Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Drama Bersiri Ayoub Lakonan Iqram Dinzly & Fizz Fairuz Posted: 18 Nov 2010 07:56 AM PST KESABARAN ITU SATU KEIMANAN Terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama bersiri 25-episod yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato' Rahim Razali dan Mak Jah. Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka. Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub. Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim). Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana. Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya. Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik. Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?
Ikuti siri drama AYOUB di slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam, hanya di TV3! Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Filem Akeelah and The Bee di TV2 Posted: 18 Nov 2010 07:35 AM PST PERJUANGAN KEHIDUPAN DALAM FILEM AKEELAH AND THE BEE DI TV2 Cuti sekolah merupakan waktu yang paling dinantikan setelah beberapa bulan menghadapi peperiksaan dan pembelajaran. Para pelajar sepatutnya menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah ataupun melancong ke destinasi pilihan. Bagi ibu bapa pula, kehadiran musim cuti sekolah dimanfaatkan dengan membuat persediaan untuk persekolahan yang bakal tiba juga meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Memahami keperluan untuk menyediakan rancangan bermutu sempena cuti sekolah, Radio Television Malaysia (RTM) menyiarkan filem – filem menarik khas untuk menenami masa terluang pelajar sekolah di rumah. Khas Cuti Sekolah: Akeelah And The Bee akan menemui adik-adik pada 2 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di saluran TV2. Kisah perjuangan Akeelah dalam mengatasi masalah keluarga ketika menyertai pertandingan mengeja kebangsaan (spelling bee). Lakonan berkesan pelakon berbakat Keke Palmer dan Laurence Fishburne berjaya menyampaikan karektor mereka di dalam filem ini. Meniti usia 11 tahun, kehidupan Akeelah yang berasal dari selatan Los Angeles tidak seperti kanak-kanak lain. Rencah keluarga Akeelah yang mengalami kematian seorang ayah, ibu yang tidak menghiraukannya dan abang yang menyertai kumpulan samseng. Biarpun semua perkara buruk ini melanda dan menyukarkan Akeelah, remaja perempuan ini dikurniakan pemikiran yang genius. Akibat sering tidak hadir ke sekolah, Akeelah menyahut cabaran pengetua sekolahnya dengan menyertai pertandingan mengeja hanya untuk lari daripada didenda. Berdiri di hadapan ramai penonton nyata memerlukan keberanian yang jitu. Tanpa disangka, Akeelah berjaya mengenepikan perserta-peserta lain dan muncul pemenang untuk pertandingan itu. Lantas menyedari kebolehan Akeelah, pengetua sekolahnya meminta Akeelah mendapat latihan intensif di bawah latihan seorang professor mata pelajaran Inggeris yang bernama Dr. Larabee untuk persediaan memasuki petandingan mengeja peringkat yang lebih tinggi. Filem yang menitikberatkan kesungguhan seorang pelajar perempuan diteruskan apabila Akeelah menyedari potensinya untuk menyinar di dalam pertandingan tersebut. Remaja bercita-cita tinggi ini juga mahu mengharumkan nama kawasan perumahannya dengan seseorang yang berjaya dan boleh dibanggakan. Namun, untuk mecapai semua itu, Akeelah mesti mengharungi segala perkara yang melibatkan keselamatannya dan gangguan daripada masalah peribadi di rumah. Masalah kian mengejar Akeelah apabila terpaksa menghadapi tekanan daripada Dr. Larabee yang amat digeruninya. Disebalik perkara-perkara yang berlaku, Akeelah tahu yang pengalaman akan mendewasakan dirinya. Mampukah Akeelah meneruskan perjuangan pertandingan mengeja nanti? Adakah ahli keluarganya akan berubah? Tontoni filem khas cuti sekolah pada 2 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di saluran TV2, Dunia Ria. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |