Adsense

Isnin, 18 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Liyana Jasmay Dalam Ponti Anak Remaja, Versi Drama Mini Bersiri

Posted: 18 Oct 2010 10:38 PM PDT

Minggu lepas, ada kami paparkan sneakpeak Ponti Anak Remaja berkenaan pengaruh Edward Cullen dalam drama tersebut. Semalam, berlangsungnya majlis pelancaran drama bersiri ini di kawasan Bukit Damansara, turut hadir sama ialah pelakon utama, Liyana Jasmay.

Drama bersiri yang mengandungi 4 episod berkisarkan kehidupan Ponti, seorang pontianak yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur. Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua tingkahlaku dan perbuatan orang lain.

Ponti juga mempunyai perwatakan yang ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Ponti juga sangat-sangat menyayangi Hazuan, kekasihnya yang pernah cuba menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.

Dalam masa sama, Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah mereka jalinkan suatu ketika dahulu.

Drama Ponti Anak Remaja akan menemui anda setiap hari Isnin jam 10.00 malam bermula pada 25 Oktober ini, hanya di Astro RIA (saluran 104).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gossip) Lisa Surihani Sebar Gambar 2 Lelaki Siksa Anjing, NGO Pencinta Haiwan Berang

Posted: 18 Oct 2010 08:37 PM PDT

(Gossip) Lisa Surihani Sebar Gambar 2 Lelaki Siksa Anjing, NGO Pencinta Haiwan Berang

Gambar yang kononnya Lisa Surihani sebarkan.

Radio Sinar pagi tadi menyiarkan cerita panas mengenai keberangan NGO pencinta haiwan terhadap tindakan Lisa Surihani yang menyebarkan gambar 2 lelaki yang menyiksa anjing di dalam akaun Twitter baru-baru ini. Memang kami ada ikuti, bukan sahaja Lisa Surihani, malah artis-artis lain turut terlibat sama kerana marah dengan tindakan 2 lelaki yang tidak ada moral langsung!

Tetapi pelik juga, kenapa NGO pencinta haiwan nak marah Lisa Surihani? Sepatutnya mereka berterima kasih kepada Lisa kerana prihatin dengan tragedi kejam dan boleh ambil tindakan terhadap mereka yang salah. Kadang-kadang boleh tahan bodoh juga orang-orang NGO ni ya?

Lisa Surihani menafikan beliau yang menyebarkan gambar tersebut sebaliknya hanya retweet status kawannya.

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.