Adsense

Selasa, 23 November 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Hanya teman biasa

Posted: 22 Nov 2010 01:39 PM PST

Hip

pix_gal0
Tiada pihak perlu cemburu, Diana dan Syamsul bersikap profesional demi kerjaya

SEBELUM menelusuri baris demi baris ayat yang disusun dalam artikel ini, ingin penulis ingatkan sesi fotografi ini diadakan bukan dengan niat untuk melukakan hati sesiapa, ataupun cuba untuk mengungkit kisah lama.

Sebaliknya, ia dilakukan atas dasar hebahan atau memaklumkan kepada peminat dua artis terkenal ini, mereka bakal terbabit dalam program jualan amal kek coklat yang akan dianjurkan sedikit masa lagi, serta untuk membuktikan antara Diana Danielle dan Syamsul Yusof sebenarnya tidak ada persengketaan, sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Sepanjang di lokasi penggambaran yang turut disertai dua bakat baru sedang meningkat naik iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nureina Azman atau Eina, Syamsul dan Diana kelihatan cukup mesra dan saling usik mengusik antara satu sama lain, seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini. Walaupun kisah perpisahan mereka pernah menjadi tajuk utama semua akhbar tempatan, namun baik Diana mahupun Syamsul, masing-masing sudah melupakan episod gelap itu.

Hampir dua tahun peristiwa itu berlaku dan saya juga sudah memadamkannya terus dari ingatan. Apabila Bill Bora (pegawai publisiti acara amal terbabit) memberitahu saya akan bekerjasama dengan Diana untuk projek amal ini, saya tidak terkejut pun kerana sebelum ini saya sudah banyak kali bertemunya dalam mana-mana acara hiburan. Lagipun dalam hal ini, saya lebih senang bersikap profesional.

Saya tidak pernah mencampuradukkan antara soal kerjaya dan juga peribadi. Apapun, kalau dalam persahabatan, saya selalu ikhlas dan saya tak pernah ambil pusing persepsi orang lain, kata Syamsul meluahkan pandangan.

Anak kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ini memang seorang yang berpegang pada janji. Walaupun mengetahui mungkin ada pihak yang akan terasa apabila melihat dia bergambar bersama dengan Diana, namun atas nama kerja, dia tak kisah untuk melakukannya.
Saya tak kisah untuk bergambar dengan Diana, cuma saya hormati dirinya sebagai kekasih Farid Kamil. Apa-apa pun, awak (penulis) kena minta kebenaran dari Diana sendiri, kata pemenang anugerah Pengarah Terbaik sewaktu Festival Filem Malaysia ke-23 sambil tersenyum.

Berubah seketika muka Diana apabila diminta untuk bergambar berdua bersama Syamsul. Dalam keadaan serba-salah, Diana dengan penuh hormat meminta jasa baik untuk tidak merakamkan gambar mereka berdua, bersama. Entah apakah alasannya, tidak pula aktres jelita ini suarakan. Apakah tindakannya itu ada kena mengena dengan gosip kononnya arahan itu datang daripada buah hati pengarang jantung Diana?

Eh! Bukanlah. Itu cuma gurauan Syamsul saja. Farid tidak boleh kongkong saya. Sebenarnya, saya tak mahu memanjangkan lagi kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan juga tidak mahu perkara ini menjadi fokus utama.

Tapi, itu bukan bermakna saya tidak boleh bekerjasama dengan Syamsul. Kalau betul kami bergaduh, tentunya situasi seperti sekarang ini tidak akan berlaku. Awak boleh tengok sendiri kan?, kata pelakon Magika ini sekali gus menepis dakwaan kononnya dia tidak selesa digandingkan dengan Syamsul selepas episod putus cinta dulu.

Baru saja selesai menjalani penggambaran filem Hanyut, Diana kini sudah pun disambar oleh pengarah Osman Ali untuk membintangi filem terbaru.

Dalam filem ini, saya akan bergandingan dengan Remy Ishak dan juga Bront Palarae. Konsep filem ini adalah aksi, sama seperti filem Anak Halal arahannya sebelum ini. Apa yang menyeronokkan saya, akhirnya impian untuk berlakon di bawah arahan Osman tercapai juga. Dan selepas ini, saya harap impian untuk berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia juga akan menjadi kenyataan, kata Diana yang bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi.

Pasang strategi untuk lariskan kek coklat

SABAN tahun, pusat membeli-belah Great Eastern Mall tidak pernah lupa untuk mengadakan majlis amal jualan kek bagi membantu kanak-kanak yang malang dan melarat. Untuk tahun ini pula, acara yang sama bakal diadakan pada 4 Disember depan di lokasi yang serupa.

Diana, Syamsul, Sharnaaz dan Eina pula akan mewakili Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur dan mereka akan menjual enam biji kek yang dinamakan Kek Joy of Chocolate Mud Cake.

Memandangkan 15 hotel bertaraf lima bintang serta lebih 30 artis popular terbabit dalam acara amal itu, tentunya masing-masing akan bersaing sesama sendiri, bagi memastikan kek mereka akan laku terlebih dulu dibeli pelanggan. Bukan mudah sebenarnya untuk menarik perhatian pelanggan. Hanya jurujual yang kreatif dan tidak malu saja akan mudah menjual kek mereka dalam masa yang singkat.

Sasaran saya adalah untuk mendapatkan tempat yang strategik untuk meletakkan meja jualan. Kali ini saya akan pastikan meja jualan saya terletak di tengah-tengah ruang supaya pelanggan yang datang akan mudah nampak dan terus membelinya. Selain itu, kena juga yakinkan pelanggan bahawa kek yang kami jual lebih sedap daripada kek yang lain, kata Diana sambil tertawa.

Bagi Syamsul pula, dia akan berusaha untuk memastikan kek jualannya dapat dijual lebih awal dari yang dijangkakan.

Ini adalah kali pertama saya terbabit dalam program amal seperti ini. Malah, saya rasa tak sabar pula nak jual kek. Mungkin saya akan buat konsep seperti melelong barang iaitu menjerit supaya pelanggan sedar dan datang ke meja kami.

Strategi lain, selain menunggu pelanggan datang ke meja, mungkin saya menyusul pelanggan di pintu masuk dan ajak mereka mengunjungi meja kami, katanya yang juga seorang penggemar kek coklat.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shout! Awards jeritan hati anak muda

Posted: 22 Nov 2010 01:34 PM PST

Hip

Anugerah terlalu asing, pelik, ramai tak faham konsep

MUNGKIN ada yang menganggap Shout! Awards sebagai anugerah syok sendiri. Lebih daripada itu, sebaik saja disiarkan menerusi 8TV pada malam Sabtu lalu, ramai menganggapnya ia sebagai anugerah entah apa-apa.

Sememangnya, sejak kali pertama dianjurkan tahun lalu, Shout! Awards seolah-olah masih sebuah anugerah yang terlalu asing dan pelik. Ada saja yang tidak kena di mata mereka. Ini mungkin kerana masih ramai yang tidak memahami konsep anugerah itu.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim pernah menjelaskan sebelum ini, bahawa Shout! Awards 2010 adalah tempat untuk mengiktiraf bakat baru yang kreatif, terutama mereka yang kurang mendapat pendedahan dalam majlis anugerah arus perdana. Cuma cara persembahan dan pendekatannya amat berbeza dengan anugerah sedia ada. Shout! Awards mahu lari daripada kebiasaan dan pada masa sama walaupun matlamatnya sama iaitu mengiktiraf dan menghargai bakat baru yang masih muda tapi mampu melangkah lebih jauh.

Mungkin ada yang mempersoalkan apakah perlu ada anugerah seperti ini? Untuk siapa dan sejauh mana anugerah ini membantu meningkatkan industri hiburan.

Katalah apa saja, kerana Shout! Awards 2010 sebenarnya mempunyai objektif cukup besar. Selama ini, kita sering mempertikaikan mengapa artis luar, terutama dari negara seberang mudah bertapak di negara ini. Cuma, kenapa nama semua kategori mesti dalam bahasa Inggeris? Adakah rendah imejnya kalau menggunakan bahasa Melayu? Anugerah ini diberikan untuk anak muda Malaysia, yang sepatutnya tahu dan faham, malahan menghargai bahasa Melayu, bahasa rasmi Malaysia.
Perkara ini harus difikirkan oleh penganjur pada masa akan datang.
Melihat kebanyakan mereka yang membuat persembahan malam kemuncak Shout! Awards 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil terdiri daripada kumpulan muzik yang asalnya band indie tapi kini semakin menyerlah dalam platform arus perdana.

Mereka dilihat jarang mewarnai majlis anugerah sedia ada. Walaupun faktor populariti tetap diambil kira, namun penganjur masih menjadikan kehendak peminat sebagai fokus utama.

Ternyata umpan penganjur menampilkan barisan artis yang menjadi pujaan remaja kena pada tempatnya. Anugerah itu berlangsung dengan cukup meriah, penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 12,000 penonton yang kebanyakannya adalah
Menerusi rekaan pentas yang cukup unik serta limpahan cahaya yang menarik membuatkan suasana anugerah ini seperti anugerah MTV versi Malaysia. Bukan saja mengiktiraf mereka yang menceburkan diri dalam muzik tetapi menjadi satu-satunya anugerah yang turut menyatukan penyiaran radio dan TV serta filem di bawah satu bumbung.

Hiburan bukan nyanyian dan tarian semata-mata. Segmen lawak jenaka tidak dipinggirkan. Ternyata memilih Johan dan Zizan sebagai penyampai untuk kategori Hot Chick berjaya menggeletek hati penonton. Idea merapu mereka benar-benar membuatkan penonton tidak kering gusi.

Sesuai dengan jiwa anak muda yang mendominasi penonton, penganjur memilih menampilkan lebih banyak penyanyi berkumpulan berbanding solo. Kesannya, lokasi itu berubah menjadi "gig' apabila penonton mula membuat 'pogo' sekali gus larut dalam muzik yang dialunkan oleh kumpulan terbabit.

Kemunculan Yuna dan Najwa melengkapkan lagi kehebatan segmen persembahan dengan aksi bersahaja mereka. Biarpun tidak melantunkan melodi rancak, namun kekuatan vokal mereka membuatkan penonton begitu teruja menyaksikannya.

Turut mempamerkan kehebatan gaya tarian di atas pentas adalah Mizz Nina yang menghiburkan penonton dengan lagu Let Me C U get It dan What You Waiting For.
Bersesuaian dengan namanya iaitu jeritan, Shout! Awards 2010 jelas menggambarkan jeritan suara hati peminat mengenai apa yang mereka gemar dan suka.

Mungkin keputusan yang diumumkan tidak sama dengan apa yang diramalkan, tapi sama ada suka atau tidak, pilihan di tangan mereka dan tidak dapat dinafikan golongan ini jugalah yang menentukan arah serta hala tuju industri hiburan kita sebenarnya.

Malam Yuna

GADIS bertudung ini tiga kali naik ke pentas menerima trofi. Kali pertama, dia menerima trofi untuk Kategori Popstar, kedua sebagai penerima anugerah Break Out (Artis Baru), manakala yang ketiga pula trofi Ultimate Shout Award berdasarkan pencapaian yang ditunjukkannya.

Riak wajah terkejut sambil disulam perasaan ceria, penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini mengaku teruja kerana anugerah itu membuktikan bahawa dia masih berada dalam senarai disukai peminat

"Sewaktu menghadiri acara ini, saya sebenarnya risau mengenai penampilan saya. Pakaian apa yang saya harus pakai. Tak fikir pun pasal kemenangan kerana pada saya, persaingan dalam kategori yang dipertandingkan sengit.

"Jadi, apabila menang tiga anugerah sekali gus, saya jadi gembira dan teruja. Ini juga adalah petunjuk mengatakan saya mempunyai peminat," katanya.

Mengulas penganjuran Shout!Awards 2010 dan relevannya dalam industri hiburan, Yuna berkata ia wajar diteruskan kerana konsepnya yang berbeza serta mempunyai impak yang cukup besar terutama buat mereka yang serius dalam bidang ini.

Antara pemenang lain dalam anugerah ini ialah Zizan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Mizz Nina, Bunkface, Faizal Tahir, Scha Al-Yahya, Henry Golding dan kumpulan 6ixth Sense.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.