Adsense

Sabtu, 13 November 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Maruah Raja Farah, suami tercabar

Posted:

Maruah Raja Farah, suami tercabar

Maruah Raja Farah, suami tercabar


PASANGAN muda ini hanya akan menjalani istiadat persandingan menjelang April tahun depan.


SIAPA yang tidak tersentak jika keperibadian bakal isteri diperkatakan oleh pihak lain secara negatif. Sementelah ia melibatkan maruah isteri, keluarga dan dirinya sendiri.

Suami kepada pelakon filem Haq, Raja Farah Raja Aziz, iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, mengakui dirinya berasa tertekan apabila isterinya itu dikatakan sedang mengandung, biarpun mereka baru sahaja menjalani akad nikah, semalam.

Pada sidang media yang diadakan usai majlis pernikahan mereka yang berlangsung penuh harmoni di Tropica Residence, Bukit Jelutong, Selangor itu, Megat Bashirun meluahkan perasaannya dengan menuturkan: "Walaupun gosip tersebut bukan terkena pada dirinya (tidak benar) tetapi saya sebagai bakal suaminya ketika itu turut terkena tempias daripada isu itu."

Tambahnya: "Perkara ini juga bukan hanya dirasai kami malahan turut melibatkan maruah keluarga."

Raja Farah yang berada di samping Megat Bashirun sambil memegang erat tangan lelaki yang kini bergelar suaminya itu turut mengiakannya. "Saya hampir lemah dan berputus asa ketika mendapat tahu tentang gosip saya hamil sebelum bernikah itu," akuinya.

Tambahnya: "Namun, atas nasihat dan dorongan daripada suami, Farah harungi semua dugaan tersebut."


PASANGAN Raja Farah dan Megat Bashirun dinikahkan oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah (kiri) di Tropica Residence, Bukit Jelutong, Selangor, semalam.


Menurut anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, dia akan membuktikan kebenarannya suatu hari nanti.

"Kepada yang membuat fitnah itu saya ucapkan tahniah kerana mereka telah berjaya membuat satu berita yang tidak benar.

"Kalau nak diikutkan saya dah malas nak komen pasal hal ini lagi sebenarnya," katanya.

Tradisi keluarga

Dalam pada itu menurut Raja Farah, 22, walaupun jangka hayat perkenalan mereka suami isteri baru menjangkau usia lapan bulan, dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar isteri.

"Kalau nak diikutkan memang saya masih muda untuk mendirikan rumah tangga tetapi sudah menjadi tradisi keluarga kami berkahwin awal.

"Bagi saya, Megat mempunyai ciri-ciri seorang suami seperti sifat seorang ketua keluarga, pegangan agama yang membuatkan dia istimewa dan saya bersedia menjadi isterinya," katanya yang akan kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Kau dan Aku musim kedua pada keesokan hari.



Tambahnya: "Sebelum ini kami memang ada bincang pasal mendirikan rumah tangga tetapi kami simpan (untuk pengetahuan kami) sahaja sehinggalah pihak keluarga sebelah lelaki mencadangkan."

"Memandangkan hubungan kami pun semakin rapat dan atas cadangan keluarga kami menerimanya," ungkapnya.

Bagi Megat yang merupakan seorang usahawan pula, dia mengaku hatinya terpaut dengan Raja Farah kerana pelakon itu mempunyai wajah yang comel.

"Antara perkara lain yang membuatkan saya terpikat dengan Raja Farah ialah kerana perwatakan dan keceriaan yang dimilikinya," jelasnya yang berjaya menghafaz akad nikah sekali sahaja.

Tambahnya, dia tidak mengalami kesukaran ketika memikat hati Raja Farah kerana mereka telah mempunyai keserasian sebelum itu.

"Agak mudah untuk melamar Raja Farah ketika itu mungkin kerana saya ikhlas," tuturnya yang memberi mas kahwin berjumlah RM888 kepada isteri.

Menurut Megat Bashirun, dia memilih angka 888 kerana isterinya dilahirkan pada tahun 1988.

"Saya mengambil jumlah mas kahwin itu dari angka tersebut agar sama dengan tahun kelahiran isteri," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kemunculan seketika Shamrin

Posted:

Kemunculan seketika Shamrin

Kemunculan seketika Shamrin

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


ARWAH Shamrin (dua dari kiri) dan Ringgo (dua dari kanan) bersama dua lagi anggota Fotograf, Abol (kanan) dan Amran.


TIADA kata yang dapat diucap apabila mendapat khabar berita mengenai pemergian vokalis kumpulan Fotograf Mohd. Shamrin Abdul Samad yang kembali ke rahmatullah petang Khamis, kelmarin.

Sedang arwah mahu membuat kemunculan semula selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni dengan bernaung di bawah sayap Alibi Music Sdn. Bhd. peminatnya terpaksa melepaskan dirinya pergi untuk selama-lamanya.

Pemergian Shamrin pada usia 45 tahun, meninggalkan banyak memori terutamanya kepada peminat kumpulan Fotograf yang membesar dengan lagu-lagu seperti Di Alam Fana Cintamu dan Luka Seribu Rindu yang popular sekitar tahun 90-an.

Seminggu sebelum pemergian arwah, iaitu pada 3 November lepas, penulis bertemu dengannya yang hadir ke pejabat Kosmo! untuk sesi fotografi bersama penyanyi Farah Asyikin dengan tujuan mempromosikan lagu duet mereka iaitu Kamu Aku Satu.

Ketika itu, arwah mengakui sangat teruja untuk kembali ke persada seni selepas sekian lama tidak muncul dengan sebarang lagu baru dan publisiti.

Masih terngiang-ngiang di telinga kata-katanya yang mahu muncul dengan sebuah album baru bersama ahli kumpulan Fotograf meskipun ramai yang menganggap kumpulan yang pernah muncul dengan lima buah album itu telah berkubur.

Katanya: "Fotograf masih ada dan akan terus kekal selagi hayat di kandung badan, kumpulan kami tidak pernah bubar."

Semangat setia kawannya juga sangat tinggi, ini jelas kelihatan apabila arwah secara jujur mengatakan tiada siapa yang mampu menggantikan posisi pemain drum Fotograf, iaitu Ringgo yang kini sedang meringkuk di dalam penjara di Caracas, Venezuela setelah ditahan pada 25 November 2007 atas dakwaan menyeludup dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dari Caracas, ke Madrid, Sepanyol.

Tuturnya: "Buat masa ini, saya buat kemunculan sebagai penyanyi solo kerana jika mahu keluar album sebagai Fotograf saya tetap akan menunggu Ringgo. Dia ahli kumpulan Fotograf dan kami sudah seperti adik-beradik, tidak adil untuk kami mengambil alih tempatnya dengan orang baru."

Arwah juga sempat memberitahu akan merakam lagu single terbaru berjudul Maafkan Pencinta, namun, hasratnya itu tidak berkesampaian.

Malah, ketika sesi fotografi berlangsung, arwah juga bercerita mengenai kehidupannya selepas Fotograf bukan lagi kumpulan yang berada dalam arus perdana populariti. Beritahunya, dia masih lagi seorang penyanyi sepenuh masa dan banyak membuat persembahan makan malam selain berbahagia dengan kehidupan berkeluarga bersama isteri dan tiga anaknya.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi arwah dan menjemputnya ke rahmatullah pada pukul 6 petang Khamis lalu.

Sebelum itu, kira-kira pukul 12 tengah hari, arwah sempat mengadakan persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena pelancaran Duit Syiling Warisan P. Ramlee dengan mendendangkan lagu Bila Larut Malam.

Kemudian pada sebelah petangnya, arwah bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di padang bola Kelab Sultan Sulaiman dan rebah secara tiba-tiba sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru dan disahkan meninggal dunia di sana pada pukul 6 petang akibat jantungnya gagal berfungsi.

Arwah meninggalkan seorang balu Jasrizatul Akma Abu Saman, 29, yang kini sedang sarat mengandung sembilan bulan dan tiga orang anak iaitu Akmal Danish, 5, Akmal Syamin, 1, manakala Siti Najwa, 17, merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri Noreda Mohd Razali, 45.

Sementara itu, penyanyi Farah Asyikin yang turut berada di hospital juga tidak dapat menahan kesedihan memandangkan dia merupakan rakan duet terakhir arwah Shamrin.

"Sepanjang mengenali arwah, dia seorang yang komited dan teliti dengan setiap kerja yang dilakukan. Arwah juga banyak membantu saya sepanjang kami bekerjasama menghasilkan lagu duet itu," tuturnya sedih.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya semalam selepas sembahyang Jumaat.

Isteri arwah yang ditemui di Masjid Al-Falah, USJ 9, dalam nada sebak mengulas ringkas: "Arwah tak tunjuk apa-apa petanda, tiada apa-apa perubahan pada dirinya. Tak sangka arwah akan pergi (buat selamanya)."

Takziah daripada Kosmo! Al-Fatihah, semoga roh Shamrin dicucuri rahmat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.