Adsense

Selasa, 12 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Sertai Ujibakat Polo Rocks! Will You?

Posted: 12 Oct 2010 09:08 AM PDT

Ada bakat pun tak guna kalau tak berani nak tonjolkan diri. Betul tak? Sekarang ni, Budiey tengok banyak betul sesi ujibakat kat luar sana yang korang boleh join untuk mengasah bakat.

Yang penting, korang kena cuba dulu, manalah tahu, anda boleh jadi terkenal satu hari nanti.

Polo

Budiey ada dengar tentang satu pertandingan untuk mencari bintang rock atau rock star yang dilancarkan oleh Volkswagen Group Malaysia. Tentu sekali ujibakat ini untuk korang yang tercari platform untuk jadi bintang.

Kalau anda berbakat menyanyi lagu rock secara solo atau berkumpulan, ini peluang untuk anda! Budiey rasa, pertandingan ini memang gempak habis sebab menawarkan hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah album rock anda sendiri yang akan diterbitkan secara profesional.

Fuh, lumayan betul! Kerja setahun pun tak dapat banyak tu kan? Hebat kan hadiahnya? Mana tak hebatnya, sebab tujuan event yang boleh dikira 'rocking' ni sebenarnya nak memperkenalkan dan mempromosikan dengan lebih hebat lagi brand Volkswagen.

Budiey pun rasa pertandingan mencari rock star ini sudah tentu kena pada masanya. Mesti ramai yang nak join!

Apatah lagi, Volkswagen Polo ni kalau tak silap, memang serasi dengan jiwa muda yang segar dan ceria.

Seiring dengan pelancaran Volkswagen Polo tak lama lagi, tak dapat dinafikan, Budiey pun rasa nak datang ke ujibakat ni. Bukan untuk cuba join sebab Budiey manalah ada bakat pun. Nak tengoklah, mana tahu ada artis kita yang akan join! Mana tahu kan?

Polo

Jadi, apa lagi, setkan tarikh ni. Ujibakat akan diadakan di 27 lokasi di sekitar Lembah Klang, Penang, Ipoh dan Johor Bahru yang bermula dari 13 Oktober – 31 Oktober 2010.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah. Seperti yang Budiey katakan tadi, ujibakat boleh disertai secara solo dan bersama dengan band.

Setelah melalui ujibakat dan saringan, finalis yang terpilih akan bertanding untuk merebut gelaran juara pada 19 November 2010 yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.

Budiey difahamkan oleh penganjur, selain ada ujibakat dan melihat peserta buat performance, korang yang hadir boleh bertemu mata dengan Liyana Fizi, Arabyrd, Atilia dan Bo. Artis ni turut menghiburkan dengan persembahan istimewa.

Sebenarnya, Budiey dapat info ni di www.facebook.com/mypolorocks

Yang paling menarik, buat korang yang tak dapat datang, jangan risau, semua persembahan istimewa dari artis akan dirakam dan diupload di www.facebook.com/mypolorocks

Pemenang akan ditentukan berdasarkan undian pelayar laman Facebook Rasmi Polo Rocks dan juga panel juri yang profesional.

Amacam, berani? Jom ke ujibakat dan serlahkan bakat jiwa rock anda sekarang! Polo Rocks! Will You!

Polo

Polo

Atilia

Polo

Polo

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Audition Ujibakat One In A Million Musim Kedua (OIAM 2)
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta

    Posted: 12 Oct 2010 09:05 AM PDT

    Filem yang berbentuk komedi, walaupun kadang-kadang rasa tak kelakar, kalau kena dengan cara, tak rugi untuk kita layan. Sekurang-kurang ada mesej pengajaran serta skrip yang lengkap dengan falsafah kehidupan itu dah memadai.

    Semalam, jam 10 pagi telah berlangsung Prebiu Filem Cuti Cuti Malaysia… ops… silap sebenarnya CUTI CUTI CINTA. Diterbitkan oleh Metrowealth MIG, melalui anak syarikatnya iaitu Metrowealth Pictures Sdn Bhd. Filem ini adalah filem yang ke-8 untuk tahun 2010. Melengkapkan 41 filem yang diterbitkan oleh MIG.

    Prebiu Cuti Cuti Cinta

    Pelakon bergambar bersama pengarah dan penerbit

    Filem arahan Ahmad Idham ini akan mulai ditayangkan mulai 21 Oktober 2010. Sebuah filem romantik komedi yang Budiey rasa sarat dengan mesej dan pengajaran. Tentang pengertian cinta dan kehidupan.

    Prebiu Cuti Cuti Cinta

    David Teo sebagai penerbit filem turut berucap walaupun masih tak sihat.

    Menurut Idham, filem itu lebih bersifat kisah cinta antara dua golongan yang berlainan pandangan mengenai kehidupan. Ia diwakili watak Omar Rudy (Farid) dan Eeva Elyana (Nora) yang bertemu di sebuah pusat percutian, apabila wanita muda daripada keluarga berada itu cuba menenangkan diri setelah dikhianati Remy (Zed Zaidi), lelaki kaya yang cuba disatukan dengannya oleh keluarga.

    Ahmad Idham

    Omar Rudy ialah seorang daripada pekerja di hotel penginapannya. "Ia memaparkan pertembungan ideologi antara dua insan daripada latar belakang yang berbeza. Eeva mewakili manusia yang mempunyai harta dan kedudukan, serta kehidupan serba moden di kota. Manakala Omar pula lebih kepada lelaki yang datang daripada keluarga desa, serta hidup bersederhana dengan menjadikan laut antara punca pendapatan.

    Kehidupan bukan setakat apa yang kita nampak di hadapan mata kita. Apa pula pengertiannya bagi mereka yang berada dalam situasi berbeza, serta mempunyai cara hidup yang berlainan? – Ahmad Idham

    Kata Idham, dia cuba mengetengahkan latar lokasi yang berbeza apabila kisahnya banyak bertumpu di kawasan percutian tepi pantai serta perkampungan nelayan. Visual menarik amat diharapkan apabila dia berjaya mendapatkan jurukamera terbaik, Raja Mukhriz Raja A Kamarudin.

    Ahmad Idham

    Buat pertama kalinya, Farid Kamil dan Nora Danish digabungkan sebagai pelakon utama. Selain itu, filem yang berlatarkan Pantai Morib sebagai lokasi ini dijayakan oleh Cat Farish, Adeep, Wangi dan Zizie dari The Fabulous Cat, Zed Zaidi, Kaza, Zaibo, Azizah Mahzan dan Delimawati.

    Prebiu Cuti Cuti Cinta

    Gandingan julung kali Nora Danish & Farid Kamil

    Nora Danish

    Nora Danish

    Prebiu Cuti Cuti Cinta

    Cat Farish & Adeeb

    Adeeb

    Adeeb

    Cat Farish

    Cat Farish, tetap hip hop selamanya

    Zizi

    Zizie

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kisah Budak KL Masuk Kampung
  • Kong : Return To The Jungle Dragon Metal Ages Kiddo The Super Truck di RTM
  • Sekitar Majlis Prebiu Filem V3 Samseng Jalanan
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini
  • Filem Madagascar Dan Ice Age Meltdown Di TV2
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah Jaguh Lasak
  • CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ
  • DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.