Adsense

Selasa, 23 November 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Misi Liyana, Daphne, Juliana

Posted: 22 Nov 2010 05:15 AM PST

KEMUNCULAN personaliti TV seksi dan pelakon, Daphne Iking bersama dua bintang remaja, Liyana Jasmay dan Juliana Evans di Purple Carpet pada malam kemuncak, Shout! Awards 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil malam Sabtu lalu mencuri perhatian ramai.

Jika Daphne mewakili personaliti yang lebih 'senior' (awal 30-an), Liyana dan Juliana pula antara artis pelapis yang meniti di bibir peminat. Memang jelas mereka sedang meniti glamour ketika ini.


Daphne muncul kerana tercalon dalam kategori Fatourite TV Personality Award dan Liyana pula kerana tercalon dalam kategori Best On Screen Chemistry Award bersama Afdlin Shauki dalam filem Papadom.

Manakala, Juliana pula hadir untuk memberi sokongan pada anugerah meraikan bakat kreatif dalam bidang muzik, filem, TV dan radio tahunan yang dianjurkan buat kali kedua itu.

Sekalipun tidak menang, Daphne yang tercalon dalam kategori Favourite TV Personality Award tetap bersyukur kerana tercalon dalam kategori itu.


"Saya berasa bakat saya mula dihargai peminat. Saya memang sudah jangka peluang saya untuk menang dalam kategori itu sangat tipis sekali. Maklumlah, pencalonan dalam kategori itu sangat sengit sekali.


"Ini pencalonan kedua saya kerana kali pertama dicalonkan dalam Shout! Awards 2009. Saya tercalon dalam dua kategori iaitu Favourite TV Personality Award dan Hot Chick Award. Namun, kedua-duanya tidak menang juga," katanya tertawa kecil.

Kategori itu dimenangi Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4) dan calon lain yang disenaraikan ialah Ally Iskandar (AJL 24), Awal Ashaari (Fuhhh!), Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik) dan Henry Golding (8TV Quickie).

Daphne berkata, dia berasa gembira apabila berjalan di Purple Carpet bergandingan dengan artis muda seperti Liyana dan Juliana di pentas.


"Saya menganggap saya seperti kakak kepada Liyana dan Juliana yang mewakili artis muda tempatan. Apapun, saya tetap gembira dapat bergandingan dengan artis yang jauh lebih muda di Purple Carpet ini," katany.

Mengenai karier pula, Daphne berkata, dia akan menamatkan kontraknya sebagai hos The Breakfast Show pada Disember ini.


"Saya sudah empat tahun bersama program The Breakfast Show dan sampai masanya, saya mencuba sesuatu yang baru pula nanti. Saya terlalu 'dimanjakan' dalam program itu.

"Industri penyiaran memerlukan pelapis kerana sampai bila saya akan berada dalam bidang ini?

"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru, tetapi masih dalam bidan pengacaraan yang sebati dalam diri," katanya.


Berkongsi cerita mengenai kehidupannya, Daphne mengakui keperitan bergelar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong.


"Saya pernah bersedih selama setahun apabila mula bercerai dulu.

"Selepas itu, saya bangkit kembali untuk meneruskan kehidupan membesarkan anak saya.


"Anak saya sudah masuk tadika. Dia juga sudah pandai bercakap. Sebagai ibu, saya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada masa depan anak saya.


"Soal pengganti pula, saya masih solo lagi. Selepas bercerai memang saya pernah pergi 'blind date' sebelum ini dan ia sungguh melucukan.

"Saya juga sedar cinta itu tidak boleh dipaksa dan ia hanya akan datang sendiri dalam hidup kita. Buat masa ini, fokus saya pada karier dan membesarkan anak tunggal saya ini," katanya.

Liyana pula berkata, dia gembira dan tidak sangka akan dapat anugerah yang cukup 'cool' itu.


"Jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi kami. Kekuatan Papadom mungkin kerana gandingan dengan abang Afdlin Shauki yang sememangnya memang seorang yang kelakar. Selain itu, kekuatan cerita asal Papadom iaitu hubungan kekeluargaan yang menyentuh hati.


"Semua calon lain tidak kurang hebatnya terutama siri popular Upin dan Ipin yang juga kartun tempatan yang berjaya mengubah landskap kartun di Malaysia," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai penganjuran Shout! Awards, kata Liyana, ia sememangnya program yang unik di mana ia menggabungkan semua cabang seni dan media iaitu filem, muzik, TV dan radio.


"Ia juga memberikan orang dalam industri alasan untuk bekerja lebih keras dan lebih baik pada masa depan dan ia juga peluang kepada kita untuk meraikan bidang seni dan industri media tempatan.


"Justeru, tahniah kepada stesen 8TV kerana anugerah yang hebat dan segar ini. Semoga ia akan berkembang maju meliputi bidang teater dan persembahan siaran langsung serta menjadi salah satu dari kategori dipertandingkan selepas ini," katanya.


Ketika ditemubual, Liyana berkata, dia dan semua pelakon Natrah 2 sibuk berlatih siang dan malam untuk merealisasikan pementasan musim kedua berkenaan. Natrah 2 akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari 25 November hingga 5 Disember depan.

"Saya juga mempersiapkan aspek mental terutama pada malam pertama pementasan ini. Pihak kami juga menjanjikan sesuatu yang baru dan diri saya yang lain.

"Semoga percubaan pertama ini akan mendapat reaksi positif dari semua peminat dan penonton di luar sana.


"Perkembangan karier nyanyian pula, saya baru merakamkan lagu Yang Terbaik Dari Ladang bersama Ariz dan Malique. Lagu ini sudah dipromosikan di YouTube dan di stesen radio. Kepada peminat yang suka mendengar saya menyanyi lagu genre hip hop, jangan lepaskan peluang mendengarnya," katanya.


Sementara itu, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 21, pula baru selesai penggambaran drama bersiri Natrah yang akan disiarkan di slot Suatu Ketika di saluran Astro Citra.


Drama ini turut dijayakan Sherie Merlis (Che Aminah), Natasha Hudson (Adeline Hertog), Fikree Bakar (Mansor Adabi), Shahrolnizam dan Namron. Dalam cerita itu, Juliana bawa watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi rebutan antara ibu kandung, Adeline Hertogh dan ibu angkat, Che Aminah.


Juliana yang sudah empat tahun berlakon juga berharap watak itu mampu memberi impak besar pada karier lakonannya.

Dia memulakan kerjayanya dalam bidang modeling dan bergiat aktif sehingga hari ini. Juliana mula mengacarakan program kanak-kanak, E-Zon untuk Astro Ria dan ia disusuli program Remaja terbitan TV3 ketika berusia 16 tahun.

Antara lakonannya sebelum ini ialah Kasut Tumit Tinggi, Warkah Terakhir, Sabar dan Cornetto Inikah Cinta. Kesibukan berlakon dan mengacara tidak menghalang Juliana untuk menyambung pengajiannya dalam bidang komunikasi di Kolej Sunway, Petaling Jaya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kurang dapat sambutan

Posted: 22 Nov 2010 05:00 AM PST

PENGANJURAN acara amal, Music Aid 2010: Dari Pemuzik untuk Pemuzik di Dewan Sivik Petaling Jaya, kelmarin kurang mendapat sambutan dari segi jumlah penonton yang hadir namun ia tetap tidak mematahkan semangat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk meneruskan program itu di luar Lembah Klang pada masa akan datang.

Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada laman Facebook (fb) ada antara peminat muzik yang mencadangkan program itu diadakan di lokasi mereka yang kebanyakannya membabitkan destinasi luar bandar. Tidak mustahil program berkenaan akan terus diadakan dengan usaha yang digerakkan oleh Biro Pemuzik Profesional Karyawan selain bantuan daripada pihak penaja.


Program yang bermatlamat meringankan beban rakan pemuzik anjuran Karyawan bukan hanya memberi peluang kepada barisan pemuzik tanah air menjayakan persembahan, malah ia juga bertujuan mengumpul dana Tabung Kebajikan Pemuzik. Malam kemuncak persembahan membariskan artis popular antaranya M Nasir, Ramli Sarip, Spider, Faizal Tahir, Ana Raffali dan Marhaen. Ia turut memberi ruang kepada pemuzik atau band indie menjayakannya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata idea menganjurkan program itu adalah rentetan pengalaman pihak persatuan mengendalikan pelbagai masalah membabitkan artis terutama selepas melihat kesulitan beberapa karyawan seni seperti Yazit Search, Booty Boy, Zainal Rampa dan ramai lagi yang terlantar sakit.


"Ini adalah sebahagian daripada cara yang perlu dilakukan untuk membantu golongan pemuzik yang berdepan pelbagai masalah sama ada membabitkan kesihatan, kematian dan hilang sumber pendapatan. "Memang tidak dinafikan kerajaan terbabit juga mempunyai dana khas untuk kebajikan artis. Begitupun kami berpendapat pemuzik juga perlu berkerja sama membantu rakan mereka dengan cara menganjurkan konsert amal seperti ini," katanya.


Pihaknya turut mengalu-alukan pembabitan Biro Pemuzik Profesional Karyawan yang diketuai pemuzik berpengalaman, Aznan Alias dengan penubuhan biro khas untuk menjayakan program yang julung kali dianjurkan itu. Seramai lebih 100 penggiat seni muzik tanah air tampil menjayakan persembahan menerusi program itu. Daripada aksi solo dan berkumpulan penonton yang hadir dihiburkan dengan pelbagai rentak seperti irama Malaysia, pop, rock, balada dan jazz. Pengunjung yang hadir hanya perlu membayar serendah RM30 untuk tiket masuk untuk berhibur seawal jam 3 petang hingga 12 malam. "Menerusi penganjuran penganjuran pertama ini jika kami dapat mengumpulkan dana sekitar RM10,000 adalah satu permulaan yang cukup baik," katanya. Persembahan digamatkan dengan kemunculan pengacara serba boleh, Bob Lokman selain Azrul Zaidi dan Mi Raja Lawak. Turut menjayakan program itu antaranya petikan gitar, Man Kidal, persembahan orkestra, Radhi OAG, Suhu, Satira, Fieldplayer, Maharajah, Naizel, Transformasi DS, Loudspeaker, Sharinband, Dezmelon, Genskii, Mercyside, Roundrobin, Sonic Velocity, PAVA serta Jazzcom.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.