Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kes Cerai Zakiah Anas: Jawatan Kuasa Pendamai Diberi 3 Bulan
- Maaf Saya Enggan Ulas Pasal Nora - Fasha Sanda
- Fazli Zainal krisis imej?
- Fabrizio meriahkan Anugerah Nagaswara
- APPALAM - PAPADOM VERSI TAMIL
- Shikin-Zull bahagialah...
- Bicara Permohonan Isteri Joey Sah Lafaz Cerai Januari Depan
- Pelakon 'Pilih Kasih 2009' Masih Laku - Rosyam Nor
- Aizat Tak Kisah Gagal Ke Juara Lagu
- Jennifer Aniston Bukan Lesbian
- Anak hamil dikelar menantu
- Bersihkan mulut selepas menyusu
- Bomoh roboh binaan atas kubur
- PM terima gaji RM22,826.65 sebulan
- Mahkamah lawat lokasi tembak
- Rumah jadi makmal syabu RM1j
- Tiga anggota JPJ dibebas SPRM
- Tiga maut nahas awal pagi
- Dua calon SPM meninggal dunia
- Nissan Teana pengganti Nissan Cefiro
- Mesra Yuna, Qi
- Konkana Sen Sharma hamil?
- Kembalikan era rock kapak
- Hoki catat sejarah di bumi China
- 380 maut tertindih di Kemboja
Kes Cerai Zakiah Anas: Jawatan Kuasa Pendamai Diberi 3 Bulan Posted: 23 Nov 2010 06:29 PM PST PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, memberikan tempoh tiga bulan kepada Jawatan Kuasa Pendamai yang dilantik dalam kes perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taid untuk meneruskan perbincangan. Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk memberikan tempoh masa baru itu memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan seperti yang telah dibuat oleh jawatan kuasa terbabit sebelum ini. Ini kerana, perbincangan yang diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada 6 ogos dan 23 Oktober lalu tidak dihadiri oleh wakil plaintif, iaitu Zakiah, 43, yang melantik anak saudaranya, Affendi Yusoff. Mohamad Yusof, 48, diwakili oleh Md Hairi Md Salleh dalam jawatan kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Mahkamah telah memberikan masa selama tiga bulan, bagaimanapun masa itu terbuang begitu sahaja dengan kedua—dua pihak tidak bekerjasama untuk melaksanakan jawatan kuasa yang dilantik. "Sebelum ini, wakil yang dilantik telah menyatakan kesanggupan untuk menjadi wakil, tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. "Oleh demikian, saya beri tempoh masa lagi untuk kedua-dua pihak meneruskan proses tersebut," kata Ghazali. Sehubungan itu, Ghazali menetapkan kes itu ditangguhkan kepada 9 Februari depan untuk mendengar laporan penuh jawatan kuasa terbabit. Pada prosiding itu, Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999 hadir dengan peguam syarienya, Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof yang dinamakan sebagai defendan tidak diwakili peguam. Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 17 tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14. | ||||
Maaf Saya Enggan Ulas Pasal Nora - Fasha Sanda Posted: 23 Nov 2010 06:28 PM PST
| ||||
Posted: 23 Nov 2010 06:27 PM PST
| ||||
Fabrizio meriahkan Anugerah Nagaswara Posted: 23 Nov 2010 06:26 PM PST
| ||||
Posted: 23 Nov 2010 06:24 PM PST
| ||||
Posted: 23 Nov 2010 06:21 PM PST
| ||||
Bicara Permohonan Isteri Joey Sah Lafaz Cerai Januari Depan Posted: 23 Nov 2010 06:20 PM PST KAJANG: Permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isteri penyanyi dan pelakon, Joey akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 20 Januari depan. Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Amli Embong yang mewakili wanita tersebut, Noraini Mohamad Nasir tidak dapat menghadiri prosiding itu pada Selasa, kerana masalah kesihatan. Perihal kesihatan Amli dibawa ke pengetahuan mahkamah oleh peguam syarie yang mewakili Joey, Fakhrul Azman Abu Hassan pada prosiding sebutan kes itu. Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, dan Noraini, 44, tidak menghadiri prosiding tersebut. Noraini memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa telah dilafazkan oleh Joey di luar mahkamah pada 4 Jun lalu. Lafaz itu didakwa diberitahu oleh seorang kawan Joey, yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 15 Oktober lalu, iaitu kira-kira seminggu selepas media melaporkan hubungan baik antara Joey dan pelakon Norwati Sadali atau Watie, bekas anggota kumpulan Elite. Joey dan Noraini berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, empat tahun. Pada sebutan kes 20 Oktober lalu, Joey yang juga vokalis kumpulan Exsits menafikan dakwaan Noraini bahawa dia ada rujuk kembali empat hari selepas didakwa melafazkan cerai. Dia juga menafikan dakwaan bahawa telah membuat pengakuan hubungannya dengan seorang pelakon wanita yang dikatakan rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri. | ||||
Pelakon 'Pilih Kasih 2009' Masih Laku - Rosyam Nor Posted: 23 Nov 2010 06:20 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Rosyam Nor menepis dakwaan bahawa peserta daripada program realiti Pilih Kasih terbitan syarikatnya, Suhan Movies, tidak menyerlah dalam industri seni lakonan tempatan. Tegas Rosyam, kebanyakan peserta daripada program realiti itu yang antaranya seperti Ana Dahlia, Iqbal Mazlan, Nabila Dally dan Reza Hasbi mempunyai bakat yang tersendiri dan mereka mungkin akan menyerlah dalam jangka masa dua hingga tiga tahun lagi. "Jangan samakan program realiti lakonan dan nyanyian. Menjadi seorang pelakon bukan seperti penyanyi, di mana dengan sebuah lagu single sahaja mereka mudah meraih populariti. Tambah pula dengan kehadiran pelbagai realiti program berbentuk nyanyian. "Bagi saya, peserta-peserta Pilih Kasih tahun lalu masih laku dan mereka sibuk dengan tawaran lakonan masing-masing. "Saya percaya, mereka akan popular dalam masa dua hingga tiga tahun ini kerana jangka masa itu adalah masa untuk mengasah bakat masing-masing. "Saya gembira dengan bakat yang mereka miliki kerana mereka akan mewarnai industri lakonan kelak," katanya yang menerbitkan Pilih Kasih 2 dengan kerjasama pihak RTM. Pilih Kasih 2 akan bermula pada 29 November ini menerusi diari program, 'Kisah Pilih kasih' yang disiarkan pada pukul 4.30 petang di RTM2 dan diulang tayang di Muzik Aktif pada pukul 10.30 malam, pada hari yang sama. Tambah Rosyam, dia akan memberikan sedikit kelainan dalam program realiti keduanya itu dan sedang merancang untuk memberi peluang pemenang program tersebut berlakon menerusi drama muzikal khas terbitan syarikatnya bersama RTM. "Tahun ini, kami dan pihak RTM telah bersetuju untuk menghasilkan 26 episod drama muzikal yang berjudul Inspirasi Kasih. "Ia akan menampilkan pemenang-pemenang Pilih Kasih 2 serta pemenang tahun lepas. Selain itu, peserta yang memberi komitmen dalam program ini turut diberi peluang dalam drama ini nanti. "Bagi saya, drama muzikal ini adalah satu batu loncatan buat mereka untuk dikenali umum," katanya. Bagaimanapun, Rosyam tidak akan mengambil peserta yang menang sebagai pelakon di bawah syarikatnya seperti yang dibuat oleh sesetangah pihak produksi. "Saya tak akan ikat mereka di bawah Suhan Movies. Saya mahu mereka rasai erti susah dan senang sebagai pelakon. "Dengan cara itu, mereka akan berfikiran matang dan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini," tegas Rosyam. | ||||
Aizat Tak Kisah Gagal Ke Juara Lagu Posted: 23 Nov 2010 06:19 PM PST PETALING JAYA: Walaupun pernah meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu 24 pada tahun lalu, penyanyi Aizat tidak kisah gagal ke peringkat akhir AJL25 kali ini. Beritahu Aizat, dia tidak mungkin kecewa dengan kegagalannya untuk mara ke AJL25, sebaliknya bekas pelajar Akademi Fantasia 5 itu akan menyaksikan pertandingan tersebut untuk menyokong rakan-rakannya. "Mungkin terasa sedikit pelik kerana sebelum ini selama dua tahun berturut-turut saya menyertai AJL dan tidak untuk kali ini. "Apa-apa pun, saya tidak kecewa. Ia merupakan lumrah dan adat bagi sesebuah pertandingan. Ada masanya kita di atas, dan ada masanya kita di bawah. "Jika tiada aral, saya tetap akan ke AJL25 untuk menyokong rakan-rakan seperjuangan saya," katanya selepas ditemui ketika dia menghadiri sesi latihan bersama peserta-peserta Kamilah Bintang, di sini, Selasa. Sementara itu, Aizat mengeluarkan pandangannya bahawa dia gembira dengan peredaran industri muzik masa kini kerana ramai penyanyi muda memiliki bakat besar. Katanya lagi, berdasarkan pemilihan AJL25 yang didominasikan oleh bakat-bakat muda seperti Yuna, Hujan, Bunkface dan Faizal Tahir, dia percaya, golongan seperti itu bakal menjadi pelapis di masa akan datang. "Rasanya, muzik kita kini lebih seimbang. Seronok pula bila masing-masing tidak kira bakat baru atau lama bertungkus-lumus menghasilkan karya muzik yang hebat. "Ia juga memberikan semangat buat penggiat seni muzik untuk menjadi yang terbaik. Bagi saya, ia sebuah persaingan yang sangat positif," ujarnya. | ||||
Jennifer Aniston Bukan Lesbian Posted: 23 Nov 2010 05:46 PM PST SELEPAS Angelina Jolie merampas aktor hebat, Brad Pitt daripada Jennifer Aniston, ramai yang sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami aktres drama siri Friends itu. Jennifer seperti hilang arah dan tidak mempunyai kekasih tetap yang setia menemaninya walaupun dia dikatakan sudah melupakan Brad. Selepas Brad, Jennifer telah bercinta dengan penyanyi John Mayer, diikuti pula dengan Vince Vaughnn. Malangnya, kedua-dua perhubungan itu tidak kekal. Menurut sumber, Jennifer yang berusia 40 tahun itu sering mempunyai masalah jika bercinta dengan mana-mana lelaki dan kali ini, aktres itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang baru dikenalinya. "Difahamkan, Jennifer mula berkenalan dengan pelakon Sweden, Malin Akerman, yang merupakan peminatnya. "Dia mula rapat dengan Malin ketika mula bertemu di lokasi penggambaran filem Wanderlust di mana pada ketika itu Jennifer tidak berbaju. Malin begitu tertarik dengan tubuh aktres itu. "Jennifer agak rapat dengan pelakon itu. Tetapi saya tidak pasti sama ada mereka sedang bercinta ataupun tidak. Setahu saya, Jen bukan seorang lesbian. Saya percaya, dia pasti sedang menantikan lelaki sejati untuk melamarnya menjadi isteri," kata sumber itu. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:39 PM PST SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam. JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin. Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.
| ||||
Bersihkan mulut selepas menyusu Posted: 23 Nov 2010 05:23 PM PST ELAK...usah biarkan anak tidur dengan botol susu di mulut kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakan gigi. GIGI SIHAT...gigi kanak-kanak yang sihat tersusun cantik tanpa masalah karies gigi. ARYANA baru berusia tiga tahun, tetapi hampir keseluruhan gigi hadapannya sudah rosak dan berwarna hitam. Kadangkala apabila makan makanan manis, dia mengadu sakit gigi namun tiada apa yang boleh dilakukan doktor selain meminta Aryana mengurangkan makanan manis dan menunggu sehingga gigi kekalnya tumbuh apabila dia berusia lima tahun. Masalah dilalui Aryana mungkin dilalui ramai kanak-kanak lain. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan.
Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal. Menurut Dr Alida, gigi susu ialah gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia enam bulan ke atas dan akan diganti dengan gigi kekal bermula pada umur kanak-kanak lima hingga enam tahun. Menjelang umur kanak-kanak tiga tahun, gigi susu akan lengkap tumbuh sepenuhnya, sebanyak 20 batang. Bagi gigi kekal pula, menjelang umur kanak-kanak 13 tahun, jumlah gigi kekal adalah sebanyak 28 batang. Gigi geraham bongsu hanya akan tumbuh untuk sesetengah orang selepas umur 18 tahun. Gigi susu mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya membolehkan kanak-kanak mengunyah dengan baik (bagi memastikan kanak-kanak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran), terbabit dalam perkembangan pertuturan dan membantu gigi kekal tumbuh dengan lebih teratur. Gigi yang sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan daripada segi mental, fizikal dan sosial.
"Setiap kali selepas bayi menyusu, bersihkan dalam mulut bayi menggunakan sapu tangan atau kain bersih yang lembap. Apabila gigi mulai tumbuh, gunakan berus gigi lembut khas untuk bayi," katanya.
Ketika mula tumbuh gigi sehingga umur lima tahun, ibu bapa perlu memberus gigi kanak-kanak. Selepas umur ini, kanak-kanak boleh cuba untuk melakukannya sendiri, tetapi hendaklah sentiasa dipantau ibu bapa supaya terjamin kebersihannya."Ketika kanak-kanak masih bayi sehingga umurnya dua tahun, lebih mudah jika ibu bapa meriba anak-anak mereka dan gigi diberus dari arah belakang. "Dengan ini, kepala anak-anak mereka dapat diampu atau disokong pada dada ibu bapa ketika gigi diberus. Lebih mudah sekiranya dibuat mengadap cermin. "Untuk kanak-kanak prasekolah, tidak disyorkan teknik memberus gigi yang tertentu kerana tahap kemahiran motor halus mereka adalah rendah. "Memadai dengan memastikan semua gigi diberus dengan baik," katanya yang menasihati ibu bapa supaya memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan kanak-kanak mengawal berus gigi.
Asid ini akan melarutkan lapisan luar gigi. Selepas jangka masa tertentu dan proses perlarutan ini berlaku berulang kali, kaviti, lubang, dan karies pada gigi akan terbentuk. "Karies gigi adalah adalah satu penyakit kronik. Walaupun berlaku hanya pada gigi, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup kanak-kanak. "Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri. "Justeru, pencegahan karies dapat dilakukan dengan memberi anak-anak diet seimbang serta mengehadkan pengambilan makanan manis dalam waktu makan utama saja. "Untuk mengurangkan risiko berlakunya karies gigi, kekerapan penghasilan asid oleh bakteria penyebab karies perlu dihadkan. "Tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut. "Contohnya selepas makan nasi, boleh makan coklat. Elakkan makan makanan manis di luar waktu makan utama atau menggunakan ia sebagai snek. Selepas makan makanan manis, berus gigi atau sekurang-kurangnya kumur mulut dengan air kosong selepas makan," jelasnya.
Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali membantu mengatasi gigi rosak. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun. Ini membolehkan doktor gigi memberi nasihat tabiat penjagaan gigi yang betul serta memantau daripada berlakunya kerosakan gigi. Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor gigi dari awal akan mempunyai tingkah laku positif terhadap rawatan pergigian.
| ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:20 PM PST TUMPAT - "Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa." Demikian kata-kata seorang bomoh, Zuber Muda, 60, yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan penduduk Kampung Kajang Sebidang dekat sini apabila didakwa menggunakan kubur bapanya yang meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu untuk upacara perubatan dan pemujaan. Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu. "Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa. "Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber ketika ditemui di rumahnya semalam. Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan. Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin. | ||||
PM terima gaji RM22,826.65 sebulan Posted: 23 Nov 2010 05:19 PM PST KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20. "Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:18 PM PST SHAH ALAM – Pihak pendakwaan perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah membawa hakim dan pembelaan melawat semua jalan yang dilalui kereta dipandu mangsa sebelum terbabas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini pada 26 April lalu. Saksi utama pendakwaan, Mohd. Azamuddin Omar, 15, yang berada dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback pada malam kejadian itu menunjukkan kepada Hakim Latifah Mohd. Tahar semua lokasi bermula dari laluan kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta jenis Toyota Celica di hadapan Restoran Ali's Corner, Jalan Platinum G7/G, Seksyen 7 di sini. Rombongan lawatan mahkamah yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Dusuki Mokhtar, Idham Mohd. Ghani dan Adilla Ahmad itu menaiki sebuah bas. Turut berada dalam bas tersebut ialah peguam bela, M. Athimulan dan Salim Bashir yang mewakili tertuduh bagi kes itu, Koperal Jenain Subi. Rombongan mahkamah kemudian melalui Jalan Platinum G7/56, Jalan Platinum G7/58, Persiaran Kayangan, Bulatan Kayangan dan masuk ke Persiaran Dato Menteri. Rombongan tersebut dilihat berhenti di dua lokasi bagi membolehkan Azamudin menunjukkan lokasi kereta dinaiki mereka bergesel dengan motosikal dan juga tempat mereka mula dikejar oleh kereta peronda polis di Persiaran Dato Menteri berdekatan dengan Kompleks PKNS. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:18 PM PST
GEORGE TOWN - Sepasukan anggota bomba semalam terkejut selepas mendapati kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Mata Kucing, Ayer Itam di sini membongkar satu rahsia apabila tempat itu sebenarnya dijadikan makmal memproses syabu yang dianggarkan bernilai RM1 juta. Kejadian pukul 10.15 pagi itu terbongkar apabila sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Paya Terubong selesai memadamkan kebakaran yang berpunca daripada dapur rumah tersebut. Penyewa rumah itu disyaki telah melarikan diri dan mereka tidak dikenali oleh jiran-jiran. Ketika hendak membuat pemeriksaan di dalam rumah, mereka menemui longgokan plastik berisi dadah sebelum menghubungi polis. Mereka lebih terperanjat apabila polis mendapati dapur rumah telah diubahsuai untuk dijadikan makmal memproses dadah yang dilengkapi dengan gegelung salur udara. Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa anggota polis dilihat membawa keluar peralatan seperti dapur, tong gas, talam serta beberapa bekas mengandungi cecair kimia berupa bahan mentah untuk memproses syabu. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:17 PM PST SEREMBAN - Enam individu termasuk tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang kutipan bagi satu majlis malam mesra JPJ berjumlah RM660,000 dibebaskan semalam. Jurucakap SPRM negeri berkata, semua mereka dibebaskan dengan jaminan agensi itu selepas tempoh reman mereka tamat semalam. "Bagaimanapun, siasatan ke atas semua individu terbabit masih diteruskan dan mereka boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk melengkapkan siasatan. "Semua mereka juga akan didakwa sebaik sahaja kertas siasatan lengkap dibuat dan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:13 PM PST KUALA LUMPUR – Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan berdekatan dengan Sekolah Menengah Kuen Cheng di Jalan Syed Putra di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, Lee Fong Hoo, 36, Oo Der Heng, 25, dan Raja Nazreen Raja Sulong, 34, masing-masing mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang dinaiki mereka. Fong Hoo yang memandu Honda Civic bersama Der Heng menuju ke pusat bandar dikatakan baru pulang daripada bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Kuchai Lama. Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu Fong Hoo dikatakan hilang kawalan lalu terbabas hingga memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan van yang dipandu oleh Raja Nazree. Raja Nazree yang bekerja sendiri memandu dari arah Petaling Jaya. Sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Siti Aishah Ahmad Shahidan yang mengekori van tersebut bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu. Siti Aishah, 23, yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah bank hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:12 PM PST KUALA LUMPUR - Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula semalam. Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, seramai 467,970 calon SPM menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan. Katanya, seramai 53,504 calon pula mengambil STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Sementara itu, dua calon SPM di Johor tidak sempat mengambil peperiksaan berkenaan apabila meninggal dunia dalam dua kejadian berasingan. Di Muar, seorang pelajar meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum menduduki peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang semalam. Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, Hazizul Hasah, 17, mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat. | ||||
Nissan Teana pengganti Nissan Cefiro Posted: 23 Nov 2010 05:08 PM PST KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan model kenderaan terbaru dalam segmen D iaitu Nissan Teana, bagi menggantikan Nissan Cefiro yang telah ditamatkan penjualannnya kira-kira dua tahun lalu di pasaran tempatan. ETCM, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd. (Tan Chong Motor Holdings), adalah sayap pemasangan dan pemasaran tunggal kenderaan jenama Nissan di negara ini. Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, kemasukan model tersebut membabitkan tiga varian berbeza dan pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 600 unit Nissan Teana sebulan. Tiga varian yang dimaksudkan beliau ialah Nissan Teana 2.0L Comfort dan Nissan Teana 2.0L Luxury, Nissan Teana 2.5L V6 Premium dan Nissan Teana 3.5L Exquisite. "Kami secara agresif mahu menguasai sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan segmen D yang merangkumi 2,000 unit di pasaran tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran model tersebut di sini semalam. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:07 PM PST TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan. Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu. Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya. Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu. "Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain. "Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal," ucap Yuna penuh jujur. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola. Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.
"Dalam program Kawanku Bintang, Qi bertindak sebagai pengacara dan saya pula sebagai juri bersama beberapa teman artis yang lain. Perkenalan kami terjalin selepas Qi berpisah dengan Julie, jadi tidak ada sebarang isu di situ," jelas Yuna. Pemenang Ultimate Shout! 2010 itu juga tidak menafikan ibu bapanya telah berkenalan dengan Qi dan dalam masa yang sama menegaskan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk mencecah ke jenjang pelamin. "Saya tidak nafikan ibu bapa saya kenal dengan Qi kerana mereka selalu berada bersama saya. Jadi, tidak secara langsung mereka kenal semua kawan saya termasuk Qi. "Sebenarnya, siapa sahaja kawan saya, saya akan bawa jumpa ibu dan bapa saya kerana mereka ibu bapa yang berfikiran terbuka. Boleh dikatakan kawan-kawan saya merupakan kawan-kawan ibu bapa saya juga," kata gadis berasal dari Subang, Selangor itu lagi. Tarikan Qi terhadap Yuna Tanpa berkias, terus diajukan soalan, apakah yang menarik Yuna untuk mendampingi Qi. Kalau dilihat dengan teliti mungkin muzik yang menyatukan mereka sementelah latar belakang Qi yang merupakan bekas pemain drum band popular, OAG. Jawab Yuna penuh sopan: "Saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia." Jelas sekali, jawapan tulus Yuna itu sudah cukup untuk membukti betapa istimewanya Qi di hati Yuna. Saat ditanya, tidak bimbangkah dia menjalin cinta dengan Qi, seorang lelaki yang berstatus selebriti sepertinya. Terdiam seketika, lalu Yuna menghamburkan kerisauan yang terbuku di hatinya. "Siapa kata saya tidak bimbang, memang saya bimbang sebab cabarannya lebih besar. Orang pula akan perhatikan segala gerak-geri saya. "Dulu semasa saya sering membuat persembahan bersama Hanafi daripada band Estranged, orang kata saya bercinta dengan dia, sedangkan kami hanya berkawan baik," ujar gadis berusia 23 tahun itu tentang gosip cinta yang pernah melandanya suatu ketika dulu. Kebimbangan Yuna itu juga menyebabkan dia enggan mengembar-gemburkan kisah peribadinya dan jika boleh mahu disoal hanya tentang kerjayanya sahaja. Katanya dia tidak mahu lari daripada landasan yang telah dirancangnya. "Saya takut orang akan hilang fokus terhadap muzik saya dan lebih mahu ambil tahu tentang kisah peribadi. "Sebenarnya cerita peribadi tidak penting dan saya lebih suka kalau orang tanya tentang kerjaya saya. "Buat masa sekarang, Qi pun sibuk dengan kerja dia, begitu juga saya.
"Masing-masing mahu stabilkan kerjaya dulu, baru kami boleh bercerita lanjut mengenai kisah peribadi," tutur Yuna yang mengakui dia seorang fokus dan gila terhadap kerjanya. Serasi, rapat Mahu mendapat kepastian, Kosmo! mendapatkan pula jawapan daripada mulut Qi sendiri. Dia yang ditemui pada parti usai Shout! Awards 2010 bersikap cukup profesional dan terbuka dalam memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Yuna. "Saya dan Yuna mula rapat semenjak kami sama-sama terlibat dalam program Kawanku Bintang Coca-Cola. Dalam program tersebut, saya pengacara program tersebut. Yuna pula bertindak sebagai juri program," kata Qi yang pernah mengacara Destinasi Budget. Qi yang berusia 32 tahun itu juga mengakui bahawa dia sememangnya sudah lama meminati lagu-lagu nyanyian Yuna dan sentiasa menyokong kerjayanya. "Sekarang masih terlalu awal untuk saya katakan yang hubungan kami sudah sampai ke tahap bercinta. "Namun, saya juga tidak menafikan bahawa hubungan kami buat masa ini memang rapat. Malah, terdapat keserasian dalam perhubungan kami," tambahnya yang mula dikenali dengan program Field Trip USA! terbitan 8TV. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:06 PM PST AKTRES Konkana Sen Sharma yang baru melangsungkan perkahwinan secara tergesa-gesa baru-baru ini bersama kekasihnya Ranvir Shorey dikhabarkan sedang hamil. Khabarnya, ramai saksi melihat perut aktres itu sedikit berisi daripada biasa pada satu acara hiburan yang berlangsung di Mumbai baru-baru ini. Bukti terbaru itu menguatkan lagi khabar angin sebelum ini yang mengatakan perkahwinan itu terjadi kerana kehamilan Konkana. Menurut sumber, aktres itu biasanya seorang perokok yang kuat, bagaimanapun baru-baru ini dia tidak lagi merokok dan berhenti mengambil minuman keras. Jika benar Konkana hamil, dia berkemungkinan tidak menghadiri Filem Festival Antarabangsa di Cairo, Mesir hujung bulan ini, walaupun filem lakonannya Iti Mrinalini ditayangkan pada festival tersebut. Salah satu sumber yang rapat dengan Konkana pula melaporkan bahawa aktres itu benar-benar hamil meskipun belum ada sebarang pengesahan secara rasmi dari mulut Konkana sendiri. "Kami mendapat tahu, Konkana mungkin melahirkan anak pada Mac tahun hadapan di Mumbai. Malah, dia juga telah membatalkan segala penglibatannya dalam filem-filem yang akan datang. "Dia juga ingin berehat sehingga September tahun depan dan ingin menghabiskan masanya di kampung halamannya di Kolkata," kata sumber itu lagi. Pasangan itu berkahwin pada 3 September lalu. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 05:01 PM PST BIARPUN pelbagai genre muzik telah mendominasi dunia nyanyian hari ini, namun, irama muzik yang dikenali sebagai 'rock kapak' sebenarnya masih lagi diminati oleh segelintir peminat muzik tanah air. Era rock kapak telah menjadi pujaan terutamanya anak-anak muda di negara ini pada era 80-an dan 90-an dengan kemunculan pelbagai kumpulan rock yang mewarnai dunia seni hiburan ketika itu. Kumpulan seperti Melissa, Junction, Meditasi dan Bloodshed adalah sebahagian daripada nama yang cukup popular serta lagu-lagu mereka pula menjadi siulan ramai. Kini, sebagai usaha untuk mengembalikan semula kehangatan irama muzik rock kapak, sebuah kumpulan yang pernah mencuri tumpuan pada era 90-an telah membuat kemunculan semula. Dikenali dengan nama Chapters pada masa itu, kumpulan tersebut terdiri daripada empat anggota yang diketuai Wan Chap (pemain dram), Nizam (vokalis), Edrie (gitar) dan Lan (bass). Setelah hampir 20 tahun tidak bergiat aktif, kini mereka telah membuat kemunculan semula dengan tiga anggota baru iaitu Am (vokalis), Polly (gitar) dan Din Gates (bass). Pernah melahirkan album berjudul Prajudis pada tahun 1991, peminat setia Chapters pastinya mengingati beberapa buah lagu popular nyanyian kumpulan tersebut seperti Dosa Cinta, Titian Rindu dan Realistik Kota. Kemudian pada bulan September lalu, mereka telah kembali ke persada muzik tanah air dengan nama Chapters 09 dan menghasilkan album mini yang memuatkan lagu-lagu seperti Gurauan Kata Cinta dan Permata Hati. Demi memenuhi permintaan para peminat yang mahu mereka membuat persembahan secara langsung, kumpulan tersebut telah mengadakan sebuah konsert di One Cafe, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 November yang lalu.
Jurucakap Nadi Event & Resource, Esnani Elias yang merupakan penganjur konsert berkenaan berkata, penampilan kumpulan berkenaan pada konsert itu cukup istimewa kerana telah menggabungkan semula anggota kumpulan tersebut. "Biarpun Chapters tidak banyak melahirkan album, namun kumpulan ini juga sebenarnya mempunyai peminat mereka tersendiri dan penganjuran konsert ini juga sangat dinantikan selepas mereka melahirkan album single sebelum ini. "Apa yang lebih menarik lagi, semasa konsert itu telah ditampilkan pemain gitar terulung Malaysia, Edrie Hashim, yang merupakan bekas anggota kumpulan ini," ujarnya selepas berakhir konsert tersebut. Menurut Esnani lagi, anggota kumpulan Chapters 09 telah melakukan latihan sejak beberapa bulan yang lalu untuk membuat satu persembahan yang mantap untuk para peminat. Ternyata persembahan selama dua jam itu dilihat telah berjaya membangkitkan semula kenangan lama di kalangan peminat setia apabila mereka menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan serta lagu-lagu baru mereka yang tidak kurang hebatnya. Pada malam itu juga, para pengunjung telah dihiburkan dengan satu persembahan yang menakjubkan menerusi lagu-lagu seperti Laut Dan Misteri, Sosial Funk, Takdirkah Ini, Kontroversi dan Pesona. | ||||
Hoki catat sejarah di bumi China Posted: 23 Nov 2010 04:57 PM PST SKUAD hoki negara mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Asia 2010 setelah menewaskan pasukan yang menduduki ranking kesembilan dunia, India 4-3 pada separuh akhir semalam. Turun dengan misi melangkah ke final buat kali pertama pada temasya ini, skuad kendalian Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai itu menampilkan semangat juang yang menakjubkan biarpun keting- galan dua kali kepada pasukan tuan rumah Sukan Komanwel 2010 tersebut. Dengan kejayaan cemerlang itu, Malaysia (ranking ke-15 dunia) hanya selang- kah lagi untuk memenangi slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 London seandai- nya muncul juara dengan menewaskan Pakistan pada final petang esok. "Lega rasanya apabila berjaya melangkah ke final. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan hari ini (semalam)," kata van Huizen. "Memang sudah dijangka ia bakal menjadi satu pertemuan yang sangat sengit dengan India, malah kita juga hampir- hampir kalah jika tidak berjaya mengikat mereka pada saat-saat akhir. "Namun, saya sangat gembira dengan komitmen serta semangat juang pemain kita yang bangkit melawan. Mereka telah menunjukkan satu persembahan yang wajar diberi pujian. "Bukan mudah untuk menang dalam pertemuan kalah mati ini, terutamanya dengan India," ujarnya. Pada pertemuan penuh mendebarkan di Stadium Hoki Aoti, Guangdong semalam, Malaysia mendahului 1-0 hasil ja- ringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil pada minit ke-32. Bagaimanapun, India menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Sandeep Singh dan kedudukan 1-1 kekal sehingga waktu rehat. Namun pada babak kedua, permainan semakin sengit dengan Tushar Khandker meletakkan India 2-1 pada minit ke-37. Begitupun, pemain negara tidak menyerah kalah dan terus melakukan asakan sehingga mendapat pukulan sudut penalti yang disempurnakan Azlan Misron hasil set piece yang menarik pada minit ke-49. India sekali lagi memberi tekanan ke atas Malaysia dengan gol ketiga mereka pada minit ke-54 hasil pukulan sudut penalti kapten, Rajpal Singh. Begitupun, pemain negara sekali lagi bangkit melawan dengan gol penyamaan tiga minit sebelum permainan tamat hasil jaringan pukulan sudut penalti Muhd. Amin Rahim, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan peraturan jaringan emas (golden goal). Pakar flick negara, Amin Rahim sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila mele- dakkan gol kemenangan menerusi puku- lan sudut penalti pada minit ke-75. "Saya bersyukur kerana kita mampu mendapatkan gol kemenangan lima minit selepas masa tambahan. "Jika tidak saya rasa pemain kita sudah pasti keletihan dan tidak mungkin mampu menahan kemaraan pemain India. "Saya juga berterima kasih kepada Beng Hai. Sebahagian besar pemain dalam skuad ini adalah pemain yang pernah diasuhnya sebelum ini. Saya hanya mene- ruskan tugas beliau," ujar van Huizen lagi. Petang esok, skuad negara sekali lagi mampu mencipta kejutan sekiranya mengalahkan Pakistan di final, sekali gus mencipta sejarah paling gemilang dengan membawa pulang pingat emas dan lebih penting, slot kelayakan automatik ke Sukan Olimpik London 2012 nanti. Rekod terbaik Malaysia dalam sukan hoki ialah memenangi pingat gangsa se- banyak tujuh kali (1962, 1970, 1974, 1978, 1982, 1990 dan 2002). Manakala pada Sukan Asia Doha 2006, skuad negara hanya menduduki tempat keenam. | ||||
Posted: 23 Nov 2010 04:55 PM PST PHNOM PENH, Kemboja - Ramai saudara-mara berkumpul di beberapa tempat menyimpan mayat di sini selepas sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh manakala 750 lagi cedera dalam tragedi rempuhan di sebuah jambatan yang menghubungkan Pulau Berlian dengan tanah besar Kemboja pada malam kelmarin. Pulau Berlian merupakan destinasi pelancongan popular di Kemboja. Tragedi rempuhan itu berlaku ketika jutaan penduduk menggunakan jambatan tersebut untuk ke Pulau Berlian yang menempatkan gerai dan konsert bagi meraikan pesta tamat musim hujan di Kemboja. "Angka kematian dijangka terus meningkat," kata jurucakap kerajaan, Phay Siphan. Seorang lagi jurucakap kerajaan, Khieu Kanharith berkata, kejadian berlaku disebabkan khabar angin dalam kalangan pengunjung bahawa jambatan itu tidak stabil. "Justeru, panik berlaku. Jambatan itu terlalu padat menyebabkan mereka (pengunjung) tiada tempat untuk melarikan diri," katanya. Insiden berlaku ketika orang ramai berasak-rasak meninggalkan Pulau Berlian manakala polis dan orang ramai menyatakan, jambatan kecil itu tidak dapat menampung bilangan orang yang berulang alik ke pulau tersebut. Sebahagian orang terjun dari jambatan semasa insiden berasak-asak untuk menyelamatkan diri. Kanharith berkata, mangsa-mangsa mati disebabkan sesak nafas dan kecederaan dalaman manakala dua pertiga daripada jumlah yang maut ialah wanita. Sementara itu, Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan tragedi itu sebagai yang terburuk sejak kezaliman rejim Khmer Rouge di Kemboja dari 1975 hingga 1979. Beliau mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |