Adsense

Rabu, 20 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Rakaman Pengumuman 12 Pemenang Anugerah FFM 23

Posted: 20 Oct 2010 05:03 PM PDT

Untuk mendapat visual yang lebih jelas, Budiey usahakan juga untuk membawa anda melihat sendiri suasana di Pelancaran Festival Filem Malaysia 23 dan Tayangan Perdana (FIlem Estet dan 2 Alam) yang diadakan pada jam 8 malam semalam (20 Oktober 2010) di Centre Atrium, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Memandangkan majlis ini tidak disiarkan secara langsung mungkin ramai yang tak tahu di majlis ini telah pun diumumkan 12 anugerah cipta bagi kategori yang dipertandingkan dalam FFM23.

Jom tonton!

Pembukaan Pelancaran FFM23

Part 1

Part 2

Part 3

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Pemenang Awal 12 Kategori Anugerah Industri Muzik 17
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 15
  • Isu DVD Seks Pemimpin MCA & Menteri Kabinet: Chua Soi Lek Mengaku
  • Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2
  • Sejauh Mana Kreatifnya Video Muzik Faizal Tahir Sampai Syurga?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 23

    Posted: 20 Oct 2010 09:14 AM PDT

    Jam 8 malam tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia 23 dan Tayangan Perdana yang diadakan di Center Atrium, e@curve, Mutiara Damansara.

    Apa yang menariknya, di majlis ini juga diumumkan beberapa kategori untuk anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia kali ini. Budiey teruja juga untuk mengetahui para pemenang FFM23 kali ini. Dikhabarkan, sebanyak 12 kategori anugerah disampaikan kepada pemenang dan dari 12 anugerah tu, sebanyak 5 anugerah dihulurkan untuk filem Magika!

    Tahniah buat filem Magika telah menang 5 anugerah untuk malam ini sahaja.

    Dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.

    Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM. Tahniah Sashi dan Daphne.

    Hanya Sashi sahaja yang naik menjulang trofi sementara Daphne Iking tak dapat hadir semalam.

    Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi FFM23. Best giler hadiahnya ya.

    Okay, tanpa berlengah lagi, Budiey siarkan dulu senarai pemenang FFM23 yang diumumkan semasa Pelancaran FFM23 malam tadi.

    1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

    2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

    3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

    4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

    5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

    6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

    7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

    8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

    9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

    10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

    11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

    12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy dari Kru Studios

    Budiey dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang!

    Gambar pemenang yang sempat Budiey ambil sekejap tadi… layannnz!

    Pemenang FFM23

    Pemenang FFM23

    Fimie Don menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. Siap tayang checque tu! Kayo kayo!

    Pemenang FFM23

    Edry Abdul Halim – Filem Magika bolot 5 anugerah malam ini!

    Pemenang FFM23

    Filem Belukar menang 2 anugerah. Tahniah!

    Pemenang FFM23

    Sedih bila KRU tak jemput Budiey ke Prebiu Magika. Terkilan sangat-sangat tak dapat tonton Magika.

    Pemenang FFM23

    Tahniah Yana!

    Pemenang FFM23

    Shaheizy Sam mahu menjadi jutawan.

    Pemenang FFM23

    Yana & Shaheizy Sam, kerja keras mereka akhirnya berbaloi

    Pemenang FFM23

    Shashi Taran dari Filem Estet

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Profil Anggun Cipta Sasmi
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.