidup, bukan lagi untuk dunia tetapi akhirat juga. Alhamdulillah, saya lihat Qais benar-benar mahu menjadi Muslim yang baik, seboleh-bolehnya dia menjaga solat lima waktu. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:31 PM PDT RADIO Televiyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk sama-sama bekerjasama dengan kumpulan band indie tempatan dalam program terbaru di TV1. Program tersebut, Xpresi Kembara, semakin mendapat tempat di hati penonton. Berbentuk jurnal kembara atau popular disebut travelogue, program itu membawa band-band indie tempatan ke tempat-tempat menarik di seluruh negara. Disiarkan setiap Sabtu pukul 11.30 pagi, seleksi terbaru Xpresi Kembara menampilkan sejumlah kumpulan indie yang sudah memasuki muzik arus perdana termasuk Azlan & The Typewriter yang kini muncul dengan karya Kelibat Si Penyair.
Azlan & The Typewriter yang dianggotai Azlan selaku penyanyi utama, Bakri (dram), Daud (gitar) dan Pa'ku (bass) dibawa bercuti ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak. Mereka juga berkunjung ke pusat peranginan Lost World of Tambun. Program itu memaparkan mereka berkongsi momen indah bersama para peminat. "Pengalaman bercuti di Cameron Highlands dan Tambun bersama Xpresi Kembara adalah sesuatu yang amat seronok dan terbaik kepada kami yang selalu sibuk dengan jadual persembahan. "Lokasi percutian tidak jauh, jadi tidak perlu mengambil masa yang panjang dan memenatkan untuk kami pergi bercuti. "Kalau kita bercuti dalam negara pun sudah memadai, semuanya ada di Malaysia," kata Azlan. Selain Azlan & The Typewriter, terdahulu Xpresi Kembara yang diterbitkan sejak awal tahun 2010 itu pernah membawakan Yuna, 6ixth Sense, Bunkface, Couple, Couple dan Awanband ke beberapa lokasi seperti Pulau Pangkor, Genting Highlands, Pulau Pinang dan Melaka. "Kami menggabungkan elemen muzik band-band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara. "Diharap program seperti ini dapat memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat. "Keterujaan artis-artis muda bercuti sambil berekspresi dengan muzik itu adalah apa yang program ini mahukan tonjolkan kepada penonton," kata penerbit Xpresi Kembara, Mohd. Amer Syafiq. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:28 PM PDT MENDONGAK ke atas, adakalanya kita mempersoalkan rahsia di sebalik kepulan putih awanan yang mewarnai birunya hamparan langit. Dalam celik dek sinaran sang mentari, pasti terselit titis-titis jernih melimpahi lantai bumi yang menyegarkan kehijauan segenap tumbuhan. Sesekali guruh berdentum mengejutkan denyut nadi untuk berlari lebih pantas daripada normal. Perumpamaan ideal itu ditujukan khas buat wanita yang kini bergelora jiwanya. Meski dipukul pelbagai persoalan yang menggigit emosi, wanita yang bernama Irma Hasmie teguh membanting tulang berlawan kekecewaan. Semua itu lantaran buah kasih yang dibenihnya gagal berbunga mekar. Ekoran perkhabaran duka perpisahannya dengan bekas kekasih, Nabil Ahmad, Irma tidak beralasan untuk menyalahkan takdir buatnya. Dia masih mampu ketawa sedangkan hatinya terpaut duka. PUTUS KASIH DENGAN NABIL Saya masih rasa bersyukur kepada Allah kerana sentiasa diberikan kekuatan. Jika ini sudah ketentuan Tuhan, saya reda dan menganggapnya sebagai satu dugaan yang sudah termaktub oleh Allah. PENGGANTI NABIL Masih terlalu awal untuk saya berbicara tentang pengganti. Biarlah saya tumpukan perhatian terhadap kerjaya. Sekiranya satu hari nanti ditemukan dengan seseorang, saya berharap biarlah lelaki itu boleh membimbing saya menjadi seorang hamba Allah yang sempurna. SIAPA KAWAN SIAPA LAWAN Saya tidak bersendirian melalui fasa yang menyedihkan ini. Keluarga dan teman-teman rapat banyak memberikan kekuatan dan nasihat untuk meneruskan kehidupan. Ketika inilah saya tahu siapa sebenarnya kawan dan siapa lawan. RUTIN Ketika ini saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri Awan Dania untuk musim kedua. Jadi buat masa ini jadual saya memang diperuntukkan untuk Awan Dania. Filem pula masih dalam proses perbincangan, mungkin akan diumumkan tahun hadapan. Sekarang saya jarang buka akaun peminat di Facebook dan lebih gemar menggunakan Twitter. Saya memohon maaf kepada para peminat saya di Facebook. Bagaimanapun, saya dengan senang hati mengajak mereka untuk berkomunikasi menerusi Twitter. FESYEN Saya memang gemarkan rekaan-rekaan Hatta Dolmat. Boleh dikatakan hampir kesemua rekaannya menarik perhatian saya. Jadi, jika diberi peluang untuk menyarungkan busana rekaannya nanti, pasti saya akan sangat teruja. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:27 PM PDT TUTURNYA masih takut-takut. Masih terlalu kaku gerak tubuhnya untuk bermesra-mesra dalam ramah pertemuan pertama. Dia terlalu baru untuk digelar dramatis tempatan tetapi kemunculannya dalam drama Dottie yang disiarkan di saluran Astro Ria menjadi langkah awal kepada Tasha untuk memilih lakonan sebagai hala tuju ketika ini. Salamnya sebagai pendatang baru tidak begitu lama untuk bersambut isi perut industri. Di tangan pengarah yang sedang mahu mengukir nama, Shoffi G, pemilik nama hakiki Natasha Sheila itu diberikan satu karakter. Biarpun sekadar sebagai pelakon tambahan untuk watak Rafida iaitu gadis kampung berjiwa tulus yang sangat menghormati orang tua, di tangan Tasha karakter menerusi drama Ku Yakin Berlaku itu menjadi satu persembahan yang tidak cacat. Watak itu menjadi antara watak kegemaran kepada pelakon utama drama itu, Wan Hanafisu. "Saya baru berlakon dalam dua buah drama, terima kasih kepada Shoffi selaku pengarah yang banyak memberikan tunjuk ajar. "Sebelum ini saya agak takut untuk memasuki dunia lakonan. "Melalui pembacaan dan cuba bersikap positif untuk menerima apa juga risiko dalam hidup, saya sanggup mencuba," kata Tasha yang sedang sibuk di lokasi Mencari Jannah, juga di bawah telunjuk Shoffi selaku pengarah. Dalam diari karier yang baru bermula itu, wanita muda kelahiran Ampang, Selangor tersebut juga sedang menunggu waktu untuk merasa sentuhan Kabir Bhatia menerusi siri drama terbaru bertajuk Gemilang. Pada usia semuda 23 tahun, Tasha juga mencari ruang yang stabil untuk bergelar pelakon hari esok. Sesuatu yang istimewa, Ku Yakin Berlaku menjadi persembahan Tasha mengisi hari kebesaran semua muslimin dan muslimat sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Mengisi saluran Oasis, Tasha memberikan sepenuh penghayatan sebagai Rafida, gadis bertudung, anak yatim piatu yang tidak kesampaian untuk dijodohkan dengan Arif, lakonan Pierre Andre. "Babak menyuap makanan kepada nenek saya dalam cerita berkenaan meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa saya. Begitu juga ketika pertengkaran antara ibu bapa Arif, Mak Munah (Khatijah Tan) dan Pak Osman (Wan Hanafisu) di dapur. "Saya terasa sedih dengan watak Rafida yang bergantung hidup kepada keluarga itu tetapi menjadi punca pergaduhan mereka pula," katanya. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:26 PM PDT DI sudut hati terdalam, selebriti muda bernama Miley Cyrus, 17, tidak pernah terfikir untuk meniupkan angin kontroversi. Awal melangkah kaki dalam dunia seni sejak sedekad lalu, dia sekadar menginginkan bakat lakonan dan nyanyiannya dikongsi bersama para pengikut. Pada waktu sama, anak jati Tennessee, Amerika Syarikat (AS) itu belajar daripada kesilapan setelah merobah imej gadis manisnya kepada nakal dan liar. Buktinya, atmosfera itu jelas terlihat sewaktu dia mengadakan persembahan pada Teen Choice Awards beberapa bulan lalu. Di sebalik usia sedang meranum, ikon pujaan kanak-kanak di AS itu benar-benar mengejutkan peminat dengan lagaknya mengulit tiang tidak ubah seperti penari lucah tatkala mendendangkan Party In The U.S.A. pada majlis anugerah itu. Dikenali menerusi siri televisyen popular, Hannah Montana sejak tahun 2006, imej Miley dianggap tidak setara dengan personaliti diterajui dalam karya yang ditayangkan di saluran Walt Disney tersebut. Tidak hanya itu, ada sejumlah pihak mula mempersoalkan tindak tanduknya. Tahu diri dibidik bertalu-talu dengan kritikan pedas, Miley terus membenarkan masyarakat melepaskan pendapat masing-masing. Dia bersikap terbuka. Baginya, itu hanya persembahan energetik di atas pentas tanpa punya maksud terselindung termasuk naluri remajanya yang memberontak. Dalam nada perlahan menuturkan bicara, akui Miley: "Tanggungjawab saya berada dalam bidang ini untuk bergelar ikon. Ini yang saya mahu sejak kecil lagi. "Tetapi paling pasti, tugas saya bukan sebagai ibu bapa yang menasihati anak-anak terhadap apa yang boleh atau tidak boleh mereka lakukan. "Saya membaiki diri sendiri dari semasa ke semasa. Umur saya masih muda, justeru, tidak adil untuk 'merampas' hak saya dalam membuat keputusan. "Anak-anak anda tetap akan buat silap sama ada saya berbuat baik mahupun sebaliknya. Inilah yang dinamakan realiti kehidupan." | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:26 PM PDT SHANON bukan nama baru. Malah, dikilas kembali, dia ialah pemenang Persembahan Vokal Lelaki Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2006. Vakum sebentar selepas menelurkan album Dilanda Cinta pada tahun 2006, kini vokal klasik Shanon boleh didengari kembali melalui album terbarunya. Lebih lemak dan matang, dia sentiasa keluar dengan lagu-lagu yang segar serta diadun cantik dengan vokalnya yang unik lagi berbeza. Penulis gemarkan lirik-lirik dalam album ini yang bersahaja dan dilihat bersifat kontemporari dan berterus terang. Sebanyak 10 buah lagu dalam abum ini ditulis sendiri oleh Shanon. Produksi album ini juga tersusun kemas hasil kerjasama Ariff Akhir dan Shanon. Penelitian terhadap kulit album juga patut diberikan pujian. Kulit album ini memberi dua dimensi Shanon yang serius dan juga ceria. Buat Shanon, album ini memuatkan lagu-lagu yang positif dan gembira berbanding album perdananya dahulu. Menariknya, album ini turut memuatkan sebuah lagu nasyid, Marilah Berhajat yang merupakan ekperimen pertama Shanon dalam lagu-lagu kerohanian. Lagu ini turut dimuatkan dalam filem Karaoke lakonan Mislina dan Zahiril Adzim. Sekadar renungan dan memetik lirik lagu Shanon, Bantuan Pasti Akan Tiba: "Semua orang ada keperluan, semua orang boleh membantu, semua orang ada kesedihan, yang boleh disembuhkan." Komen Sofia: Gemar lagu Sejak Kau Kembali. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:24 PM PDT SI pemilik senyuman manis ini antara jejaka kegilaan gadis-gadis di luar sana. Jika dicetak borang permohonan untuk menjadi kekasihnya, pasti ada deretan panjang mengambil giliran. Jujur mengakui hatinya masih belum dimiliki, Wan Hafizol Wan Omar atau dikenali dengan Fizo berhasrat menjadikan kerjayanya sebagai buah hati saat ini. "Fokus saya hanya pada lakonan, saya masih tiada teman istimewa. Berkawan biasa itu memang ada tapi belum bersedia untuk serius," ucap anak kelahiran Kelantan itu dalam suara yang tertahan-tahan. Aktor yang kerjayanya berputik setelah muncul pemenang tempat kedua Hero Remaja 2007/2008 itu memberikan satu tarikh. Tahun 2011 dinamakan tahun paling layak untuk hatinya serius bercinta. "Ketika itu saya mungkin sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan komitmen dalam perhubungan," katanya tanpa memberikan satu nama, tanda seseorang sedang istimewa ada di mata. Terbaru, jejaka berumur 25 tahun sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan A.R. Badul berjudul Hello. Menerusi filem berkenaan, dia bergandingan bersama pendatang baru, Dayana, bintang yang digilap daripada program Anak Wayang tahun lalu. Di kaca televisyen, kelibatnya bukan lagi asing. Seperti sudah menjadi wajah rasmi untuk slot Lagenda yang bersiaran di TV3, Fizo terpampang dalam pelbagai karakter antaranya menerusi Puteri Salju, Musang Berjanggut dan Siti Kelembai. Kini Fizo muncul dalam satu lagi drama Lagenda yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang menerusi Ulik Mayang. "Watak Putera Mayang Sakti ada peranan kuat dalam cerita itu. Walaupun babak yang melibatkan saya tidak banyak, tetapi banyak pengalaman yang saya belajar ketika penggambaran drama kali ini," katanya. Ulik Mayang mengangkat kisah Puteri Mayang Sari lakonan Elly Mazlein yang berdepan badai percintaannya bersama pemuda dari bumi, Ali (Fezrul Khan). Iri hati terhadap percambahan kasih dua pasangan itu, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) mengenakan sumpahan ke atas Mayang Sari. Wajah Mayang Sari akan berubah kehitaman seperti hantu apabila dilihat orang. Perginya ayahanda menghadap Ilahi membuka lembaran baru buat Putera Mayang Sakti apabila dia pula menyarung mahkota negara kayangan. Bermain watak Putera Mayang Sakti, Fizo kali ini menjadi pemegang takhta kerajaan kayangan. Ketegangan membabitkan kedua-dua adindanya yang tidak puas hati menyebabkan Putera Mayang Sakti mencari jalan bertindak sebaik mungkin. Bagi mengikuti kesudahannya, jangan lupa temu janji anda bersama Fizo dan barisan pelakon hebat drama Ulik Mayang yang pasti akan menambat hati anda untuk terus setia mengikuti kisah yang diangkat kisah legenda tinggalan zaman itu. | ||
Posted: 06 Nov 2010 06:23 PM PDT BAIT-BAIT lagu yang rancak, gerak tari yang lincah dan berbekalkan wajah yang comel, kumpulan Wonder Girls terbukti bukan calang-calang wanita dalam dunia hiburan antarabangsa. Kumpulan yang dianggotai lima gadis jelita dari Korea Selatan itu berjaya menduduki tangga ke-38 dalam senarai wanita paling seksi dunia. Carta itu dikeluarkan oleh majalah FHM Singapura mengiktiraf jelitawan-jelitawan ternama dunia yang mampu mencairkan hati lelaki dengan penampilan paling menawan. Wonder Girls yang terkenal menerusi lagu Nobody tergolong antara 100 nama yang berjaya merebut tempat dalam senarai tersebut. | ||
Merapi meletus lagi pagi semalam Posted: 06 Nov 2010 06:22 PM PDT YOGYAKARTA - Lahar sejuk yang mengalir deras selepas Gunung Merapi meletus pada tengah malam kelmarin membanjiri sungai-sungai di sekitarnya dan menyebabkan penduduk di kota ini cemas, lapor sebuah akhbar semalam. Gunung Merapi terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini yang dihuni kira-kira 400,000 penduduk. Hujan lebat yang turun semalam membawa lahar sejuk yang mengandungi lumpur, pasir, belerang dan abu volkanik melimpahi tebing Sungai Code di sini semalam. Seorang pegawai tempatan berkata, amaran berwaspada sudah dikeluarkan tetapi sama ada banjir lahar sejuk itu bakal membawa kemusnahan banyak bergantung sama ada berlaku hujan lebat pada hari ini. Terdahulu, lahar panas yang mengalir deras sejurus selepas letusan Gunung Merapi pada tengah malam kelmarin telah memusnahkan tujuh buah dusun di sekitar lerengnya selain padang Kelab Golf Merapi. "Tujuh dusun sudah hancur dibakar lahar panas selama dua hari dari Jumaat hingga Sabtu," kata seorang pegawai tempatan, Heri Suprapto, di Sleman dekat sini semalam. Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian keseluruhan sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu kini meningkat kepada 138 orang. Seorang pegawai di Hospital Sardjito di sini, Sigit Priohutomo berkata, sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi kelmarin. Sejumlah 44 lagi terkorban dalam letusan pertama gunung berapi berkenaan. Kelmarin Gunung Merapi yang memiliki ketinggian 2,914 meter dari aras laut mengganas dengan memuntahkan lahar dan menghambur awan panas sejauh beberapa kilometer di udara. Terbaru, Gunung Merapi kembali meletus pada pagi semalam dengan mengeluarkan awan panas dalam jumlah besar sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan. Gunung berkenaan mengeluarkan awam hitam yang menyelubungi udara manakala beberapa bunyi dentuman kuat turut didengari dari puncak gunung itu. Penduduk dilihat memenuhi jalan-jalan raya dengan menaiki trak, kereta dan motosikal untuk meninggalkan zon berbahaya. Selain manusia, binatang ternakan seperti lembu dan kambing turut dipindahkan. Sementara itu, sukarelawan dan warga tempatan turut berkawal bagi melarang orang ramai daripada menghampiri zon berbahaya di sini. Setakat pukul 1 tengah hari semalam, Gunung Merapi dilihat masih menyemburkan awan panas ke udara manakala sekitar 200,000 orang telah mencari perlindungan di beberapa penempatan sementara di sini dan Jawa Tengah. "Ia menakutkan. Letusan Gunung Merapi tak kunjung kebah," kata seorang penduduk, Wajiman, 58, yang berlindung di sebuah penempatan di Jawa Tengah. | ||
Gesel payudara pada jurugambar Posted: 06 Nov 2010 06:21 PM PDT SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu. Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan. Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini. Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain. Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu. "Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani. "Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku. "Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu. "Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat. "Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva. | ||
Erma pening pilih pendamping Fedi Nuril Posted: 06 Nov 2010 06:15 PM PDT
JARANG benar melihat pengarah tersohor Erma Fatima memilih nama-nama luar untuk dijadikan hero produksinya. Seingat Diva, bilangannya boleh dikira dengan jari. Tapi baru-baru ini Diva dengar, Erma memilih pelakon seberang iaitu Fedi Nuril yang pernah berlakon filem Ayat-Ayat Cinta untuk membintangi dramanya. Tapi bukan itu cerita produksi tersebut. Dengarnya, Erma sedang pening kepala memikirkan siapakah heroin yang sesuai untuk digandingkan dengan aktor tinggi lampai tersebut. Erma juga sedang meminta pandangan ramai untuk menyenaraikan nama heroin yang sesuai untuk menjadi pendamping Fedi yang kacak itu. Diva tahu, bab-bab ini Erma memang agak selektif atau dalam kata lain agak cerewet. Jadi, siapa agaknya yang muncul di minda kalian? Siapa ya? |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |