macam macam hiburan terkini |
- Fasha Sandha: Hak Saya Untuk Buat Apa Sahaja!
- 14 Lagu Bakal Berentap Ke Anugerah Juara Lagu 25
- Gambar Nur Fazura InTrend 2010
- Debaran Ayu menjelang Januari
- Kejutan buat Elyana dan Khairul
- Lokasi Luar Negara Kelainan "Awan Dania 3"
- Zahiril Adzhim Belajar Loghat Kelantan Tiga Bulan
- Adnan Abu Hassan Selesai Kes Fasakh Cara Baik
- 'Budak Itu Bukan Anak Saya' - Yus May
Fasha Sandha: Hak Saya Untuk Buat Apa Sahaja! Posted: 22 Nov 2010 08:26 PM PST Jika sebelum ini dia dikecam kerana membuat pendedahan cintanya bersama bekas suami aktres Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, terbaru kisah mengenai gambar-gambar seksi yang dipamerkan dalam laman webnya turut diperkatakan. "Saya rasa itu semua satu perkara yang normal yang dilakukan oleh semua orang. Itu laman web saya jadi tak salah kalau saya letakkan gambar-gambar peribadi. Kalau gambar parti Halloween itu yang menjadi isu, saya ingin jelaskan di sini bahawa kehadiran saya ke sana adalah atas jemputan teman. Jadi tak salah saya pergi ke sana dan mengikut tema parti?. "Bukan gambar seksi sahaja yang saya paparkan, semua gambar saya turut saya letakkan di laman tersebut. Tak kiralah gambar apa pun termasuklah gambar saya saya pergi bercuti dengan famili, kenduri dan sebagainya. Jadi saya tak kisah dikritik kerana apa yang saya lakukan bukan untuk menarik perhatian sebaliknya kerana diri sendiri," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran gambar-gambar peribadinya yang menjolok mata. Ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya Dia Atilia di Restoran Puteri, di Taman Tun Dr Ismail pagi semalam, Fasha memberitahu dia kini enggan melayan tohmahan serta kritikan masyarakat yang tidak puas hati dengannya. "Saya dah tak kisah kerana saya tak buat salah apa pun. Apa yang saya buat ni adalah untuk diri sendiri dan tak menganggu orang lain. Kenapa ada pula yang ingin memperbesarkannya,"katanya tenang. Saat ditanya mengenai keterbukaan sikapnya mendedahkan gambar-gambar mesra bersama teman lelakinya itu sejak mereka membuat pengakuan bercinta, luah Fasha, semua itu masih ada batasan. "Tak salah rasanya saya letak gambar-gambar dengan Jejai asalkan gambar kami tak melampaui batas. Saya macam orang lain juga yang bercinta, tangkap gambar dan mempamerkannya dalam page sendiri. Alhamdulillah, kini saya sangat gembira dan sangat-sangat bahagia. Jejai merubah saya menjadi matang," katanya yang masih belum terbuka hati untuk menamatkan percintaan mereka ke jinjang perkahwinan. Dalam pada itu, Fasha turut mengulas mengenai isu pembelian barang permainan kanak-kanak yang ditulis di ruangan Murai Batu tempohari. Sambil ketawa besar Fasha berkata, "Saya beli barang mainan untuk anak buah. Buat pengetahuan semua saya ada dua anak buah yang berumur lima dan setahun. Salah ke saya beli untuk mereka dan janganlah pula ada yang salah faham. Saya tak faham dan buntu kenapalah isu ini diperbesarkan," katanya lagi. |
14 Lagu Bakal Berentap Ke Anugerah Juara Lagu 25 Posted: 22 Nov 2010 08:25 PM PST Kesemua 14 lagu itu adalah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) , Sofea Jane (Black), E xtravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan). Keputusan itu diumumkan sendiri oleh pengacaranya, Faizal Ismail, Sheryl Samad dan Ally Iskandar selepas berakhirnya saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, malam semalam. Apa yang menarik daripada kesemua 14 lagu yang terpilih itu, 4 daripadanya adalah dari kalangan penyanyi berkumpulan iaitu Extravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan). Manakala 10 daripadanya adalah lagu daripada penyanyi solo, Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black). pula adalah penyanyi solo. Apa yang pasti, saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu sebelum ini telah menyaksikan persaingan sengit antara 30 buah lagu yang bertanding di peringkat tersebut. Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan & Industri, Primeworks Studio, Azhar Borhan berkata dia yakin 14 buah lagu yang terpilih pada malam itu adalah merupakan lagu yang terbaik dan layak untuk dibawa ke peringkat AJL 25. "Lagu-lagu yang dipertandingan adalah pilihan daripada pendengar, namun yang dipilih oleh pihak juri adalah lagu yang mempunyai kekuatan tersendiri dan layak untuk ke peringkat akhir. "Apa yang kita lihat kini trend pendengar banyak beralih kepada muzik muzik indie. Perkembangan muzik sekarang juga telah mendorong anak muda mencipta lagu-lagu mereka sendiri. Jadi kita juga memberi peluang untuk mereka bertapak dalam industri memandangkan muzik mereka amat digemari ramai," ujarnya pada sidang media selepas selesai Separuh Akhir Muzik Muzik 25, malam semalam. Kesemua 14 finalis ini dijangka bakal berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25 pada 9 Januari 2010. Berikut adalah senarai 14 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat akhir, AJL 25:- Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril Pelita – A.P.I / Loque / Loque Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali Kau Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok google: final juara lagu muzik muzik ke 25, keputusan juara lagu muzik muzik ke 25, artis juara lagu muzik muzik ke 25, penyanyi juara lagu muzik muzik ke 25, komposer juara lagu muzik muzik ke 25, penulis lirik juara lagu muzik muzik ke 25, keputusan penuh juara lagu muzik muzik ke 25, lagu yang berjaya masuk juara lagu muzik muzik ke 25 |
Gambar Nur Fazura InTrend 2010 Posted: 22 Nov 2010 08:23 PM PST |
Posted: 22 Nov 2010 05:58 PM PST Dan, raja yang berjaya menakluk hatinya memang bukan calang-calang. Sungguh bertuah wanita yang gemar membahasakan dirinya Ayu ini memiliki pemain bola sepak kebangsan, Zaquan Adha Abdul Razak,23. sebagai suaminya. Sudahlah kacak, popular pula tu. Pastinya Ayu sendiri menjadi mangsa cemburu kaum sejenisnya apabila dapat bersuamikan seorang lelaki yang menjadi igauan wanit Saat diajukan tentang perasaannya kini, Ayu memang tidak dapat menyembunyikan debaran apabila memikirkan tentang persiapan menjelangnya hari bahagia itu. Bakal diijabkabulkan pada 21 Januari depan di Alor Setar, Kedah, Ayu memberitahu segala perancangan yang diaturkan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun mempunyai ahli keluarga yang membantu bagi melancarkan lagi persiapan perkahwinannya, namun, Ayu sendiri tidak dapat mengelak daripada turut serta bagi memastikan segala-galanya adalah sempurna. "Saya juga bersyukur kerana nampaknya sudah menjadi rezeki saya apabila ada pihak yang mahu menaja perkahwinan saya dari segi pakaian dan juga katering. "Setakat ini, sudah empat pereka fesyen yang mengesahkan akan menaja busana saya sepanjang majlis perkahwinan saya nanti," katany dalam nada cukup ceria ketika ditemui pada majlis tayangan program baru Astro Warna di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Empat pereka yang akan terlibat dalam perkahwinan Ayu dan Zaquan Adha nanti ialah Qudin, Calvin Thoo, Rizman Ruzaimi dan Man Kajang. Cuma, katanya, dia masih belum menetapkan rekaan manakah yang akan dipakai mengikut turutan majlisnya. Tambahnya, pada asalnya dia dan Zaquan Adha memilih tarikh 1 Januari sebagai tarikh pernikahan tetapi kerana abang Ayu telah memilih tarikh itu, terpaksalah Ayu beralah lalu memilih 21 Januari. "Lagipun tarikh itu jatuh pada hari Jumaat. Jadi memang eloklah kami bernikah pada hari yang penuh keberkatan itu," jelas Ayu sambil memberitahu majlis menyambut menantu akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan seminggu selepas majlis di Alor Setar. Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Raudhah Che Wan dan Zaquan Adha mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang cukup ringkas pada 17 Oktober lalu di Subang Jaya, Selangor selepas lebih setahun menyulam cinta. Kata Ayu, memang bukan niatnya mahu merahsiakan majlis pertunangannya itu tetapi atas permintaan kedua-dua pihak, semuanya dilangsungkan secara tertutup. Pada awalnya, memang tidak ada langsung perancangan untuk bertunang pada hari itu. Yang hanya dirancang cuma upacara merisik sahaja. "Namun, selepas perbincangan antara kedua-dua belah pihak, kami terus ditunangkan," katanya yang merahsiakan wang hantaran yang bakal diterimanya pada hari pernikahannya nanti. Apa yang boleh dikongsi Ayu hanyalah bilangan hantaran yang bakal diterimanya iaitu tujuh dulang dan dibalas pihak pengantin perempuan sebanyak sembilan dulang. Ditanya apakah dia benar-benar sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri, ini jawapan pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Nur Kasih dan Dari Mata Arisa ini. "Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik dan sekarang ini pun saya perlahan-lahan sedang mencuba untuk mempelajari serta mendalami tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Saya juga sedang cuba belajar untuk masak dengan ibu saya kerana bakal suami saya memang suka makan di rumah. Asalkan ada juadah berlaukkan ayam, itu sudah memadai kerana itu memang kegemarannya," ujarnya disulami ketawa manja. Bakal bergelar adik ipar kepada Aidil Zafuan dan menjadi biras Rita Rudaini, apakah Ayu sudah bersedia untuk berhadapan dengan mereka selepas bergelar isteri nanti. Sementelah, nama Ayu juga pernah dikaitkan dengan kisah rumah tangga mereka yang semakin hari semakin panas itu. Dengan penuh diplomasi dan lembut, Ayu menolak untuk mengulas tentang cerita kontroversi itu. "Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku dan saya tidak mahu berkata apa-apa lagi tentang itu. Bimbang nanti kalau tersalah cakap akan memburukkan lagi keadaan. "Biarlah hanya saya sahaja yang menjadi subjek dalam temu ramah ini," pintanya penuh berhemah. Dalam pada itu peminat Ayu dapat menonton lakonannya sebagai Suzy dalam drama bersiri Anak Mami Mek Ani yang akan mula ditayangkan di saluran Astro Warna (saluran 132) bermula 30 November ini. "Inilah kali pertama saya membawakan watak antagonis yang memang seronok untuk saya lakonkan. "Maklumlah, sebelum ini, penonton dapat melihat saya membawakan watak yang baik-baik tetapi kali ini saya mencabar diri saya dengan watak seperti ini. "Suzy seorang perempuan yang mengada-ngada dan dia akan melakukan apa sahaja asalkan dia dapat apa yang dia inginkan," ceritanya tentang watak berkenaan. Selain Ayu, drama bersiri 13 episod itu turut dibintangi Azad Jasmin, Eira Syazira, Sheila Mambo, Wan Maimunah dan ramai lagi. Dalam perkembangan lain, Ayu juga baru sahaja berlepas ke Singapura bagi menjalani penggambaran drama untuk DVD berjudul Empire yang turut dilakonkan oleh Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah dan beberapa pelakon Singapura. Ayu juga bakal membintangi filem terbaru Afdlin Shauki berjudul Untuk 3 Hari dan filem lakonannya, Nur Kasih The Movie pula akan ditayangkan sekitar bulan Mac depan. Kali terakhir wajah adik kepada aktres Rozita Che Wan ini menghiasi layar lebar adalah menerusi filem 4 Madu. |
Kejutan buat Elyana dan Khairul Posted: 22 Nov 2010 05:57 PM PST Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal,23, yang cukup selesa dengan panggilan Elyana ini sememangnya menantikan saat bahagia bertukar status sebagai seorang isteri sejak dilamar oleh pasangannya, Khairul Anuar Hussin, 34, saat umurnya baru mencecah 22 tahun. Justeru, mengenang angka yang cukup simbolik dalam kehidupan pelantun lagu Kalis Rindu itu, Elyana mengabadikan angka 22 sebagai permulaan angka wang hantarannya. Lain orang lain cita rasa. Begitulah juga Elyana yang disatukan dengan Khairul pada Jumaat lalu di Duchess Place, Jalan Ampang kira-kira pukul 9.42 malam. Kejutan buat Elyana dan Khairul, apabila bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, membuat keputusan pada saat-saat akhir untuk menikahkan sendiri puterinya itu. Elyana dinikahkan oleh bapanya di hadapan Imam Masjid Al-Akram, Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, Ustaz Azizan Othman dengan mas kahwin RM80. "Gementar yang teramat sangat. Jika sebelum ini saya tidak berasa apa-apa walaupun gemuruh tetapi bila sudah duduk dan menanti saat dinikahkan baru saya rasa macam nak gugur jantung. "Saya bangga ayah yang menikahkan saya sebab sebelum ini, masa kakak saya kahwin kadi yang nikahkan tetapi malam ini ayah sendiri yang nikahkan saya," jelas Elyana. Bagi Khairul pula, dinikahkan sendiri oleh bakal bapa mertua itulah kejutan yang tidak disangka olehnya kerana sebelum ini dia dimaklumkan bakal dinikahkan oleh kadi. "Terkejut. Sebelum ini yang saya tahu kami akan dinikahkan oleh kadi tetapi pada saat akhir dia (bapa mertua) beritahu yang dia bakal menikahkan kami, saya rasa teruja sangat. "Bagaimanapun saya tak nafikan rasa gemuruh dan takut sebab tengok orang ramai, kamera pula banyak memang saya berdebar. "Namun, alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan hanya sekali lafaz sahaja," kata Khairul yang mengambil masa seminggu berlatih. Pada majlis itu, pasangan tersebut sepakat bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran iaitu setepak sirih, cincin berlian, seutas jam tangan, beg tangan dan dompet, set wangian dan penjagaan badan dan manisan daripada pihak Khairul. Elyana pula membalas hantaran berupa sirih junjung, cincin, jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan. Menjelaskan pasangannya seorang yang cukup gemuruh, maka latihan selama seminggu untuk lafaz nikah yang diceritakan oleh Khairul bukan suatu perkara yang aneh buat Elyana. google: elyana dan khairul, gambar baru elyana dan khairul, foto elyana dan khairul, perkahwinan elyana dan khairul, terkini elyana dan khairul, terbaru elyana dan khairul, outdoor elyana dan khairul, video clip perkahwinan elyana dan khairul, cst elyana dan khairul, elyana dan khairul pre wedding, elyana dan khairul pra perkahwinan |
Lokasi Luar Negara Kelainan "Awan Dania 3" Posted: 22 Nov 2010 05:55 PM PST Drama bersiri itu ke udara pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria. Menurutnya, musim ke-3 ini bukan sahaja tampil kelainan dengan memaparkan 70 peratus lokasi di luar negara malah turut melakukan beberapa pembaharuan. "Drama Awan Dania 3 dilakukan seperti sebuah drama baru. Pada pandangan saya, maksud baru itu seperti lokasi, kostum, stail dan kualiti gambar. "Jika diikutkan, jalan ceritanya agak klise, jadi sebab itu kami tampilkan kelainan dari segi persembahan cerita untuk musim baru ini. Sebab itu, saya berani menyarankan kepada pihak Astro untuk membuat penggambaran drama ini di luar negara. "Setakat ini, kami telah menjalani penggambaran di Seoul, Korea Selatan dan Perth, Australia. Selepas ini, mungkin kami akan ke Jordan," katanya kepada mStar Online di Kings Park, di sini, Isnin. Jehan Miskin. Pihak mStar turut berpeluang membuat liputan penggambaran Awan Dania 3 yang diadakan hampir seminggu di Perth, Australia bermula Ahad lalu. Drama 26 episod ini diterajui oleh pelakon Scha Alyahya sebagai Dania, Jehan Miskin (Benjy), Gambit Abdullah (Akmal Tan Sri Akbar), Mustapha Kamal (Rahman), Irma Hasmie (Fifi), Dynas Mokhtar (Zanita Bahri) dan Marsha Londoh (Idora Kamal). Drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Dania, seorang wanita lasak dan cekal. Walaupun begitu, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari. Musim kali ini menyaksikan lembaran baru dalam hidup Dania yang kini berkhidmat sebagai pramugari eksekutif di Syarikat Penerbangan D'nest. Di sinilah bermulanya cabaran baru dalam hidup Dania yang terpaksa ditempuhi untuk membuktikan bahawa dirinya layak menggalas tanggung jawab tersebut walaupun mempunyai pengalaman yang cetek dalam menjalankan tugas sebagai kru kabin kelas pertama. google: awan dania 3, awan dania 3 preview, awan dania 3 video, awan dania 3 terbaru, download awan dania 3, pelakon baru awan dania 3, kisah awan dania 3, sinopsis awan dania 3, pengarah awan dania 3, gambar scha al yahya awan dania 3, jehan miskin awan dania 3, awan dania 3 promo, promotion awan dania 3, siaran tanyangan astro ria awan dania 3, astro dan awan dania 3 |
Zahiril Adzhim Belajar Loghat Kelantan Tiga Bulan Posted: 22 Nov 2010 05:53 PM PST Jejaka berusia 26 tahun ini mengakui agak sukar menguasai loghat negeri tersebut kerana tidak pernah mempelajarinya sebelum ini. "Bukan senang nak cakap Kelantan, saya ada dua orang guru yang membantu untuk saya bercakap dengan fasih dengan lengok yang betul. "Kalau sekadar menterjemahkan sesebuah ayat dari bahasa Melayu ke loghat Kelantan memang senang tapi cara mereka bertutur agak sukar untuk ditiru. Saya juga terpaksa duduk dengan orang Kelantan untuk biasakan diri," ujarnya. Selain mempelajari bahasa Kelantan Zahiril juga terpaksa belajar bermain tomoi. Wataknya sebagai jaguh tomoi memerlukan dia untuk mengambil kelas tomoi dengan seorang guru dari Persatuan Tomoi Malaysia. "Watak saya ialah sebagai seorang peninju tomoi, saya terpaksa masuk kelas tomoi dan belajar dari seorang guru. Selain itu saya perlu jaga pemakanan dan berat badan agar nampak sesuai sebagai seorang peninju," ujarnya. Tambah Zahiril, filem kelima lakonannya ini benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon. Dia juga berdebar menantikan reaksi penonton terhadap tiga filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. "Alhamdulilah rezeki semakin murah, tahun depan saya akan keluar dengan filem Senjakala, Tolong Awekku Pontianak dan filem ini, Bunga Lalang. "Sudah tentu perasaan berdebar untuk melihat reaksi penonton yang akan menilai bakat lakonan saya dalam filem tersebut. Ditanya tentang hubungan cinta yang semakin mekar antaranya dengan personaliti TV3, Shira Ayob, 23, Zahiril memberitahu hubungan tersebut semakin serius. "Ya kami sedang berkawan dan hubungan tersebut kini semakin serius. Saya senang berkawan dengannya kerana dia seorang perempuan yang sangat memahami diri dan kerjaya saya. "Dia juga seorang yang ceria dan mudah dibawa berbincang. Kami dalam proses mengenali dan kearah yang lebih serius," ujarnya yang mengenali Shira ketika berlakon dalam telefilem Ada Sesuatu Yang Tertinggal terbitan Grand Brilliance. google: zahiril adzim, zahiril adzim facebook, zahiril adzim blog, zahiril adzim twitter, zahiril adzim myspace, zahiril adzim wiki, zahiril adzim profile, zahiril adzim biodata, zahiril adzim bio, zahiril adzim 2010, lakonan zahiril adzim, drama zahiril adzim, filem zahiril adzim, zahiril adzim dan keluarga, terkini zahiril adzim, terbaru zahiril adzim, foto zahiril adzim, gambar zahiril adzim |
Adnan Abu Hassan Selesai Kes Fasakh Cara Baik Posted: 22 Nov 2010 05:51 PM PST Perkembangan positif itu dimaklumkan kepada Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi oleh peguam syarie Muhyieddin Murad yang mewakili Adnan. Mohd Suhaily seterusnya menetapkan 16 Disember depan untuk Adnan, 51, dan Siti Aminah, 39, hadir ke mahkamah memandangkan kehadiran mereka pada Isnin, telah dikecualikan. Pada prosiding itu, Muhyieddin turut menyebut bagi pihak peguam syarie yang mewakili Siti Aminah, Ishak Syaaban yang difahamkan mengalami masalah dengan keretanya. Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung kes tersebut tidak berjaya kerana Muhyieddin telah menerima arahan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan. Persoalan mengenai rumah tangga komposer yang juga guru vokal rancangan realiti Akademi Fantasia itu timbul selepas mereka dilihat hadir ke mahkamah secara berasingan pada 27 Oktober lalu. Semasa itu, Adnan dan Siti Aminah menghadiri prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Mohd Suhaily. Sumber menyatakan, mereka hadir bagi prosiding fasakh yang difailkan Siti Aminah mengikut Seksyen 52, Akta Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Bagaimanapun, pada 16 November lalu, Adnan memberitahu dia tidak berhasrat untuk menceraikan isterinya dan mendakwa kehadiran mereka hanya untuk mendapatkan nasihat melalui mahkamah. Dia yang pernah bekerjasama dengan artis popular negara seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Fauziah Latif juga memberitahu masih tinggal serumah dengan isteri dan tiga anak mereka yang berusia antara 9 dan 14 tahun. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 tahun yang lalu. |
'Budak Itu Bukan Anak Saya' - Yus May Posted: 22 Nov 2010 05:50 PM PST Menurut Yus, dia terkejut apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun yang kematian ibu dan adik akibat penyakit tersebut memberi kenyataan berkenaan. Lebih mendukacitakan apabila ibu saudara kepada kanak-kanak yatim piatu itu turut mengiakan dakwaan tersebut. "Ingin saya jelaskan di sini kanak-kanak itu bukan anak saya dan ia merupakan satu kesilapan yang tidak dijangka. "Sekarang saya berada di Teluk Intan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah berjumpa dengan ibu saudara kanak-kanak itu dan dia telah pun meminta maaf kepada saya," kata Yus ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Pada Ahad lalu, kanak-kanak tersebut mendakwa bapanya iaitu Yus dan ibunya telah pun meninggal dunia akibat penyakit Aids dan dakwaan tersebut turut diakui oleh ibu saudaranya sendiri. Selain ibu dan bapa, adik kanak-kanak yang dikenali sebagai S itu turut meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Kata Yus, dia terpaksa pergi ke Teluk Intan, Isnin, untuk bertemu keluarga kanak-kanak tersebut selepas kenyataan berkenaan menimbulkan macam-macam andaian buruk membabitkan hubungannya dengan isteri. Ujarnya, selepas pihak keluarga kanak-kanak itu termasuk ibu saudaranya memohon maaf, barulah hatinya menjadi lebih tenteram. Bagaimanapun, Yus tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua mereka dan menganggap arwah bapa kanak-kanak tersebut mungkin salah seorang peminat kumpulan May sehingga membuatkan kanak-kanak itu mengatakan bapanya adalah Yus. "Tak mungkin saya akan mengambil tindakan terhadap mereka. Saya kasihan melihat nasib malang kanak-kanak itu. "Bagaimanapun selepas artikel mengenai kanak-kanak itu dipaparkan di sebuah akhbar, saya tertekan kerana ia memberi kesan besar kepada saya dan keluarga. "Malah saya dan isteri bercanggah pendapat mengenai hal ini selain menyebabkan orang ramai memandang serong terhadap saya," ujarnya. google: yus may, anak yus may, kontroversi yus may, cerita yus may, kisah yus may, anak yus may, yus may tak mengaku anak, yus may facebook, yus may album baru, yus may lagu baru, yus may single terbaru, terkini yus may, terbaru yus may, tindakan yus may, dakwaan yus may |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |