Adsense

Khamis, 18 November 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(TERKINI) Pamela bakal bintangi filem Dr. Rozmey

Posted: 17 Nov 2010 03:52 PM PST


KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.
Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.
"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.
"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.
Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.

(VIDEO) Penyembelihan Unta

Posted: 17 Nov 2010 03:51 PM PST

(PENGUMUMAN) Basikal Hilang!!!

Posted: 17 Nov 2010 03:42 PM PST


Sape2 yang curi basikal budak ni sila pulangkan balik.Kalau tak korang masuk neraka sekali dengan basikal tu.

(VIDEO) Jamrud - Surti dan Tejo

Posted: 17 Nov 2010 09:01 AM PST

Gambar pertunangan Mizz Nina, Noh Hujan

Posted: 17 Nov 2010 08:46 AM PST

Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka telah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November lalu. Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman keluarga di Ampang dan turut dihadiri keluarga Noh yang terbang dari Miri, Sarawak. Hanya lebih kurang 50 tetamu jemputan terdekat hadir menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Semuanya dilakukan atas permintaan keluarga Mizz Nina. Wang hantaran yang bakal diterima pihak perempuan iaitu sebanyak RM11,000 berserta mas kahwin berjumlah RM888.88 dan wang pembuka mulut bernilai RM500.00.


Manakala pihak Mizz Nina menyerahkan enam dulang hantaran berisi senaskhah Al-Quran, sepasang Baju Melayu, butang Baju Melayu, kain samping dan dibalas lima dulang hantaran berisi tepak sirih, kek lapis Sarawak, telekung dan sebentuk cincin. -Gambar Gua & mStar