Adsense

Selasa, 30 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Yana, Diana, Raja Farah, Ashraf Muslim dalam Aku Masih Dara

Posted: 30 Nov 2010 06:39 PM PST

Judul filem memainkan peranan penting untuk memikat orang ramai ke pawagam. Mungkin sebab itu, filem terbaru MIG menggunakan pendekatan ini untuk menarik lebih ramai penonton. Aku Masih Dara, sebuah filem romantik komedi namun ramuan dan pengisiannya lebih kepada bercorak kepada Islamik.

Semalam, hari Selasa, jam 11 pagi, Budiey telah menghadiri Prebiu Filem Aku Masih Dara yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Aku Masih Dara Prebiu

Terlebih dahulu, Budiey nak ucap tahniah kepada MIG atas kejayaan filem Ngangkung yang telah berjaya mendapat kutipan RM3juta dalam masa 5 hari.

Menonton filem arahan Ahmad Idham ini membuatkan Budiey teringat dengan filem Syurga Cinta yang mana menyuntik elemen yang sama. Ternyata formula ini berjaya menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. Moralnya masih sama. Baik di balas baik dan jahat pasti akan mendapat balasan yang setimpal di sisi Tuhan. Filem ini juga menyelongkar sikap manusia yang begitu rakus mengikut hawa nafsu tanpa mengira hukum halal atau haram. Melanggar hukum atau peraturan hidup adalah satu dosa yang pastinya akan menghitamkan hati dan jiwa manusia.

Tonton Video Sekitar Prebiu Media Aku Masih Dara:

Aku Masih Dara memaparkan aktiviti remaja zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi di mana aktiviti seperti pergaulan bebas, seks rambang, parti liar, penyalahgunaan dadah dan sebagainya dipaparkan secara serius. Begitu juga dengan sikap remaja yang memandang ringan terhadap pegangan agama. Filem ini pada dasarnya mahu menginsafkan penonton yang pasti sedikit sebanyak akan merasa sebak semasa menonton beberapa scene.

Dalam filem ini juga ditonjolkan setiap dosa hasil dari perbuatan jahat itu boleh dihapuskan dengan taubat nasuha. Sebenarnya, banyak lagi sub topik dalam agama yang ada dalam filem ini. Cuma Budiey boleh katakan filem ini bukan 100% filem yang bercorak keagamaan kerana kalau nak dikira, ia perlu sempurna dalam pelbagai sudut. Dari segi kostum pemakaian pelakon perlu diambil kira di mana semua pelakon perlu menutup aurat. Ini tak mungkin berlaku kerana semuanya berdasarkan pada skrip.

Pengolahan cerita agak senang difahami oleh penonton. Di penghujung cerita pasti ada unsur suspen yang mahu diungkai oleh Ahmad Idham. Tentang mati dan jodoh pertemuan itu semua terletak di tangan Tuhan.

Filem ini menggabungkan barisan pelakon muda yang sekarang ini sedang menempa nama seperti Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah, Ashraf Muslim dan Farid Kamil. Digerakkan bersama pelakon berpengalaman seperti Riezman Khuzaimi, Hafidzuddin Fadil, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Kuza, Rahim Jailani dan ramai lagi.

Dengan gabungan pelakon lama dan baru, Aku Masih Dara dilihat boleh memberi impak yang dramatik untuk menyampaikan intipati yang cuba disampaikan oleh pengarah. Kesesuaian watak dengan penampilan pelakon juga diambil kira. Terutama Budiey merasakan watak pemuda bernama Firdaus itu sangat sesuai dengan Ashraf Muslim.

Untuk filem ini, Budiey berikan 3/5 bintang.

Filem ini telah menjalani pengambaran di sekitar Lembah Klang dan Cameron Highland, Pahang.

Aku Masih Dara Prebiu

Penerbit David Teo yakin filem ini dapat mencapai kejayaan 2 kali ganda dari filem Syurga Cinta

Yang pasti, bagi pengarah sendiri rasa terkejut kerana belum keluar lagi, filem ni dah mula mencipta kontroversi di mana ada beberapa scene yang menyentuh sensitiviti dan menghina orang yang memakai tudung. Antaranya, digambarkan sesetengah perempuan memakai tudung semata-mata untuk menutup love bites di leher. Selain itu, skrip filem ini juga dikatakan ada unsur-unsur lucah seperti sanggap lubang dan sebagainya.

Aku Masih Dara Prebiu

Ahmad Idham, pengarah Aku Masih Dara berucap

Segalanya ada sebab. Itu kata Ahmad Idham. Beliau berharap pihak media tidak buat tuduhan melulu sebelum menonton sendiri filem ini.

Menurut Ahmad Idham, beliau terlintas untuk buat filem Aku Masih Dara selepas mendirikan rumahtangga 1999, beliau diajak oleh Ashraf Muslim ke disco atau clubbing. Beliau agak terkejut dengan gejala remaja masa ini.

Aku Masih Dara Prebiu

Dihoskan oleh pengacara tetap MIG, Azahari.

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Farid Kamil dan Diana Amir sebagai pasangan kekasih

Aku Masih Dara Prebiu

Yang pasti, seorang dari mereka dah takde dara lagi. Hehe. Raja Farah kan dah kawin.

Aku Masih Dara Prebiu

Raja Farah sebagai Sofea

Aku Masih Dara Prebiu

Diana Amir sebagai Hani

Aku Masih Dara Prebiu

Yana Samsudin sebagai Aleesya

Aku Masih Dara Prebiu

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Diana Amir Pelakon Baru Drama Impian @ TV3
  • Gambar Ashraf Muslim di Sessi Ramah Mesra Drama Yusuff
  • Ashraf Muslim di Malam Gala Teater Muzikal Patriot
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

    Posted: 30 Nov 2010 03:15 PM PST

    Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

    Poster Hantu Kak Limah Balik Rumah

    SINOPSIS HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
    Kesinambungan filem 'Zombi Kampung Pisang' bakal diteruskan dengan 'Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah'. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

    Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

    Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

    hantu kak limah

    Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

    Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

    Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

    Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam 'Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

    Mahu memenangi barangan filem HEBAT ini? Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

    Budiey ingin memberikan pembaca:
    20 X T-shirt Hantu Kak Limah Balik Rumah
    20 X Pass Menonton FIlem

    Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

    Soalan 1:
    Siapakah pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah?

    Soalan 2:
    Sebutkan 4 orang pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

    Soalan 3:
    Namakan syarikat yang menerbitkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ?

    Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

    Saya mahu menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana…

    Sertakan juga maklumat peribadi:
    Nama:
    Alamat surat menyurat:
    Email:
    Nombor telefon:

    Hantarkan jawapan anda kepada:

    Tarikh tutup peraduan:

    20 DISEMBER 2010

    Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah – Sensasi Selebriti

    SYARAT & PERATURAN:

    1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
    2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
    3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
    4. Keputusan juri adalah muktamad.
    5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

    Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

    hantu kak limah

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Peraduan 'Jom Menonton Waris Jari Hantu'
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Dragonball Evolution
  • Pemenang T-Shirt & CD Album Soundtrack Waris Jari Hantu
  • Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    PM lancar skim AHB RM1b

    Posted: 30 Nov 2010 03:35 AM PST


    Najib Tun Razak menerima sijil Amanah Hartanah Bumiputera daripada Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas melancarkan skim tersebut di Kuala Lumpur, semalam. Turut memerhati, Muhyiddin Yassin.


    KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) hari ini melancarkan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dengan saiz RM1 bilion yang dibuka jualannya kepada para pelabur bumiputera berusia mulai tiga bulan ke atas.

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, unit amanah itu memberi peluang kepada bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak memiliki pegangan dalam sektor hartanah komersial bernilai tinggi dengan pelaburan minimum RM500 sehingga RM200,000.

    ''Dengan pelaburan ini, para pelabur bumiputera mampu mempunyai pegangan hartanah yang sukar mereka miliki secara langsung,'' katanya yang juga Pengerusi Yayasan AHB pada majlis pelancaran AHB hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam majlis itu.

    PHB yang ditubuhkan pada Mei 2006 bertujuan mengekalkan pertumbuhan jangka pendek menerusi pengurusan, pelaburan dan peluasan perniagaan syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

    Najib berkata, unit-unit AHB ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit juga bersandarkan prinsip patuh syariah, sekali gus membantu Malaysia mengembangkan lagi instrumen perbankan dan kewangan Islam.

    ''Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa,'' ujarnya.

    Unit amanah itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tetapi sekali sebulan

    Perdana Menteri juga menyarankan unit amanah itu dipertimbangkan supaya dijadikan hadiah kepada pesara-pesara kerana agihan pendapatannya dijangka lebih lumayan berbanding deposit tetap.

    ''AHB ini akan memberikan pulangan yang lebih besar dan lumayan, dan lebih baik daripada deposit tetap,'' katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Kamalul Arifin Othman dalam sidang akhbar berasingan berkata, skim amanah itu dijangka mampu memberi pulangan tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan pasaran semasa hartanah.

    Pembayaran dividen akan dibuat dua kali setahun iaitu setiap enam bulan.

    Menurutnya, AHB itu mempunyai lima hartanah yang bernilai RM1 bilion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Kompleks Industri di Shah Alam dan Menara SPRM dekat Putrajaya.

    Dua lagi hartanahnya, bangunan Bumiputera-Commerce di Jalan Raja Laut dan ibu pejabatnya di Saujana Resort tidak dapat dimasukkan dalam unit itu memandangkan ia tidak mematuhi syariah.

    PHB akan menambah lebih banyak hartanah miliknya pada masa depan untuk memaksimumkan pulangan kepada pelabur.

    PHB menjangka menambah nilai hartanahnya sebanyak RM500 juta melalui beberapa cadangan pembelian hartanah di sekitar Lembah Klang pada tahun depan, tambah beliau.

    Ditanya mengenai langganan minimum sebanyak RM500, Kamalul Arifin berkata, kadar itu adalah munasabah kerana ia membabitkan pelaburan hartanah dan sasarannya adalah kepada pelabur yang serius.

    Beliau menetapkan sasaran selama setahun untuk menjual AHB.

    Semua langganan AHB boleh dibuat di 400 cawangan Mayban seluruh negara.

    EH! 20 Yang Anggun Penuh Glamor

    Posted: 30 Nov 2010 02:54 AM PST


    EH! 20 Yang Anggun sekali lagi tampil glamor memeriahkan acara kemuncak majalah terkemuka EH! bersama Lancome.

    Bersesuaian dengan tema Glitz & Glamour, kelibat artis-artis popular menawan lebih 300 pembaca bertuah yang turut sama hadir.

    Tahun ini, EH! 20 Yang Anggun menampilkan :

    Aurora Salwa
    Adira
    Alyah
    Ana Rafali
    Diana Jalal
    Faezah Elai
    Juliana Evans
    Julie Woon
    Lisa Surihani
    Liyana Jasmay
    Mimie
    Nadia Fly FM
    Najwa
    Raja Ilya
    Scah Al-Yahya
    Shila OIAM
    Siti Saleha
    Stacy
    Yuna
    Zizi


    20 selebriti ini dipilih berdasarkan undian pembaca. Parti ekslusif ini juga turut dihadiri 10 Lelaki Disenangi Pembaca EH! seperti Akim, Sharnaaz, Naqib, Nas-T, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Shaz Jazle dan Gambit.

    Kelibat Siti Nurdiana, Nita, Alyah dan Ezlynn turut memeriahkan Party EH! yang berlangsung di Zouk KL.

    Dah rezeki Miera Leyana...

    Posted: 30 Nov 2010 02:52 AM PST

    Pengarah yang sorang ni tersangatlah kontroversinya. Siapa? Shuhaimi Lua lah, si pengarah Chukang tu. Satu-satu masalah datang menimpanya. Terbaru berdepan dengan artis wanita yang tak ada disiplin dan menyusahkan orang.

    Dah elok-elok janji sedia berlakon dalam sebuah drama bersiri, tiba-tiba menghubunginya (melalui abang sebagai wakil) sehari sebelum penggambaran di luar Kuala Lumpur bermula. Katanya tak dapat menerima tawaran tersebut. Boleh macam itu? Siapa pelakon tu? Bekas finalis Pilih Kasih musim pertama rupa-rupanya.

    Shuhaimi Lua Abdullah

    Macam ini ceritanya. Shuhaimi yang dilantik sebagai pengurus produksi terpaksa mencari seorang pelakon wanita bagi menggantikan tempat Sazzy Falak yang tidak dapat turut serta kerana ada hal tertentu. Setelah ditanya dengan rakan-rakan media yang rapat dengannya, nama pelakon baru itu yang naik.

    Pada mulanya dia dah bersetuju. Tapi dek kerana produksi sudah mahu memulakan penggambaran untuk watak lain, maka tak sempat untuk bertemunya untuk menandatangani kontrak dan memberikan bayaran pertama.

    "Adakah patut... abang dia mengatakan mereka tak mahu bekerja dengan saya kerana cara saya menguruskan tawaran itu tidak profesional. Saya dah uruskan banyak pelakon popular sebelum ini tapi tak ada masalah pun.

    Miera Leyana semakin menyerlah

    "Memang kami tak sempat nak menyediakan kontrak sebab sedang sibuk menguruskan penggambaran. Saya dah suruh dia ke pejabat untuk menandatangani kontrak dan menerima bayaran pertama di pejabat. Tapi tiba-tiba saja dia tarik diri. Tak apalah saya tak rugi pun. Apatah lagi saya dapat pengganti yang lebih glamor dan berbakat daripada dia, iaitu Miera Leyana.

    "Miera hanya dihubungi melalui telefon setelah saya mandapatkan nombor telefonnya daripada seorang wartawan majalah hiburan dan kebetulan dia tengah free. Dia terus datang ke lokasi untuk penggambaran satu babak sahaja. Selepas ini babak melibatkannya akan dijalankan di tempat lain.

    "Di lokasi itulah Miera tandatangani kontrak dan menerima bayaran pertamanya. Sekarang siapa yang rugi? Saya puji cara Miera yang tidak banyak songeh itu walaupun namanya semakin popular," puji Shuhaimi.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    “Aku Sangap Lubang” – Rayu Farid Kamil Kepada Diana Amir, Filem Aku Masih Dara

    Posted: 30 Nov 2010 10:35 PM PST

    Selepas dialog 'nasi lemak 50 sen' dalam filem Cuti-Cuti Cinta, Farid Kamil sekali lagi diberikan tugasan khas untuk mengungkap dialog berunsurkan lucah kepada aktres Diana Amir dalam filem terbaru arahan Ahmad Idham, filem Aku Masih Dara yang akan berada di pawagam pada 16 Disember 2010.

    'Aku sangap lubang" (minit 0:47), dalam trailer filem Aku Masih Dara membuat kami terkedu sebentar. Walaupun lucah, Ahmad Idham mempunyai alasan tersendiri. Kata'nya, "sengaja saya buat begitu, jika orang rasa dialog itu menjengkelkan, maknanya ia memberi kesan kepada penonton. Ini kerana dialog itu disampaikan oleh seorang penagih dadah yang memang sudah keruntuhan akhlak."

    Dalam filem ini, ada juga dipaparkan babak dimana seorang ustaz (lakonan Ashraf Muslim) memberi dakwah dalam kelab malam. Eh, nak pula ustaz masuk kelab malam, ye tak?

    Walaupun filem ini konon'nya banyak mesej nasihat, namun kami lihat ini lebih kepada strategi Ahmad Idham untuk menjual filemnya. Mana tak'nya, awal-awal trailer sudah dihidangkan aksi-aksi seksi pelakon Yana & Raja Farah, macam-macam peel!

    Pengarah Ahmad Idham berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima tomahan daripada penonton berkenaan isu ini. Apa lagi, kasi satu kali hantam'lah!

    pixel Aku Sangap Lubang   Rayu Farid Kamil Kepada Diana Amir, Filem Aku Masih Dara
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sah! Ujibakat Mentor Musim Ke-5 Akan Bermula, Let’s Rocking!

    Posted: 30 Nov 2010 09:19 PM PST

    602PhotoinScrap2 Sah! Ujibakat Mentor Musim Ke 5 Akan Bermula, Lets Rocking!
    Tunjuk ajar ku sifu! Ya, kami dimaklumkan bahawa ujibakat atau audition untuk program realiti Mentor Musim Ke-5 akan bermula dalam masa terdekat, lokasi & waktu akan diumumkan kemudian.

    Program Mentor mempunyai satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal dengan memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding. Pendek kata, anda yang terpilih akan mempunyai seorang tok guru yang bakal menurunkan ilmu-ilmu vokal sepanjang pembabitan anda dalam program tersebut. Antara anda terpilih atau tersingkir, itu sendiri mahu ingat.

    Imbas kembali, musim lalu, barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar terdiri daripada Azmeer, Mas Idayu, Mus (May), Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Joe Flizzow. Selepas mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran ketika sesi ujibakat hingga ke peringkat akhir pertandingan yang menyaksikan kejayaan berpihak kepada gabungan hebat Ziana Zain dan protegenya Mohd, giliran artis atau selebriti manakah pula yang akan meyemarakkan bahang Mentor musim ke – 5 kali ini?

    pixel Sah! Ujibakat Mentor Musim Ke 5 Akan Bermula, Lets Rocking!
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Ini mungkin sebabnya lektrik selalu terputus

    Posted: 30 Nov 2010 09:05 PM PST




    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    inilah agaknya kot.....

    [Kesian]17 tahun berat 19kg

    Posted: 30 Nov 2010 08:50 PM PST

    Riri Nuraini, gadis yang berasal daripada Bandung berbeza dengan gadis seusianya. Di usianya yang telah 17 tahun, gadis malang itu hanya memiliki berat badan s 19 kilogram dan dia juga lumpuh.




    walaupun hidup tak seberapa..walaupun tersenyum (dalam
    hati siapa yang tahu) si ibu tetap melayan kerenah sianak.
    IBU KAULAH SEGALANYA....AL-FATIHAH UNTUK IBU YANG TERSAYNG


    Segmen : Aku blogger ! So What ???

    Posted: 30 Nov 2010 08:40 PM PST


    Segmen baru Ben Ashaari..tajuk sungguh brutal...Aku blogger yang berkahwin dan mempunyai
    dua orang anak yang menetap di Johor Bahru.Pendidikan tak berapa tinggi setakat Diploma aje.
    Berniaga bidang utama aku sekarang.Lokasi perniagaan di Pasar Awam Larkin J.B (Senang-senang datanglah).Promosilah pulak....

    Dunai blog satu dunia yang tersendiri dan juga mempunyai tarikan yang tersendiri.Kenapa aku kata begitu?
    Melalui dunia blog kita tahu kemampuan potensi diri kita dan kecekalan mental memberi menerima pendapat dalam sesuatu perkara dan yang lebih penting 'persahabatan' yang tak pernah terfikir selama ini.Bayang bergelak ,bergurau,merajuk,marah ,semua itu dialam maya.

    Banyak perkara yang baik dan buruk di dalam dunia blog.Yang terbaik atau positif ialah kita berjaya meluahkan serta berkongsi maklumat sesama kita.Mendapat ilmu yang baru yang sukar diperolehi di luar.Mendapat kenalan yang memberi tunjuk ajar dan juga meluhakan perasaan hati (bukan bercinta)
    adalah sesuatu yang istimewa di dunia blog ini.Kesan yang terburuk aku dalam sepanjang berblog ini ialah aku dah terlampau 'gila' dalam dunia ini.Aku boleh menghadap komputer berjam-jam semata-mata untuk berblog.

    Glamour bukan sesuatu yang aku cari dalam dunia blog ini apakah lagi mencari nama tetapi kepuasan.Kepuasan yang nikmatnya sukar digambarkan.Siapalah aku yang nak mencari glamour..bukan artis pun...TETAPI KEPUASAN.

    DAN YANG PALING PENTING SEKARANG AKU BERBANGGA KERANA MENJADI SEORANG BLOGGER TAK GLAMOUR PUN TAK APA!!!!

    [Video] Proses menyelamat kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

    Posted: 30 Nov 2010 07:47 PM PST

    Kanak-kanak lelaki yang bernama Chaofan yang masih berusia 3 tahun terperangkap dalam spinner mesin basuh ketika sedangsembunyi-sembunyi dengan ibunya dirumah.Kanak-kanak itu bersembunyi didalam mesin basuh dan akhirnya terperangkap tidak boleh keluar. Dia terperangkap selama  satu jam di mesin basuh dirumahnya yang berada di Taiyuan, daerah Shanxi.Dia akhirnya berjaya dibebaskan oleh lpasukan penyelamat setempat.








    sumber : ruanghati.com

    Runding dan adakan hubungan seks sekaligus

    Posted: 30 Nov 2010 06:42 PM PST

    Sampai macam tu sekali perkhidmatan yang ditawarkan oleh sepasang kekasih
    ini.Menolong atau mengambil kesempatan atas kelemahan orang
    lain? Cuba kita fikirkan....mungkin bagi mereka itu perkhidmatan 
    professional tapi bagi aku itu satu kesempatan untuk memuaskan
    nafsu sendiri......


    GEOFF dan Sarah

    LONDON - Sepasang kekasih, Geoff Daniels, 55, dan Sarah Moore, 39, menjadi perunding seks dengan memberikan khidmat nasihat selain melakukan hubungan seks dengan pelanggan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

    Geoff pernah meniduri 2,162 wanita termasuk 49 anak dara manakala Sarah pula telah melakukan seks bersama 3,323 orang lelaki termasuk 52 orang yang mendakwa masih teruna.

    Mereka memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan lelaki dan wanita di kebanyakan negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia yang mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks.

    Kedua-duanya turut melakukan hubungan seks bersama pelanggan bagi meyakinkan mereka supaya lebih berkeyakinan dalam hubungan itu.

    Sarah pernah tidur bersama seorang pesakit lelaki berusia 76 tahun yang dihantar oleh isterinya untuk meningkatkan ketahanan seksnya.

    "Kami tidak dibayar sebarangan untuk memuaskan nafsu orang lain dan kami juga bukan pelacur," kata Sarah yang mengakui telah kehilangan dara pada usia 15 tahun.

    Bagi menjamin kesihatan mereka, pasangan itu wajib menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

    Menurut Sarah, dia dan kekasihnya berasa bangga dengan pekerjaan itu dan tidak pernah berasa bersalah kerana tidur dengan orang lain.

    Bayaran yang dikenakan pasangan itu untuk mendapatkan khidmat nasihat seks ialah antara £150 (RM737.37) hingga £300 (RM1,474) untuk satu pertemuan. - kosmo online

    Pemain segan nak bergambar kerana pasukan kalah 55-0

    Posted: 30 Nov 2010 05:42 PM PST

    Adat permaianan sukan ada menag ada kalah tapi
    kalau dah kalah sampai 55-0 apa ceritanya.....????


    PENJAGA gol Madron FC, Gavin Hall mengambil bola yang masuk ke dalam gawangnya dalam satu perlawanan baru-baru ini. 


    LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

    Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - kosmo online

    Dahsyat hiasan hotel ni

    Posted: 30 Nov 2010 04:45 PM PST

    Memang nampak mewah HOTEL THE MIRO di Hong kong ni..




















    hiasandalaman yang begitu mengagumkan...


    Aksi nenek semakin tua semakin menjadi

    Posted: 30 Nov 2010 10:01 AM PST






    aksi dahsyat daripada nenek...

    Gambar mayat yang dibakar hidup-hidup

    Posted: 30 Nov 2010 09:01 AM PST


    Mayat ini dibakar ketika hidup...

    [Heboh] Nampak hantu di siang hari

    Posted: 30 Nov 2010 08:30 AM PST

    Kejadian ini dikatakan berlaku di Gunung Salak Sukabumi Indonesia ketika pekerja -pekerja sedang membina jalan.Kehadiran hantu itu telah dirakamkan oleh seorang pekerja menggunakan handsetnya.


    ini gambar yang telah di besarkan...

    ini pekerja yang dapat merakamkan kejadian itu...



    Siapa kata merka buta IT ?

    Posted: 30 Nov 2010 07:00 AM PST

    Mereka yang duduk merempat (homeless) ini rupa-rupa mereka
    yang celik IT..






    SILAP-SILAP MEREKA LEBIH HEBAT
    DARIPADA KITA.....

    Kereta campur motosikal

    Posted: 30 Nov 2010 06:00 AM PST

    Kenderaan ini telah di cipta oleh Francois Knorreck dan di beri
    nama The Snaefell Hybrid Car.Kenderaan ini mengambil masa 10 tahun ,10,000 jam dam 15000 paun
    untuk menyiapkannya...








    Sebab pakai tali pinggang keledar itu penting

    Posted: 30 Nov 2010 05:00 AM PST

    sumber gambar : unic77.tk

    Melihat kecederaan pemandu ini sungguh mengerikan dan disebabkan
    inilah kenapa pakai tali pinggang keledar itu sangat penting.Kecederaan yang di alami
    memang sungguh dahsyat...


    Cacing sepanjang 2meter

    Posted: 30 Nov 2010 04:00 AM PST

    Kalau panjangnya macam nilah cacing ni,
    ikan pun takut nak makan...
    Semua ikan cabut lari....


    Pernah anda lihat akuarium macam ni

    Posted: 30 Nov 2010 03:00 AM PST



    Akuarium ini di panggil Fish & Flush

    [Gambar]Orang berjalan atas gerabak keretapi tersangkut wayar eletrik,terbakar

    Posted: 30 Nov 2010 02:00 AM PST




    mungkin orang ini mempunyai penyakit mental kerana
    sanggup menggadaikan nyawanya sendiri...


    Cuba teka anjing ini turun atau naik tangga

    Posted: 30 Nov 2010 01:40 AM PST

    image
    Ini semua bergantung kepada tafsiran masing-masing.Ada yang kata naik,ada yang kata turun.Kedua-duanya pun boleh diterima kerana kita perlu menghormati pandangan orang lain,walaupun kita tak bersetuju dengan pandangan mereka.
    Seperti juga dunia berblog ini kita mesti hormati cara atau gaya seseorang itu dalam mengaya atau mencorakkan blog mereka.Walaupun kadang-kadang kita merasa tak setuju dengan cara mereka.Yang patut kita hormati ialah kreativiti mereka.Beri teguran yang membina ,bukan memberi teguran yang membunuh semangat mereka untuk berblog.
    Dan aku hendak berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang datang menjelajahi blog ini serta memberikan teguran dan penghargaan.Teguran dan penghargaan itu aku ambil sebagai cabaran untuk memantapkan lagi  keyakinan aku terhadap blog ini dan dunia blog amnya.
    TERIMA KASIH….

    Cara jual basikal yang memang pelik

    Posted: 30 Nov 2010 12:30 AM PST





    Dinding kedai basikal ini direka dengan begitu unik sekali.Ini bukan rekaan seorang pereka tetapi tuan punya kedai.Kedai basikal yang terletak di Altlandsberg di Utara Berlin Jerman.PBasilal yang dipamerkan itu berjumlah 120 buah dan yang peliknya pembeli boleh memilih basikal yang dipamerkan di dinding itu untuk di beli.

    Gila babi,babi gila pun tak buat macam ni

    Posted: 29 Nov 2010 11:37 PM PST

    Maaf tajuk agak kasar sikit.Tapi aku merasa kesian tengok 
    perempuan ini.Betapa rendahnya martabat dia.Sanggup diperlakukan
    sebegini rupa.Sama ada dia rela atau dipaksa sepatutnya dia tidak merendahkan
    martabatnya.Wanita adalah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah dan 
    tidak sepatutnya dia sanggup bertindak sebegini rupa.

    sumber gambar : unic77.tk

    Bukan nak menghina tetapi berasa kesian kenapa dia sanggup diperlakukan
    begini.Harapan wahai kaum wanita kamu makhluk yang cukup 
    istimewa.Pelengkap hidup pada kaum lelaki.Jaga maruah dan kehormatan diri.
    Wahai kaum lelaki kamu adalah pelindung kepada kaum wanita.Jangan kerana mereka lemah
    kamu sanggup memperlakukan mereka sebegini.
    Yang penting kita saling hormat-menghormati.....
    Dalam Islam wanita itu cukup-cukup istimewa........


    [Ngeri] Perempuan ini dilanggar bas

    Posted: 29 Nov 2010 10:40 PM PST



    sumber : ngobrolaja.com

    Beginilah keadaan mayat wanita yang dilanggar oleh sebuah
    bas.Mayatnya telah di seret dan badannya hancur sebelah.