Adsense

Isnin, 18 Oktober 2010

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Rita Rudaini Hamil Anak Ke-2

Posted: 18 Oct 2010 05:27 PM PDT

GAMBAR ANAK RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

Dalam sibuk media bercerita mengenai kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang dikatakan sedang goyah dek campur tangan banyak pihak, rupa-rupanya Rita Rudaini sekarang ni sedang mengandungkan anak yang ke-2 dan usia kandungan sudah masuk 2 bulan.

Patutlah semenjak dua menjak ni Rita Rudaini asyik mengeluarkan kenyataan yang agak panas dan pedas mengenai campur tangan keluarga mentua'nya kat media, rupa-rupanya tengah mengandung. Sebab orang berpengalaman cakap, emosi ibu mengandung ni lain sket.

GAMBAR ANAK RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

So, tahniah kami ucapkan kepada Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sebab 7 bulan dari sekarang anda akan menerima kehadiran cahaya mata yang ke-2. Kepada Rita Rudaini, jaga kesihatan, jangan sampai terjadi apa-apa kat kandungan tu. Kalau boleh, berehatlah dari berlakon tu. Kepada Aidil pula, jenguk-jenguk la isteri yang tengah mengandung tu sebab kami yakin yang Rita Rudaini sangat memerlukan anda pada waktu ini. Nasihat kami, bola.. bola juga, isteri kat rumah dilupa jangan.

Dan sebelum terlupa, ni kami share kenyataan Aidil yang bagi kami "wa respek sama lu la brother". Jom baca..

"Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya.

"Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan.

"Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet.

"Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali,"

Marilah sama-sama kita doakan agar rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kembali jernih seperti sedia kala. Dah banyak sangat kita dengar artis kahwin cerai, kahwin cerai. Takmo la Rita Rudaini dan Aidil Zafuan turut sama masuk dalam senarai. Hopefully everything will be fine.

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.