Adsense

Selasa, 26 Oktober 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Aidil Tuntut Hak Jaga Anak Rita Ridaini!

Posted: 26 Oct 2010 07:15 PM PDT

image SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

"Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

"Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan," katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

"Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak," katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

"Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

"Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam)," katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

ONEmusic platform muzik

Posted: 26 Oct 2010 05:59 PM PDT


EMPAT dari kiri: T.KUGAN, Jean-Pascal, Cheong Hock dan Edwin Tan bersama barisan artis tempatan pada pelancaran ONEmusic di Petaling Jaya, baru-baru ini.


DI mana-mana sahaja kita berada, irama muzik pasti berkumandang sama ada di corong radio, telefon bimbit ataupun komputer peribadi.

Ia bagaikan sudah menjadi kemestian kepada orang ramai untuk mendengar atau menonton muzik kegemaran apabila mempunyai kelapangan.

Hari ini, lebih 13 juta pelanggan Maxis Berhad (Maxis) boleh menikmati muzik atau klip video dengan melanggan perkhidmatan muzik integrasi ONEmusic.

Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti dan Inovasi Maxis, T. Kugan berkata, sebagai permulaan ONEmusic menawarkan kira-kira 20,000 hingga 30,000 lagu antarabangsa dan tempatan untuk para pelanggan Maxis.

"Pelanggan-pelanggan boleh memilih pelbagai genre muzik dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

"Perkhidmatan OneMusic yang diperkenalkan kali ini sesuatu yang menarik kerana pelanggan Maxis boleh memuat turun seberapa banyak lagu dan muzik video pada harga langganan RM8 sebulan," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran perkhidmatan muzik integrasi ONEmusic di Ecobar, Menara Bata, Pusat Perdagangan PJ, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal van Overbeke, Pengerusi One Stop Music Sdn. Bhd. (OSM), Ng Cheong Hock dan Pengarah Eksekutif OSM, Edwin Tan.

T. Kugan menambah, para pelanggan boleh mendengar lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Mereka bukan sahaja dapat mendengar lagu melalui telefon mudah alih tetapi juga komputer peribadi dan televisyen.

Dalam pada itu Jean-Pascal berkata, sehingga kini pengguna perkhidmatan data melalui telefon bimbit adalah seramai tujuh juta orang manakala Internet pula mencecah sejuta orang.

"Kami sentiasa menawarkan perkhidmatan yang berkaitan kehidupan. Ia bukan sekadar mengenai telefon bimbit dan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi semata-mata.

"Pada masa akan datang, kami merancang untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan berasaskan kehidupan untuk pengguna di Malaysia," katanya.

Perkhidmatan ONEMusic boleh dilanggan dengan menghantar mesej pesanan ringkas On ONEMusic kepada 29000 atau dail *100# bagi menu mudah di telefon.

Pelanggan-pelanggan juga boleh melayari laman web www.musicunlimited.com.my atau www.maxis.com.my untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan terbaru itu.

Duit Syiling 50 sen 1976

Posted: 26 Oct 2010 01:20 AM PDT

JANGAN TERKEJUT PULAK




DARI TEPI


ZOOM DARI TEPI