Adsense

Ahad, 24 Oktober 2010

Celebrity News

Celebrity News


Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola

Posted: 24 Oct 2010 08:03 AM PDT

Penyanyi Shila, 21, (gambar)mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama.

Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat.


"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya.

"Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini," katanya.

Menurut Shila, dia sukakan dua rakannya itu kerana mereka berfikiran terbuka berbanding rakan-rakan yang kurang memahami kerjayanya sebagai artis.

"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk.

"Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya.

Bercerita tentang pemain bola sepak, Shila sebelum ini juga dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.

Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bakal memulakan proses rakaman album terbarunya sedikit masa lagi.

Kali ini dia berharap konsep yang bakal ditonjolkan lebih matang memandangkan usianya sudah menginjak ke alam dewasa.
 

Terbaru : Gambar Anak Nana XFM ALTHEA RAQEEM BRYAN

Posted: 24 Oct 2010 07:34 AM PDT

Inilah gambar anak Nana XFM, baru hari ni ZoOm dapat berkongsi dengan anda di Zoomartis.net, semoga dengan lahirnya Althea Raqeem Bryan pasangan ini akan bertambah rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Hollywood : Adam Lambert and his boyfriend

Posted: 23 Oct 2010 08:46 PM PDT

Huh...No Comment, ada ramai lagi wanita didunia ni kenapalah jantan-jantan sekarang ni lebih suka sesama sendiri sedangkan kita dicipta berpasangan. Lagi gambar di bawah...












Jokes : Business Hour

Posted: 23 Oct 2010 07:54 PM PDT

Hahahaha ada juga signage macam ni, siapalah tokeh kedai ni pandai pula buat lawak..