macam macam hiburan terkini |
- Nasha Aziz Tak Jadi Kahwin, Umrah
- Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette?
- Lan Tidak Abaikan Kristal
- Zizie Izette Sibuk Berniaga Di Perhimpunan Agung Umno
- Nazim Othman Sukar Dapat Kepercayaan Pengarah
- 'Crayon' Filem Pertama Tempatan Diedar Di Los Angeles
- Watie Tenang Hadapi Masalah Bertimpa
- Rosyam Nor Jangka "Trilogi Cinta" Bakal Popular
- Hati Farahdhiya Sudah Terkunci
- Malek Noor Imbas Lari Pakai Cawat
- "Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida
- Heliza Jadi Penceramah Motivasi
- "Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight"
- Watak Kurang Mencabar Punca Tidak Tercalon FFM23 - Liyana Jasmay
Nasha Aziz Tak Jadi Kahwin, Umrah Posted: 19 Oct 2010 05:05 PM PDT Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi. Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media. Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih. "Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya. "Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman). "Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T. "Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya. Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah. "Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan. "Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia. "Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh. "Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa. "Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China. google: nasha aziz, nasha aziz blog, nasha aziz twitter, nasha aziz facebook, nasha aziz myspace, nasha aziz seksi, nasha aziz hot, nasha aziz bogel, nasha aziz buah dada, nasha aziz bertunang, nasha aziz berkahwin, nasha aziz buat umrah, nasha aziz botox, nasha aziz heigth, nasha aziz video, nasha aziz 2010, teman lelaki nasha aziz, bakal suami nasha aziz, gambar terbaru nasha aziz, foto terkini nasha aziz, |
Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette? Posted: 19 Oct 2010 05:01 PM PDT Menurut Farahdhiya, dia tidak tahu dimana silapnya sehingga persahabatan baik mereka tiba-tiba renggang tanpa sebarang khabar berita. "Kami memang kawan rapat, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia lakonan dia orang pertama yang beri sokongan. Watak-watak yang sukar saya akan rujuk dan minta pendapata darinya terlebih dahulu. "Tapi sejak kebelakangan ini selepas dia berkahwin kami seperti terputus hubungan. Saya sendiri tidak tahu dimana silapnya sehingga kami dua-dua seperti mencari jalan masing-masing. Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham," katanya. Jelas Farah, kali terakhir dia berhubung dengan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu ketika rumah terbuka yang dianjurkan pasangan suami isteri tersebut pada 25 September lalu. "Lama kami tidak berhubung, tapi semasa majlis rumah terbuka mereka September lalu dia ada mengirim Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menjemput saya hadir. saya tidak pergi sebab ketika itu saya sudah ada program lain," jelasnya. Farah akui sebagai seoarng rapat baik dia rindu terhadap persahabatan mereka, namun dia faham tanggungjawab Zizie kini lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibinanya. "Jauh di sudut hati saya memang saya rindukan dia. Tapi saya faham dia mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarganya," ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Norish Karman yang sebelum ini dikatakan dingin kerana kurang senang dengan gosip percintaan antara pelakon tersebut dengan abangnya Mohamed Luqman. "Saya tidak ada masalah dengan Norish, saya tahu dia berkawan dengan abang saya. Itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak masuk campur. "Memang dahulu kami ada perselisihan faham tapi bukan disebabkan saya tidak senang dia berkawan dengan abang saya. Tapi sekarang kami sudah berbaik dan sering ke majlis-majlis hiburan bersama," katanya. |
Posted: 19 Oct 2010 05:01 PM PDT Katanya, perkara tersebut timbul pada satu majlis yang mana dia tidak dapat hadir bersama Kristal kerana terikat dengan sebuah majlis lain. "Saya tidak pernah mengabaikan Kristal, cuma beberapa minggu lalu, saya tidak dapat bersama Kristal kerana kami mendapat dua undangan nyanyian pada tarikh yang sama. "Kedua-dua majlis tersebut mengharapkan kami untuk buat persembahan, jadi saya terpaksa ambil keputusan yang tidak menghampakan mereka. Kami terpaksa berpecah. Lagi pula, majlis lagi satu itu mempunyai ramai penyanyi dan hanya memerlukan muzik latar dari Kristal," katanya ketika dihubungi mStar Online. Dalam pada itu, Lan turut menafikan dakwaan bahawa campur tangan isterinya, Nur Sheila Hassim yang tidak membenarkan dia untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. "Isteri saya tidak pernah melarang saya untuk terus menyanyi, malah dialah yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Ini ialah punca pendapatan utama saya untuk menyara keluarga," ujarnya. Selain itu, Lan yang baru dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 3 bulan, mengakui rezekinya semakin murah. Dia telah ditawarkan menjadi jurucakap kepada perniagaan AC Konsertium milik penyanyi, pelakon dan pengacara AC Mizal bersama beberapa artis lain seperti Khai dan Rosma. "Alhamdulilah, sejak dikurniakan cahaya mata rezeki saya semakin murah. Saya mula aktif dengan perniagaan milik AC Mizal. Memang kini ia menampakkan hasil biarpun baru tiga bulan menyertainya. "Dari hari Isnin hingga Jumaat saya akan sibuk dengan bisnes ini, manakala hujung minggu saya akan tetap ikut Kristal buat persembahan. Setakat ini, Insya-Allah tiada masalah dengan jadual Kristal," jelasnya. Sementara itu, album terbaru Kristal sudah siap sepenuhnya dan bersedia untuk berada di pasaran pada bulan hadapan.Album yang berjudul Satu Untukmu memuatkan 10 buah lagu yang terdiri daripada beberapa lagu baru dan kompilasi dari single terdahulu. google: lan kristal, lan kristal facebook, lan kristal blog, lan kristal twitter, lan kristal myspace, lan kristal wiki, lan kristal dan anak, lan kristal dan isteri, lan kristal dan keluarga, isteri lan kristal mengandung |
Zizie Izette Sibuk Berniaga Di Perhimpunan Agung Umno Posted: 19 Oct 2010 04:59 PM PDT Gerai di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita. Zizie berkata idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang. "Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terlibat dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuhsokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini. Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini. "Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya. Zizie berkata setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat. "Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya. Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang. - BERNAMA |
Nazim Othman Sukar Dapat Kepercayaan Pengarah Posted: 19 Oct 2010 04:58 PM PDT Malah, menurut Nazim, dia sukar untuk menonjolkan kemampuannya kerana watak-watak yang diberikan tidak mencabar bakat lakonan anak jati Johor Baru ini. "Saya akui sudah banyak drama saya lakonkan tetapi belum ada yang betul-betul melekat di hati penonton. Setakat ini drama Awan Dania sahaja yang buat orang kenal saya, itu pun watak saya tidak kuat, hanya sekadar sokongan sahaja. "Saya akui pengarah drama tempatan belum berani untuk beri watak berat kepada saya. Saya faham bahawa saya perlu buktikan kerja saya terlebih dahulu untuk mendapat kepercayaan dan itu bukan sesuatu yang mudah. Sesetengan pelakon mengambil masa berpuluh tahun untuk pegang watak utama," katanya. Dalam pada itu, bekas pramugara MAS ini turut mengakui lebih senang bercerita tentang perkembangan kerjaya berbanding hal peribadi yang sering mendapat perhatian media massa. "Saya kurang mendapat publisiti dari media. Saya sedar publisiti itu penting untuk meningkatkan kerjaya. Tapi saya tidak mahu kontroversi yang melibatkan hal peribadi melebihi kerjaya. "Saya tidak mahu hanya dikenali sebagai artis kontroversi tetapi tiada produk dikeluarkan. Lebih baik saya melangkah secara perlahan sehingga mencapai tahap yang tertinggi," katanya. Setelah dua tahun berkecimpung dalam industri hiburan, Nazim sedar strategi baru harus dijalankan bagi menaikkan nama sebaris dengan pelakon-pelakon seangkatan dengannya. "Tahun depan saya perlu ubah strategi untuk naikkan nama. Strategi tersebut bukanlah dengan mencipta kontroversi tetapi memberi kepercayaan kepada pengarah untuk beri watak yang berat kepada saya. "Setakat ini bukan tidak pernah memegang watak utama tetapi watak tersebut kurang mencabar lakonan saya," jelasnya yang bakal keluar dengan drama Trilogi Cinta terbitan Suhan Movie. google: nazim othman, nazim othman blog, nazim othman twitter, nazim othman myspace, nazim othman wiki, nazim othman 2010, nazim othman biodata, nazim othman biography, nazim othman hot, gambar terbaru nazim othman, cerita terkini nazim othman, foto terbaru nazim othman, gosip terbaru nazim othman, nazim othman bercinta |
'Crayon' Filem Pertama Tempatan Diedar Di Los Angeles Posted: 19 Oct 2010 04:56 PM PDT Katanya beliau bangga dapat menghasilkan filem pertamanya yang agak berbeza dengan filem keluaran tempatan lain yang mengisahkan realiti kehidupan rakyat Malaysia. "Ini adalah kali pertama saya menerbitkan sebuah filem. Sebelum ini, saya bekerja sebagai penulis skrip untuk sebuah studio Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana di sini Selasa. Katanya filem tersebut dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, dan bukan merupakan filem komersial untuk membuat keuntungan. Dean A Baharuddin dan Linda Ziegler semasa tayangan perdana filem 'Crayon' di Cineleisure, The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU Katanya filem itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia. Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim. Filem berharga RM500,000 itu mengambil masa setahun untuk disiapkan dan lokasi penggambarannya adalah di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. Filem selama 83 minit itu dilakonkan oleh empat watak utama iaitu Hon Kahoe (Adam Wan), Faisal Abdullah (Rafaat), Adibah Noor (Mak Engku) dan Joshry Adamme (Afiq). Selain Dean, filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd itu turut diterbitkan oleh penerbit Linda Ziegler dan Elise A. Hamid. Julia Ziegler Dean berkata 20 peratus daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Ozanam Petaling Jaya, Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Nur Hikmah, Selayang. Filem 'Crayon' akan mula ditayangkan di pawagam tempatan (GSC, TGV, Cathay dan Star) mulai 11 November ini. Butiran lanjut mengenai filem itu boleh didapati dengan melayari laman web www.crayonthemovie.com. - BERNAMA |
Watie Tenang Hadapi Masalah Bertimpa Posted: 19 Oct 2010 04:55 PM PDT Lebih parah lagi, dia turut menerima padah apabila tawarannya sebagai duta produk kecantikan di sebuah syarikat turut dibatalkan akibat masalah itu. Bagaimanapun Watie dapat menghadapi masalah itu dengan tenang dan berpendapat hanya Tuhan sahaja yang memahami perasaannya itu. "Secara luaran memang nampak tenang tetapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Kalau saya tunjuk rasa sedih nanti, orang akan ketawakan saya atau menganggap saya cuba meraih simpati. "Bagaimanapun, saya berharap kebenaran akan timbul suatu hari nanti," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 26 episod Dia Bukan Mariam arahan Erma Fatima untuk TV9. Bagaikan sudah memahami corak 'politik' dalam industri hiburan tempatan, Watie menganggap sesuatu kontroversi yang melanda seseorang artis atau selebriti itu pasti memberikan kesan buruk atau sebaliknya. Bukan berniat hendak memalukan syarikat produk kecantikan yang membatalkan tawaran sebagai duta produk tersebut, sebaliknya Watie seakan geli hati apabila mendengar alasan yang diberikan apabila mengaitkan pembatalan itu disebabkan kontroversi melibatkan rumah tangga aktor Joey itu. "Mungkin tiada rezeki saya dengan syarikat itu atau ada hikmah lain selepas ini. Pengajarannya, saya rasa susah juga untuk hidup sebagai artis kerana walaupun saya berjalan dengan lurus, orang tetap akan kata saya sebaliknya. "Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan hidup ini dengan sabar," ujarnya. Mengikut perbincangan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan lalu, dia sepatutnya dilantik sebagai duta untuk produk baru keluaran syarikat tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Bagaimanapun setelah tiada panggilan daripada wakil syarikat itu, Watie terus mendapatkan kepastian sama ada mereka mahu melantiknya sebagai duta atau tidak. Namun, segalanya hampa apabila dia menerima jawapan yang menyedihkan. "Masa itu (bercakap menerusi telefon) saya berada dalam kereta. Apabila mendengar jawapan (batal menjadi duta), hati saya berasa sedih dan air mata terus mengalir walaupun dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum," ujarnya lagi. Mengenai bhubungannya dengan Joey atau Zulkifli Daud, 37, Watie berkata, jika ada jodoh dengan penyanyi Beradu Suratan itu, mereka akan diijabkabulkan selepas selesai kes penceraian Joey dan isterinya, Noraini Nasir. Noraini telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Jumaat lalu. Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu. |
Rosyam Nor Jangka "Trilogi Cinta" Bakal Popular Posted: 19 Oct 2010 04:54 PM PDT Drama itu adalah hasil rangkuman tiga buah novel karya penulis berkenaan iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang mendapat sambutan ramai. "Saya menjangkakan peminat novel-novel itu pasti akan menunggu untuk melihat karya berkenaan yang telah dihasilkan dalam bentuk drama. Tapi saya ingin ingatkan, kisah dalam drama ini tidak diambil seratus peratus seperti karya dalam novel tersebut," katanya. Fouziah melakonkan watak orang gaji bernama Norjinah. Menurut Rosyam, dia dan Sharifah merombak drama ini agar bersesuaian dengan tema cerita tetapi tidak banyak bezanya dengan kisah dalam novel-novel berkenaan. Ini kerana katanya jika mereka mengikut kesemua jalan cerita dalam novel itu, ia akan melibatkan kos penggambaran yang tinggi. "Misalnya, kami tidak dapat mewujudkan i watak Razif yang digambarkan sangat kaya dan mempunyai pejabat di KLCC. Tetapi kami hanya mampu menunjukkan kekayaan itu menerusi rumah. Boleh dikatakan dalam 80 hingga 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online. Mengikut jadual, drama itu akan disiarkan setiap dua episod seminggu di mana setiap episod mengambil masa selama 1 jam. Razif lakonan Rosyam ketika melihat kecurangan isterinya, Salmi lakonan Amyza. Selain Rosyam Nor, drama itu turut melibatkan pelakon lain antaranya Fouziah Gous, Amyza Aznan, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh. google: trilogi cinta, pelakon trilogi cinta, jalan cerita trilogi cinta, drama trilogi cinta, arahan trilogi cinta, tayangan trilogi cinta tv1, tarikh dan masa tayangan trilogi cinta, drama trilogi cinta, rosyam nor dan trilogi cinta |
Hati Farahdhiya Sudah Terkunci Posted: 19 Oct 2010 04:51 PM PDT Wanita berusia 26 tahun ini mengakui sudah muak dilabel sebagai perempuan jahat tetapi sesekali dia mahu diuji dengan watak-watak lain yang lebih melambangkan sudut sebenar dirinya. Keinginan itu mendatangkan hasil apabila Farah ditawarkan untuk melakonkan peranan sebagai wanita bertudung bernama Saadatul Saadiah dalam drama terbaru berjudul Chinta terbitan TV3. "Saya sudah biasa diberi watak-watak antagonis sehinggakan saya merasakan sudah terlalu pakar untuk melakonkan watak-watak begitu. Ya lah... bila kita sering buat kerja yang sama, sudah tentu perkara tersebut jadi mudah. "Namun bila pertama kali ditawarkan watak perempuan baik dan bertudung dalam drama Chinta ini saya betul-betul gembira. Pada mulanya saya fikir ia pasti mudah, tapi hakikatnya ia adalah cabaran kepada saya untuk menukar persepsi yang sudah lama tertanam di minda penonton," katanya. Sering kali mendengar pujian dalam lakonannya sebagai wanita jahat, kali ini Farah ingin membuktikan kepada penonton bahawa dia juga mampu membawa peranan baik. Namun dia berdebar dan tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap lakonannya yang dijangka akan keluar pada minggu hadapan. "Saya harap watak ini berjaya seimbangkan persepsi masyarakat pada saya. Saya mahu mereka kenali saya sebagai seorang yang boleh melakonkan pelbagai watak. Kepercayaan pengarah juga penting kerana ini kali pertama mereka berani beri watak baik kepada saya, jadi saya tidak mahu dianggap gagal," ujarnya. Wanita konservatif Tidak adil rasanya menilai wanita ini dari kaca televisyen semata-mata tetapi dari sudut luaran memang dia seorang yang moden. Hendak pula dia lahir dari darah kacukan. Tapi sebaliknya dalam jiwa 'minah salih' ini dia seorang yang agak konservatif. "Ramai yang anggap saya seorang yang moden, mudah bergaul atau bersosial. Tapi sebenarnya saya seorang yang agak konservatif dan sangat mementingkan budaya ketimuran. Saya bukan seorang yang sukan bersosial dan terlalu terdedah dengan kehidupan bandar. "Saya lebih suka duduk di rumah dan habiskan masa bersama keluarga jika tidak bekerja. Sebab itu saya suka memasak untuk keluarga jika tidak bekerja. Bagi saya sesebuah ikatan kekeluargaan akan lebih bahagia jika diikat dengan masakan sendiri," ujarnya yang pandai memasak masakan Melayu berbanding masakan barat. Diusik dengan lelaki istimewa yang sedang bertakhta di hatinya, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini memberitahu buat masa ini dia belum mempunyai teman istimewa. Malah dia menganggap ketika ini dia masih belum terdesak untuk mempunyai seorang lelaki. Dia mengakui setelah dikecewakan berkali-kali hatinya kini sudah terkunci. "Buat masa ini hati saya belum terbuka, tapi saya tidak pernah menolak jodoh. Bagi saya jika ada sesiapa yang boleh membuka hati saya saat ini saya bersedia untuk berkahwin. Sebagai perempuan saya memang impikan sebuah keluarga yang bahagia, ketika kecil lagi saya berangan-angan untuk berkahwin pada usia 20an. "Tapi sekarang baru saya sedar bukan mudah untuk mencari seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengan saya. Bukan saya terlalu memilih tetapi saya mahukan seseorang lelaki yang mementingkan keluarga dan kalau boleh bukan mereka yang terlibat dalam industri hiburan," katanya yang pernah digosipkan bercinta dengan beberapa artis lelaki tanah air. Masih jadi penyanyi Kerjaya lakonannya yang semakin bersinar tidak menutup bakatnya sebagai penyanyi yang berjaya membawa namanya ke persada industri hiburan tanah air. Setelah beberapa kali dugaan menimpa dalam proses menerbitkan album, Farah tidak pernah sesekali berputus harap. Mendapat tawaran daripada komposer, Julfekar Ahmad Shah untuk menerbitkan album, Farah kini sudah merakamkan tiga buah lagu untuk album yang bakal dikeluarkan pada November ini. "Saya sayangkan bidang nyanyian, tapi banyak sahaja dugaan yang menimpa. Album kedua saya gagal disebabkan promosi dan syarikat rakaman yang sudah tutup, selepas itu saya cuba bersama syarikat rakaman Meastro tetapi nasib tidak menyebelahi saya. "Sudah enam tahun selepas album pertama Bertakhta Di Hati, saya dikatakan berhenti dari bidang ini. Sebenarnya saya masih aktif memenuhi undangan nyanyian untuk syarikat-syarikat korporat. Namun tawaran untuk keluarkan mini album daripada Julfekar memberi sinar baru bagi saya," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kau Telah Pergi. Tambah Farah, harapan terhadap album kali ini terlalu tinggi. Dia mahu dikenali semula sebagai seorang penyanyi seperti satu masa dahulu. Malah dia juga menjanjikan single terbarunya itu bakal meruntun jiwa pendengar seperti lagu Bertakhta Di Hati. google: farahdhiya, farahdhiya facebook, farahdhiya blog, farahdhiya twitter, farahdhiya wiki, farahdhiya myspace, farahdhiya seksi, farahdhiya hot, farahdhiya buah dada, farahdhiya 2010, farahdhiya bertakhta di hati, farahdhiya dan boyfriend, farahdhiya dan teman lelaki, farahdhiya putus cinta, gambar terbaru terkini farahdhiya, foto farahdhiya, gosip dan cerita terbaru farahdhiya, farahdhiya biodata, farahdhiya biography, album baru farahdhiya, single terbaru farahdhiya, lagu baru farahdhiya, lirik lagu farahdhiya |
Malek Noor Imbas Lari Pakai Cawat Posted: 19 Oct 2010 04:48 PM PDT JAGUH bina badan negara, Datuk Malek Noor,53, benar-benar berubah selepas meninggalkan bidang sukan yang telah menaikkan namanya suatu ketika dahulu. Sejak tahun 2002, Malek mula menyedari hidupnya selama ini banyak menyimpang dan dia sering terleka dengan segala keseronokan yang tiada penghujungnya. Tapi lelaki ini merasakan dirinya amat bertuah kerana selepas meninggalkan dunia sukan, dia mendapat petunjuk untuk menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada agama dan dirinya sendiri. Bersyukur kerana pada usia 46 tahun, Tuhan masih lagi menyayanginya, Malek menghabiskan masa dengan menguruskan lima buah syarikat yang antaranya ialah Sportec's Divemate Sdn. Bhd., KK Design dan Universal Fitness and Leisure (UFL). "Sekarang saya dah dapat merasai betapa bersihnya jiwa selepas meninggalkan dunia hidup saya yang penuh kemilau suatu ketika dahulu. "Saya masih teringat peristiwa ketika saya mahu berubah, saya mengadakan pertunjukan bina badan di Hong Kong dengan memakai cawat. Ketika itu saya benar-benar rasa bersalah terhadap diri sendiri. Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut. "Apabila menang dalam pertandingan itu dan orang mahu ambil gambar, saya cepat-cepat lari masuk ke bilik," katanya mengimbas kenangan silam. Malek ditemui semasa rakaman rancangan Selami Jiwa yang dihoskan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut. Ujar Malek, tidak kiralah seseorang itu apa juga agamanya, bukanlah mudah untuk berubah kalau tidak ada kekuatan dan semangat terhadap agama dan Tuhan masing-masing. Malah akui Malek dia juga amat sukar untuk menjauhkan diri dengan tempat maksiat sehinggalah dia cuba untuk tidak bergaul dengan orang yang selalu mengajaknya untuk berada di tempat-tempat itu. Menurut Malek, selepas insaf dengan keseronokan dunia yang dilaluinya barulah dia terasa banyak perkara yang ingin dilakukannya tidak kesampaian lebih-lebih lagi hajatnya seperti mahu mencium arwah ibunya sepuas-puas hati. Dalam pada itu, Malek juga enggan mengejar harta yang dianggapnya tidak dapat dibawa ke mana-mana kerana dia berpendapat harta juga boleh mengubah seseorang menjadi tamak dan bangga diri. "Dulu pernah sekali saya membeli jam tangan berharga RM140,000 ketika mahu pergi bersyarah di sebuah tempat di Kedah. Bila saya pergi ke tandas, ia tercicir dan saya hanya sedar ketika mahu pulang ke Kuala Lumpur. "Saya tak kesal jam itu hilang kerana saya anggap ia mungkin bukan rezeki saya. Siapa yang jumpa itu, rezeki dialah," katanya yang pernah membintangi filem Juara dan Ujang sebagai pelakon utama tidak lama dulu. Sementara itu, walaupun sudah dua kali bercerai, Malek masih lagi mencari seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Bagaimanapun segala-galanya diserahkan kepada Tuhan untuk menentukan jodohnya itu. google: malek noor, malek noor facebook, malek noor gym, malek noor insaf, malek noor blog, malek noor wiki, malek noor myspace, malek noor kahwin, malek noor dan teman wanita, malek noor dan jodoh, keluarga malek noor, |
"Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida Posted: 19 Oct 2010 04:46 PM PDT Penerbit A.Aida Production itu berkata, untuk musim kedua, drama berkenaan akan memaparkan kisah bagaimana suami wanita-wanita kampung mengabaikan isteri masing-masing yang tidak pandai menjaga diri. "Ada segelintir wanita kampung ni imej dia orang macam "puntianak". Suami tengok pun lari. Sebab itulah saya hasilkan sambungan drama ini untuk mengajar isteri bagaimana nak jaga penampilan supaya suami tak cari orang lain," katanya. Drama berkenaan dihasilkan sebanyak 26 episod berbanding 13 episod pada musim pertama yang menemui penonton awal tahun ini. Jelas A.Aida, dia bukan berhasrat menghina wanita kampung sebaliknya pengalaman sebenar rakan-rakannya itu mengajar A.Aida untuk mendidik mereka menerusi elemen drama dan hiburan. Ujarnya, untuk musim ke dua ini, watak Halimah lakonan Sheera Iskandar yang sebelum ini sudah mempunyai gigi yang sempurna menjadi jongang semula. Bagaimanapun katanya disebabkan Halimah pandai menjaga penampilan, dia menjadi kegilaan lelaki di kampung menyebabkan suami isteri mereka cemburu. "Saya tekankan di sini macam mana Halimah mengajar istreri-isteri yang cemburu ini untuk menjadi wanita cantik sehingga suami mereka mahu berkepit dengan isteri masing-masing selepas perubahan imej itu," katanya. Ditanya adakah tindakan itu akan mengundang kontroversi sama seperti penghasilan drama itu musim pertama lalu, kata A.Aida apa yang penting inti pati drama berkenaan yang mempunyai mesej kuat untuk masyarakat. Ujarnya, skrip drama itu dihasilkan selepas melihat bagaimana seorang wanita di kampungnya di Terengganu menangis apabila suaminya hendak berkahwin lain kerana si isteri tidak pandai menjaga imej. Atas dasar simpati itu ujarnya, dia merasakan adalah wajar tema berkenaan diangkat untuk membolehkan mereka yang selama ini tidak mementingkan penjagaan diri mampu mengubah penampilan masing-masing. Ujar Aida, sekiranya drama itu mendapat rating melebihi 700,000 penonton bagi setiap episod, dia akan memberikan RM500 bagi setiap episod berkenaan kepada rumah-rumah kebajikan. A.Aida berkata dia tidak kisah apa juga persepsi masyarakat terhadapnya dengan menghasilkan drama-drama yang mempunyai tajuk menghina tetapi matlamatnya adalah untuk memberi didikan kepada orang ramai. Selain Halimah Jongang, A.Aida juga pernah menghasilkan drama Nizam Kambing dan Fatimah Juling sementara drama Dollah Hapak akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Halimah Jongang musim kedua akan menemui penonton setiap hari Rabu mulai 27 Oktober ini menerusi saluran Astro Prima, pukul 9 malam. |
Heliza Jadi Penceramah Motivasi Posted: 19 Oct 2010 04:45 PM PDT Pada minggu lalu, dia menerima undangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sabah untuk bercerita mengenai pemakaian tudung. Peluang yang diterimanya itu kata Heliza membuka minatnya untuk menjadi penceramah motivasi pada masa akan datang. "Saya kena tambahkan ilmu lagi jika mahu menjadi seorang penceramah motivasi yang berjaya kerana saya semakin minat dalam bidang ini. Tidak sangka pula selepas tamat belajar, banyak pula peluang untuk saya memberi ceramah di sekolah," katanya yang telah berjaya mendapat segulung ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi dan Kimia. Katanya, walaupun mempunyai kerja yang banyak sebagai seorang artis di Kuala Lumpur Heliza terpaksa meluangkan masa untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menggalakkan mereka ke sekolah selepas peperiksaan. "Selepas ini, saya turut mendapat jemputan untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah di Perak. Walaupun sibuk, saya tetap akan cuba memberikan sumbang kepada para pelajar sekali gus dapat mempraktikkan bidang pendidikan yang saya pelajari sebelum ini," katanya yang mengakui seronok berjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah. Ternyata nalurinya sebagai seorang guru tidak pernah luntur dan Heliza akan cuba membahagikan masa antara bidang seni dan juga pendidikan. Setelah berjaya menerima segulung ijazah, penyanyi berasal dari Kuala Terengganu ini menyifatkan ia seperti mimpi kerana dia terpaksa memberi tumpuan selama lima tahun untuk memperoleh kejayaan tersebut. "Bukan mudah untuk saya habiskan pengajian ini sebab sepatutnya saya hanya mengambil masa empat tahun tetapi sebab sibuk dengan karier seni, saya terpaksa tangguh pengajian setahun. "Paling mengharukan, semasa menerima ijazah, ramai yang menepuk tangan apabila tiba giliran nama saya disebut. Ada yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saya. "Saya berhasrat nak sambung pengajian pada peringkat sarjana tetapi bukan dalam masa terdekat ini sebab saya juga baru membuka syarikat produksi," ujarnya. |
"Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight" Posted: 19 Oct 2010 04:44 PM PDT Menurut pengarahnya Nizam Zakaria, 36, drama itu yang merupakan kesinambungan telefilem Ponti Anak Remaja yang pernah disiarkan pada tahun 2008 itu tidak meniru mana-mana adegan atau unsur dalam filem bersiri Hollywood tersebut, malah skrip asal yang ditulisnya juga adalah berdasarkan kajian dan kisah cerita dongeng Melayu. "Cerita ini tiada kaitan dengan filem Twilight sebab telefilem Ponti Anak Remaja lebih dahulu keluar berbanding filem Hollywood berkenaan. Malah jalan cerita juga berbeza, kita lebih menerapkan unsur Kemelayuan. "Saya sudah lama buat kajian tentang makhluk-makhluk seperti puntianak melalui bacaan dan cerita-cerita Melayu dulu. Saya telah menulis novel sejak berusia 20 tahun antaranya Susuk dan Awang Vimpiro yang mana cerita ini telah diterbitkan pada tahun 2005," katanya pada sidang media pelancaran drama mini bersiri Ponti Anak Remaja di Damansara, dekat sini, Isnin. Drama sebanyak empat episod yang memakan masa 1 jam itu bakal disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Liyana Jasmay, Nazim Othman, Tam Shuhaimi dan Azlee Khairi. Jelas Nizam, sambutan menggalakkan dan permintaan peminat terhadap telefilem Ponti Anak Remaja sebelum ini membuatkan drama mini bersiri berkenaan di terbitkan. "Kita lihat telefilem tersebut sudah beberapa kali diulang tayang dan ramai yang bagi respons positif. Jadi saya cuba ia dijadikan sebagai drama bersiri. "Walaupun hanya empat siri sahaja, saya sudah cukup puas hati dengan hasilnya. Saya rasa bagaikan sebuah filem terutama dari segi kualiti," katanya. Antara yang terlibat dalam drama Ponti Anak Remaja Dalam pada itu, tambah Nizam, cabaran paling utama ialah dari segi ketelitian dalam pembikinannya kerana drama ini menggunakan teknik penghasilan imej janaan komputer (CGI). "Drama ini banyak menggunakan teknik CGI, sudah tentu cabaran utama ialah dari segi ketelitian. Memang saya akui ia menggunakan kos yang tinggi sedikit berbanding drama biasa," jelasnya yang juga pengarah drama Dottie. Drama ini masih lagi mengisahkan hidup Ponti iaitu puntianak yang berubah menjadi manusia dan terpaksa berdepan dengan onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur. Konflik tercetus apabila kekasih lama pada alam puntianaknya dahulu datang kembali merebut kasih Ponti yang kini telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Hazuan. google: ponti anak remaja, pelakon ponti anak remaja, pengarah ponti anak remaja, jalan cerita ponti anak remaja, ponti anak remaja promosi. ponti anak remaja tanyangan bersiri, tarikh dan masa tanyangan ponti anak remaja, ponti anak remaja astro ria |
Watak Kurang Mencabar Punca Tidak Tercalon FFM23 - Liyana Jasmay Posted: 19 Oct 2010 04:42 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22), Liyana Jasmay sudah menjangka tidak terpilih dalam sebarang kategori FFM pada tahun ini yang akan diadakan pada 24 Oktober ini di Shah Alam Convention Centre (SACC). "Memang saya sedih tapi saya akui watak saya dalam filem lakonan saya tahun ini kurang mencabar berbanding mereka yang tercalon. Kalau saya tercalon sekalipun, saya malu sebab yang lain semuanya bagus-bagus belaka selain mempunyai watak yang kuat dalam filem mereka. "Tahun lepas saya sudah menang tak kan setiap tahun nak menang, berilah pada orang lain pula," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Drama Ponti Anak Remaja yang diadakan di Bukit Damansara dekat sini, Isnin. Tambah Liyana, dia mengharapkan pada tahun akan datang dia mampu memberi saingan semula kepada FFM. "Insya-Allah tahun depan saya berharap akan tercalon di FFM sebab filem-filem yang bakal keluar semuanya agak kuat wataknya. Antara filem yang sudah pun habis penggambaran ialah Khurafat, Senjakala, dan Tolong Awek Aku Pontianak. "Melalui filem-filem tersebut juga saya bawa pelbagai watak. Dalam filem Khurafat saya perlu bertudung dan watak pasangan suami isteri berkahwin muda, manakala filem seram Senjakala, memegang watak seseorang yang mencari identiti," katanya. Ketika ditanya tentang tawaran berlakon drama, dia mengakui agak memilih untuk muncul dalam apa juga drama kerana tidak mahu penonton jemu melihat lakonannya. "Setakat ini dua drama sahaja yang saya berlakon iaitu Laila Sari dan Ponti Anak Remaja. Ini kerana saya mahu fokus kepada lakonan dalam filem. "Saya tidak mahu terlalu banyak muncul melalui drama sehingga orang jemu melihat muka saya. Selain itu setiap lakonan dalam filem, saya memberi tumpuan kepada watak yang berbeza," katanya. Liyana Bersama Barisan Pelakon Ponti Anak Remaja Ujarnya lagi, dia lebih gemar melakonkan watak yang sesuai mengikut usianya dilakonkan mengikut usianya. Wataknya dalam Ponti Anak Remaja ujar Liyana, adalahbersesuaian dengan karakternya sebagai gadis remaja yang gemar berfesyen. "Saya anggap drama ini istimewa sebab saya suka jalan ceritanya. Dari segi watak Ponti ia terlalu dekat dengan diri saya," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |