Adsense

Isnin, 18 Oktober 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rekod baru tilam domino dicipta

Posted: 17 Oct 2010 05:04 PM PDT

du 07.1 Rekod baru tilam domino dicipta

BEBERAPA sukarelawan terlibat membantu 400 keping tilam dijatuhkan seperti permainan domino di sebuah gudang di Newcastle, Britain kelmarin.


NEWCASTLE – Satu rekod baru dunia dicipta apabila 400 keping tilam disusun secara tegak sebelum dijatuhkan seperti permainan domino, lapor sebuah akhbar semalam. Rekod itu dilakukan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pengeluar tilam di Britain dengan masa tiga minit 41 saat.

Percubaan melibatkan sukarelawan-sukarelawan syarikat Palantine Beds itu melibatkan 400 keping tilam yang dijatuhkan di sebuah gudang di sini kelmarin dan dirancang selama empat bulan.

Rekod itu sebelum ini dicatatkan oleh sebuah pasukan yang menjatuhkan 380 keping tilam di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Mei lepas.

Namun, pengurus jualan dan pemasaran firma berkenaan, Andrew Waters kini menunggu pengesahan rasmi Guinness Book of World Records bagi memecahkan rekod di AS itu.

"Pada asalnya kami merancang untuk menumbangkan 301 keping tilam bagi memecahkan rekod di China yang dilakukan pada Mei lalu tetapi beberapa minggu lalu, penduduk di AS menjatuhkan 380 keping tilam," kata Waters.

"Justeru, kami kemudiannya meningkatkan jumlah tilam (yang dijatuhkan)," tambahnya. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.