Adsense

Selasa, 30 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mahu setanding The Beatles

Posted:

Mahu setanding The Beatles

Mahu setanding The Beatles

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan SONY MUSIC


SUSAN Boyle kini sudah menjadi seorang jutawan dalam bidang muzik hanya dalam tempoh setahun sahaja.


HIDUPNYA boleh diibaratkan kisah dongeng yang berakhir dengan kegembiraan. Daripada seorang yang datang dari golongan marhaen, tiada siapa menduga kehidupan Susan Boyle kini cukup berbeza.

Malah, dia sendiri tidak pernah menduga dan terfikir hidupnya akan berubah dalam sekelip mata sehingga mampu menjadi seorang yang ternama dan kini hidup dalam kemewahan.

"Saya sendiri tidak percaya yang hidup saya berubah 360 darjah. Dulu, orang tidak pernah ambil peduli tentang saya. Tetapi, sekarang serba-serbi semuanya mahu diambil tahu.

"Bukannya rimas mahupun tidak selesa, tetapi penglibatan saya dalam dunia seni adalah kerana rezeki dan bakat yang diberikan Tuhan kepada saya.

"Soal kemewahan mahupun populariti bukan agenda utama. Saya mahu berkongsi bakat yang ada bersama masyarakat," kata pemilik nama penuh Susan Magdalane Boyle itu penuh rendah diri dalam satu temu bual baru-baru ini.

Semuanya bermula dengan penyertaan Boyle dalam program realiti, Britain's Got Talent pada tahun 2008 di mana rakaman video uji bakatnya telah diibaratkan tsunami yang melanda alam maya.

Nyanyiannya menerusi lagu I Dreamed A Dream yang dipetik dari pementasan teater muzikal, Les Miserables itu membuatkan ramai yang terkesima dan terpesona.

Hasilnya, video yang dimuat naik ke laman web YouTube itu telah ditonton 500 juta kali. Ia meletakkan video itu antara yang paling ramai ditonton sejak YouTube dilancarkan.

Di sebalik kekurangan paras rupa dan bentuk fizikalnya, Boyle memiliki kehebatan dan kelunakan suara yang membuka mata ramai pihak.

Sehinggakan, bekas juri American Idol, Simon Cowell yang terkenal dengan kelancangan mulut dan begitu cerewet dalam mencari penyanyi baru turut kagum dengan bakat Boyle.

Dia berjaya melangkah ke peringkat akhir, tetapi nasib tidak menyebelahi Boyle apabila dia hanya mampu menggenggam gelaran naib juara.

Transformasi

Bermula detik itu, hidup Boyle menjalani transformasi luar biasa. Dia terus dilamar oleh syarikat rakaman, Sony Music Entertainment untuk menjadi artis naungan mereka.

Walaupun pada mulanya, Boyle mahu menjadi dirinya sendiri dan enggan mengubah personalitinya, namun, dia akur bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk mencapai status seorang bintang ternama.

Tarikh 23 November 2009 telah meninggalkan saat manis dalam diari hidup Boyle apabila album perdananya, I Dreamed A Dream dilancarkan.

Sekali lagi Boyle mencipta rekod untuk dirinya sendiri dan juga industri muzik dunia secara keseluruhannya.

Hanya dalam seminggu sahaja, album itu terjual sebanyak 411,820 salinan di United Kingdom. Lantas menjadikan album itu sebagai penjualan album terbaik untuk artis baru sepanjang zaman.

Di Amerika Syarikat pula, sebanyak 701,000 berjaya dijual dalam tempoh seminggu ia dilancarkan. Lebih membanggakan, apabila album itu menjadi juara carta Billboard 200 untuk enam minggu berturut-turut.

Secara keseluruhan, I Dreamed A Dream terjual sebanyak 3.1 juta unit sekali gus menduduki tangga kedua selepas album Fearless milik Taylor Swift sebagai penjualan album terlaris untuk tahun 2009.

"Semua ini umpama mimpi. Saya memiliki penjualan album yang laris dan lagu-lagu saya menjadi siulan ramai. Memang tidak dinafikan sepanjang 18 bulan ini, saya begitu sibuk sehinggakan tiada ruang untuk bernafas.

"Tetapi, saya bertuah kerana dengan status baru ini saya berpeluang bertemu ramai orang dari pelbagai latar belakang. Lebih manis lagi apabila dapat bertentang mata dengan idola saya dalam bidang seni seperti Elaine Paige dan Donny Osmond.

"Untuk beraksi di pentas yang sama juga sebenarnya adalah sesuatu yang cukup istimewa. Semua itu akan terpahat dalam kotak ingatan saya sampai bila-bila," ujarnya yang begitu teruja apabila dapat berduet dengan Elaine Paige dalam satu rakaman program televisyen tahun lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Tamil versi Afdlin

Posted:

Filem Tamil versi Afdlin

Filem Tamil versi Afdlin

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN dan ihsan TAYANGAN UNGGUL


Transformasi imej Amer Munawer.


SELEPAS mencipta kejayaan yang luar biasa menerusi filem Papadom, sutradara kreatif, Afdlin Shauki meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk buah tangan terbarunya, Appalam.

Diadaptasi daripada filem Papadom sendiri, Afdlin mengakui bukan mudah untuk menghasilkan Appalam yang juga memiliki cabaran tersendiri.

Sudah pasti kata Afdlin, bahasa merupakan masalah utamanya dalam mengarahkan Appalam yang menggunakan hampir 95 peratus bahasa Tamil.

"Memang susah untuk saya katakan 'cut' kepada pelakon saya dalam setiap babak kerana mereka akan mengucapkan dialog tanpa henti (ketawa).

"Tetapi, apa yang saya kagum dengan pelakon filem ini, mereka memberikan apa yang saya mahukan. Bukan setakat itu, ada kalanya ia melebihi daripada apa yang saya jangkakan.

"Ternyata, bahasa bukan satu masalah walaupun saya tidak menafikan ada cabarannya. Mujur, dengan bantuan penulis skrip merangkap penolong pengarah, Sasitharan Rajoo yang membantu melancarkan penggambaran filem ini," ungkap Afdlin dalam nada teruja.

Personaliti serba boleh itu ditemui pada prebiu Appalam yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Appalam yang menelan kos RM1.5 juta menampilkan barisan pelakon India tempatan popular seperti Gana Pragasam, Haanii Shivraj, Shashi Tharan, Kristina Vinokree serta pelawak terkenal, Sathia.

Bakat baru dunia lakonan, Raja Ilya pula memerankan watak Shruthi yang mana watak tersebut dimainkan oleh Liyana Jasmay dalam filem Papadom sementara penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor pula sebagai Nalaini.

Turut membuat kemunculan ialah Sharifah Amani, Maimon Mutalib, komposer dan penerbit terkenal, Iman Wan serta Afdlin sendiri sebagai Hassan.

Seperti mana kesan yang diberikan Papadom, begitu juga keinginan Afdlin untuk melihat Appalam dapat meninggalkan kesan yang sama kepada penonton khususnya kaum India di negara ini.

Walaupun memiliki elemen kasih sayang antara seorang bapa dan anak perempuannya sama seperti Papadom, namun, ia berbeza khususnya dari sudut budaya yang ditonjolkan.

Apatah lagi, Appalam merupakan filem India tempatan pertama selepas 24 tahun yang diterbitkan dalam format filem 35mm yang pastinya mampu membangkitkan perasaan yang berbeza ketika menontonnya.

"Apa yang penting adalah jalan cerita dan tidak kisah dalam apa bahasa sekali pun, ia bergantung kepada kreativiti seorang pengarah untuk menyampaikan cerita itu menerusi aspek lakonan dan visual.

"Itu yang saya dapat dalam filem ini. Saya bangga kerana dapat bekerja dengan barisan pelakon yang sememangnya cukup berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Dalam masa yang sama juga, filem Appalam dapat membuka pintu untuk mereka lebih dikenali biarpun ada antaranya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan," ujar Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan penuh optimis.

Sebagai seorang pengarah, sememangnya Afdlin mahukan filemnya diterima dengan baik dan mahu Appalam mencatatkan rekod yang luar biasa.

"Saya diberitahu filem Endhiran lakonan Rajinikanth dan Aishwarya Rai itu berjaya mencatatkan kutipan RM8 juta di negara ini.

"Jadi, kalau Appalam dapat RM8.2 juta, kira sudah cukup hebat. Kalau jadi kenyataan, memang ia satu kejayaan yang cukup manis untuk saya dan Tayangan Unggul selaku penerbit," seloroh Afdlin sambil disambut hilai ketawa barisan pelakon dan penerbitnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Daripada maklum balas di Twitter, pembukaan Appalam pada 25 November lalu bagaikan petunjuk bahawa filem itu mampu mencipta rekod tersendiri.

Dikatakan hampir kesemua pawagam di Kuala Lumpur hampir penuh dengan peminat filem tempatan yang mahu menonton hasil karya terbaru Afdlin ini.

Ditayangkan di 44 pawagam termasuk sebuah panggung di Singapura, Afdlin mahu melihat Appalam meletakkan satu tanda aras baru dalam industri perfileman negara.

Seboleh-bolehnya juga, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mahu Appalam ditonton oleh semua kaum di Malaysia tanpa perlu ada rasa prejudis.

"Seseorang harus memulakannya dan saya telah melakukannya. Siapa tahu, dengan kejayaan Appalam nanti ia akan membuka ruang kepada semua penerbit di negara ini untuk menghasilkan filem Tamil tempatan.

"Untuk Appalam ini, saya mahu menguji pasaran dan kerana itu, saya mengadaptasinya daripada filem Papadom.

"Insya - Allah, kalau ada peluang dan ruang untuk berkarya lagi, saya akan mengarahkan filem Tamil kedua saya dengan kisah yang baru dan segar," jelas penyandang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak tiga kali ini lagi.

Sementara itu, Gayatri yang ditemui pula berkata, dia cukup berpuas hati dengan sentuhan Afdlin menerusi Appalam.

Malah, dia bangga dan gembira apabila melihat seorang anak Melayu mengarahkan filem Tamil. Ia jarang dilakukan sebelum ini.

"Bagi saya, bahasa bukan satu masalah untuk menikmati filem yang bagus. Kalau penonton dapat merasai mesej dan penyampaian ceritanya, itu sudah membuktikan bahawa filem itu berjaya.

"Sebetulnya juga, sudah sekian lama filem Tamil tempatan tidak diterbitkan dan inilah masanya untuk mengembalikan semua kegemilangan itu di pawagam.

"Kami percaya dengan promosi di saluran televisyen dan stesen radio Tamil ia dapat menarik perhatian masyarakat India untuk menontonnya," katanya yang memberitahu lagu-lagu dari filem Appalam juga merupakan daya penarik dan telah mendapat maklum balas positif.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.