Adsense

Ahad, 24 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Aaron pertahan

Posted:

Aaron pertahan <i>2 Alam</i>

Aaron pertahan 2 Alam

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar FATAH SULAIMAN dan ihsan ISTANA BUDAYA


ERMA (depan, dua dari kanan) serta Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohammed Juhari Shaarani (depan, tiga dari kanan) bersama-sama sebahagian daripada barisan pelakon yang terlibat dengan pementasan teater Natrah 2 baru baru ini.


KETIKA sebilangan besar wartawan hiburan dan penggiat filem meluahkan rasa kecewa terhadap penghasilan filem 2 Alam, aktor utama filem berkenaan, Aaron Aziz ada sebab mempertahankan filem tersebut.

Bukan kerana mahu mengampu penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din, sebaliknya aktor tampan itu berkata, dia sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil 2 Alam.

"Saya menerima tawaran berlakon filem 2 Alam kerana wataknya. Apa yang saya boleh katakan, saya berpuas hati dengan penyampaian watak saya sebagai seorang ustaz dalam filem itu," kata Aaron ketika ditemui baru-baru ini.

Apa yang membuatkan dia berpandangan sedemikian juga adalah kerana sehingga ke hari ini dia belum mendengar sebarang komen negatif terhadap lakonannya.

Sebagai pelakon, Aaron punya pendirian tersendiri dalam mempertahankan penerbit yang telah membuat pelaburan terhadap karya lakonannya biarpun ketika banyak pihak lain meluahkan rasa kecewa.

Aaron secara peribadi berpendapat, Dr. Che Rozmey mempunyai agenda tersendiri dalam menerbitkan filem sedemikian.

Katanya, Dr. Che Rozmey merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan tentunya usahawan itu sudah mengkaji dan merangka strategi pemasaran yang baik.

Aaron juga yakin Dr. Che Rozmey tidak akan membuat pelaburan yang sia-sia dan menghabiskan duitnya tanpa sebab yang kukuh.

"Dia boleh sahaja mengikut arus filem komersial yang sudah pasti menjanjikan pulangan tetapi Dr. Che Rozmey memilih untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza.

"Mungkin dia mahukan perubahan di dalam industri perfileman Malaysia," kata pelakon yang baru saja sembuh selepas dimasukkan ke hospital kerana demam.

Filem 2 Alam mengisahkan Adam yang melakukan pembedahan jantina dan menukar identitinya kepada Amy.

Biarpun merupakan artis yang dilimpahi cahaya glamor, Amy gagal mengawal emosi akibat konflik cinta dengan teman lelakinya, Juan Agustin.

Kerana tekanan hidup dan dilema menukar jantina, dia akhirnya membuat keputusan membunuh diri.

Namun kisah tidak terhenti di situ. Pelbagai masalah timbul sepanjang proses menguruskan jenazah Amy sehingga memaksa jemaah bertungkus lumus mengkebumikan jenazahnya biarpun sudah menjelang malam.

Kepada Aaron, filem 2 Alam merupakan karya yang memberi cabaran kepadanya biarpun pada sesetengah pihak ia mungkin lakonan yang biasa saja.

Katanya, dalam babak terakhir ketika membaca tahlil, lakonan itu disifatkan sukar untuk dilaksanakan.

"Saya akui agak janggal melakonkan watak itu kerana pertama kali saya berlakon tidak memerlukan banyak dialog, hanya menggunakan visual sahaja.

"Saya ada bertanya kepada pengarah, Imran Ismail mengenai hal itu tetapi jawabnya dia dan Dr. Che Rozmey mahukan penghayatan sedemikian dalam filem ini," ujar Aaron berkongsi pengalamannya dalam filem yang telah mencetus perdebatan panjang dalam gelanggang perfileman tanah air.

Karya 2 Alam juga kata Aaron, menampilkan kelainan dalam filem Melayu apabila pengarah dan penerbit filem itu lebih selesa menggunakan lagu dan efek bunyian lain dalam filem ini berbanding dialog.

"Malah saya ada mencadangkan kepada mereka ketika pengambaran untuk menambah beberapa dialog lagi tetapi mereka bertegas untuk meneruskan perubahan dalam filem mereka itu.

"Apa yang penting bagi saya adalah tanggungjawab saya membawa watak sebaik mungkin mengikut apa yang diinginkan oleh pengarah dan penerbit," ujarnya ketika ditemui selepas sidang akhbar teater Natrah 2 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Krisis identiti bukan halangan

Posted:

Krisis identiti bukan halangan

Krisis identiti bukan halangan

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ihsan Marctensia dan Sony Music Malaysia


Persembahan Adam Lambert mampu menggamit kehadiran 15,000 peminatnya ke Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini sempena Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010.


BANTAHAN daripada 500 ahli Dewan Pemuda Pas Pusat terhadap kehadiran naib juara American Idol kelapan, Adam Lambert tidak menggugat kelancaran konsertnya minggu lalu.

Konsert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010 itu menarik perhatian 15,000 peminatnya.

Atmosfera di dalam Stadium Putra Bukit Jalil ketika itu seakan kekurangan oksigen tatkala ribuan penonton itu hadir seawal jam 5 petang semata-mata ingin melihat sendiri jejaka berusia 28 tahun itu.

Walaupun secara terang-terangan Lambert mengakui dia seorang gay, ia tidak pun menjadi kekangan kepada peminat wanita untuk memujanya.

Buktinya, lebih separuh penonton pada malam itu terdiri daripada golongan wanita yang senantiasa memekik nama Lambert sepanjang konsert hampir dua jam itu berlangsung.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.