Celebrity News   |  
- Sinopsis dan Trailer Filem Aku Masih Dara
 - Sinopsis Filem Janin Akan Ditayangkan Pada 23 Disember 2010
 - Berat Badan Syanie atau Syaniza Hisham Turun 112 KG
 - Panas Video Pasangan Kantoi Berasmara Di Air
 - (Gambar) Lawak Hari Raya Haji
 - Rank Gambar Cynthiara Alona Bugil / Bogel di Internet !!?
 
|   Sinopsis dan Trailer Filem Aku Masih Dara Posted: 17 Nov 2010 08:15 AM PST Sinopsis: Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan  remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa  tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan.  Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang  keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang  Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya  mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial  menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan  agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat  dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang  walaupun mempunyai segalagalanya.  Hani pula membesar dalam keluarga yang susah.  Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap  nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala  salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup  senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara  kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya  'halal'. Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery,  yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan  pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga  kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan  dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi  tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong.  Firdaus yang  berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus  keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada  Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk  Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu 'menjaga tepi  kainnya'. Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari  ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila  berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai  menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan  antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani.  Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea  berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi  mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang  pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia 'pil khayal dan parti  seks bebas'. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery,  Aleesya 'hilang dara', menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya. Hani yang sudah lama 'hilang dara' cuba tenangkan Aleesya dan  memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan  dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan  mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya  juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani,  pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam  dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini  Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia  masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, 'mahkotanya' hanya untuk  seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.  |  
|   Sinopsis Filem Janin Akan Ditayangkan Pada 23 Disember 2010 Posted: 17 Nov 2010 07:57 AM PST Sinopsis: Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.  Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan. Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang � orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera� Janin                        Syarikat Penerbit :        Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)  Bahasa :        Bahasa Melayu                             kategori :        Filem Cereka                             Genre :        Seram                            Klasifikasi :        18SG                             Tarikh Tayangan :        23 Disember 2010                             Durasi :         110 min                            Audio :        Stereo                            Format :        35mm Info : Sinemamalaysia  |  
|   Berat Badan Syanie atau Syaniza Hisham Turun 112 KG Posted: 17 Nov 2010 07:50 AM PST Dengar Khabar berat badan Syanie  atau nama penuh beliau Syaniza Binti Hisham telah turun sehingga 112 KG, Alhamdulillah berkat usaha beliau akhirnya berjaya juga mengurangkan berat badan daripada 240 KG.  Nampaknya tidak sia-sia lah pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu bukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi menjadikan tubuhnya lebih sihat dan mengelak risiko penyakit yang selalu dikaitkan dengan obesiti. Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita beliau untuk menurunkan berat badan.Dan berikut biodata beliau Nama Penuh : Syaniza Binti Hisham Tempat Lahir : Selangor Bangsa : Melayu Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Kerjaya : Pelakon, Penerbit TV, Penyanyi Kemahiran : Berlakon, Menyanyi  |  
|   Panas Video Pasangan Kantoi Berasmara Di Air Posted: 16 Nov 2010 09:36 PM PST Tanpa menghiraukan penduduk sekeliling yang memerhatikan mereka berdua, pelukan dan ciuman kedua-dua pasangan ini menjadi bualan penduduk sekeliling.  Nak tau anak siapakah Click Baca Lagi.. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now  |  
|    Posted: 16 Nov 2010 09:10 PM PST  |  
|   Rank Gambar Cynthiara Alona Bugil / Bogel di Internet !!? Posted: 16 Nov 2010 05:10 PM PST Kalau di Malaysia Top 10 Search Sebelum ini ZoOm Pernah Hebahkan, namun berlainan pula di Negara seberang. Kebanyakannya Top search mengenai wanita-wanita yang tidak segan silu untuk mempamerkan tubuh mereka untuk tatapan jantan-jantan diluar sana.  Jika anda pernah mendengar nama Cynthiara Alona sudah anda tahu siapakah wanita ini. Jika rajin open Google search atau yahoo dan search la nama ini..pasti anda akan terkejut. Semoga artis Malaysia dihindarkan daripada gejala sedemikian.  |  
| You are subscribed to email updates from Celebrity News  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



