Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Demi bergelar raja sehariOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR PEMILIHAN warna dalam sesuatu majlis amat penting terutamanya untuk majlis yang besar dan yang menjadi sejarah dalam hidup seseorang seperti majlis pernikahan. Pada tarikh 10 Oktober lalu, aktor yang pernah memegang watak utama dalam filem Embun beberapa tahun lalu, Aqasha telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Noor Baizura Mohd. Sabri, 27. Menariknya, tidak seperti pasangan lain, mereka mengenakan persalinan nikah berwarna kuning terang! Mungkin ramai peminat-peminat Aqasha tertanya-tanya kenapa memilih warna kuning untuk majlis pernikahannya sedangkan ahli keluarga mereka menggunakan warna biru firus sebelah Aqasha manakala warna merah pada sebelah isterinya. Pilihan warna tersebut dilhat agak ekstrem bagi pasangan pada hari diijabkabulkan, memandangkan pada kebiasaan pasangan yang bernikah biasanya memilih warna lembut, terutama putih. Namun Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akasyya Rosli dan isteri mempunyai jawapan mereka sendiri. Bagi Aqasyah, dia memilih warna itu kerana warna kuning cukup sinonim sebagai warna diraja dan sesuai untuk gelaran dirinya pada hari itu selaku raja sehari. "Nak kata warna kegemaran saya pun tidak sebab warna kuning bagi saya adalah warna yang sesuai untuk majlis-majlis formal seperti ini. MATANG, kelakar dan tenang merupakan ciri pada diri Aqasha yang berjaya memikat hati Noor Baizura. "Lagipun pada hari ini (10 Oktober 2010) saya adalah raja sehari, tidak salah rasanya jika saya mahu jadi raja untuk hari ini sahaja," beritahunya dalam nada ceria. Bercerita tentang isterinya, kata Aqasha dia mula rapat dengan isterinya yang merupakan kakitangan di bahagian Networks Presentation Unit (NPU) Astro itu pada tahun 2008. Hubungan mereka mula serius sejak tahun lalu dan membuat keputusan untuk bertunang pada 23 Mei lepas. "Bukan tidak mahu bagi tahu kepada orang ramai tentang hubungan kami sebelum ini tetapi bagi saya bila kami kahwin nanti (hari ini) semua orang akan tahu," ujarnya. Bagi Aqasha, antara sebab utama dia tertarik dengan Baizura adalah kerana isterinya itu memahami cara kerjanya sebagai seorang anak seni. "Memahami cara kerja saya itu yang menjadikan punca hubungan kami serasi dan buat saya tertarik kepada Baizura," luahnya. MENYERLAH. Aqasha dan Noor Baizura menjadi tumpuan utama impak pemilihan busana pernikahan berwarna kuning terang ini. Tiada sebarang hantaran, cincin Aqasha dan Baizura selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah dan Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa Baizura, Mohd. Sabri Awang. Dengan sekali lafaz sahaja kira-kira pukul 3.25 petang, Aqasha dan Baizura bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM80 pada majlis yang bertempat di rumah pengantin perempuan di Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu, beritahu Aqasha, dia dan Baizura telah bersepakat tidak ada hantaran dan pemberian cincin sebaliknya digantikan dengan pemberian seutas rantai emas putih untuk isterinya bertujuan untuk membatalkan air sembahyang. Kata Aqasha, semasa bertunang dan merisik dia telah memberikan cincin untuk isterinya dan ketika bernikah dia menukarkan dengan rantai.
"Wang hantaran dan hantaran juga telah dibawa semasa majlis pertunangan pada 23 Mei lepas. Pemberian rantai itu juga adalah untuk pembatalan air sembahyang," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. Jelasnya, dia rasa bersyukur kerana majlis pernikahannya berlangsung tanpa sebarang masalah. "Sebagai seorang pengantin tidak ada benda lain yang saya mahukan selain majlis saya berjalan dengan lancar," ujarnya yang pernah menjadi pelakon utama dalam filem Embun. Bagi Baizura pula, dia terpikat kepada Aqasha kerana baginya suaminya itu merupakan seorang yang matang, kelakar dan tenang. | ||||||
Posted: Kekejaman cinta MedeaOleh JESSABELL SOO
ISU pembuangan bayi yang semakin berleluasa menjadi inspirasinya. Pada pengarah, Norzizi Zulkifli, pementasan Medea itu tampil tepat untuk menyalurkan mesej kemasyarakatan. Dijadikan sebagai salah satu produksi sempena sambutan ulang tahun pertama The Actors Studio @ Lot 10, Medea merupakan sebuah karya Greek. Diadaptasi dengan pendekatan elemen tradisional Melayu, Medea mengisahkan tragedi seorang ibu yang membunuh anak-anaknya demi untuk membalas dendam atas pengkhianatan suaminya. "Pada penghujung cerita ini, Medea akan membunuh anak-anaknya. "Pada saya dengan isu pembuangan bayi yang sedang berleluasa, pementasan ini amat sesuai untuk dipersembahkan sekarang. Jika karya itu ditulis semasa tahun 431 sebelum Masihi, mengapa orang sekarang masih membunuh anak? Sepatutnya manusia sekarang lebih bertamadun selepas mendapat pendidikan," ujar Norzizi ketika ditemui di studio Utusan. Bakal dipentaskan bermula 13 Oktober hingga 17 Oktober, cerita Medea yang asal menceritakan bagaimana seorang ibu membunuh anak-anaknya yang sudah berusia antara 8 hingga 9 tahun. Dalam versi tempatan, Medea akan menjalani pantang selepas bersalin.
"Selain daripada kelainan itu, versi ini juga akan memaparkan props, kostum, set, muzik dan dipentaskan dalam bahasa Melayu. Semuanya akan dimelayukan tetapi dengan mengekalkan nama serta nama tempat Greek asal. Ini supaya penonton tahu bahawa ia merupakan karya Greek," katanya yang pernah mengarahkan 10 teater. Dijayakan oleh Azizah Mahzan, Zulkifli Zain dan Shahredza Minhat, semua pelakon utama dipilih sendiri oleh Norzizi atas kredibiliti mereka. Selain pelakon utama, ia juga disempurnakan oleh lapan pelakon pembantu, lima pemuzik serta lapan penyanyi dikir barat. "Menariknya, kami akan memasukkan penyanyi dikir barat dalam persembahan ini. Jadi penyampaiannya adalah lebih kontemporari. Juga penggunaan alat muzik gamelan turut dipilih untuk memperkayakan elemen Melayu yang akan ditonjolkan di dalam pementasan ini. Selain muzik latar, pengarah muzik, Hafiz Askiak turut menghasilkan sebuah lagu, Dilamun Cinta khas buat teater ini," tambahnya. Demi cintanya untuk lelaki yang bernama Jason, Medea sanggup membunuh ayah dan abangnya supaya dia berkahwin dengan kekasih hatinya. Bagaimanapun cintanya didustai apabila Jason kemudiannya berkahwin dengan Puteri Glauce, anak kepada Raja Creon atas alasan untuk membina jaminan hidup bagi anak-anak lelakinya. Tidak dapat menerima pengkhianatan dan dia dihalau keluar dari negeri, Medea membalas dendam dengan membunuh Puteri Glauce dan Raja Creon dengan racun ciptaannya. Lebih kejam, dia telah membunuh kedua-dua orang anak Jason supaya hidup kekasihnya itu hancur.
"Disebabkan ini sebuah cerita tragedi, durasinya adalah antara satu jam setengah sahaja. Kami sudah memulakan latihan sejak bulan Julai lalu tetapi berhenti seketika semasa sambutan raya. Disebabkan saya turut mengajar di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik Universiti Teknologi MARA (UiTM), jadi latihan hanya boleh dilaksanakan di sebelah malam. "Malah saya baru sahaja mengarahkan teater Sirih Bertepuk Pinang Menari untuk pelajar saya. Nasib baik dengan pengalaman sebelum ini semasa saya mementaskan Medea bersama pelajar saya, ia banyak membantu," katanya yang telah ringkaskan serta padatkan skrip bagi memudahkan pelakonnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |