My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
Gambar pernikahan Raja Farah dan Megat Qhuyum Posted: 12 Nov 2010 08:04 PM PST Tahniah buat Raja Farah kerana telah selamat dinikahkan dengan pasanganya, Megat Bashirun Qhuyum di rumah pengantin perempuan pada pukul 11 pagi semalam (12.11.2010).. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Raja Farah telah sah bergelar seorang isteri kepada Megat.. Mereka telah dinikahkan oleh bapa Raja Farah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM888 tunai.. Majlis pernikahan Raja Farah ni diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah.. Majlis yang berlansung di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor ni hanya dihadiri oleh saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.. Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran diantaranya ialah Iphone 4, Wangian Gucci, Set Solekan Christian Dior, sepasang persalinan, Tas Tangan Coach dan tidak ketinggalan wang hantaran berjumlah RM8888 dan cincin. Manakala pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang diantaranya ialah Iphone 4, sejadah, kain pelikat, Set Wangian Issey Miyaki, sebentuk cincin daripada Habib Jewel, dan Set Barangan Dunhill, Jam Tangan Tissot, sebuah Al-Quran dan tasbih. Pasangan pengantin baru Raja Farah dan Megat Qhuyum ni dengarnya akan berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah dan Raja Ampat, Indonesia pada Januari 2011. Majlis resepsi juga mungkin akan diadakan pada awal tahun depan.. MyGosip harap, Perkahwinan Raja Farah dan Megat Qhuyum ni berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan gambar perkahwinan Raja Farah dan Megat Qhuyum ni… |
Gambar Nabil cium mulut dengan Qasha Posted: 12 Nov 2010 07:52 AM PST Jika sebelum ni kecoh pasal gosip Nabil Raja Lawak kantoi berdua-duaan dengan perempuan lain oleh irma.. kali ni kecoh pula apabila gambar nabil cium mulut dengan Qasha tersebar di internet.. Ada juga yang kata Qasha ni adalah kekasih baru Nabil.. Entah la.. sama-sama la kita tunggu Nabil di terjah nanti.. Walau bagaimanapun, Nabil menafikan sekeras-kerasnya yang individu didalam gambar tu adalah dia dan Qasha.. Gambar Nabil dan Qasha yang sedang bercium mulut sakan tu mungkin sudah di superimpose oleh individu yang tidak bertanggungjawab.. Ish ish ish… kesian Nabil dan Qasha menjadi mangsa superimpose kan.. Apa-apa pun.. "Lu Pikir la sendiri…" gambar credit to: Ieyra |
You are subscribed to email updates from My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |