Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fauzi-Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit
- AYOUB Siri Terbaru Samarinda
- Dewi Remaja Tak Tiru Program Realiti Lain
- Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang
- Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam
- Mulan Jameela Turut Kurban Kambing
- Pernah ka Rozita bersederhana?
- CINTA LOKASI Zarina - Ungku Ismail
- Konsert Solo Francissa Peter
- Salam Terakhir Memang Dibuat Untuk Sudirman - Habsah Hassan
- Razis yang lama hilang
- Dua beradik yatim dipelihara datuk
- Jenayah: Perasaan bimbang rakyat menurun
- Nyawa remaja direntap ketika senja
- Mati sebelum tamat A-Level
- Menangis sebelum mati nahas
- Rusuk patah kereta rempuh batu
- FRIM Tapak Warisan UNESCO 2015
- Facebook laman paling popular
- Carrefour Malaysia tidak dijual
- Penyanyi ternama sumbang ilmu
- Mel B tidak bayar penari
- MCR Bukan Grup Spiritual
- Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat
- Amah Indonesia yang bibirnya digunting majikan kian pulih di hospital Madinah
Fauzi-Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit Posted: 18 Nov 2010 06:38 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menyimpan duit dalam simpanan, kini pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati gembira dengan pembelian rumah baru mereka yang bernilai lebih daripada setengah juta ringgit. Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu hasil daripada titik peluhnya bersama isteri dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut. "Alhamdulillah, impian kami untuk berumah sendiri termakbul. Dulu kami tinggal bersama keluarga Lisda. Bila dah dapat rumah sendiri, kepuasannya lain. "Tambah pula bila di rumah mentua, takkan kami nak duduk menonton televisyen sambil berpelukan, nampak kurang manis. Kini, kami lebih bebas. "Memang agak sukar juga kami nak menyimpan wang untuk membeli rumah. Maklumlah, sebagai pelakon, ada masanya kita senang, ada adakalanya kita susah, semuanya bergantung kepada keadaan. "Apapun, kami bersyukur kerana tawaran kerja kami tidak putus, semua ini rezeki anak-anak," katanya pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha serta majlis marhaban dan Aqiqah, Rabu, untuk anak keduanya,Nur Aina Fazneesya, setahun. Fauzi yang baru saja habis penggambaran telefilem komedi, Duda berhias (Astro Ria) dan Kecoh Bendol (TV9) kini mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan pula bersama Lisda dan dua orang rakan kongsi mereka, Glam beauty Studio. Malah pasangan suami isteri itu juga bakal menjadi duta produk Vianco Natura dalam masa terdekat nanti. "Sebagai seorang artis, kami perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jadi kami fikir, bukankah lebih baik jika kami membuka sendiri perniagaan kecantikan. Selain dapat merawat wajah kami, orang lain juga turut dapat merawat wajah mereka. "Dalam pada itu, sudah tiba masanya untuk kami memikirkan sesuatu untuk masa depan kami sekeluarga andai kata rezeki kami sebagai pelakon tidak diperlukan lagi. "Saya percaya, kami tidak mungkin berada di tahap selesa dalam bidang lakonan selama-lamanya. Jadi, Glam Beauty Studio adalah permulaan kami," ujarnya. Sementara itu, Fauzi dan Lisda kini gembira dan lebih tenang kerana diri mereka semakin kurang dikaitkan dengan sebarang kontroversial yang remeh, lebih-lebih lagi mengenai pergolakan rumah tangga. "Biasalah...bagi saya, kontroversial sekadar usikan daripada pihak media. Sebelum ini, mungkin kerana kami terlalu sibuk dengan kerja, kami jarang hadir bersama untuk ke mana-mana majlis. "Alhamdulillah, biarpun kontroversial mengulit diri, kami tetap bahagia seperti biasa. Lebih-lebih lagi sekarang, kami tidak lagi mendengar gosip saya skandal dengan wanita itu dan ini, mungkin ia sudah reda," tutur Fauzi sambil melihat gelagat Lisda yang sibuk melayani para tetamu yang hadir. | ||
Posted: 18 Nov 2010 06:38 PM PST PETALING JAYA: Drama terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam. Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato' Rahim Razali dan Mak Jah. Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, drama ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda. "Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran dan gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat. TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton kami supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda. Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB," katanya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka. Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub. Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana. Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. | ||
Dewi Remaja Tak Tiru Program Realiti Lain Posted: 18 Nov 2010 06:37 PM PST PETALING JAYA: Pertandingan Dewi Remaja menerusi majalah remaja sejak tahun 80an sememangnya menjadi platform para remaja wanita untuk melangkah ke dunia hiburan. Ramai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan peragaan muncul dari pertandingan popular ini seperti Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan ramai lagi. Apa yang menarik kali ini ialah ini akan dibawa menerusi saluran Astro Ria bermula 24 November ini, pukul 9.30 malam. Menerusi Oranje TV, anak syarikat SEDANIA Group, program realiti ini mempunyai konsep tersendiri tanpa maniru mana-mana program realiti lain di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania TV,Azrin Mohd Noor, berkata menyedari pertandingan ini mempunyai pengikut tersendiri, mereka percaya ia mampu memberi kepuasaan kepada pengikutnya. "Kalau dulu hanya boleh dilihat menerusi majalah sahaja kini peminat Dewi Remaja boleh melihat dan menilai sendiri perwatakan peserta-peserta yang bertanding di kaca tv. "Dari segi sambutan memang sangat menggalakkan. Kita juga akan menggunakan acuan sendiri tanpa meniru mana-mana program realiti tv yang sudah ada," katanya. Selain itu, pertandingan ini bukan sahaja menilai kecantikan semata-mata malah menilai dari segi pengetahuan dan personaliti yang ada pada peserta. "Program ini akan menampilkan 12 peserta yang akan bersaing untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2010. Tujuan kami bukan sahaja mencari ratu cantik tetapi juga mencari pekej lengkap yang lebih baik dalam diri juara. "Dalam program ini juga kita memberi pendedahan dari pelbagai aspek termasuk grooming. Kami juga membuat rakaman untuk enam episod yang membabitkan aktiviti mereka sewaktu berada di tempat tinggal khas yang disediakan. Seperti biasa sudah tentu ada unsur-unsur dramatik yang akan dipaparkan," ujarnya. Setiap episod peserta akan diadili oleh seorang juri. Peserta dinilai berdasarkan markah yang terkumpul dari episod pertama hingga ke lima. Tiada sebarang penyingkiran dibuat dalam setiap episod. Pertandingan akhir pula bakal berlangsung 5 Januari 2011 yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. Sementara itu, tiga peserta yang bertanding mengakui menjadikan pertandingan ini sebagai landasan kepada mereka untuk menonjolkan bakat yang ada. Bagi Anzalna Md Nasir, 22, mengakui teruja diberi peluang untuk berada di pertandingan ini. Percaya kepada diri sendiri Anzalna mahu dirinya berada sebaris dengan pemenang Dewi Remaja terdahulu. "Saya mengetahui pertandingan ini melalui teman lelaki. Selain mempunyai kelebihan iaitu mampu menguasai pelbagai bahasa, saya berharap dapat mengecapi impian yang terpendam," katanya. Ramona Ros Ramona Qudira, 20, mahu bakat sebagai peragawati dapat diketengahkan lagi. "Sejak kecil lagi saya sudah berjinak-jinak dalam dunia peragaan. Ini merupakan peluang yang baik kerana apa yang saya lihat ramai peragawati terkenal lahir melalui pertandingan Dewi Remaja ini," katanya. Shaagleharee Nadarajan, 21, gembira kerana terpilih menjadi salah seorang peserta dalam pertandingan ini. Dia yang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej swasta di ibu kota mengakui meminati bidang pengacaraan sejak kecil lagi. "Saya seorang yang banyak cakap, kalau boleh saya mahu menceburi bidang pengacaraan dan mempunyai program bual bicara tersendiri," katanya. | ||
Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang Posted: 18 Nov 2010 06:36 PM PST ARTIS jelita yang sedang berhadapan dengan kes video lucah bersama vokalis Peterpan, Ariel, Luna Maya kini sudah berani untuk muncul semula di dunia hiburan setelah beberapa bulan bersembunyi. Luna kini muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu dan tampil untuk membuat promosi. "Ini adalah permintaan dari pihak label saya. Saya ada kontrak dengan mereka dan masih berhutang dengan beberapa lagu. Mereka sudah keluarkan bajet untuk siapkan album penuh saya," katanya seperti dipetik KapanLagi.com. Bekas pengacara program hiburan popular Dahsyat itu sudah memulakan operasi promosinya dan datang ke setiap stesen televisyen di Indonesia. "Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya sama ada kebangkitan atau apa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan selesaikan hutang-hutang saya sahaja," katanya. Ketika ditanya tentang kerja yang dilakukan ketika menghilangkan diri dari media, Luna memberitahu dia mempunyai kerja yang terbengkalai dan menyiapkannya sedikit demi sedikit dikelapangan itu. | ||
Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam Posted: 18 Nov 2010 06:35 PM PST POSTER filem Bollywood terbaru Guzaarish yang memaparkan gambar pelakon jelita Aishwarya Rai merokok telah dikecam hebat oleh pihak media India. Poster promosi filem tersebut dikatakan mampu memberi kesan kepada kaum muda yang seringkali menganggap bintang filem sebagai idola mereka. Selain itu, sebuah organisasi Doctor For You juga membuat bantahan dengan memakai lencana hitam pada hari tayangan perdana filem tersebut, Jumaat. Terdahulu, pengarah filem ini, Sanjey Leela Bhansali memberitahu Aishwarya terpaksa menjadi perokok bagi mendapatkan gaya perokok tegar yang asli. Dia juga memberitahu pelakon tersebut sering terbatuk-batuk ketika cuba merokok. | ||
Mulan Jameela Turut Kurban Kambing Posted: 18 Nov 2010 06:34 PM PST PENYANYI Mulan Jameela tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah kurban. Dia telah mengorbankan seekor kambing yang diimport dari Australia. Menurut sumber yang dipetik dari KapanLagi.com, Mulan membeli haiwan tersebut dari penjual kambing di sebelah rumahnya di Pinang Mas, Pondok Pinang, Jakarta Selatan. Tambah sumber lagi, kambing tersebut dibeli oleh ibu Mulan, Siti Aisyah mewakili putrinya itu. "Ya Mulan membeli kambing import dari Australia, jenis Etawa dengan berat 80 kg, harganya RM 1,200," ujarnya. Tambahnya lagi daging kurban tersebut telah dibahagikan kepada penduduk setempat. Belum sempat untuk bertanya tentang kehamilan anaknya, Siti aisyah segera masuk ke dalam rumah. Manakala di persekitaran rumah penyanyi lagu Cinta Mati itu juga kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengawasi rumahnya. | ||
Pernah ka Rozita bersederhana? Posted: 18 Nov 2010 05:20 PM PST
| ||
CINTA LOKASI Zarina - Ungku Ismail Posted: 18 Nov 2010 05:18 PM PST
| ||
Posted: 18 Nov 2010 05:17 PM PST
| ||
Salam Terakhir Memang Dibuat Untuk Sudirman - Habsah Hassan Posted: 18 Nov 2010 05:16 PM PST
| ||
Posted: 18 Nov 2010 05:06 PM PST
| ||
Dua beradik yatim dipelihara datuk Posted: 18 Nov 2010 05:05 PM PST IPOH – "Selagi hidup, saya akan jaga cucu-cucu saya." Itu kata Shahar Mohd. Ariffin, 61, datuk kepada dua adik-beradik, Firdaus Shaiful Fadzilah, 8, dan Fatiha, 4, yang menjadi yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka terbunuh selepas sebuah kereta dirempuh treler di Slim River kelmarin. Kedua-dua kanak-kanak itu akan tinggal bersama Shahar dan isterinya di Kampung Guar Badak, Lenggong. "Saya dan ahli keluarga tidak sesekali akan membenarkan dua cucu saya itu dipelihara oleh orang lain selepas ibu bapa mereka meninggal dunia," ujarnya ketika dihubungi semalam. Shahar berkata, dia akan menguruskan pertukaran sekolah Firdaus yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Integrasi di Salak Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan dalam masa terdekat. "Saya mahu dia meneruskan tahun tiga persekolahan di Sekolah Kebangsaan Lenggong. Selagi hayat dikandung badan, saya akan memastikan dia dan adiknya mendapat pendidikan sewajarnya sehinggalah ke menara gading," ujarnya. Shahar berkata, Fatiha yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini akan didaftarkan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak berdekatan kediamannya. | ||
Jenayah: Perasaan bimbang rakyat menurun Posted: 18 Nov 2010 05:04 PM PST KUALA LUMPUR - Kajian oleh TNS Research International merumuskan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kemungkinan menjadi mangsa jenayah kini berkurangan. Kajian kumpulan penyelidikan pasaran antarabangsa itu mendapati perasaan bimbang menjadi mangsa jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan rompak serta jenayah harta benda seperti samun dan curi kenderaan menurun daripada 58.5 peratus pada Disember lepas kepada 55.1 peratus pada Mei tahun ini. Menurut Pengarah Urusan TNS Research International, Yazid Jamian, penurunan sebanyak 3.4 peratus dalam tempoh yang singkat itu adalah signifikan. "Ia menunjukkan peningkatan yang baik kerana menandakan rakyat Malaysia kini tidak lagi bimbang kemungkinan menjadi mangsa jenayah," katanya dalam satu kenyataan semalam. | ||
Nyawa remaja direntap ketika senja Posted: 18 Nov 2010 05:03 PM PST KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin. Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut. Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi. Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya. | ||
Posted: 18 Nov 2010 05:02 PM PST KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah sekolah antarabangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 Kondominium Mont Kiara dekat Seri Hartamas di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun dan berdarah campuran Jepun-Filipina ditemui mati di dalam longkang di tingkat bawah bangunan tersebut. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium berkenaan 10 minit selepas kejadian itu. "Siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh dari tingkat 26. Kita menemui beberapa buah buku miliknya di situ. "Mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 17 dan merupakan seorang pelajar A-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Brickfields," katanya ketika dihubungi semalam. Tambahnya, enam jam sebelum kejadian, ibu mangsa telah menghantarnya ke sekolah tetapi mangsa tidak menyatakan apa-apa. | ||
Posted: 18 Nov 2010 05:01 PM PST KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah sekolah antarabangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 Kondominium Mont Kiara dekat Seri Hartamas di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun dan berdarah campuran Jepun-Filipina ditemui mati di dalam longkang di tingkat bawah bangunan tersebut. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium berkenaan 10 minit selepas kejadian itu. "Siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh dari tingkat 26. Kita menemui beberapa buah buku miliknya di situ. "Mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 17 dan merupakan seorang pelajar A-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Brickfields," katanya ketika dihubungi semalam. Tambahnya, enam jam sebelum kejadian, ibu mangsa telah menghantarnya ke sekolah tetapi mangsa tidak menyatakan apa-apa. | ||
Rusuk patah kereta rempuh batu Posted: 18 Nov 2010 05:00 PM PST IPOH - Seorang pesara patah tulang rusuk kanan selepas kenderaan dipandu anaknya merempuh seketul batu besar yang jatuh di laluan ke arah Selatan berdekatan Terowong Menora, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi Selasa lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, Mohamad Radzuan Taib, 53, turut cedera di kaki kanan akibat tertusuk papan pemuka kereta manakala anaknya, Shafiq Affandi, 24, pula cedera ringan. Menceritakan kejadian, Shafiq berkata, dia dan bapanya dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Katanya, setelah 500 meter melepasi Terowong Menora, dia ternampak seketul batu besar di atas jalan namun tidak sempat mengelak lalu merempuhnya. "Bongkah batu itu sama saiznya dengan kereta MyVi saya," katanya. | ||
FRIM Tapak Warisan UNESCO 2015 Posted: 18 Nov 2010 05:00 PM PST KEPONG – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) meletakkan sasaran untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selewat-lewatnya menjelang tahun 2015. Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pihaknya yakin pengiktirafan itu berjaya dicapai kerana FRIM sudah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2009. "Usaha untuk mendapatkan status FRIM sebagai tapak warisan telah dimulakan pada tahun 2008 dan akhirnya telah diperoleh pada 10 Februari 2009 dan kini kami menyasarkan agar FRIM diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO menjelang tahun 2015 pula," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan FRIM sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam. | ||
Posted: 18 Nov 2010 04:59 PM PST KUALA LUMPUR - Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA). MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati. "Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain. "Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam. | ||
Carrefour Malaysia tidak dijual Posted: 18 Nov 2010 04:08 PM PST KUALA LUMPUR – Peruncit besar Perancis, Carrefour, semalam membatalkan rancangan menjual rangkaiannya di Malaysia dan Singapura dan berjanji untuk meningkatkan penguasaan pasaran di negara-negara Asia. Carrefour yang juga peruncit kedua terbesar dunia berkata, minggu ini ia akan melepaskan 42 rangkaiannya di Thailand dan berhasrat menjual sebanyak 23 cawangan Malaysia dan dua di Singapura. Tetapi syarikat itu membuat keputusan untuk mengekalkan kehadirannya di Malaysia berikutan satu 'kajian strategik', kata Ketua Eksekutif Carrefour, Lars Olofsson dalam satu kenyataan di Malaysia "Kami memutuskan untuk tidak menjual operasi di Malaysia dan Singapura kerana posisi pasaran dan prospek pertumbuhan yang konsisten dengan strategi kami," katanya. The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan Oloffon berkata, bidaan yang dirancang sebelum ini tidak menarik tawaran yang cukup tinggi. | ||
Posted: 18 Nov 2010 04:07 PM PST SERAMAI lima personaliti ternama daripada pelbagai genre muzik akan menyumbangkan ilmu mereka kepada bintang muda masa depan dalam rancangan Kamilah Bintang. Bertindak sebagai pembimbing bintang atau star guide, minggu pertama yang akan ke udara setiap Jumaat pukul 5.30 petang bermula pada hari ini menyaksikan kemunculan rocker tersohor, Amy Search. Diikuti dengan Stacy pada minggu kedua, sementara Aizat, kumpulan Hujan dan Farah Asyikin, masing-masing dari minggu ketiga hingga minggu kelima. Mereka semua bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan kepada peserta sebelum membuat persembahan mingguan. Enam bintang muda yang yang terpilih ialah Dayang Nazillah Awang Astillah atau Dayang. Seorang lagi ialah Syazwani Sapari (Wani) yang amat meminati Ramlah Ram. Mula menyanyi dari umur tujuh tahun, gadis kecil bersuara dewasa ini pernah menyertai rancangan Tom Tom Bak sebelum ini. Sementara, Qistina atau nama penuhnya, Qistina Amira Rohaizad yang bercita-cita menjadi pengarah filem pula berasa bersyukur kerana dia turut terpilih menjadi salah seorang daripada enam peserta yang terpilih diseluruh Malaysia. Bakal menyanyikan lagu popular Fiq Mentor, Tiga Malam Tanpa Bintang Mentor pada konsert pengenalan, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi atau mesra dipanggil Farhan pula pernah menyertai persembahan tarian di Turki sempena Festival Kanak-kanak Sedunia.
Peserta lelaki lain ialah Mohammad Aiman Azli Aziz atau Aiman pula akan membawa lagu Awie, Terima Kasih. Peserta keenam ialah Raja Mohd. Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, mesra dipanggil Faisal pula menegaskan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk konsert minggu pertama. Faisal bakal mengalunkan lagu popular Search, Fantasia Bulan Madu. Dalam pada itu, Amy Search berkata, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap bakat-bakat realiti TV kerana mereka pelapis industri seni di masa hadapan. Vokalis Hujan, Noh pula memberi tip kepada para peserta cara untuk menghilangkan gemuruh ketika sebelum menyanyi iaitu dengan banyakkan berselawat dan membuat latihan. "Peserta juga jangan lupa untuk merasa seronok ketika menyanyi," ujarnya. Peserta Kamilah Bintang akan mengadakan persembahan pada setiap konsert mingguan. Setiap minggu seorang pemenang akan dipilih dan pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada sekolah pemenang. Tiada penyingkiran peserta dan juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 kelak. Menarik mengenai Kamilah Bintang, peserta yang berasa mereka berada pada kedudukan yang tidak selamat akan diberi tiga pilihan talian hayat iaitu bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan tambahan kelas vokal. Namun, markah peserta akan ditolak sebanyak dua markah jika menggunakan talian hayat. "Para peserta akan berfikir secara serius untuk membuat keputusan kerana ia akan melibatkan pemotongan markah peserta," ujar Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh di Majlis Sidang Media Kamilah Bintang di Full House Cafe. Tiga orang juri tetap Kamilah Bintang ialah Aznil Nawawi, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi dan penghibur terkenal, Adibah Noor. "Kami akan menerapkan pendidikan muzik kepada peserta untuk mendapatkan nada yang bagus. Supaya mereka akan menjadi penyanyi yang baik kelak," ujar Cikgu Shafi yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia. Kamilah Bintang menyaksikan gandingan pertama kali Zoey dan Nora Danish sebagai pengacara. "Ini satu cabaran bagi saya untuk mengacara tetapi ia satu lagi langkah saya untuk ke hadapan di bidang seni. "Malah, saya memang suka dengan kanak-kanak kerana sudah berstatus ibu," ujar Nora yang turut menjadi pengacara rancangan Bolly 10. | ||
Posted: 18 Nov 2010 04:07 PM PST
SIKAP keterbukaan Melanie Brown atau lebih dikenali sebagai Mel B dan suaminya, Stephen Belafonte terhadap seks akhirnya telah menjerat diri mereka berdua. Seorang penari bogel dari Australia mendakwa bahawa dia tidak dibayar setelah diminta untuk membuat persembahan di hadapan pasangan tersebut di sebuah kelab malam. Menurut penari berkenaan, dia telah membuat aksi tarian bogel di sebuah kelab malam, Nevermind setelah diundang sendiri oleh pengawal peribadi Mel B. Bagaimanapun, dia akhirnya kecewa setelah tidak mendapat sebarang bayaran. "Ketika bersetuju untuk beraksi, saya fikirkan itu adalah peluang keemasan sekali seumur hidup. Mulanya saya tidak mahu tetapi mereka telah menghantar pengawal peribadi untuk menjemput saya," ujarnya. Kejadian tersebut berlaku ketika bekas anggota kumpulan Spice Girls itu dan suaminya itu berkunjung ke Sydney untuk mempromosikan program realiti TV mereka, It's A Scary World. Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan balas daripada penyanyi berkenaan. | ||
Posted: 18 Nov 2010 04:06 PM PST SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan My Chemical Romance atau lebih dikenali dengan singkatan MCR yang hebat memperjuangkan genre muzik neo-punk dan rock moden. Kumpulan yang terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Gerard Way (vokalis) dan adiknya Mikey Way (bass), selain Ray Toro (gitar) , Frank Lero (gitar) dan Bob Bryar (dram) itu bagaimanapun kini tinggal berempat apabila Bob mengumumkan keluar daripada MCR pada 13 Mac tahun ini. Dalam kenyataan yang diumumkan menerusi laman web rasmi band itu, gitaris, Frank Lero menulis: "Sebagai sebuah band, kami dirundung malang pada tahun ini dan ingin mengumumkan bahawa Bob (Bryar) telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama MCR. "Kami ingin memberitahu perkara yang benar kepada semua peminat MCR sebab itu kami menulis di sini, supaya berita tentang Bob itu bukan anda dapati daripada laman web gosip." Tambahnya: "Ia suatu keputusan yang sangat memeritkan bagi kami dan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kami mendoakan yang terbaik buat Bob di masa-masa depan dan begitu juga kami harap anda semua memperolehi perkara yang sama." MCR bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang faktor di sebalik keputusan Bob untuk meninggalkan kumpulan itu. Namun menurut majalah Notifi Radios, Bob meninggalkan MCR selepas terbabit dengan perselisihan faham dengan anggota lain MCR. Begitu juga belum ada sebarang pengumuman tentang siapakah yang bakal menggantikan tempat Bob. Sehinggalah kemunculan album terbaru mereka itu, MCR masih dianggotai hanya empat ahli. Biarpun hanya berempat, namun MCR tetap muncul dengan album terbaru mereka. Justeru, penantian peminat untuk album studio keempat MCR selepas album ketiga mereka, The Black Parade (2006) telah berakhir apabila MCR mengumumkan bahawa Reprise Records bakal melancarkan album studio keempat mereka yang sangat dinanti-nantikan, berjudul Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys pada 22 November ini. Menurut wajah penting grup itu yang merangkap posisi vokalis kumpulan tersebut, Gerard Way, "Lagu-lagu dalam album ini adalah himpunan material yang kami telah bincangkan beberapa tahun lalu.
"Lagu-lagu yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam album terdahulu sebagai single pertama dan kedua. Kami menulis semula kesemua lagu-lagu ini". Gerard turut mengakui bahawa mereka bersikap lebih 'ganas' dalam menentukan bahan yang wajar dimasukkan ke dalam album keempat itu. Antara orang kuat yang sama-sama berusaha keras bagi penghasilan album itu termasuklah Dave Matthews Band, Jawbreaker dan The Goo Goo Dolls. serta pengerusi baru Warner Bros. Records, Rob Cavallo yang sebelum ini juga terbabit dengan album The Black Parade. | ||
Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat Posted: 18 Nov 2010 04:05 PM PST MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut. Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu. "Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi. Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran. Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar. Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup. Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu. Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi. Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan. Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini. Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini. Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. | ||
Amah Indonesia yang bibirnya digunting majikan kian pulih di hospital Madinah Posted: 18 Nov 2010 04:04 PM PST MADINAH – Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa, berusia 23, yang bibirnya digunting oleh isteri majikannya pada 8 November lalu di Madinah, Arab Saudi semakin pulih, lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan itu dibuat ketika Menteri Hal Ehwal Wanita Indonesia, Linda Agum Gumelar akan mengetuai sepasukan pegawai untuk memantau siasatan kes tersebut di Arab Saudi hari ini. Pegawai dari Konsulat Indonesia di Jeddah, Didi Wahyudi menyatakan pemulihan Sumaiti adalah mengagumkan. Sumiati yang dimasukkan ke sebuah hospital di Madinah pada 8 November lalu juga didapati sudah berhenti menangis dan mula bercakap. "Sumiati semakin pulih dari segi fizikal dan mental. Selera makannya sudah ada. Ketika saya melawatnya, dia meminta nasi dan bakso. Ekoran restoran Indonesia di Arab Saudi ditutup kerana cuti, kami di konsulat membuat bakso untuknya," kata Didi. Pihak hospital tidak menyediakan roti kerana bimbang makanan itu akan mengingatkan Sumiati terhadap penderaan yang dialaminya. Selepas didera, majikannya memberinya sekeping roti dan air. Sumiati mengalami kecederaan serius terutama di bahagian muka dan bibirnya yang dipercayai digunting, jari tengahnya retak, badannya mempunyai kesan dibakar selain banyak kecederaan dalaman. Wahyudi menyatakan, laporan telah dibuat di balai Polis Faisaliah pada 10 November lalu berhubung kejadian itu. Menurutnya, majikan Sumiati dan seorang anak lelaknya telah ditahan untuk disoal siasat. "Mereka ditahan di Madinah kerana disyaki terbabit melakukan penyeksaan terhadap Sumiati," katanya. Menurut Didi, mereka ditahan selepas aduan rasmi dibuat oleh Kedutaan Besar Indonesia selain laporan hasil pemeriksaan doktor dan siasatan polis Arab Saudi berhubung keadaan mangsa. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |