OHBULAN! |
(Hot Story) Liu Wei Pemain Piano Kudung, Pemenang China’s Got Talent 2010 Posted: 12 Oct 2010 08:47 PM PDT Kehilangan kedua-dua tangan'nya dalam satu kemalangan ketika berumur 10 tahun, namun Liu Wei daripada kawasan Beijing tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Dengan menggunakan kaki, beliau mula belajar piano ketika berumur 19, disamping memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. Hari ini, Liu Wei berumur 22 tahun dan baru sahaja menjuarai rancangan realiti China's Got Talent pada 10 Oktober yang lepas. Memainkan lagu penuh emosi dimedleykan dengan lagu "You Are Beautiful", vokal'nya pada tahap yang biasa sahaja, namun secara keseluruhan persembahan'nya yang mantap berjaya meruntun emosi jutaan penonton Tanah Besar, dan akhir'nya beliau menang. Kami melayan video ketika berlangsung'nya audition, tercengang sejenak apabila Liu Wei memainkan lagu Mariage D'amour. Sangat awesome! Video selepas ini. Final China Got Talent Semi-Final China Got Talent Audition |
(Gossip) Maria Farida Peluk Erat Shahz Jaszle, Hangat Bercinta Posted: 12 Oct 2010 11:30 AM PDT Ya, Maria Farida bukan'nya muda lagi, sama seperti Rita Rudani. Mungkin ada aura tersendiri, mereka berdua mempunyai persamaan, iaitu meminati jejaka-jejaka yang 10 atau 20 tahun lebih muda daripada mereka. Maria mempunyai hubungan intim dengan pelakon baru Shahz Jaszle (Tari Tirana, Asmara) yang baru berusia 24 tahun. Malah, Shahz juga tidak segan silu menayang foto mereka berdua bersama di dalam profile BlackBerry Messenger milik'nya. Fuh, anda lihat'lah sendiri, memang bergaya sakan habis Maria menayang jejaka idaman'nya itu. Bukan itu sahaja, gerak-geri dan perlakuan mereka berdua memang seperti pasangan yang dibuai cinta. Kata orang, wanita yang lebih berumur selalu'nya lebih memahami kehendak seorang lelaki muda. Sama seperti wanita, lelaki juga suka dimanjakan dan diberi perhatian. Mungkin, skill tersebut ada pada Maria sehingga mampu membuat Shahz jatuh cinta kepada'nya. Atau, Shahz Jaszle itu anak ikan Maria Farida? Amboi, melampau mulut! UPDATE: Shahz Jaszle menafikan hubungan cinta antara mereka berdua, kata'nya sekadar suka-suka. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |