Sensasi |
- Kisah Benar:Kerana memiliki Cemara Babi,suami berubah sikap menyerupai Babi
- Kisah Benar: Pengakuan seorang suami- Isteri Curang
- Pelakon 2 Alam Malu Dengan Filem Sendiri?
- Saida (Kakak Siti Nurhaliza) failkan cerai,kerana wujudnya org ketiga?
- Paul The Octopus sudah Mati
- Elyana Nikah pada 19 November 2010
Kisah Benar:Kerana memiliki Cemara Babi,suami berubah sikap menyerupai Babi Posted: 26 Oct 2010 07:06 PM PDT Kepercayaan khurafat seorang lelaki tangkal diperbuat daripada anggota babi dimilikinya mampu memberi kekayaan dalam tempoh singkat, akhirnya memakan diri. Kenyataan itu mungkin pelik, tapi ia benar-benar berlaku dan didedahkan berdasarkan pengalaman isteri kepada lelaki terbabit yang menanggung derita gara-gara ketaksuban suaminya terhadap barang mistik. Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 30-an, berkata dia mengesan pelbagai perubahan yang berlaku kepada suaminya sejak memiliki barang berkenaan pertengahan tahun lalu. Katanya, tangkal daripada anggota babi yang dikenali dengan nama cemara babi itu membuatkan rumah tangganya kini umpama retak menanti belah. "Suami saya bukan lagi suami yang saya kenal kira-kira 12 tahun lalu. Kerana taksub dengan perkara khurafat, dia (suami) sudah tidak tahu halal dan haram. Paling mengejutkan, perwatakannya menjadi seperti babi selepas memiliki cemara babi itu. "Dia (suami) gemar makan pucuk ubi mentah. Dia memberi alasan tidak pulang ke rumah kerana berasa panas jika berada di dalam rumah. Dia turut mengakui berasa lebih panas apabila saya bersolat atau mengaji al-Quran. "Saya juga pelik apabila dia jadi gelabah jika terjumpa lopak air. Yang mengejutkan, beberapa rakannya yang saya temui memberitahu, suami saya gemar mengambil air di lopak air yang kotor dan menyapunya di muka serta seluruh anggota badan dan tidak kisah bau badannya busuk," katanya. Fatin berkata, sejak memiliki cemara babi itu, suaminya juga semakin 'galak' menjalin hubungan sulit dengan saudara rapatnya. "Sudah beberapa kali saya menangkap suami dan saudara rapat saya itu berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Malah, suami memanggilnya dengan panggilan 'Yang' (sayang). "Seperti juga haiwan itu yang suka 'menyondol', begitulah sikap suami saya yang sanggup 'membelasah' ahli keluarga kami," katanya. Fatin mengakui kesilapannya kerana tidak bersungguh-sungguh mengambil tahu barang mistik yang dimiliki suaminya. "Suami sanggup berhutang untuk memiliki cemara babi itu dan berjanji akan membayarnya semula. Dia ada beritahu nak beli barang yang boleh mendatangkan keuntungan. "Saya ambil sikap endah tak endah dan mengikut saja kehendaknya. Saya diberitahu, harga barang itu mencecah puluhan ribu ringgit, tetapi saya tidak tahu berapa suami keluarkan wang kerana saya pinjam wang tidak sampai RM1,000," katanya sambil memberitahu, sampai sekarang hutangnya denganrakannya belum dibayar. Menurutnya, sebelum suami taksub dengan barangan khurafat termasuk cemara babi, kehidupan mereka suami isteri baik. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan berjalan lancar untuk membolehkan mereka hidup serba sederhana. "Namun sejak dia percayakan barangan khurafat itu, saya terkontang kanting menguruskan perniagaan sendiri yang semakin merosot. Kereta, daripada tiga tinggal dua dan kedua-duanya sudah tertangguh bayaran bulanannya," katanya. Menurut Fatin, kerana tidak tahan menanggung beban dan penderitaan, dia merujuk masalahnya ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Selepas saya berbuat demikian, ada perubahan pada sikap suami saya. Dia kata masih sayangkan saya dan mahu rumah tangga kami kembali seperti dulu. Saya bersyukur dan berdoa supaya perubahan berterusan. "Walaupun tidak tahan menanggung derita, perasaan sayang terhadapnya masih ada. Sudah 12 tahun hidup bersama, saya tidak mahu rumah tangga kami berakhir begitu saja. "Namun kalau dia kembali kepada perangai lama, saya rela berpisah kerana tidak sanggup melihat dia terus menanggung dosa," katanya. |
Kisah Benar: Pengakuan seorang suami- Isteri Curang Posted: 26 Oct 2010 06:48 PM PDT Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun. "Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain," kata Azman, 30-an. Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya: "Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka. Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan. Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama. Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi. Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun. Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan. Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu. Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya. Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya. Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu. Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya. Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama. Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu. Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri. Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain. Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya. Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya. Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil 'bersepah'. Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat? Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip. Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip. Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah. Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing. Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak. Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya. Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya. Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu. Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?" |
Pelakon 2 Alam Malu Dengan Filem Sendiri? Posted: 26 Oct 2010 06:43 PM PDT Selepas habis tayangan perdana Filem 2 Alam yang lepas,beberapa pelakon Filem 2 Alam ditemui untuk ditemu bual,namun apa yang menghairankan ada diantara pelakon filem tersebut yang diam seribu bahasa dan tiada komen,ada juga yang menjawab dengan jawapan PR. Kelihatan pelakon filem tersebut hanya tersenyum,entah apa yang disenyumkan samada senyum puas atau pun senyum sinismalah ada yang melarikan diri dari ditemuramah media Ada juga beberapa pihak yang cukup 'geli-geleman' bila filem ini mempunyai terlalu banyak babak tak senonoh. Apapun, itu semua pendapat individu. Tepuk dada tanya selera.
|
Saida (Kakak Siti Nurhaliza) failkan cerai,kerana wujudnya org ketiga? Posted: 26 Oct 2010 06:29 PM PDT Sensasi: Sebelum ini sudah kedengaran yang wujudnya org ketiga dalam rumahtangga Saida ,kakak kepada penyanyi No.1 negara iaitu Siti Nurhaliza.Saida mula dikenali selepas menyertai program realiti Akedemi Fantasia. Tentang wujudnya org ketiga yang dikatakan merosakkan rumah tangga Saida dan suaminya,tak tahu la pulak kesahihan cerita ini...Saida cuma menerangkan bahawa perkahwinan mereka nie dah lama tidak sefahaman,dan akhirnya dia merasakan matlamat perkahwinan mereka tidak mungkin dpt dicapai lagi,jadi perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka mengambil haluan dan cara hidup masing-masing.. Jadi Saida memfailkan cerai dan terpulang pada suaminya utk bersetuju menceraikannya atau pun tak.. Setelah 14 tahun melayari hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak, penyanyi Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri. Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memfailkan permohonan itu pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Perekutuan 1984 dan kes disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa. Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan sebagai wakil kepada bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam itu manakala Mohd Ghazali tidak diwakili peguam. Mohd Suhaily menetapkan 20 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang bagi mengetahui sekiranya ikatan perkahwinan masih boleh diselamatkan ataupun mereka masih mengekalkan keputusan mahu berpisah. Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun. Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi. Dia yang bernaung di bawah syarikat milik Siti Nurhaliza juga yakin bahawa matlamat perkahwinan tidak akan tercapai. |
Posted: 26 Oct 2010 06:30 PM PDT Nama lain : "Paul" Oktopus / Paul die Krake / Pulpo Paul Species : Octopus vulgaris Sex : Male Born : January 2008 Weymouth, England, or in the waters off Elba, Tuscany, Italy Died : 25 October 2010 (aged 2) Oberhausen, Germany Occupation Exhibit Psychic Football Pundit 2008–2010 Known for Predicting results of Germany's football matches Owner Sea Life Centres (aquarium keeper: Oliver Walenciak) Named after A poem by Boy Lornsen, Der Tintenfisch Paul Oktopus Nama sotong kurita Paul ,dikenali ramai setelah membuat ramalan di Worl Cup 2010 yang lepas..Setiap hari nama Paul meniti dibibir peminat sukan Bola sepak dunia kerana keajaiban dan kebolehan ianya meramal dengan tepat,sekaligus menghiburkan kita semua ,dan menjadi topik hangat...Namun jangka hayat seekor sotong hanya bertahan 2 tahun sahaja..begitu juga dengan Paul the Octopus ini.. Paul menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya, menurut Stefan Porwoll, pengurus Pusat Hidupan laut di Jerman. Paul menetas dari telurnya di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke cawangannya di Oberhausen, Jerman. Nama Paul diambil sempena tajuk sebuah sajak oleh penulis buku kanak-kanak Jerman, Boy Lornsen: Der Tintenfisch Paul Oktopus. Menurut pengarah hiburan Pusat Hidupan Laut, Daniel Fey, Paul sudah pun menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi. Sudah diduga ramai orang bahawa Paul akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, kerana sotong kurita seperti Paul biasanya mempunyai jangka hayat purata tidak melebihi dua tahun. Selepas Piala Dunia 2010, pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraannya sebagai peramal.a |
Elyana Nikah pada 19 November 2010 Posted: 26 Oct 2010 05:34 PM PDT Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Khairul Anuar, pada 19 November ini. Pasangan itu akan melangsungkan pernikahan dan persandingan sehari selepas itu (20 November) di Duchess Place, Ampang, selangor. Menurut Elyana, perasaannya sedikit berdebar menantikan detik bergelar isteri dan berharap segala perancangan yang diaturkan bersama perunding perkahwinannya, Zulhery, berjalan dengan lancar. "Insya-Allah, saya bersedia untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang isteri. Cuma sebelum kahwin ini, saya tak nak terlalu berfikir sangat, takut terlebih berdebar pula. "Saya juga bersyukur dan bertuah kerana majlis pernikahan serta persandingan dibantu oleh rakan-rakan saya. Ada yang memberi pakej persandingan dengan harga istimewa dan ada juga yang mahu menaja. "Pada hari persandingan nanti, saya akan membuat majlis pada waktu siang yang akan dihadiri oleh saudara mara. "Pada sebelah malam pula untuk rakan-rakan artis dan media," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Tambah Elyana, majlis persandingan di pihak lelaki pula akan diadakan di Mentakab, Pahang, seminggu selepas pernikahan mereka. Walaupun bergelar isteri nanti, Elyana tetap meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. "Setakat ini, bakal suami saya memberi keizinan untuk menyanyi dan berlakon seperti biasa. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |