Adsense

Khamis, 18 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Film : Sinopsis Filem Damping Malam

Posted: 18 Nov 2010 08:20 AM PST

Sinopsis:

Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. 


NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya.

Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. 

Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI(36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Pengarah : Ahmad Idham 
Bahasa : Bahasa Melayu 
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram 
Tarikh Tayangan : 30 Disember 2010
Durasi : 90 min 
Audio : Dolby
Format : 35mm

Info : Sinemamalaysia

Senarai Peserta Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 25

Posted: 18 Nov 2010 05:07 AM PST

SHAH ALAM: Sebanyak enam buah lagu telah diumumkan bagi menduduki carta Top 14 pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 (MM25) yang diadakan pada isnin lalu di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Isnin.


Lagu-lagu yang berjaya menduduki di carta teratas itu adalah Drama King (Meet Uncle Hussein), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy), Susun Silang Kata (Aizat), Ku Ada Kamu (Adira) dan Sofea Jane (Black).



Pada pusingan pertama yang diadakan pada Isnin minggu lalu, enam lagu juga dipilih menduduki carta teratas iaitu Kebahagiaan Dalam perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Sejujur hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).


Zoom : Anda Rasa Siapa Akan Menang ??

Ayat dan gambar Blog Uncel Seekers Yang Menyampah !!!

Posted: 18 Nov 2010 03:54 AM PST

Mengucap panjang ZoOm bila baca ayat-ayat didalam blog Pakcik Seekers ni, berikut ayat-ayat yang sudah pasti anda tertanya-tanya apakah yang pakcik ini nakkan !!!

Kalau betul pun sebelum ini beliau bercinta janganlah hebahkan dekat masyarakat, ini tak satu Malaysia malahan satu dunia tahu kisah percintaan yang sengaja digembar gemburkan ke serata dunia.Antara ayat- yang menyakitkan hati macam nak muntah seperti dibawah :


Setelah beberapa bulan aku sembunyikan "cinta syyhh" diantara aku dengan mantan permaisuri agong dari pengetahuan umum, hari ini aku terbuka hati untuk memaparkan sedikit maklumat tentangnya...

Diwaktu gelombang taufan melanda dirinya, aku diamanahkan untuk bersamanya buat beberapa ketika. Dia memanggil aku dengan panggilan "Abang" dan aku pula hanya memanggilnya "Aishah" atau kadangkala "YaAishah".

Kenapa dato seri kemaruk nak beri duit pada saya? Aisyah pernah datang bersama mama bertemu ayah saya (klik) sekitar 8 pagi kerana hendak meminang unclesekers! Adakah dato seri tahu? Ayah saya masih hidup lagi dato seri...Walaupun aisyah mengetuk pintu bilik saya beberapa kali "abang...bangun bang..aisyah datang ni..." saya tak akan membuka pintu sebab waktu tidor saya tiada siapa boleh ganggu waima mantan permaisuri agung. Tak percaya tanya mama sendiri. Mama orang Islam dan tidak pernah tinggal solat 5 gol. <-- Copy Paste 

Apa tujuan dato seri ugut saya? Adakah kerana nak menakutkan saya? Sorilah dato seri...saya bukan seorang penjenayah atau perompak duit dato seri. Bukan mengungkit tapi membangkit, semasa diampang makan kambing dan roti boom siapa yang bayar? Setiap kali syed keluar dengan aisyah pun syed yang bayar, cuma sekali saja dia belanja saya minum teh bersama madu di pavallion. Ketika itu saya selsema. Dia belikan saya handphone pun saya tak ambil!

Buat mama..
Syed sanggup lafaz atau junjung Quran (seperti kebiasaan amalan untuk membuktikan kebenaran) dimana saja yang diminta tentang kebenaran artikel ini dan bertanggungjawab diakhirat dan mama juga harus begitu.

Aku tau pembongkaran ini akan mencetuskan kontroversi dan mungkin aku disumbat didalam lokap atau jel atau kena saman atau....

Sesuai dengan prinsip hidup aku
"To seek the truth"

Beberapa panggilan yang aku terima hari ini semua memuji kerana keberanian aku membongkar isu ini.

Bukan kerana berani tapi kerana mencari kebenaran (to seek the truth). Ada juga yang suruh aku bersedia makan yang sedap-sedap dan main internet puas-puas kerana tak lama lagi aku akan ditahan bawah ISA! (bolehke?)


Kalau aku ditahan ISA pun aku bangga kerana aku adalah rakyat Malaysia yang pertama ditahan bawah ISA kerana mendedahkan kisah "cinta syyyh" dengan DYMM Raja Permaisuri Agung Ke X

Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas "skrip reading" filem Momok Jangan panggil aku" bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah.

"Abang dimana? Datang jumpa Aishah di Ampang Jaya…bla la bla"

Aku sengaja buka pembesar suara supaya aku boleh makan dengan tenang tanpa genggaman telefon ditangan dan semua rakan-rakan tadi mendengar dengan jelas perbualan kami berdua.

Lebih kurang 3 kali Aishah menghubungi dalam masa setengah jam. Semua yang ada dimeja makan menggeleng kepala kerana nasi goring yang aku makan tidak habis kerana melayannya.

ZoOm : nampak sangat menunjuk2..Ya Allah kuatkan la semangat Puteri Aisyah dan keluarga..

lagi.... :( 

Memanglah aku tak romantik dengan dia sebab warna pakaian dalam yang dipilih langsung tak stim. Hancusss…

"Dalam hati kecilku berkata, " Sorilah beb, peduli apa aku samada kau permaisuri atau apa, jangan paksa benda yang aku tak suka"

Mama mengenyit mata dan mengangguk kepala padaku. Aku faham maksud mama kerana ianya "cinta syyhh".

ZoOM : Semoga orang seperti ini akan mendapat balasan yang setimpal...Zoom teringat orang yang sama pernah saman Ustaz Arief Cakra Alam dan Ustaz Fadhila Kamsah pun ada bercerita mengenai Pakcik ni..anda search dan fikir-fikirkanlah...ZoOm betul2 kutuk perbuatan Pakcik ni !!!.



Kisah Dan Gambar Uncel Seekers Dan Cik Puan Siti Aishah

Posted: 17 Nov 2010 07:47 PM PST

Kenapalah Uncel Seekers ni nak mengaibkan orang lain, bagi ZoOm tak perlulah hebahkan kepada masyarakat mengenai gambar dan kisah mereka. Cukup sekadar ia menjadi pengajaran malah penyebaran maklumat yang beliau gembar gemburkan boleh dikategorikan sebagai dosa besar.


Kerana ia adalah gossip berprofile tinggi ZoOm hanya bagi Link untuk anda melihat sendiri gambar dan apa yang pakcik yang suka cari hantu ni tulis..

URL :  www.uncleseekers.blogspot.com

Setakat hari ini, sudah 5 blog post sudah ditulis oleh Uncle Seekers untuk mendedahkan hubungan "cinta syhhh" antara mereka berdua. Kami tak mahu beri komen apa-apa. Mungkin anda sendiri perlu membaca pengakuan part 1, part 2 , part 3, part 4 dan part 5 dari Uncle Seekers. Kemudian anda buatlah penilaian anda sendiri.