Adsense

Selasa, 30 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ayu Raudhah Dapat Layanan Istimewa Di Singapura

Posted: 29 Nov 2010 03:41 PM PST


PETALING JAYA: Bukan hendak sebarangan memuji pihak produksi di Singapura, namun itulah hakikatnya yang diluahkan oleh aktres Ayu Raudhah apabila dia mendapat layanan kelas pertama di sana.

Layanan tersebut turut diberikan kepada pelakon Malaysia lain yang menjalani penggambaran filem Empayar yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD.

Pelakon Malaysia lain yang turut serta dalam filem terbitan Ace Pictures itu termasuk Liza Abdullah, Riezman Khuzaimi dan Roslan Salleh.

"Cara pihak produksi dari Singapura melayan kami sangat istimewa. Mereka kerap bertanyakan tentang keadaan kami dan apa yang kami perlukan.

"Apabila di lokasi penggambaran, mereka akan meminta kami berada di dalam kereta dahulu sementara latar set disiapkan. Malah hotel penginapan dan makanan yang disediakan juga bagus dan sedap," kata Ayu kepada mStar Online.

Ayu dan pelakon lain menjalani penggambaran di Singapura selama dua hari bermula 17 hingga 20 November lalu.

Filem ini mengisahkan tentang gangster atau dikenali sebagai pailang di Singapura. Ayu melakonkan watak Melissa, yang bercinta dengan gangster di sana.

"Saya berlakon di samping hero dari Singapura merangkap penerbit filem ini iaitu Osman Sulaiman. Ceritanya berkonsepkan seperti filem Godfather.

"Di depan Melissa, lelaki itu sentiasa berkelakuan baik dan langsung tidak menunjukkan tentang kegiatannya yang sebenar," cerita Ayu, yang melakonkan watak wanita baik dan manja.

AJL25: Tomok Tunggu 10 Tahun

Posted: 29 Nov 2010 03:40 PM PST


KUALA LUMPUR: Setelah setahun bergelar Juara One In A Million 3 (OIAM), Tomok atau nama sebenarnya, Shah Inderawan Ismail akhirnya memiliki sebuah album solo yang berjudul Tomok.

Kata Tomok, walaupun setahun menunggu kemunculan album baru, dia gembira kerana sebanyak empat buah lagu daripada albumnya seperti, Berlari, Arjuna, Rindu Terhenti dan Bagaikan Bidadari telahpun diputarkan di radio dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar-pendengar radio.

"Apa yang menggembirakan saya lagi, lagu 'Berlari' telah berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25). Dan pencapaian ini telah saya idam-idamkan sejak 10 tahun lalu ketika bersama New Boyz.

"Tiga lagu lain juga mendapat tempat di hati peminat-peminat. Mungkin inilah masanya saya mendapat apa yang diinginkan selama ini. Pengorbanan yang dilalui sebelum ini berbaloi.

"Tambah pula dalam penghasilan album solo ini saya juga terbabit sebanyak 90 peratus.Ternyata OIAM3 banyak mengubah jalan hidup dan karier saya.

"Kiranya album ini adalah jiwa saya dan memang saya ingin memberi satu perubahan dalam album ini.

"Selain itu, album ini juga sangat bermakna saya dapat berkerjasama dengan nama-nama besar seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, dan Aidit Alfian," kata Tomok pada pelancaran album 'Tomok', di sini, Jumaat.

Album Tomok kali ini dilihat lebih matang dan berbeza dengan diri Tomok terdahulu. Malah, lagu-lagu yang dibawakan diibaratkan seperti nafas baru Tomok dalam industri muzik tempatan.


Tomok pada pelancaran albumnya yang diadakan di Hard Rock baru-baru ini. Foto The Star oleh RICKY LAI
Bagaimanapun, Tomok menjelaskan bahawa penghasilan album tersebut tidak bermakna dirinya tamat bergelar salah seorang ahli kumpulan new Boyz.

Sebaliknya, ini sebagai permulaan untuk Tomok membero fokus pada nyanyian solonya dan kemudian sebuah projek baru akan dibuat bersama New Boyz pula.

"Sekarang ini saya sibuk dengan promosi album dimana pihak pengurusan Monkeybone akan mengadakan konsert jelajah ke seluruh Malaysia.

"Lagipun, sebelum menyertai OIAM3, Tomok dan ahli-ahli New Boyz telah berbincang dimana saya akan fokus dengan album solo dahulu dan mereka menerimanya. Apapun saya akan muncul dengan New Boyz bila tiba masanya nanti," jelas penyanyi yang turut menyumbang beberapa lirik lagu dalam albumnya itu.

Sementara itu, Tomok telah menimbulkan persoalan kerana dia tidak mengikut seperti yang dikatakannya dimana dia ingin menggunakan nama sebenarnya, Shah Inderawan dan bukan Tomok untuk projek solonya itu.

Bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan dia mempunyai alasan sendiri untuk mengekalkan nama Tomok itu.

"Memang pada mulanya saya nak tukar nama untuk album solo pertama saya ini. Tapi bila difikirkan semula, saya tidak perlu menukar nama Tomok kerana nama itulah yang menaikkan nama saya sebelum ini.

"Walaupun ia dibayangi dengan nama New Boyz, saya tak kisah kerana saya tak pernah malu pun sepanjang saya dan New Boyz bersama," jelasnya yang akan mengadakan konsert jelajah selepas AJL25.

google: tomok, tomok album baru, lagu baru tomok, single terbaru tomok, download tomok lirik, mp3 download tomok, video terbaru tomok, berita pelancaran album terbaru tomok, gambar album tomok, lagu hits tomok

Along Jadi ‘Jakun’ Dalam Filem ‘Hello’

Posted: 29 Nov 2010 03:37 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon komedi, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, perlu melakonkan watak seorang yang 'jakun' demi menjayakan wataknya dalam filem Hello.

Hello merupakan filem arahan AR Badul yang turut dilakonkan oleh Angah dan Tauke, rakan seperjuangan Along dari program Raja Lawak.

Menurut Along, filem romantik komedi ini turut menceritakan tentang kisah percintaan yang menggandingkan pelakon Dayana Anak Wayang dan Fizow Omar.

"Saya melakonkan watak Akay, Angah sebagai Ako manakala Tauke sebagai Aki. Kami bertiga merupakan pekerja kepada seorang pemuzik jawa lakonan Herman Tino.



Zila, isteri Along turut melakonkan watak cameo dalam filem Hello.
"Kami datang dari kampung dan apabila datang ke bandar, kami menjadi jakun dengan keadaan sekeliling," katanya kepada mStar Online.

Mengupas lebih lanjut tentang Hello, Akay, Ako dan Aki meminati anak majikan mereka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara.

Lantas, mereka bertiga mengubah penampilan masing-masing. Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak dapat lari dari sikap masing-masing. Akay seorang yang manja, Ako suka membuli manakala Aki suka melawan.

Sementara itu, penyanyi Isma AF7 bergelar Pengarah Urusan dan Penerbit Nusanbakti Corporation Sdn Bhd apabila empunya syarikat, Datuk Kapten Guljar dan Toh Puan Athia memberi sepenuh kepercayaan kepadanya mengemudi syarikat produksi berkenaan.

Pemilik Nusanbakti Corporation Sdn Bhd turut mengemudi Heliza Helmi Productions (HHP) apabila single terbaru Isma, Aku Bukan Pilihanmu adalah terbitan HHP.

Hello turut diilhamkan daripada single terbaru Heliza AF5. Filem ini turut dilakonkan oleh Isma, Nas Adila, Dina Nadzir, Acong Sweet Child dan Zul 2by2.

google: along raja lawak dan zila af, gambar along raja lawak dan zila af, photo along raja lawak dan zila af , terkini along raja lawak dan zila af, terbaru along raja lawak dan zila af, berita along raja lawak dan zila af, kisah along raja lawak dan zila af, along raja lawak dan zila af mengandung, along raja lawak dan zila af hamil, along raja lawak dan zila af berbadan dua, gambar terkini along raja lawak dan zila af, photo terbaru along raja lawak dan zila af

Anita Sarawak Berhenti Menyanyi Demi 'Astana'

Posted: 29 Nov 2010 03:34 PM PST



KUALA LUMPUR: Demi komitmennya terhadap tugas pengacaraan program terbaru Astro Ria iaitu Astana, penyanyi serba boleh Anita Sarawak sanggup menghentikan bidang nyanyian seketika bagi memberi tumpuan pada tugas tersebut.

Ujar Anita yang ditemui pada sidang media program Astana di ibu kota, Isnin, sejak pulang daripada bercuti di Eropah bersama suaminya Mahathir, fokusnya hanya tertumpu pada persiapan program yang memaparkan gaya hidup dan kediaman para pemilik rumah mewah di Malaysia itu sahaja.

"Selepas pulang daripada bercuti kira-kira pada selepas Aidilfitri lalu, saya mula sibuk dengan komitmen terbaru terhadap program Astana ini.

"Memang saya terpaksa tolak sebarang tawaran dan kerja lain termasuk bidang nyanyian buat seketika demi komitmen terhadap program ini.

"Pendek kata, segala persiapan mengenai program ini termasuklah menghubungi dan mendekati para pemilik rumah, persiapan skrip program dan proses suntingan dilakukan oleh saya selain daripada tugas pengacaraan," katanya.

Mengulas tentang pemilihan penyanyi yang pernah mengacarakan program Kwek Mambo Anita itu, Pengurus Saluran Astro Ria Azlin Reza Azmi berkata, Anita dipilih berdasarkan pada dua kriteria utama iaitu karisma yang dimilikinya serta hubungan baik penyanyi itu dengan orang-orang berpengaruh di Malaysia.



Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi
Katanya, sejak saluran itu mula merencanakan idea untuk menerbitkan program berdurasi 30 minit itu, pihak penerbitan berdepan dengan kesulitan ekoran keengganan para pemilik rumah untuk mempamerkan rumah mewah mereka di kaca televisyen.

Justeru, apabila Astro Ria berbincang dengan Anita mengenai projek tersebut, penyanyi itu bukan saja meyakinkan pihak penerbitan untuk menghubungi dan memujuk sendiri kesemua pemilik rumah daripada pelbagai status dan latar belakang itu, malah turut komited dalam proses penerbitan dan rakaman program Astana.

"Pada awalnya, memang pihak kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan rumah mewah bagi tujuan program ini. Rata-rata pemilik-pemilik rumah mewah enggan memaparkan rumah mereka di televisyen kerana mereka bimbang akan disalahanggap ingin menunjuk-nunjuk kemewahan hidup atau riak.

"Namun, semuanya berjalan dengan lancar apabila kami memanjatkan cadangan itu kepada Anita. Karisma Anita yang elegan dan eksklusif selain hubungan baiknya dengan para pemilik rumah agam ini berjaya meyakinkan mereka untuk memaparkan rumah mewah masing-masing dalam program ini.

"Kerjasama dan komitmen yang Anita menjadikan proses rakaman Astana berjalan mengikut perancangan. Kami sememangnya berterima kasih kepada Anita atas bantuannya," katanya.

Menerusi program tersebut, Anita selaku pengacara bakal mengunjungi beberapa rumah mewah yang didiami oleh rakan-rakanya seperti ahli perniagaan, kerabat diraja, anak seni dan chef selebriti.

Antara rumah mewah yang bakal dipaparkan dalam program sebanyak 13 episod itu termasuk rumah penyampai radio Linda Onn, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam, Chef Wan dan ramai lagi.

Program yang terbahagi kepada tiga segmen itu akan mula bersiaran pada 12 Disember 2010 pada setiap Ahad pukul 7.30 malam di Astro Ria (Saluran 104).

google: astana, waktu tayangan astana, channel tayangan astana, astana di astro ria, tarikh siaran astana. konsep astana, video astana, klip video astana, astana promo, pengacara astana, berita astana, terkini astana, terbaru astana

Hujan Dapat Bas Daripada BSN

Posted: 29 Nov 2010 03:31 PM PST


KUALA LUMPUR: Setelah memiliki pencapaian yang memberangsangkan di bidang nyanyian, kumpulan Hujan telah menerima sebuah bas khas yang telah diubah suai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hujan yang kini menjadi duta MyBSN berkata mereka gembira menerima kemudahan pengangkutan kerana ia lebih memudahkan perjalanan kumpulan itu bila mengadakan konsert jelajah.

Menurut salah seorang ahlinya, Dimas, bas tersebut telah diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan mereka dan mereka tidak sabar untuk berkongsi keselesaan bas itu bersama peminat-peminat mereka.

"Alhamdulillah kemudahan bas yang diberikan ini sangat selesa. Sekurang-kurangnya kami dapat berehat sepanjang konsert jelajah kami yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Bagaimanapun bas tersebut tidak diberikan terus pada kami tetapi kami akan gunakannya sepanjang setahun kontrak kamu bersama BSN.

"Kamu harap para peminat juga dapat merasa menaiki bas ini bersama-sama kami," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, Emilia Azyyati Abdul Rahman berkata, pemilihan Hujan dibuat berdasarkan pencapaian yang diterima dan Hujan juga memiliki daya tarikan sendiri dalam mengajak para remaja memulakan penyimpanan wang.


Hujan kini lebih selesa dengan kemudahan baru mereka. Foto ehsan BSN
Sementara itu, ahli Hujan kini hanya tinggal tiga orang sahaja setelah Ag Coco membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut kerana ingin memberi fokus kepada kumpulannya, Coco, yang juga disertainya sejak lapan tahun lalu.

Beritahu Dimas, walaupun tanpa AG, gitaris itu tetap akan bersama mereka bila persembahan nyanyian diadakan.

"AG cuma bukan lagi jadi ahli kami, tetapi dia kini menjadi pemain 'sesion' kami. Sama juga seperti pemain drum kami, Am," katanya pada pelancaran album Hujan, Lone Soldier Boy (LSB) di Berjaya Time Square, di sini, Jumaat.



Selepas pelancaran album, Hujan mengadakan mini 'showcase' di sebelah malamnya. Fotob TheStar oleh KEVIN TAN
Selepas kejayaan album Mencari Konklusi, Hujan tampil dengan 14 buah lagu pula iaitu Di Kala Bulan Bermain Biola, Muda, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Ramos, Bahgia, Kasihan dan Lonely Soldier Boy.

Kata Noh, pembikinan album yang dihasilkan kali ini selama empat bulan itu menelan wang belanja sebanyak RM30,000.

"Apapun, kami berpuas hati dengan hasil lagu yang dibuat dan selain peminat-peminat luar, Raingers merupakan pembakar semangat kami untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Dalam pada itu, salah satu lagu daripada album kali ini, LSB adalah sebuah lagu daripada animasi Jepun, Mospeda. Sebenarnya lagu itu telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2006.

"Tetapi dengan bantuan Warner Music, kami mendapat kebenaran daripada pihak animasi tersebut menggunakan lagu ini. Bagaimanapun, liriknya saya gubah semula dalam bahasa Melayu," ujarnya.

google: berita hujan band, cerita hujan band, kisah hujan band, hujan band dan bas, hujan band dan bas baru, terkini berita hujan band, terkini kisah hujan band, gambar bas hujan band, photo hujan band