Adsense

Isnin, 18 Oktober 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rapat bukan bercinta

Posted:

Rapat bukan bercinta

Rapat bukan bercinta

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



SEJAK namanya mula popular dengan drama Nur Kasih dan tidak lama lagi bakal muncul dengan versi filem pula, kedudukan Siti Zaqyah Abdul Razak atau nama glamornya Tiz Zaqyah dalam bidang seni tiba-tiba berada di tahap atas.

Meskipun baru berusia 21 tahun, hakikat sebenarnya Tiz telah berada dalam bidang seni selama empat tahun bermula dengan kerjaya sebagai seorang model sebelum terjun ke dunia lakonan.

Selain memegang watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih, nama Tiz juga harum dengan kontroversi sekitar Jun lalu apabila berperang dengan rakan baiknya Fasha Sandha gara-gara membuat panggilan kira-kira pukul 4 pagi kepada Rizal Ashram atau Jejai.

Tutup buku kisah perangnya dengan Fasha, terbaru, pada kejohanan Moto GP yang berlangsung di Litar F1 Sepang 10 Oktober lalu, Tiz dilihat hadir bersama aktor popular Remy Ishak.

Apa yang mengejutkan ada saksi mendakwa Tiz berjalan berpegangan tangan bersama Remy di depan khalayak ramai pada kejohanan tersebut. Bagi saksi itu, apa yang dilihatnya adalah satu hal luar biasa dan untuk mendapatkan pengesahan, saksi tersebut meminta pihak Kosmo! bertanya tentang kesahihannya kepada Tiz sendiri.


TIZ mengaku tidak arif tentang sukan permotoran dan dia pertama kali pergi ke kejohanan Moto GP bersama Remy Ishak untuk merasai bahang kejohanan tersebut.


Tiz yang dihubungi Kosmo! tidak menafikan hubungan rapat antara dia dan Remy. Bagaimanapun, dia dengan tegas menafikan mempunyai hubungan luar biasa bersama Remy kerana menganggap aktor itu tidak lebih daripada teman rapat.

"Ya, memang saya dan Remy ada di Moto GP tetapi mana ada kami pegang tangan. Mungkin masa itu saya sedang mahu memberi barang kepadanya dan kebetulan ada orang nampak, terus kata kami pegang tangan," kata Tiz membela diri.

Tambahnya lagi, dia bukan peminat fanatik sukan permotoran, namun dia hadir menyaksikan kejohanan tersebut kerana ingin merasai bahang Moto GP. Sementelah dia sendiri tidak pergi hanya berdua dengan Remy, tetapi turut hadir bersama teman-teman artis yang lain.

"Memang kami (Remy) rapat tetapi bukan bercinta. Pada hari itu, saya bukan hanya datang berdua dengan Remy, tapi saya datang dengan pelakon Dira, Zahiril Azim, Beto Kushyairi dan Shira. Kebetulan kami semua dapat tiket pada saat akhir, jadi kami pergi beramai-ramai, bukan berdua ya," tegasnya berulang kali.

Tambah Tiz lagi, kerana jadual kerja yang agak longgar, dia ikut serta ke kejohanan tersebut. Katanya: "Sekarang saya tidak terlalu sibuk, daripada duduk terperap di rumah apa salahnya saya keluar menonton sukan yang selalunya saya hanya lihat di kaca televisyen saja. Kalau nak tahu itulah kali pertama saya datang ke litar Sepang untuk menonton Moto GP."

Masih solo

Sebenarnya tidak mustahil untuk Tiz dan Remy mempunyai hubungan yang rapat kerana mereka telah bekerjasama dalam drama bersiri dan filem Nur Kasih yang akan ditayangkan sekitar tahun hadapan.

"Saya akui kami menjadi rapat sebab selalu bekerjasama. Tidak salah kalau saya nak berkawan dengan dia (Remy) sebab dia seorang teman yang baik sama seperti teman-teman saya yang lain," balasnya.


REMY ISHAK sewaktu dihubungi Kosmo! enggan mengulas tentang kes 'pegang tangan' dengan Tiz, tetapi mengaku menyaksikan Moto GP bersama Tiz dan beberapa rakan artis lain.


Apabila ditanya pandangannya mengenai Remy, menerusi mata kasarnya selaku seorang wanita, Tiz tertawa dan enggan memberi sebarang komen.

"Saya tidak tahu dan tidak mahu menjawab kerana bimbang perkara ini akan meleret-leret. Biarlah peminat yang membuat penilaian sendiri.

"Tetapi kalau dari segi kerja, dia seorang pelakon yang sangat komited dan serius dengan apa yang dilakukan," ucap anak jati Kuala Lumpur itu lagi.

Mengakui masih solo, Tiz menjelaskan, dia tidak kisah jika cintanya kelak datang daripada lelaki biasa mahupun lelaki yang sama bidang dengannya.

Namun, fokusnya kini hanya satu iaitu lakonan sahaja dengan alasan dia terlalu muda untuk memikirkan soal cinta sementelah kerjayanya sebagai pelakon baru sahaja hendak bermula.

"Saya tidak kisah andai bertemu jodoh kelak dengan lelaki yang bergelar artis atau orang biasa kerana kuasa jodoh itu bukan di tangan saya. Itu kerja Allah.

"Saya juga tidak boleh bercakap dengan lelaki kategori yang macam mana saya mahu berkahwin kerana kita tidak dapat melihat apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Buat masa ini saya masih belum bersedia untuk sebarang komitmen dan hanya mahu serius bekerja sahaja serta menikmati zaman remaja sebaik mungkin," bicaranya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gavin pasangan gay Marilyn

Posted:

Gavin pasangan gay Marilyn

Gavin pasangan gay Marilyn



PERNAH menafikan dakwaan dirinya gay sebelum berkahwin dengan Gwen Sfefani, vokalis grup Bush, Gavin Rossdale baru-baru ini menukar kenyataan tersebut.

Gavin dalam satu temu bual memberitahu dia pernah melakukan hubungan seks sesama lelaki. Namun ia hanya sekali, dan perkara itu tidak boleh menjadi ukuran yang menjadikan dirinya sebagai seorang gay.

Hubungan seks sesama lelaki itu dilakukan Gavin bersama penyanyi British Marilyn Manson atau nama sebenarnya Peter Robinson.

Katanya: "Waktu itu saya dalam proses menjadi lelaki dewasa. Ia (hubungan) hanya terjadi sekali. Itu sahaja. Ia juga tidak lebih dan tidak kurang.

"Pada waktu itu, selepas saya tahu apa yang saya suka (orientasi seks), saya tidak lagi melakukannya. Sebab saya sudah tahu apa yang saya mahu."


GAMBAR bukti Gavin (kiri) bersama Marilyn Manson sewaktu menjadi pasangan gay.


Sementara itu, mengulas kenyataan Gavin, Marilyn yang mengaku 'bekas kekasihnya' itu amat sepadan dengan Gwen berkata Gavin adalah cintanya.

Kepada majalah In Touch, Marilyn berkata, dia mula menjalin hubungan dengan Gavin pada awal tahun 80-an dan ia berlarutan sehingga lima tahun.

Sewaktu Boy George pertama kali membuat pendedahan secara terbuka tentang orientasi seksnya dalam biografinya Take It Like A Man, pada tahun 1995, Marilyn masih belum berani memberitahu umum tentang hubungan songsang dia dan Gavin. Gavin pada waktu itu juga menafikan dia seorang gay.

"Saya merasakan Gavin seorang yang hipokrit apabila menafikan hubungan kami dulu. Kami masing-masing tahu apakah bentuk hubungan kami sebenarnya," kata Marilyn.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.