Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kerana Terluka diberi nafas baru
- Intip 5 artis maksiat
- 3 artis Indonesia didakwa murtad
- 'Saya ikut tingkap'
- Heret peti besi masuk kereta
- MSN catu bajet
- Struktur semula perjanjian konsesi
- Bunuh 2 anak guna pedang samurai
- Pengalaman manis enam hari
- Heliza Jadi Penceramah Motivasi
- "Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida
- "Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight"
- Watak Kurang Mencabar Punca Tidak Tercalon FFM23 - Liyana Jasmay
- Katy Perry & Russel Brand Elak Melakukan Seks Sebelum Kahwin
- Anak Micheal Jackson Mahu Beli Neverland
- Kursus ilmu rumah tangga
- HRT atasi gangguan simptom menopaus
- Sidang perjuangkan nasib kanak-kanak
- Jangan jadi 'si Tanggang'
- Bahana Cinta dari chatting
- Kambing panggang menu popular
- Sajian 200 jenis makanan Arab
- 1Nita eksklusif untuk wanita
- Rado tampilkan bakat muda
- Ayuh belai & jaga rambut
Kerana Terluka diberi nafas baru Posted: 18 Oct 2010 10:27 PM PDT TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya. RAMAI wartawan me�ngenali Noorul Huda Abdul Wahab atau Nurul sebagai seorang yang bersikap terbuka untuk membicarakan apa saja termasuk topik peribadi. Baginya, kalau benar dilamun cinta tidak salah berkongsi kebahagiaan itu kepada umum daripada berdolak-dalih dan menyembunyikan kebenaran. Lagu inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan namanya di persada seni suara kira-kira 15 tahun lalu. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:26 PM PDT PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi 'senarai keutamaan' individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi. Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.
Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.
| ||
3 artis Indonesia didakwa murtad Posted: 18 Oct 2010 10:24 PM PDT RIANTI berkahwin di gereja di New York. SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan de�ngan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo. "Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta," kata Deetje. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:23 PM PDT RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas. BINTULU: "Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar," kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam. Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.
| ||
Posted: 18 Oct 2010 10:21 PM PDT BANTU POLIS...Leong memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat polis mengenai rumahnya dimasuki tiga perompak menaiki kereta BMW. BUKTI...selimut biru digunakan penjenayah. SERDANG: Hanya tempoh lima minit diperlukan sekumpulan geng perompak mewah yang menaiki kereta BMW untuk mengheret beramai-ramai satu peti besi seberat kira-kira 250 kilogram (kg) ke dalam kereta sebelum melarikan diri. Penjenayah tempatan yang bersenjatakan dua pucuk pistol itu menggunakan selimut diambil dari rumah mangsa untuk membalut dan menarik peti besi keluli berkenaan dari tingkat dua rumah yang terletak di Taman Sungai Besi Indah, di sini.
"Penjenayah berusia 20-an itu berpura-pura mengetuk pintu sambil memanggil 'mak cik' berulang kali menyebabkan pembantu rumah membuka pintu tanpa mengesyaki apa-apa," katanya.
Mangsa berkata, pembantu rumahnya yang tidak dicederakan penjenayah segera memaklumkan kejadian itu kepada jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
| ||
Posted: 18 Oct 2010 10:20 PM PDT Datuk Zolkples Embong MAJLIS Sukan Negara (MSN) memberi peringatan kepada semua persatuan sukan supaya bersedia lebih awal dengan kemungkinan mereka terpaksa menerima peruntukan kewangan lebih sedikit tahun depan. Meskipun kerajaan menyalurkan RM365 juta untuk Kementerian Belia dan Sukan dalam Bajet 2011 diumumkan baru-baru ini, ini tidak bermakna persatuan sukan boleh mengharapkan peruntukan lebih memandangkan MSN perlu mengatur perbelanjaan secara berhemah dengan bajet ada.
| ||
Struktur semula perjanjian konsesi Posted: 18 Oct 2010 10:18 PM PDT SHAHRIL RIDZA...manfaat kepada pencarum KWSP IZZADIN...semua pihak dapat manfaat RANCANGAN pengambilalihan aset dan tanggungan Plus Expressways Bhd (Plus) oleh UEM Group Bhd (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka dimuktamadkan dalam tempoh antara lapan dan 12 bulan lagi. Bagaimanapun, sekiranya ia menjadi kenyataan, UEM dan KWSP memberi jaminan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang sejajar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pembentangan Bajet 2011, baru-baru ini.
| ||
Bunuh 2 anak guna pedang samurai Posted: 18 Oct 2010 10:17 PM PDT GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya. MONICA. FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai. Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.
Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.
Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah 'hilang akal.' Jurucakap polis, berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti menunjukkan ada orang lain terbabit dalam pembunuhan berkenaan. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:12 PM PDT INDAH...ladang bunga canola yang menguning saujana mata memandang. ATAS urusan kerja, suaminya Nur Azly Jabbar, 32, perlu berpindah dari Perth ke Melbourne, Australia. Bagi pasa�ngan yang baru setahun lebih berkahwin ini, ia suatu kesempatan yang sama-sama datang ke kepala mereka. Mengapa tidak mengembara? Ternyata pasangan Malaysia - Singapura ini sehati sejiwa sekali. di Australia juga sering terputus kerana tidak ada sebarang penempatan di situ. | ||
Heliza Jadi Penceramah Motivasi Posted: 18 Oct 2010 10:11 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi, 24, yang sudah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 11 Oktober lalu bukan sekadar menjadi penyanyi malah turut di undang menjadi penceramah motivasi di sekolah-sekolah. Pada minggu lalu, dia menerima undangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sabah untuk bercerita mengenai pemakaian tudung. Peluang yang diterimanya itu kata Heliza membuka minatnya untuk menjadi penceramah motivasi pada masa akan datang. "Saya kena tambahkan ilmu lagi jika mahu menjadi seorang penceramah motivasi yang berjaya kerana saya semakin minat dalam bidang ini. Tidak sangka pula selepas tamat belajar, banyak pula peluang untuk saya memberi ceramah di sekolah," katanya yang telah berjaya mendapat segulung ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi dan Kimia Katanya, walaupun mempunyai kerja yang banyak sebagai seorang artis di Kuala Lumpur Heliza terpaksa meluangkan masa untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menggalakkan mereka ke sekolah selepas peperiksaan. "Selepas ini, saya turut mendapat jemputan untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah di Perak. Walaupun sibuk, saya tetap akan cuba memberikan sumbang kepada para pelajar sekali gus dapat mempraktikkan bidang pendidikan yang saya pelajari sebelum ini," katanya yang mengakui seronok berjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah. Ternyata nalurinya sebagai seorang guru tidak pernah luntur dan Heliza akan cuba membahagikan masa antara bidang seni dan juga pendidikan. Setelah berjaya menerima segulung ijazah, penyanyi berasal dari Kuala Terengganu ini menyifatkan ia seperti mimpi kerana dia terpaksa memberi tumpuan selama lima tahun untuk memperoleh kejayaan tersebut. "Bukan mudah untuk saya habiskan pengajian ini sebab sepatutnya saya hanya mengambil masa empat tahun tetapi sebab sibuk dengan karier seni, saya terpaksa tangguh pengajian setahun. "Paling mengharukan, semasa menerima ijazah, ramai yang menepuk tangan apabila tiba giliran nama saya disebut. Ada yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saya. "Saya berhasrat nak sambung pengajian pada peringkat sarjana tetapi bukan dalam masa terdekat ini sebab saya juga baru membuka syarikat produksi," ujarnya. | ||
"Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida Posted: 18 Oct 2010 10:11 PM PDT PETALING JAYA: Selepas dituduh menghina wanita bergigi jongang menerusi drama bersiri Halimah Jongang musim pertama, produser drama A.Aida (gambar) meneruskan sambungan drama tersebut berdasarkan kisah sebenar wanita kampung. Penerbit A.Aida Production itu berkata, untuk musim kedua, drama berkenaan akan memaparkan kisah bagaimana suami wanita-wanita kampung mengabaikan isteri masing-masing yang tidak pandai menjaga diri. "Ada segelintir wanita kampung ni imej dia orang macam "puntianak". Suami tengok pun lari. Sebab itulah saya hasilkan sambungan drama ini untuk mengajar isteri bagaimana nak jaga penampilan supaya suami tak cari orang lain," katanya. Drama berkenaan dihasilkan sebanyak 26 episod berbanding 13 episod pada musim pertama yang menemui penonton awal tahun ini. Jelas A.Aida, dia bukan berhasrat menghina wanita kampung sebaliknya pengalaman sebenar rakan-rakannya itu mengajar A.Aida untuk mendidik mereka menerusi elemen drama dan hiburan. Ujarnya, untuk musim ke dua ini, watak Halimah lakonan Sheera Iskandar yang sebelum ini sudah mempunyai gigi yang sempurna menjadi jongang semula. Bagaimanapun katanya disebabkan Halimah pandai menjaga penampilan, dia menjadi kegilaan lelaki di kampung menyebabkan suami isteri mereka cemburu. "Saya tekankan di sini macam mana Halimah mengajar istreri-isteri yang cemburu ini untuk menjadi wanita cantik sehingga suami mereka mahu berkepit dengan isteri masing-masing selepas perubahan imej itu," katanya. Ditanya adakah tindakan itu akan mengundang kontroversi sama seperti penghasilan drama itu musim pertama lalu, kata A.Aida apa yang penting inti pati drama berkenaan yang mempunyai mesej kuat untuk masyarakat. Ujarnya, skrip drama itu dihasilkan selepas melihat bagaimana seorang wanita di kampungnya di Terengganu menangis apabila suaminya hendak berkahwin lain kerana si isteri tidak pandai menjaga imej. Atas dasar simpati itu ujarnya, dia merasakan adalah wajar tema berkenaan diangkat untuk membolehkan mereka yang selama ini tidak mementingkan penjagaan diri mampu mengubah penampilan masing-masing. Ujar Aida, sekiranya drama itu mendapat rating melebihi 700,000 penonton bagi setiap episod, dia akan memberikan RM500 bagi setiap episod berkenaan kepada rumah-rumah kebajikan. A.Aida berkata dia tidak kisah apa juga persepsi masyarakat terhadapnya dengan menghasilkan drama-drama yang mempunyai tajuk menghina tetapi matlamatnya adalah untuk memberi didikan kepada orang ramai. Selain Halimah Jongang, A.Aida juga pernah menghasilkan drama Nizam Kambing dan Fatimah Juling sementara drama Dollah Hapak akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Halimah Jongang musim kedua akan menemui penonton setiap hari Rabu mulai 27 Oktober ini menerusi saluran Astro Prima, pukul 9 malam. | ||
"Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight" Posted: 18 Oct 2010 10:10 PM PDT PETALING JAYA: Drama bersiri Ponti Anak Remaja yang bakal disiarkan pada 25 Oktober ini tidak meniru filem popular Hollywood berjudul Twilight. Menurut pengarahnya Nizam Zakaria, 36, drama itu yang merupakan kesinambungan telefilem Ponti Anak Remaja yang pernah disiarkan pada tahun 2008 itu tidak meniru mana-mana adegan atau unsur dalam filem bersiri Hollywood tersebut, malah skrip asal yang ditulisnya juga adalah berdasarkan kajian dan kisah cerita dongeng Melayu. "Cerita ini tiada kaitan dengan filem Twilight sebab telefilem Ponti Anak Remaja lebih dahulu keluar berbanding filem Hollywood berkenaan. Malah jalan cerita juga berbeza, kita lebih menerapkan unsur Kemelayuan. "Saya sudah lama buat kajian tentang makhluk-makhluk seperti puntianak melalui bacaan dan cerita-cerita Melayu dulu. Saya telah menulis novel sejak berusia 20 tahun antaranya Susuk dan Awang Vimpiro yang mana cerita ini telah diterbitkan pada tahun 2005," katanya pada sidang media pelancaran drama mini bersiri Ponti Anak Remaja di Damansara, dekat sini, Isnin. Drama sebanyak empat episod yang memakan masa 1 jam itu bakal disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Liyana Jasmay, Nazim Othman, Tam Shuhaimi dan Azlee Khairi. Jelas Nizam, sambutan menggalakkan dan permintaan peminat terhadap telefilem Ponti Anak Remaja sebelum ini membuatkan drama mini bersiri berkenaan di terbitkan. "Kita lihat telefilem tersebut sudah beberapa kali diulang tayang dan ramai yang bagi respons positif. Jadi saya cuba ia dijadikan sebagai drama bersiri. "Walaupun hanya empat siri sahaja, saya sudah cukup puas hati dengan hasilnya. Saya rasa bagaikan sebuah filem terutama dari segi kualiti," katanya. Dalam pada itu, tambah Nizam, cabaran paling utama ialah dari segi ketelitian dalam pembikinannya kerana drama ini menggunakan teknik penghasilan imej janaan komputer (CGI). "Drama ini banyak menggunakan teknik CGI, sudah tentu cabaran utama ialah dari segi ketelitian. Memang saya akui ia menggunakan kos yang tinggi sedikit berbanding drama biasa," jelasnya yang juga pengarah drama Dottie. Drama ini masih lagi mengisahkan hidup Ponti iaitu puntianak yang berubah menjadi manusia dan terpaksa berdepan dengan onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur. Konflik tercetus apabila kekasih lama pada alam puntianaknya dahulu datang kembali merebut kasih Ponti yang kini telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Hazuan. | ||
Watak Kurang Mencabar Punca Tidak Tercalon FFM23 - Liyana Jasmay Posted: 18 Oct 2010 10:09 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22), Liyana Jasmay sudah menjangka tidak terpilih dalam sebarang kategori FFM pada tahun ini yang akan diadakan pada 24 Oktober ini di Shah Alam Convention Centre (SACC). Biarpun terkilan, dia mengakui watak-watak dalam filem yang dilakonkan sepanjang 2010 seperti Niyang Rapik dan Syair Si Pari-Pari kurang mencabar berbanding berbanding artis lain yang tercalon. "Memang saya sedih tapi saya akui watak saya dalam filem lakonan saya tahun ini kurang mencabar berbanding mereka yang tercalon. Kalau saya tercalon sekalipun, saya malu sebab yang lain semuanya bagus-bagus belaka selain mempunyai watak yang kuat dalam filem mereka. "Tahun lepas saya sudah menang tak kan setiap tahun nak menang, berilah pada orang lain pula," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Drama Ponti Anak Remaja yang diadakan di Bukit Damansara dekat sini, Isnin. Tambah Liyana, dia mengharapkan pada tahun akan datang dia mampu memberi saingan semula kepada FFM. "Insya-Allah tahun depan saya berharap akan tercalon di FFM sebab filem-filem yang bakal keluar semuanya agak kuat wataknya. Antara filem yang sudah pun habis penggambaran ialah Khurafat, Senjakala, dan Tolong Awek Aku Pontianak. "Melalui filem-filem tersebut juga saya bawa pelbagai watak. Dalam filem Khurafat saya perlu bertudung dan watak pasangan suami isteri berkahwin muda, manakala filem seram Senjakala, memegang watak seseorang yang mencari identiti," katanya. Ketika ditanya tentang tawaran berlakon drama, dia mengakui agak memilih untuk muncul dalam apa juga drama kerana tidak mahu penonton jemu melihat lakonannya. "Setakat ini dua drama sahaja yang saya berlakon iaitu Laila Sari dan Ponti Anak Remaja. Ini kerana saya mahu fokus kepada lakonan dalam filem. "Saya tidak mahu terlalu banyak muncul melalui drama sehingga orang jemu melihat muka saya. Selain itu setiap lakonan dalam filem, saya memberi tumpuan kepada watak yang berbeza," katanya. Ujarnya lagi, dia lebih gemar melakonkan watak yang sesuai mengikut usianya dilakonkan mengikut usianya. Wataknya dalam Ponti Anak Remaja ujar Liyana, adalahbersesuaian dengan karakternya sebagai gadis remaja yang gemar berfesyen. "Saya anggap drama ini istimewa sebab saya suka jalan ceritanya. Dari segi watak Ponti ia terlalu dekat dengan diri saya," katanya. | ||
Katy Perry & Russel Brand Elak Melakukan Seks Sebelum Kahwin Posted: 18 Oct 2010 10:08 PM PDT PENYANYI Katy Perry yang bakal berkahwin dengan pelakon komedi Russel Brand menghentikan seketika hubungan intim bersama kekasihnya itu sehingga mereka bergelar suami isteri. Menurut sumber terdekat Katy, permintaan itu adalah untuk membolehkan malam pertama perkahwinan mereka adalah sesuatu yang istimewa. "Katy mahu perkahwinan mereka akan jadi lebih istimewa termasuk pada malam pertama. Dia telah meminta kekasihnya itu tidak mengadakan sebarang hubungan seks sebelum hari perkahwinan mereka pada 23 Oktober ini," ujarnya seperti dipetik Contactmusic. Russel yang dikenali sebagai buaya darat di kalangan penggiat industri hiburan Hollywood akur dan menuruti permintaan bakal isterinya itu. "Russel bersetuju dengan idea Katy, mereka yakin perkara tersebut bakal menjadi yang paling istimewa pada malam pertama mereka selepas kedua-duanya secara rasmi menjadi pasangan suami isteri," kata sumber tersebut. Upacara pernikahan penyanyi lagu I Kissed a Girl itu bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan konsep ala Hindu di Hotel Taj Rambagh Palace, Jaipur, India. | ||
Anak Micheal Jackson Mahu Beli Neverland Posted: 18 Oct 2010 10:07 PM PDT DEMI maruah mendiang Raja Pop Dunia, Micheal Jackson, dua orang anaknya, Prince Micheal,13, dan Paris,12, sedang berjuang untuk mendapatkan kembali kediaman bapa mereka yang terletak di Neverland. Malah mereka juga sanggup membeli kediaman itu yang bernilai RM350 juta ($50 juta pound). "Paris dan Prince begitu rindukan Micheal dan mereka mempunyai pelbagai kenangan indah bersama bapa mereka di Neverland. "Mereka juga tidak mahu kediaman itu menjadi milik orang luar. Tambah pula, mereka sedang merancang untuk membina taman komuniti serta pusat haiwan," kata satu sumber kepada Daily Mail. Tambah sumber itu, anak ketiga Micheal iaitu Blanket, 7, sudah mula jatuh cinta dengan keunikan kawasan kediaman itu selepas melawat Neverland beberapa bulan lepas. Ketiga-tiga anak Micheal bakal bergelar jutawan apabila mewarisi harta Micheal Jackson pada usia 21 tahun. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:06 PM PDT
KEBAHAGIAAN dalam rumah tangga merupakan impian bagi pasangan yang telah berkahwin biarpun mengetahui untuk mencapainya bukan perkara mudah kerana banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi. Oleh itu kemahiran yang mencukupi sebelum menuju ke gerbang perkahwinan merupakan antara persediaan penting. Menyedari akan hakikat tersebut, setiap pasangan yang beragama Islam diwajibkan menghadiri kursus praperkahwinan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Untuk itu bagi memenuhi keperluan prasyarat yang telah ditetapkan itu, hari ini terdapat pelbagai pihak bersedia menganjurkan kursus-kursus tersebut. Antaranya, Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan yang terletak di 26-1, Jalan 1/76C, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Pengusahanya, Mohd. Roslan Abd. Ghani, 47, mengakui kursus praperkahwinan hari ini perlu dalam usaha menjelaskan dan mendedahkan pasangan yang bakal mendirikan 'masjid' tentang peranan dan tanggungjawab serta memberi kemahiran tentang bagaimana menangani konflik yang berlaku di alam rumah tangga dengan cara bijaksana. Tambah beliau, selain ingin membantu pasangan Islam mendapat pendedahan awal mengenai alam rumah tangga, Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan dibuka bertujuan memudahkan penduduk di sekitar kawasan Ampang mendapatkan tempat untuk berkhusus yang jauh daripada kesibukan kota. Dibuka awal Januari lalu, ia bukan sahaja menawarkan kursus praperkahwinan, malah perkhidmatan lain untuk mereka yang bakal bergelar 'raja sehari' seperti perkhidmatan membuat kad kahwin, katering, kanopi, jurugambar dan lain-lain lagi. ''Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan ini merupakan pusat yang mendapat kelulusan atau kebenaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). ''Untuk itu, semua penceramah merupakan mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. ''Bukan itu sahaja malah, sijil kursus juga akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),'' ujarnya ketika ditemui di premisnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Mohd. Roslan, pihaknya menawarkan pakej kursus selama dua hari yang lazimnya dibuat pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan disertakan dengan makan tengah hari serta minum petang. Jelasnya lagi, modul yang digunakan merupakan modul yang dikeluarkan oleh Jakim dan sepanjang dua hari kursus sebanyak 12 modul digunakan dengan enam orang penceramah. Mengenai yuran yang dikenakan kepada setiap pasangan yang ingin berkursus, menurut Mohd. Roslan, pihaknya tidak mengenakan bayaran sama seperti mana-mana pusat kursus yang lain iaitu RM80. ''Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan mampu menampung 60 hingga 100 orang pada satu-satu masa. ''Bagaimanapun kami menggalakkan setiap pasangan membuat tempahan awal agar mudah kami menyediakan modul-modul serta keperluan yang lain. Bagi yang ingin mengikuti kursus di Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan, boleh menghubungi talian 013-3889141 atau 017-2448584. | ||
HRT atasi gangguan simptom menopaus Posted: 18 Oct 2010 10:05 PM PDT
SETIAP insan yang bergelar wanita pasti akan mengalami proses terhenti pusingan haid atau lebih dikenali sebagai menopaus apabila usia mereka menjangkau 50 tahun ke atas. Bagaimanapun pemahaman wanita di Malaysia mengenai kitar biologi normal itu masih cetek dan jauh ketinggalan berbanding di negara luar, membuatkan mereka sentiasa takut menempuhinya. Lebih teruk, mendengar perkataan menopaus sudah cukup membuatkan kebanyakan wanita tidak senang duduk dan berfikiran negatif untuk melalui detik itu. Perasaan bimbang, kurang ceria, tiada keyakinan diri, malu, sedih, tidak selesa dan tertekan terus menyelubungi diri seolah-olah menopaus adalah kemuncak segala masalah. Diakui menopaus mampu menyebabkan pelbagai simptom yang menyumbang kepada masalah kesihatan secara mental dan fizikal yang kronik termasuk kerap kencing, panas, kemerahan wajah, berpeluh dengan banyak, tekanan perasaan, hilang ingatan, peningkatan berat badan dan osteoporosis. Namun pemahaman tepat secara mendalam mengenai menopaus akan membantu wanita untuk lebih bersedia menempuh saat itu dengan tenang. Pemahaman itu juga untuk mendidik keluarga, rakan dan syarikat korporat untuk sama-sama menyokong serta membantu mereka yang mengalaminya agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat secara mental serta fizikal. Golongan wanita harus sedar, menopaus boleh dirawat melalui kaedah perubatan moden untuk menangani atau mengurangkan simptom-simptomnya. Presiden Persatuan Menopaus Malaysia (MMS), Dr. Ho Choon Moy berkata, satu daripada kaedah yang amat berkesan dalam merawat simptom menopaus adalah melalui Rawatan Penggantian Hormon (HRT). Katanya, HRT merupakan satu sistem rawatan perubatan moden untuk mengatasi gangguan dialami seseorang wanita menopaus yang disebabkan kekurangan hormon estrogen. Penggantian itu, jelasnya dilakukan dengan cara memasukkan hormon estrogen melalui beberapa kaedah sama ada secara oral, injeksi atau krim vagina. "Dengan menjalani HRT, seseorang wanita yang mengalami menopaus akan dapat mengatasi gangguan ini bagi jangka masa pendek dan panjang. "HRT juga menjadikan dinding vagina lebih elastik yang sangat membantu ketika wanita melakukan hubungan seksual. "Pada masa sama, HRT membantu otot lebih kuat dan lentur yang mana mampu memperbaiki tekstur rambut serta menjadikan kulit lebih halus dan elastik," katanya yang juga Pakar Perunding Obstetriks dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Menopaus Kebangsaan sempena Sambutan Hari Menopaus Sedunia 2010 di Tropicana Golf & Country Resort, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Dengan tema Memperkasa Masa yang Indah, sambutan itu dianjurkan MMS bagi meningkatkan kesedaran masyarakat bukan sahaja di kalangan wanita tetapi juga kaum keluarga, rakan-rakan dan syarikat korporat supaya memahami menopaus. Sambutan itu memberi peluang kepada lebih 300 peserta untuk mendengar hasil kajian dan maklumat berkaitan menopaus yang dibentangkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan masalah berkenaan. | ||
Sidang perjuangkan nasib kanak-kanak Posted: 18 Oct 2010 10:05 PM PDT SETIAP daripada kita memerlukan pemimpin yang akan bangun dan memperjuangkan nasib sesuatu bangsa dan negara itu pada masa depan. Harapan itu pastinya disandarkan kepada generasi muda hari ini iaitu kanak-kanak yang bakal menjadi golongan yang sedia menerima cabaran dan menjadi pemimpin yang berkaliber. Malangnya ada di sesetengah negara yang tidak meletakkan nasib dan hak kanak-kanak itu di tempat sewajarnya. Akibat kemelut kemiskinan mahupun kekangan akibat peperangan, halangan infrastruktur mahupun sosial, hak kanak-kanak ini dinafikan dan terus menjadi mangsa kepada keadaan. Justeru Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula dari 10 hingga 13 Oktober lalu dilihat sebagai usaha yang jelas untuk memberi gambaran kepada dunia, betapa pentingnya kanak-kanak di setiap negara diberikan perhatian sewajarnya. Bertemakan Kanak-Kanak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok, ia dihadiri oleh 15 wanita pertama, enam wakil wanita pertama dan 20 menteri pada sidang kemuncak yang dihoskan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Pada sidang kemuncak itu juga, para wanita pertama sepakat meluluskan deklarasi menegaskan kepentingan untuk memberi tumpuan terhadap tiga aspek utama iaitu pendidikan, kekeluargaan dan komuniti bagi membina generasi muda yang berkepimpinan, bertanggungjawab dan berguna pada masa depan. Untuk mencapai hasrat berkenaan mereka juga berjanji akan bekerjasama dengan semua pihak terutamanya kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, ahli perniagaan dan media untuk mencapai sekurang-kurangnya satu matlamat dalam tiga aspek berkenaan. Dalam aspek pendidikan, antara matlamat yang ingin dicapai ialah memberikan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di negara masing-masing sejak awal usia dan memastikan kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapatkan hak sama rata dalam menuntut ilmu. Ibu bapa juga diminta menyediakan program serta diet yang seimbang untuk mengoptimumkan perkembangan fizikal dan mental anak-anak, mengenal pasti kemahiran dan menyokong hobi anak-anak, memberikan bimbingan dan mengukuhkan semangat kekeluargaan. Sehubungan itu komuniti pula ditetapkan menerusi deklarasi berkenaan agar mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak membesar. Pada masa sama meminta agar undang-undang dan akta perlindungan kanak-kanak serta hak asasi manusia dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Kesemua deklarasi yang dipersetujui sebulat suara itu akan dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diberi perhatian oleh masyarakat dunia. Selaku tuan rumah persidangan itu, Malaysia akan mengemukakan deklarasi itu kepada Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada Setiausaha Agung badan dunia itu. Rosmah berkata, pada sidang akhbar selepas deklarasi itu, beliau berhasrat untuk melihat sidang kemuncak pada 2012 nanti dengan lebih ramai penyertaan termasuk dari negara-negara maju berdasarkan kepada kejayaan program itu di Malaysia, baru-baru ini. Menurutnya, menerusi penyertaan dari negara-negara maju, mereka boleh memberi maklum balas mengenai aspek yang perlu difokuskan dalam usaha meningkatkan kepentingan kanak-kanak dalam masa yang sama boleh mempelajari sesuatu daripada peserta dari negara-negara membangun. Pada persidangan hari ketiga turut menyaksikan sekumpulan kanak-kanak telah diberikan peranan memakai pakaian yang mewakili pelbagai bangsa sebagai mewakili setiap naluri halus kanak-kanak dunia. Sebelum itu, beberapa pelajar juga turut melafazkan mesej kanak-kanak Malaysia kepada wanita-wanita pertama yang diketuai oleh Zoe Lim Shu Mei, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA. Kuala Lumpur. Dalam mesej ini mereka menyuarakan rasa betapa pentingnya kanak-kanak dunia diberikan perhatian, pendidikan, perlindungan dan keselesaan yang sewajarnya. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:04 PM PDT
APAKAH pilihan yang ada bagi ibu bapa kepada anak-anak mereka kecuali mesti menjadi yang terbaik kepada seluruh ahli keluarga. Lantaran itu ibu bapa 'wajib' menjadi contoh kerana mereka sahajalah role model yang ada pada si anak. Namun beban kadang kala dilihat lebih berat digalas oleh insan yang bergelar ibu! Dalam banyak keadaan merekalah ibu, merekalah juga bapa kepada anak-anak. Membesarkan anak-anak seorang diri yang kadang kala di celah-celah lemparan kata nista masyarakat, namun si ibu tidak pernah memikirkan dirinya. Sebaliknya, yang menjadi keutamaannya adalah anak-anak. Tepatlah sebagaimana kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana mengurniakan keupayaan luar biasa kepada wanita yang bergelar ibu. Ibu bukan hanya mengandung atau melahirkan anak, tetapi dalam kehidupan bersendirian pun mampu membesarkan anak-anak sehingga berjaya. "Namun menjadi seorang ibu cemerlang bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi. "Lebih mengagumkan, sesibuk manapun menguruskan rumahtangga, kaum ibu dulu dan kini ada yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini semua menyerlahkan lagi dinamika sebagai seorang wanita," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Ibu Mithali 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Jamil Khir lagi, perbezaan zaman menjadikan corak didikan ibu sekarang dengan dahulu turut berbeza. Katanya, ibu bapa dahulu mungkin menggunakan pendekatan yang tegas terutama dalam membentuk akhlak dan mentaati ibadat. Berbeza pula dengan ibu-ibu sekarang yang mahu menjadi ibu dan sekali gus sahabat kepada anak-anak. "Semua pendekatan ini tidak ada salahnya, asalkan sahaja aplikasinya dapat disesuaikan dengan realiti dan situasi," katanya. Namun Jamil Khir menyuarakan kebimbangan beliau betapa semakin ketaranya kes-kes anak-anak yang derhaka atau 'si Tanggang' terhadap ibu mereka sejak kebelakangan ini. Ini termasuklah kes-kes penderaan fizikal, serangan dan pergaduhan sehingga menyebabkan ada ibu yang cedera malah maut di tangan anaknya sendiri. "Sepanjang tahun 2008 sehingga Jun 2010 misalnya, sebanyak 91 kes penderaan fizikal terhadap ibu kandung dilaporkan, termasuk 24 kes terhadap ibu mentua, lima kes ibu saudara dan satu kes melibatkan ibu tiri. "Malah terdapat kes melibatkan anak seawal usia 16 tahun yang didapati sanggup mendera ibunya sendiri," katanya. Tidakkah si anak ini tahu penderhakaan terhadap ibu bapa adalah satu kemungkaran yang amat besar dan dimurkai Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mengingatkan kita: "Setiap dosa itu ditangguhkan akibatnya sehingga hari kiamat oleh Allah berdasarkan apa yang dikehendaki-Nya, melainkan dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa, maka sesungguhnya ia disegerakan kepada pelakunya". (riwayat al Hakim) Oleh itu, Jamil Khir mengingatkan anak-anak yang menderhaka bahawa mereka tidak akan mendapat keberkatan hidup. "Jika maksiat derhaka ini dibiarkan berleluasa di dalam sesebuah masyarakat, maka banyaklah juga keberkatan yang akan ditarik oleh Allah daripada masyarakat itu," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir mahu penganugerahan ini dijadikan dorongan kepada para ibu agar dapat meneruskan perjuangan mereka seperti mana contoh pengorbanan para Ibu Mithali dan kisah kehebatan para ibu yang tercatat dalam al-Quran. "Antara nama yang harum semerbak termasuklah Siti Maryam ibu kandung Nabi Isa, Asiah ibu angkat Nabi Musa, Siti Hajar ibu kandung Nabi Ismail serta Yukabid ibu kandung Nabi Musa," katanya dalam ucapannya di majlis itu. Masyarakat dunia kata beliau, menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Bagaimanapun, Yadim mengorak langkah lebih jauh dalam menyatakan penghargaan dan menjunjung kemuliaan insan bernama ibu dengan menganugerahkan mereka sebagai Ibu Mithali. "Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan," katanya. Tambah Aziz Jamaluddin, syariat saie di antara bukit Safa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah adalah simbol keagungan memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar, bonda Nabi Ismail yang mana Siti Hajar penuh sabar dan tabah mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:03 PM PDT "TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan. ''Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.'' Demikian cerita Nooratila dalam emelnya. ''Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan. ''Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami. ''Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami. ''Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya. ''Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu. ''Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL. ''Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin. ''Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia. ''Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa. ''Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya. ''Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.
maki hamun ''Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri. ''Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya. ''Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya. ''Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam. Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja? ''Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti. ''Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?" Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:02 PM PDT
HIDANGAN kambing panggang kini mula mendapat perhatian untuk sebarang jenis majlis. Tidak kira sama ada berskala kecil atau besar, hidangan menyelerakan itu cukup digemari tidak kira bangsa dan usia. Siapa yang mampu menahan tarikan aroma kambing yang sedang dipanggang, cukup membuatkan semua tetamu kecur liur. Malah ramai yang pada mulanya mengakui tidak menjamah daging kambing, turut tidak mahu ketinggalan mencuba. Sebagai panduan untuk pembaca, Syarikat Jelapang Warisan Sdn. Bhd. menawarkan hidangan kambing panggang yang cukup enak untuk semua majlis sepanjang tahun. Menurut pemiliknya, Zulkhairi Md. Zain, jika dahulu kambing panggang gemar disediakan ketika rumah terbuka hari raya, kini ia mula mendapat perhatian tidak kira masa. "Malah untuk majlis Aqiqah dan makan malam kecil juga permintaannnya kian meningkat," katanya. Menurut beliau, pihaknya menyediakan khidmat kambing panggang siap dengan dua pelayan yang akan memanggang, memotong dan menghidang daging di lokasi majlis. Masa yang diperlukan untuk memanggang tidak lama kerana kambing tersebut sudah separa masak sebelum dibawa. Terdapat dua jenis kambing untuk dipilih iaitu kambing tempatan yang baru disembelih dengan harga RM1,200 seekor dan kambing Australia/ New Zealand sejuk beku berharga RM1,000 seekor. Jelasnya lagi, seekor kambing panggang boleh dinikmati oleh antara 50 hingga 70 orang tetamu. Manakala andai dibuat masakan berkuah ia boleh dinikmati hingga 100 orang. Jelapang Warisan menyediakan empat jenis sos iaitu sos lada hitam, sos cendawan, sos pudina dan air asam. Ia didatangkan dengan hidangan sampingan iaitu roti bawang putih, sayur campur stim, coleslaw dan baked potato. Selain kambing panggang, syarikat itu turut menyediakan khidmat katering pelbagai jenis masakan untuk majlis kenduri seperti nasi beriani, nasi minyak, kari, kurma dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:01 PM PDT
IKA anda melalui Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, menuju ke Kampung Pandan, anda pasti akan tertoleh melihat sebuah bangunan batu dengan reka bentuk istana lama Arab yang tersergam indah. Siapa menyangka bangunan milik El-Ozeir Sdn. Bhd., ini merupakan sebuah restoran milik orang Islam. Terpampang tanda Restoran AlRawsha, sebuah restoran Arab yang menghidangkan makanan Lebanon dan Arab Yaman. Restoran milik bersama Pengarahnya, Sharifah Zainab Syed Ahmad dan suaminya, Toufic Muhammad El-Ozeir ini merupakan cawangan kedua Restoran AlRawsha di mana cawangan pertama terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur yang dibuka pada 2004. Selain merupakan restoran Arab yang terbesar, AlRawsah juga restoran makanan Arab pertama yang berkonsep pandu lalu dan dibuka 24 jam. Menurut Sharifah Zainab, beliau dan suami memilih lokasi sekarang kerana mahukan sebuah kawasan yang besar dan di Kuala Lumpur memang sukar mendapatkan tanah yang luas. Restoran dua tingkat yang terletak di kawasan seluas satu ekar dengan keluasan lantai 3,000 kaki persegi ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang pada satu masa. ''Di sini disediakan lebih 200 jenis masakan Arab yang amat digemari baik oleh golongan VIP, golongan istana mahupun orang kebanyakan. "Bukan sahaja orang Melayu atau pelancong Arab malah orang Perancis, Rusia dan bangsa-bangsa lain di Malaysia juga menggemari makanan Arab kerana cara masakan yang menyihatkan di mana nasi, kambing dan ayam dimasak dengan cara ditanam di bawah tanah (mova). ''Nasi mandy (sesetengah orang memanggil nasi mandil) kami dimasak menggunakan minyak zaitun dan minyak jagung manakala kebanyakan makanan lain dimasak dengan cara dipanggang. ''Di antara menu istimewa kami ialah nasi mandi kambing, nasi mandi ayam, makanan Lebanon seperti humus (kacang kuda kisar yang dimakan bersama roti, makanan yang dipanggang, tebulah dan pelbagai jenis manisan). ''Selain pelanggan yang datang terus ke restoran, kami juga menerima tempahan daripada mereka yang hendak mengadakan sebarang majlis di sini. ''Banyak kemudahan yang disediakan di sini bagi keselesaan pelanggan seperti surau yang boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah, bilik bermain untuk kanak-kanak, butik pakaian muslimah, sudut minyak wangi Arab, bakeri roti Arab dan pasar mini yang menjual bahan-bahan masakan makanan Arab,'' ujar ibu kepada tiga orang anak ini. | ||
Posted: 18 Oct 2010 10:00 PM PDT
TIDAK mustahil satu hari nanti kedai dalam talian (online) menandingi kehebatan kedai di alam nyata. Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan, kerana apa saja perniagaan yang dilakukan menerusi Internet memang satu platform efisien selain menjimatkan masa peniaga juga pengguna. Jumlah pengguna Internet yang makin meningkat dari hari ke hari bukti bahawa medium Internet mampu menjana pendapatan yang baik bagi peniaga khususnya wanita. Sementara itu, wanita tidak kira dari apa jua latar belakang perniagaan sama ada kecil atau besar kini boleh memajukan perniagaan mereka melalui alam maya dengan terbentuknya laman web www.1nita.my di atas daya usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). Laman web ini dikendalikan oleh .my Domain Registry, di mana setiap usahawan wanita yang telah mendaftar boleh menikmati peluang dan ruang untuk perniagaan mereka. Jika tidak mempunyai kemahiran atau apa-apa pengetahuan dalam bidang IT tidak perlu khuatir kerana 1Nita menyediakan latihan untuk ahli membangunkan perniagaan dalam talian masing-masing. Ia bukan sahaja tentang pembangunan perniagaan malah merangkumi semua sekali. Peluang e-pasaran dan e-perdagangan ini satu peluang keemasan yang boleh mengembangkan perniagaan wanita dengan memberi tumpuan kepada peniaga wanita luar bandar. Projek berkenaan membuka ruang kepada apa jenis perniagaan seperti pakaian, makanan, aksesori, kraf tangan dan sebagainya. Pengurus Projek 1Nita, Mohammad Amri Ramli berkata, projek .my Domain Registry yang pada asalnya dikenali sebagai projek W-X adalah organisasi pendaftar dan pentadbir tunggal yang memperkenalkan usaha itu dengan menggabungkan konsep 1Malaysia untuk golongan wanita. "Sehingga kini terdapat lebih 500 usahawan wanita yang telah dilatih di bawah projek 1Nita yang telah bermula di kawasan Lembah Klang. "1Nita ini menggunakan Internet sebagai wadah perantara untuk berurusan dengan pelanggan manakala laman web berfungsi sebagai kedai. "Melalui laman ini pengguna memilih barangan dipaparkan dalam laman web dan membayarnya menerusi e-bayaran menggunakan akaun bank," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis ramah mesra ahli projek 1Nita di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi .my Domain Registry, Datuk Noraini Ahmad. Tambah Mohammad Amri, sasaran mereka adalah untuk mencari lebih ramai usahawan wanita yang berpotensi dari seluruh negara. Untuk menjadi ahli, disarankan agar mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah penganjur menyediakan khidmat bimbingan pendaftaran secara online. Had umur yang ditetapkan adalah 18 tahun ke atas. "Bakal ahli perlu menjalani kursus penuh, seminar dari projek 1Nita sebelum menerima pentauliahan sebagai peniaga projek dalam talian 1Nita," jelasnya. Projek 1Nita ini mendapat sokongan dari Multimedia Development Corporation, National Council of Women´s Organisations, Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Radical Box Sdn. Bhd. Badan sokongan lain projek tersebut ialah Jabatan Pembangunan Wanita, SMECorp dan Sirim Berhad. | ||
Posted: 18 Oct 2010 09:59 PM PDT
PERTAMA kali melihat rekaan mewah Switzerland ini, reka bentuk klasiknya sangat terserlah. Mungkin bagi anak muda, ia bukan pilihan utama. Elemen yang ditampilkan tidak membawa ciri lasak, aktif atau gaya lincah. Namun itu bukan persoalan kerana Rado sudah ada peminat sendiri. Baik muda atau tua, memakai jam tangan jenama itu memberi kepuasan. Rado sememangnya terkenal sebagai pelopor produk tahan calar. Syarikat tersebut menghasilkan kira-kira setengah juta utas jam setahun dengan keupayaan kakitangan sekitar 300 orang. Ditubuhkan seawal 1917, Rado ketika itu dikenali sebagai Co. Bermula pada tahun 1957 koleksi pertama jam tangan dengan jenama Rado diperkenalkan. Pada tahun 1983 Rado menjadi sebahagian daripada kumpulan SMH yang kemudiannya dikenali sebagai Group Swatch pada tahun 1998. Ia berbeza dengan jam tangan tradisional Switzerland lantaran rekaan estetikanya yang unik. Menyahut kehendak zaman, Rado lari daripada pendekatan klasiknya dengan mendekati golongan muda menerusi Pertandingan Pereka Muda Rado. Apa yang menarik di sebalik peraduan itu? Setiap peserta perlu menghasilkan rekaan grafik berdasarkan tema Spirit Tidak Terhad (Unlimited Spirit) Rekaan yang dihasilkan tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ia meliputi 700 kerja seni termasuk lukisan, fesyen, digital, fotografi dan sebagainya. Spirit melambangkan jiwa atau semangat yang tiada batas. Begitu juga kejayaan Rado selama ini yang menghasilkan pelbagai rekaan melangkaui pelbagai budaya dan negara. Pada 29 Oktober ini, akan berlangsung peringkat akhir pertandingan di pusat membeli-belah, KLCC. Lima peserta akhir telah terpilih untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000. Antara juri yang terlibat ialah Pengurus Besar Rado, Bernard Yong, jurugambar dan artis potret, Jen Siow dan pensyarah dan pelukis terkenal, Profesor Jalaini Hassan. "Peserta telah menghasilkan rekaan yang bukan sahaja memenuhi tema kita malah mengetengahkan kualiti dan keaslian. Dalam membuat keputusan, kami mahu hasil yang menampilkan keghairahan dan artistik. ''Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada mereka yang berumur bawah 25 tahun. Ini menunjukkan anak muda mempunyai daya kreatif dan kesungguhan," ujar Bernard Yong. Rado sentiasa menampilkan jam tangan yang mempunyai ciri individualistik dan kualiti yang tidak dijangka. Malah, ia dihasilkan oleh tukang membuat jam tangan yang mementingkan kerja halus. Kebanyakan mereka berasal dari Milan, Vienna and Shanghai. Justeru itu, Bernard berharap pertandingan itu akan mengetengahkan pereka tempatan ke peringkat antarabangsa. Hasil kerja lima peserta akhir, Chua Poh Huat, Looi Lin Chen, Shahrul Anuwar Mohd Yusof, Png Theng Hui dan Mohamed Nizar Musa akan dipamerkan di Suria KLCC mulai 27 Oktober hingga 2 November depan. Tiga pemenang utama akan memenangi wang tunai RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 berserta jam tangan Rado setiap seorang. Apa kata juri "Semua peserta akhir layak menjadi juara. saya menghargai hasil kerja mereka. Tetapi kita turut menilai bakat dan personaliti mereka, " ujar Jen Siow. "Pertandingan ini sebenarnya membuka ruang kepada pereka muda untuk mendekati jenama Rado. Sebenarnya ramai bakat muda di luar sana yang belum kita kenal pasti. Saya pasti mereka dapat menyumbangkan sesuatu. Pertandingan ini akan menjadi perintis kepada penghargaan hasil seni tempatan," kata Profesor Jalaini. | ||
Posted: 18 Oct 2010 09:58 PM PDT
BERBICARA tentang rambut, tentu wanita yang paling teruja. Aset berharga itu ibarat kunci kecantikan seorang wanita. Lelaki turut mengambil berat tentang penjagaan rambut. Selesa, yakin dan cantik. Itu adalah aspek yang tidak pernah diabaikan setiap kali menyentuh tentang penjagaan rambut. Justeru itu, penggunaan produk serta rawatan yang dipilih amat penting untuk memberi kepuasan gaya yang optimum. Masing-masing perlu berbelanja mengikut kemampuan dan bijak membuat pilihan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |