Adsense

Selasa, 26 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar Diana Danielle Yang Meruntun Jiwa Di FFM23

Posted: 25 Oct 2010 07:56 PM PDT






google: diana danielle, diana danielle festival filem malaysia ffm23, gambar terbaru diana danielle, foto terkini diana danielle, diana danielle seksi, diana danielle hot, diana danielle cantik,

GAMBAR artis Red Carpet Festival Filem Malaysia 23 (FFM23)

Posted: 25 Oct 2010 07:54 PM PDT


























google: Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, gambar Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, gambar artis Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, lisa surihani Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, foto artis Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, gambar terkini Red Carpet Festival Filem Malaysia 23, foto terkini Red Carpet Festival Filem Malaysia 23

Farah Asyikin di Festival Filem Malaysia 23

Posted: 25 Oct 2010 07:43 PM PDT

Penyanyi, Farah Asyikin siapa tidak kenal. Seorang artis dan juga pelajar di Universiti Lim Kok Wing. Farah ni sebelum ni pernah menyertai Malaysian Idol dan juga One In a Million. Namun kedua-duanya tidak lah menjadi juara, tetapi mendapat perhatian pelbagai pihak produser terhadap bakatnya itu. Jadi tak hairanlah kenapa Farah lebih top daripada yang lainnya di kedua-dua program berkenaan. Farah pun tak kalah daripada segi bentuk badan, memang dia memiliki pakej.






google: farah asyikin, farah asyikin seksi, farah asyikin ketat, farah asyikin hot, farah asyikin di ffm23, gambar farah asyikin di ffm23, farah asyikin buah dada, foto terkini farah asyikin

Amy Search & Ella Minta Maaf, Gagal Nyanyi Lagu P.Ramlee

Posted: 25 Oct 2010 07:37 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi rock tersohor, Amy Search meminta maaf kepada penonton ekoran gagal menyanyikan lagu 'Azizah' dengan baik semasa rakaman Konsert Penghargaan P.Ramlee di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Ahad.

Setelah dua kali terpaksa mengulang semula nyanyian lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu, akhirnya Amy bersuara memohon maaf dan mengaku perkara tersebut berlaku disebabkan dia baru membuat latihan pada pagi hari konsert itu.

"Saya minta maaf kepada semua kerana tak dapat menyanyi dengan baik. Semalam saya sibuk dengan konsert di Esplanade, Singapura dan baru membuat latihan pada pagi tadi," katanya di atas pentas.

Sambil diiringi band orkestra DBKL yang dipimpin oleh pengarah muzik Mirza Abdullah, selain lagu 'Azizah', Amy turut menyanyikan lagu 'Jangan Tinggal Daku'.

Bagaimanapun, sebelum itu, seorang lagi penyanyi rock, Ella turut melakukan kesilapan sehingga terpaksa mengulang nyanyian sebanyak tiga kali ketika menyampaikan lagu 'Bunga Melur'.

Dia juga memohon maaf atas perkara yang berlaku kerana dia bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah turut menyebabkan waktu rakaman menjadi lebih panjang.


Salih Yaacob dan Nora Danish semasa persembahan lagu 'Madu Tiga'.
Berlainan dengan Amy, difahamkan Ella lebih banyak menghadiri latihan yang diaturkan. Mungkin benar seperti katanya, dia gagal melakukan yang terbaik disebabkan baru pertama kali menyanyikan lagu tersebut.

Selain Amy dan Ella, terdapat 17 artis terkenal yang turut mewarnai konsert sempena kempen 'Di Mana Kan Kucari Ganti? Seniman Agung P.Ramlee' itu.

Mereka adalah Misha Omar, Meet Uncle Hussain, Hujan, Haziq, Datuk Sharifah Aini, M. Nasir, Ning Baizura, Yuna, Altimet, Aizat, Vince, Jaclyn Victor, Najua Nadia Nasir (cucu P.Ramlee), Salih Yaacob, Rosnah Mat Aris, Nora Danish dan Rozita Che Wan.

Antara lagu-lagu yang turut dipersembahkan termasuklah Getaran Jiwa, Tunggu Sekejap, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Jeritan Batinku, Engkau Laksana Bulan, Maafkan Kami, dan Ali Baba.


Antara 19 artis yang terlibat dalam konsert mengenang P.Ramlee.
Selain itu lagu-lagu lain seperti Dengar Ini Cerita, Bila Mama Pakai Celana, Yang Mana Satu, Pabila Larut Malam, Semerah Padi, Tari Tualang Tiga dan Di Mana Kan Kucari Ganti.

Konsert yang dibawakan oleh Astro dan DBKL itu akan disiarkan secara serentak di Astro Ria (saluran 104), HISTORY HD (saluran 575) dan PRAMLEE HD (saluran 188) pada 29 Oktober ini, pukul 9.30 malam.

Bagi yang ketinggalan, boleh menonton lagi ulangan konsert itu pada 30 Oktober ini, pukul 7 malam di HISTORY (saluran 555).

Selain itu, paparan dokumentari tentang P.Ramlee yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba (Pesona Pictures), akan ditayangkan pada 31 Oktober, pukul 9 malam di saluran yang sama.

Sementara siaran ulangannya pada 1 November, pukul 10 malam, 6 November, pukul 7 malam dan 15 November, pukul 10 malam.

Mamat Khalid Kecewa "Estet" Tidak Raih Anugerah Utama

Posted: 25 Oct 2010 07:36 PM PDT


PETALING JAYA: Pengarah filem Estet, Mamat Khalid agak kecewa apabila filem arahannya iaitu Estet gagal mendapat anugerah penting terutamanya katogeri Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) yang berlangsung Ahad lalu.

Mamat menganggap filemnya seperti tidak disokong oleh industri perfileman tempatan sedangkan filem itu mencerminkan nilai 1Malaysia.

Beritahu Mamat, tujuannya menghasilkan Estet adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya pembikin filem dapat membentuk sifat kenegaraan di kalangan rakyat untuk menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia.

Namun ia seperti tidak disokong apabila Estet sekadar meraih Anugerah Khas Juri pada malam itu dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Shashi Taran) bagi Anugerah Cipta yang diadakan empat hari sebelum acara kemuncak itu.

"Ketika pengumuman pemenang bagi setiap kategori, saya dapat rasa yang Estet tiada harapan untuk menang.

"Saya tak mahu dilihat seperti sedang kegusaran. Tapi bila Estet langsung tidak mendapat tempat, maknanya industri tidak menyokong filem tersebut.

"Nak kata saya kecewa, tidak. Tapi saya keliru kerana saya sangkakan filem sebegini yang industri nak raikan. Sebaliknya ia dilepas pandang seolah-olah filem Estet tidak wujud. Mungkin arah tuju industri dah lain.

"Baru sekarang saya faham apa yang arwah Yasmin Ahmad lalui. Jangan salah faham, saya buat filem bukan kerana mahu menang anugerah. Mungkin silap diri sendiri kerana saya ingat, filem seperti Estet yang industri kita mahu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.


Jasmine Micheal dan Farid Kamil dalam filem Estet.
Tambah Mamat, memandangkan Estet yang bakal ditayangkan pada 4 November ini gagal meraih filem terbaik, pengarah itu perlu membuat strategi untuk mempromosikan karyanya itu sebaik mungkin.

"Memandangkan Estet tidak mendapat sokongan daripada FFM23, Saya perlu bekerja keras dan meyakinkan kepada masyarakat bahawa Estet adalah sebuah filem kerakyatan yang bagus dan saya rasa belum pernah lagi kita ada.

"Apa pun, saya telah dididik untuk bersyukur dengan apa yang diterima. Setiap kesedihan pasti ada hikmahnya. Ia merupakan satu cabaran untuk saya berkarya bagi filem seterusnya.

"Ini juga merupakan satu 'goncangan' dan kesedaran untuk diri saya di mana bukan semua hasil kerja kita mendapat sokongan," tuturnya.

Bagaimanapun, berdasarkan tayangan perdana yang diadakan pada Rabu lalu, bersempena dengan Majlis Perasmian FFM23, Estet menerima komen yang positif di kalangan penonton yang menyaksikannya.

Selain Estet, filem arahan Mamat iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah juga bakal menemui penonton pada 9 Disember ini, manakala filem Apokalips pula ditayangkan pada tahun depan.

Pakaian Seksi FFM23 : Farah Asyikin Bukan Langgar Prinsip

Posted: 25 Oct 2010 07:35 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Asyikin memberitahu pakaian yang digayakan dalam persembahannya pada acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) tidak melanggar pendiriannya untuk tidak berpakaian seksi seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Katanya, dia masih teguh dengan pendirian tersebut namun ia perlu mengikut kesesuaian sesebuah majlis.

"Ya, memang sebelum ini saya pernah memberitahu untuk tidak lagi seksi. Tapi ia bergantung kepada sesebuah majlis, saya perlu tampil bersesuaian dengan persembahan saya pada malam itu.

"Bukan saya melanggar pendirian yang telah saya buat, pada saya pakaian tersebut tidak seksi. Sebelum persembahan lagi saya sudah beritahu kepada pereka fesyen baju tersebut iaitu Arif Shukur agar bawa baju yang sopan dan tidak menampakkan kulit," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Farah juga menafikan bahawa dia telah mengubah pendiriannya akibat putus tunang baru-baru ini.

"Ia tiada kena mengena dengan putus tunang, semasa saya buat kenyataan tersebut juga saya sudah fikir masak-masak. Kalau boleh memang saya tidak mahu berpakaian seksi lagi.

"Saya lebih selesa dan selamat bila tidak seksi. Cuma untuk persembahan sahaja saya berpakaian bersesuaian. Itu pun seboleh-bolehnya tidak mahu seksi," katanya yang pernah berhasrat untuk tampil dengan imej berbaju kurung.

Menurut Farah, persembahan tersebut juga memerlukan dia membawa perwatakan seperti dalam filem Pisau Cukur.

"Lagu tersebut merupakan lagu tema kepada filem Pisau Cukur, jadi saya perlu bawa watak nakal sedikit. Apa pun saya sangat menjaga batasan agar tidak terlalu berlebihan.

"Saya hanya buat yang terbaik, malam itu saya bukan sahaja membawa lagu tersebut tetapi mewakili filem tersebut," katanya.

Elyana Nikah 19 November 2010

Posted: 25 Oct 2010 07:35 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Khairul Anuar, pada 19 November ini.

Pasangan itu akan melangsungkan pernikahan dan persandingan sehari selepas itu (20 November) di Duchess Place, Ampang, selangor.

Menurut Elyana, perasaannya sedikit berdebar menantikan detik bergelar isteri dan berharap segala perancangan yang diaturkan bersama perunding perkahwinannya, Zulhery, berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, saya bersedia untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang isteri. Cuma sebelum kahwin ini, saya tak nak terlalu berfikir sangat, takut terlebih berdebar pula.

"Saya juga bersyukur dan bertuah kerana majlis pernikahan serta persandingan dibantu oleh rakan-rakan saya. Ada yang memberi pakej persandingan dengan harga istimewa dan ada juga yang mahu menaja.

"Pada hari persandingan nanti, saya akan membuat majlis pada waktu siang yang akan dihadiri oleh saudara mara.

"Pada sebelah malam pula untuk rakan-rakan artis dan media," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Elyana, majlis persandingan di pihak lelaki pula akan diadakan di Mentakab, Pahang, seminggu selepas pernikahan mereka.

Walaupun bergelar isteri nanti, Elyana tetap meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

"Setakat ini, bakal suami saya memberi keizinan untuk menyanyi dan berlakon seperti biasa.

"Tambah pula, single lagu terbaru saya yang berjudul, Waktu Dulu-Dulu, bakal dikeluarkan tidak lama lagi," tuturnya yang melangsungkan perkahwinannya berkonsepkan Melayu Tradisional (siang) dan Inggeris Vintaj pada sebelah malam.

google: elyana, elyana nikah, elyana kahwin, tarikh elyana kahwin, resepsi elyana, elyana bertunang, elyana dan tunang, gambar tunang elyana, persiapan kahwin elyana

Rahsia P.Ramlee Buka Kedai Mahjung

Posted: 25 Oct 2010 07:27 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal membuka rahsia mengenai seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi dokumentari khas berjudul P.Ramlee.

Dokumentari itu akan disiarkan menerusi saluran History (Saluran Astro 555), pada 30 Oktober ini, pukul 9 malam.

Menurut Shuhaimi, P.Ramlee terpaksa melalui perjalanan yang agak sukar termasuklah membuka sebuah kedai mahjung bagi membiayai kos filemnya kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak bank.

"Ini adalah cerita benar, beliau terpaksa membuka kedai mahjung untuk cari duit buat filem. Bukan tujuan kami menceritakan perkara buruk, tetapi kami menyingkap dan beri teladan daripada perjalanan hidup anak seni ini.

"Kita menyanjung dan mengagumi P.Ramlee selepas ketiadaannya, tetapi kita tidak tahu bagaimana perjalanan hidup dan susah payah yang dilalui selama ini," katanya ketika ditemui pada pelancaran dokumentari P.Ramlee baru-baru ini.

Menurutnya, dilema yang dihadapi P.Ramlee dalam memperjuangkan industri perfileman tempatan menjadi rujukan kepada pengarah-pengarah hari ini.

"P.Ramlee telah mendahului zamannya. Sebagai pengarah, saya sendiri melalui apa yang P.Ramlee telah lalui pada eranya. Apa yang saya lihat masalah dan delima yang dihadapi membuka mata banyak pihak.

"Dalam dokumentari ini, kami tidak dibenarkan membuat lakonan semula. Jadi semua penggambaran atau lakonan merupakan video asli. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat video yang terpaksa dicuci terlebih dahulu disebabkan terlalu lama disimpan," ujarnya.

Dokumentari 90 minit yang diterbitkan oleh Pesona Pictures itu dihasilkan dengan kerjasama antara AETN All Asia Networks yang mengendalikan saluran HISTORY di Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dalam pada itu, pelakon veteran, Datuk Aziz Satar mengakui berasa sedih dan sebak setiap kali menonton filem-filem lakonan dan arahan rakan seperjuangannya bintang legenda itu.

Kata Aziz, dia terkenang pahit maung dan kekecewaan yang dilalui oleh seniman agung itu ketika di penghujung hayatnya.

"Setiap kali saya melihat gelagatnya di televisyen, air mata pasti mengalir. Secara tidak langsung ia mengingatkan saya kenangan bersama-sama dengannya.

"Ramai yang ketawa, gembira melihat cerita komedinya tapi mereka tidak tahu bagaimana perjalanan hidupnya untuk memperjuangkan industri ini," ujarnya

Tambah Aziz, beberapa hari sebelum meninggal dunia, P.Ramlee meluahkan perasaan kecewa bukan sahaja kerana sudah tidak dihargai malah dia sedih apabila tidak diberi peluang untuk berkarya.

"Dua, tiga hari sebelum meninggal dia mengajak saya ke Ipoh menaiki kereta api. Sepanjang perjalanan dia meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila tidak dihargai lagi.

"Dia juga mengadu bahawa masyarakat dan orang dalam industri sudah tidak mahu membantunya. Dia tersepit apabila tidak mempunyai modal untuk menerbitkan filemnya," kata Aziz.

Dalam pada itu, beliau menganggap P.Ramlee seorang yang jujur dalam berkarya. Malah memberi peluang kepada semua pelakon-pelakonnya untuk memberi idea sendiri.

"Dia tidak pernah menolak idea kami. Dia mengaku bahawa dia bukan seorang pelawak, dan minta idea saya dan Sudin (S.Shamsuddin) untuk menjadikan cerita tersebut lebih kelakar," ujarnya yang sedang menyiapkan sebuah buku biografi Tan Sri P.Ramlee Legenda.

Dalam pada itu, Seniwati Mariani yang mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik iparnya itu menyifatkan P.Ramlee seorang yang romantik.

"Sebelum dia berkahwin dengan adik saya, Saloma, kami memang pernah menjalinkan hubungan cinta. Tapi disebabkan adik saya juga mencintai P.Ramlee saya ambil keputusan untuk undur diri.

"Biarpun sekejap, saya faham sangat dengan perangai dia yang penyayang dan romantik. Dia tidak suka orang yang dia sayang bekerja kuat dan berasa susah," katanya.

Mariani menganggap dokumentari istimewa ini membuka mata banyak pihak terhadap perjuangan seorang seniman yang kecewa di akhir hidupnya. Secara tidak langsung memberi teladan kepada pengarah dan pelakon-pelakon zaman ini.

Bapa Mertua Yusof Haslam Meninggal Dunia

Posted: 25 Oct 2010 07:27 PM PDT

SHAH ALAM: Jenazah bapa mertua, pengarah Datuk Yusof Haslam, Ismail Mustafa, 80, telah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Isnin.

Jenazah disemadikan selepas solat Zuhur.

Allahyarham yang juga Pengerusi Skop Productions Sdn. Bhd. menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3 pagi Isnin, akibat serangan jantung di KPJ Selangor Specialist Hospital.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan syarikat itu petang Isnin, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham sempat menonton siaran langsung kejayaan cucunya, Syamsul Yusof yang dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23).

Dalam pada itu, Syamsul menerima kenyataan bahawa di sebalik kejayaan yang di kecapi, beliau terpaksa merelakan pemergian datuk tersayang buat selama-lamanya.

Jangan Tuduh, Scha Bukan Bodoh - Awal

Posted: 25 Oct 2010 07:25 PM PDT


SEJAK kontroversi melibatkan pasangan selebriti popular pengacara Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya panas diperkatakan gara-gara ditahan dalam satu operasi pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada hujung tahun lalu, timbul pula cerita baru.

Kali ini timbul pula cerita kononnya keluarga Awal dikatakan mula kurang senang dengan Scha.

Puncanya apabila Scha dikatakan tidak menyambut salam secara berjabat tangan dengan sempurna.

Dalam satu laporan akhbar, Scha dikatakan telah menoleh wajahnya ke belakang ketika bersalaman dengan salah seorang ahli keluarga Awal menyebabkan keluarga tersebut mempunyai persepsi negatif terhadap pelakon wanita itu.

Selain kisah negatif itu, Scha dilaporkan semakin menyombong serta sering memberi komen-komen yang pedas sedangkan dia tidak terfikir perbuatan itu boleh memberi kesan buruk terhadapnya.

Terbaru dia dikatakan membalas satu mesej menerusi Twiter yang dihantar oleh rakan artisnya dengan menyamakan seseorang dengan haiwan.

Mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kisah-kisah itu, Mingguan mStar menghubungi Awal yang kini popular dengan single lagu pertamanya, berjudul Memori.

Scha pula tidak dapat dihubungi kerana sedang berada di Seoul, Korea, untuk penggambaran drama Awan Dania 3.

Macam mana hubungan Awal dan Scha sekarang?

Alhamdulillah, kami masih lagi berkawan.

Khabarnya Awal dan Scha akan berkahwin tahun depan. Benar?

Niat untuk kahwin memang sudah ada. Yelah, kalau kawan lama-lama, macam-macam pula jadinya. Kahwin adalah satu benda yang serius. Ramai yang salah faham yang ingat kami nak kahwin tahun depan. Tapi sebenarnya kenyataan saya ialah kalau boleh, saya mahu tamatkan zaman bujang saya sebelum umur 30 tahun. Sekarang umur saya 29 tahun. Tapi kalau tak ada rezeki, nak buat macam mana? tunggu sajalah bila tiba masanya nanti. Bukan kami mahu melambat-lambatkan. Sekarang ini pun masing-masing sibuk dengan kerja.

Difahamkan keluarga Awal kurang senang dengan Scha kononnya ketika Awal bawa Scha bertemu mereka, Scha menoleh ke belakang semasa bersalaman. Benar?

Dari mana cerita itu timbul? Setahu saya, mereka terima Scha dengan baik. Malah adik-adik saya begitu rapat dengan Scha. Alhamdulillah, keluarga terdekat juga menyukai Scha. Tambahan pula mereka minat lakonannya. Saya harap, isu sebegini tidak timbul lagi. Saya risau jika keluarga Scha terasa dengan isu ini kerana mereka begitu menyayangi saya. Masa isu ini keluar di sebuah akhbar, ibu Scha terus hubungi saya untuk bertanya hal sebenar. Bila kisah-kisah yang tak elok mengenai kami keluar, saya takut ia boleh merenggangkan kedua belah keluarga kami. Keluarga Scha sayang saya, begitu juga keluarga saya, mereka sayang pada Scha.

Terkejut bila cerita macam ni timbul?

Scha agak sedih bila isu ini timbul tanpa sebab. Mungkin orang yang tak suka kami bersama yang menyumbangkan cerita-cerita negatif ini. Keluarga saya jenis yang suka berterus terang. Kalau tak suka, mereka akan beritahu.

Awal boleh komen sikit kenapa tak mahu digandingkan bersama dalam mana-mana sesi fotografi? Kalau ditemu bual dalam program televisyen tak tolak pula?

Sejujurnya kami tak mahu hubungan kami terlalu didedahkan. Sebelum ini, bila orang bercakap tentang kami, orang sampai lupa tentang karier kami sebab asyik cerita tentang cinta. Jadi, bila kami disatukan dalam sesi fotografi ia membuatkan lebih banyak kisah cinta ditulis. Pihak televisyen pun banyak nak buat sesi temu bual khas tapi kami tolak dengan cara baik. Cuma bila kami bersama-sama hadir ke sesebuah majlis, kami tidak menolak untuk ditemu bual mahupun diambil gambar bersama.

Benarkah Scha yang jadi "kepala". Segala keputusan dia yang buat bukannya Awal?

Itu tidak benar. Kalau saya tak suka sesuatu, saya akan cakap tidak suka. Tapi saya jenis yang tidak cerewet dan tidak kisah dalam segala hal. Kalau hal makan pun saya malas nak fikir. Saya seorang yang tidak suka merancang. Lain pula Scha, dia jenis yang bersemangat dalam bab merancang. Kalau keluar bersama Scha, dia dah rancang apa yang nak buat pada hari itu dan semua perancangan itu berjaya kami lakukan bersama.

Ada gosip mengatakan Scha membalas satu mesej di Twiter yang dihantar oleh rakan artisnya dengan berkata ada-pihak-pihak tertentu macam haiwan. Tahu tentang hal itu?

Selagi saya tak baca Twiter itu, saya tak boleh nak komen. Bagi saya, dia seorang yang menghormati orang. Dia tak sebodoh itu untuk menulis kata-kata sebegitu dalam Twiternya kerana ramai yang membaca. Kalau nak tuduh dia macam itu ia agak melampau. Kalau benar dia tulis pasti ada buktinya. Benda yang berkaitan dengan media, dia jaga. Malah dia juga memastikan apa yang ditulis dalam Twitter, tidak akan mengecilkan hati sesiapa. Setelah saya lihat kembali Twitter Scha, dia sebenarnya tidak mengikuti pun akaun artis yang dimaksudkan itu, apatah lagi mahu membalas Twitter kepada artis itu.

Pandangan Awal tentang Scha?

Dia adalah pelengkap saya. Apa yang dia ada, saya tak ada. Contohnya seperti ciri-ciri yang saya tak pernah rasa ada dalam diri saya seperti seorang pelindung, romantik dan macam-macam lagi. Sampaikan saya sendiri berkata pada diri sendiri, "eh, romantik juga aku ni". Sebelum ini perangai saya agak kebudak-budakan.

Keputusan Kes Ameng, 1 November

Posted: 25 Oct 2010 07:24 PM PDT


Ameng ketika hadir di Mahkamah Majistret pada 7 September 2010 lalu. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Nasib vokalis Kumpulan Spring, Ameng berhubung kes memasukkan dadah ke dalam badan akan diketahui pada 1 November ini.

Majistret Zaki ASyraf Zubir menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas pihak terlibat memfailkan hujahan masing-masing.

Gelaran Datuk A.C Mizal Tidak Ditarik – Emylia Rosnaida

Posted: 25 Oct 2010 07:23 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang yang diberikan kepada suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

"Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Emylia diminta mengulas desas-desus kononnya darjah kebesaran terhadap A.C Mizal itu ditarik balik selepas nama pelakon tersebut tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, Ahad.

Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Kata Emylia isu penarikan itu timbul mungkin kerana nama suaminya tidak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan Ahad, tetapi dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.

Emylia menjawab desas-desus itu bagi pihak A.C Mizal yang sedang bermain tenis ketika dihubungi mStar Online.

google: ac mizal, ac mizal dapat gelaran datuk, gelaran datuk ac mizal di tarik,

Anne Ngasri Pilih Nama Anak Selepas Tujuh Hari

Posted: 25 Oct 2010 07:23 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 Oktober lalu di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

Pelakon popular untuk drama bersiri Dunia Baru itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram itu secara normal.

Anne melahirkan anaknya 17 hari lebih awal yang sepatutnya pada 7 November depan. Dia bagaimanapun masih belum mempunyai nama untuk anak ketiganya itu.

"Saya belum mempunyai nama bayi ini lagi. Selepas tujuh hari baru saya akan memilih namanya. Alhamdulillah, saya dan anak berada dalam keadaan selamat.

"Sekarang ini saya sedang berpantang di rumah sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Saya juga akan memberikan gambar bayi kepada pihak media selepas berpantang 44 hari nanti," kata Anne kepada mStar Online.

Difahamkan, bekas suami Anne iaitu Abdul Wafi Hassan turut menemani Anne ke hospital dan mengiqamatkan bayi tersebut. Malah, emak Wafi juga turut hadir bersama-sama untuk melawat Anne di hospital.

Anne sedang melalui tempoh edah setelah suaminya disahkan melafazkan cerai talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Jun lalu.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.

Nani (Mentor) Mahu Buka Bengkel Kereta

Posted: 25 Oct 2010 07:22 PM PDT

PETALING JAYA: Pemenang tempat ketiga Mentor 4, Nurhadzwani Salleh (Nani), 24, sama sekali tidak menyangka kehidupannya kini tidak seperti yang diangankan sebelum bergelar artis dulu.

Selepas lebih tiga bulan bergelar penyanyi, Nani menganggap bidang nyanyian sepatutnya dijadikan sebagai hobi berbanding kerjaya tetap. Lantas, dia bercita-cita untuk membuka sebuah bengkel kereta sebagai persediaan masa depannya.

Nani memikirkan dia tidak akan kembali kepada pekerjaan lamanya iaitu jurutera pembuatan yang memerlukan dia bekerja teruk sehingga lewat malam setiap hari berbanding kerjaya sebagai penyanyi yang memerlukannya bergiat aktif pada hujung minggu sahaja.

"Saya fikir nak buka bisnes bengkel kereta sebab orang akan datang setiap hari. Tetapi jika ikut minat saya yang 'gila' main snuker, mungkin saya akan membuka perniagaan pusat snuker juga.

"Saya fikir, apabila membuka bengkel kereta, sekurang-kurangnya saya dapat mendalami lebih banyak pengetahuan tentang kereta. Mana tahu selepas ini saya boleh menukar enjin kereta sendiri.

"Sekarang, saya dah pasang angan-angan untuk memulakan perniagaan itu pada hujung tahun depan. Buat permulaan saya rancang untuk membuka perniagaan yang kecil l dengan menggunakan modal anggaran RM200,000," katanya kepada mStar Online di Menara Star, di sini.

Nani berkata idea membuka bengkel kereta itu tercetus ekoran pertemuannya dengan ramai kawan lelaki yang asyik bercerita mengenai enjin dan lumba kereta.

Sementara itu Nani turut mengakui masih lagi solo setelah putus cinta kira-kira dua tahun lalu semasa dia berada di tahun akhir pengajian ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

"Mungkin buat sementara waktu saya akan mencari kerja di bahagian pengurusan atau sumber manusia. Apa-apa pun, jika ada peluang kerja, saya akan cuba ambil peluang itu.

"Buat masa ini, saya mengikuti persembahan yang diaturkan oleh mentor saya, Abang Azmeer (komposer). Dia banyak menasihati saya tentang nyanyian," ujarnya.

Selepas single pertamanya, Terhenti Di Tanda Koma diputarkan di radio, Nani akan muncul dengan single keduanya berjudul Kemuliaan ciptaan Omar K.


Jika ada peluang lain dalam bidang seni, dia mahu menceburi bidang pengacaraan sesuai dengan karakternya yang suka bercakap.

google: nani mentor, nani mentor facebook, nani mentor twitter, nani mentor myspace, nani mentor wiki, nani mentor blog, nani mentor 2010, nani mentor seksi, nani mentor hot, nani mentor bogel, nani mentor buka bengkel kereta, nani mentor dan kekasih, nani mentor bertunang, nani mentor kahwin

Yana Tidak Silap Percaturan

Posted: 25 Oct 2010 07:20 PM PDT


JURNAL 2010 aktres muda ini cukup indah untuk ditatap. Selepas tujuh tahun bertatih untuk memahat nama di persada seni tanah air, Yana Samsudin kini boleh tersenyum lebar dengan pencapaiannya.

Bukan tidak berbakat atau kurang paras rupanya, namun titian anak seni dari Yong Peng, Johor ini ke puncak populariti seakan penuh ranjau dan berliku sebelum ini.

Percubaannya untuk bergelar pengarah filem wanita termuda, dua tahun lalu juga mengundang kecaman banyak pihak apabila filem Selamat Pagi Cinta itu diragui dan 'dingin' di panggung.

Ujian getir itu tidak menjatuhkan Yana bagaimanapun. Sebaliknya, berbekalkan semangat dan komitmen yang tinggi, Yana berganjak seketika daripada lapangan belakang tabir ke depan skrin.


Mungkin sudah tuah dan rezekinya, peralihan itu membuahkan hasil buat wanita berusia 26 tahun ini. Kurang dua tahun sejak pertama kali muncul sebagai pelakon filem Histeria (2008), Yana kian jinak di pentas lakonan.

Lambakan drama televisyen, sama ada besar atau kecil wataknya yang menyusul selepas itu semakin menyerlahkan nama Yana di mata umum.

Memang sudah rezeki, siapa bisa menduga pembabitannya dalam filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham pada awal tahun ini telah merubah segala-galanya.

Filem komedi ringan itu bukan saja menggegarkan penggemar filem Melayu hingga mencatat kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, lebih manis lagi, naskhah itu turut membawa tuah kerana menerusi watak Wawa itu jugalah Yana lebih dikenali.

"Saya amat bertuah di atas peluang yang diberikan kepada saya. Tanpa saya menduga sama sekali, jodoh saya dengan Adnan Sempit telah membuka seluas-luasnya lembaran baru dalam karier seni.

"Kepercayaan yang diberikan itu amat saya hargai kerana selepas percubaan untuk bergelar pengarah itu harus saya letak ke tepi buat seketika, saya tidak jangka langkah saya ke dunia lakonan diterima baik pula.


Yana diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM23, malam Rabu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
"Mungkin sudah rezeki dan tuah kerana penglibatan di depan skrin ini lebih menyerlahkan saya di mata umum," katanya kemas menyimpul senyuman.

Gila glamor dan tamak

Melanjutkan perbualan kami petang itu, anak ketiga daripada lima beradik ini terus diasak dengan fokus dan visi sebenarnya berkecimpung dalam bidang seni.

Dia yang bermula sebagai penyanyi dan sempat melahirkan album Yana Ceria (2004) bersama MIG Records, kemudiannya dilihat menyusuri laluan seni tempatan sebagai pelakon, tampil pula dengan kejutan apabila bergelar pengarah filem sebelum bergiat aktif sebagai pelakon semula.

"Saya tak nafikan memang ramai yang melabel saya gila glamor dan tamak kerana ingin menonjol dalam pelbagai bidang tetapi tidak memberikan impak pun. Namun, saya bukan jenis yang mudah putus asa dengan kecaman dan kritikan orang.

"Jika saya tahu apa yang saya lakukan itu betul dan wajar, saya akan cuba sehabis baik. Lagipun, semua perkara yang saya lakukan itu masih berlegar dalam bidang seni juga.


"Kini, saya semakin yakin bidang lakonan adalah platform yang membuka rezeki dan tuah waktu ini. Kerja saya semakin dihargai dan mendapat perhatian umum dan inilah keutamaan saya sekarang," jawabnya.

Tidak silap percaturan

Ternyata langkahnya ke dunia lakonan ini bukan silap percaturan. Bukan saja Yana kian mengecap populariti selepas filem Adnan Sempit dan drama bersiri Siti Kelembai memikat perhatian ramai, aktres berwajah kecinaan ini juga mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).

Menariknya, sehari sebelum nama Yana diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM23, malam Rabu lalu, kami sempat bergurau tentang potensi aktres itu untuk menang.

Ketika pertemuan untuk sesi fotografi bersama Mingguan mStar berlangsung, Selasa lalu, wanita yang terkenal dengan gaya selambanya ini tidak sudah-sudah ketawa tanpa meletakkan sebarang harapan.

Yana dengan rendah dirinya menyifatkan pencalonan itu bagaikan satu rahmat buatnya. Namun siapa sangka, persembahan Yana dalam Adnan Sempit berjaya menawan juri hingga diangkat sebagai pemenang.

Justeru, apabila dihubungi pada Jumaat bagi bertanyakan impak anugerah itu padanya, Yana mengakui gementar dan bimbang untuk meneruskan karier lakonannya.

Apabila pengiktirafan sebesar itu sudah memalit diri, secara tidak langsung jangkaan orang terhadap mutu kerjanya juga melonjak sekali gus.

"Memang saya gembira dengan kejayaan ini tetapi jauh di lubuk hati terpalit juga kebimbangan terhadap jangkaan dan harapan orang ramai terhadap kerja saya selepas ini.

"Saya gementar untuk memastikan kerja saya selepas ini terus meningkat dan bertambah baik daripada sebelumnya. Namun, ini satu cabaran yang positif untuk terus bekerja keras," katanya.

Susulan kemenangan itu, Yana lantas diusik mengenai impian yang kerap dicanangnya sebelum ini bahawa lakonan itu hanya persinggahan dan dia tetap akan kembali ke kerusi pengarahan satu hari nanti.

Balas Yana, kerja belakang tabir akan terus menjadi impian jangka panjangnya manakala peluang dan rezeki sebagai pelakon yang terhidang tika ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kalau diikutkan, memang saya sendiri pun tak jangka peralihan saya ke dunia lakonan mampu membuahkan hasil sebesar ini. Memandangkan rezeki dan tuah memihak pada bidang lakonan waktu ini, jadi saya harus menggunakan platform ini sebaik mungkin untuk memantapkan diri dengan ilmu seni.

"Namun, tidak bermakna selepas menang dalam kategori pelakon ini hasrat dan impian untuk kembali ke kerusi pengarahan itu akan terkubur terus.

"Bila tiba masa dan peluang yang sesuai, saya pasti akan kembali mengarah untuk membuktikan betapa cintanya saya terhadap bidang itu. Buat masa ini, biar saya nikmati dulu suka-duka bergelar pelakon," rangkumnya ringkas menoktahkan perbualan.

google: yana, yana facebook, yana twitter, yana blog, yana myspace, yana hot, yana seksi, yana wiki, yana biography, yana biodata, yana 2010, yana bogel, yana buah dada,

Khabar Haji Musim Kedua Tampil Imam Muda Aran, Azhar & Asyraf

Posted: 25 Oct 2010 07:16 PM PDT


PETALING JAYA: Berdasarkan maklum balas yang amat positif pada tahun lalu, program Khabar Haji sekali lagi akan bersiaran untuk musim yang kedua pada tahun 1431 Hijrah ini.

Bermula 7 hingga 21 November ini, Khabar Haji akan ditayangkan setiap hari, pada jam 10 malam dari Arab Saudi di Astro Oasis (saluran 106) untuk memberi gambaran visual perjalanan haji pada tahun ini.

Bukan sekadar sebuah program berita, penonton akan dibawa untuk lebih memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini.

Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji bermula 9 hingga 11 Zulhijjah bersamaan dengan 16 hingga 18 November, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, pemilihan Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta penampilan khas Imam Muda Asyraf amat bertepatan dengan usaha untuk menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci.

"Selain persediaan rohani, kelebihan daripada segi fizikal yang ada diperlukan untuk melaksanakan setiap rukun serta amalan dalam ibadah haji," katanya.

Khabar Haji musim yang kedua menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal daripada Malaysia dan ziarah ke lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd dan kebun kurma Madinah.

Program berita dalam Bahasa Malaysia ini juga akan disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi. Malah, Khabar Haji juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

Tambah Izelan: "Kerjasama kali kedua dengan stesen televisyen berpangkalan di Mesir ini membuktikan wujudnya permintaan daripada masyarakat antarabangsa terhadap program ini."

Penampilan khas Asyraf dalam Imam Muda juga tepat selepas dinobatkan sebagai Juara Imam Muda.

FFM23 : Tuah Buat Magika

Posted: 25 Oct 2010 07:16 PM PDT


SHAH ALAM: Filem Magika arahan Edry Abdul Halim membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Edry membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM50,000. Ia merupakan filem pertama arahan Edry.

Selain filem terbaik, pada majlis itu Edry turut memenangi Skor Muzik Asal Terbaik selain lima Anugerah Cipta yang diumumkan pada 21 Oktober lalu di Centre Atrium E@Curve , Damansara, Petaling Jaya.

Bagi Pengarah Terbaik, pertama kali dalam sejarah FFM23, ia dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof, menerusi filem Evolusi KL Drift.

Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Mamat Khalid (Estet), Jason Chong (Belukar) dan Edry Abdul Halim (Magika). Kemenangan itu membolehkan dia menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Menurut Syamsul dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini," katanya.

Pelakon Lisa Surihani berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan mengalahkan saingan, Puteri Mardiana (Santau), Mislina (Karaoke) dan Jasmine Michael (Estet).

Bagi pelakon terbaik lelaki pula, Bront Palare (Belukar) mengalahkan Zul Huzaimi (Haq) Isma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan ) dan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift).

Hadiah bagi anugerah utama di sampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri,. Dr. Rais Yatim.

Berikut adalah antara pemenang FFM-23:

Filem Terbaik: Magika

Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Terbaik: Bront Palare (Belukar) Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz Raja Ahmad (Niyang Rapik)

Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik: Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Penyunting Terbaik: Hisham Jupri/Syamsul Yusof - (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim

Filem Dokumentari Terbaik: Suatu Ketika: Laskar Seni

Filem Animasi Terbaik: Buas Filem Pendek Terbaik: Projek Genex

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johari Ibrahim

Anugerah Khas Pelakon Wanita: Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Pelakon Veteran Lelaki: Tamam Idris

Anugerah Filem Box-Office: Adnan Sempit

Seniman Dalam Kenangan: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood

Penerima Anugerah Khas Juri: Cinta Ais Kacang, Woo Hoo, Estet dan Muallaf.

google: magika, filem magika, ost magika, kutipan magika, pelakon magika, sinopsis magika, pengarah magika, penerbit magika, magika dan kru, edry dan magika, magika trailer, magika youtube, magika video klip, magika review, magika download, magika torrent, magika sountrack

Syamsul Menang Pengarah Terbaik

Posted: 25 Oct 2010 07:13 PM PDT


SHAH ALAM: Pertama kali dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Anugerah Pengarah Terbaik dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof, menerusi filem Evolusi KL Drift pada FFM23, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Ahad.

Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Mohd Khalid (Estet), Jason Chong (Belukar), Edry Abdul Halim (Magika) sekali gus menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Menurut Syamsul dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini,' katanya.

Pelakon Lisa Surihani berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan mengalahkan saingan, Puteri Mardiana (Santau), Mislina (Karaoke) dan Jasmine Michael (Estet).

Bagi pelakon terbaik lelaki pula, Bront Palare mengalahkan Zul Huzaimi (Haq) Isma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan ), Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift) menerusi filem Belukar.

Sementara itu, filem Magika meraih dua lagi anugerah iaitu filem terbaik, skor muzik asal terbaik selepas memenangi anugerah pengarah harapan terbaik (Edry), pelakon kanak-kanak terbaik (Fimie Don), anugerah penata kostum/busana (Hasnan Yaacob), penataan seni terbaik (Anuar Baharudin/Johan Lucas) dan lagu tema asal terbaik (Penyembuh Cinta:Edry).

google: syamsul yusof pengarah terbaik ffm23, gambar kemenangan syamsul yusof ffm23

Ayu-Zaquan Nikah 20 Januari 2011

Posted: 25 Oct 2010 07:12 PM PDT

PETALING JAYA: Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila pasangan ini memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.

Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini dilaporkan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.

Ayu dan Zaquan telah menghadiri kursus perkahwinan pada awal Ramadan lalu.

Teka-teki tentang tarikh perkahwinan Ayu dan Zaquan mula tersebar sejak September lalu.

google: ayu dan zaquan, tarikh kahwin ayu dan zaquan, lokasi kahwin ayu dan zaquan, gambar ayu dan zaquan bertunang, hantaran kahwin tunang ayu dan zaquan, tarikh tunang ayu dan zaquan,

Penyampai Nona, Maya Karin Diganti

Posted: 25 Oct 2010 07:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan diambil setelah dijalankan kajian kumpulan fokus baru-baru ini.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan kami akan berbincang melalui kumpulan fokus terlebih dahulu. Jadi keputusan telah diambil untuk menggantikan Maya dengan seorang pengacara barui rancangan itu.

"Lagi pula ketika kami mengambil Maya, dia mempunyai masa dan ruang. Tetapi kini komitmen dia semakin tinggi dan banyak tawaran lain," ujarnya pada sidang media Media Prima Screening 2011, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Farid memberitahu setiap penyampai diberi tempoh percubaan bagi mengendalikan sesebuah rancangan.

"Bukan kita tidak melakukan kumpulan fokus terlebih dahulu sebelum mengambil Maya, tapi kami membuat percubaan," katanya.

Farid berkata, perbincangan masih dilakukan bagi menentukan calon yang sesuai sebagai penyampai Nona musim 2011.

"Setakat ini ada beberapa nama yang tersenarai sebagai penyampai yang baru. Ia tidak semestinya seorang artis tetapi kami berfokus kepada wanita," ujarnya yang tidak menolak nama pelakon Vanida Imran yang turut tersenarai sebagai calon pengacara baru program tersebut.

google: nona, penyampai nona diganti, penyampai nona baru, maya karin disingkir, maya karin di gantikan, maya karin dan nona, pengacara nona, pengacara baru nona, pengacara baru ganti maya karin

Fida Keluar MIG, Mahu Fokus Bidang Nyanyian

Posted: 25 Oct 2010 07:06 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fida mengakui keluar dari pengurusan Metrowealth Production (MIG) kerana ingin mengembangkan kerjaya seninya dalam bidang nyanyian.

Fida berkata, dia tekad dengan keputusan tersebut dan mahu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang yang menjadi impiannya selama ini.

"Saya baru sahaja beberapa hari keluar dari MIG, punca utama ialah kerana saya mahu fokus kepada bidang nyanyian. Saya mahu menjadikan nyanyian sebgaai keutamaan saya sekarang.

"Keputusan ini dibuat setelah saya berfikir tentang masa depan dan hala tuju saya sebagai seorang anak seni. Apa yang saya mahu dalam industri ini sebenarnya ialah dalam bidang nyanyian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Fida, dia akan merakamkan semula lagu tema Epilog Syurga Cinta berjudul Ku Mohon Pada Mu dalam masa terdekat ini sebagai single pertamanya.

"Saya akan tandatangan kontrak dengan seseorang yang mahu membiayai kos rakaman album saya dan kami dalam perancangan untuk merakamkan tiga buah lagu baru.

"Ini juga salah satu faktor saya keluar dari MIG, kerana pengurusan lakonan dan nyanyian tentu akan bercangah selepas ini," katanya yang enggan mendedahkan nama pembiaya tersebut.

Jelas Fida, dia tidak mahu mensia-siakan masa ada dan mahu mengejar impian sebagai seorang penyanyi sementara usia masih muda.

"Saya tidak mahu terlewat, ini merupakan masa paling sesuai untuk saya mencuba bidang ini. Saya tidak mahu kesal suatu hari nanti jika tidak mencuba dan rebut peluang yang ada ini," katanya.

Dalam pada itu, kata Fida, pembatalan kontrak dengan pihak MIG dibuat setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

"Kami berpisah cara baik, MIG faham dengan kehendak saya. Mereka juga tidak cukup kakitangan untuk menguruskan bidang nyanyian kerana memberi tumpuan terhadap filem.

"Jadi mereka mengizinkan saya untuk keluar, sepatutnya kontrak saya masih ada lagi tiga tahun setengah dengan MIG," katanya.

Ketika ditanya tentang kesediaannya untuk bergerak secara sendiri, Fida mengakui ia bukan sesuatu yang mudah terutamanya bagi artis yang baru bertapak dalam industri ini.

"Ya, bukan senang untuk bergerak sendiri. Saya masih memerlukan orang-orang lain dalam industri ini untuk membantu. Kalau di MIG saya sudah biasa dilayan seperti anak bungsu.

"Setiap projek lakonan sudah disediakan, tapi sekarang saya perlu kerja lebih kuat sebab saya akan melakukannya sendiri. Tapi saya sentiasa percaya bahawa rezeki Allah ada di mana-mana," katanya.

Sementara itu, Fida berharap agar masyarakat boleh memberi sokongan dan menerima dirinya sebagai seorang penyanyi.

"Saya tidak tinggalkan bidang lakonan, saya jadi penyanyi sebab impian saya selama ini. Selain itu, dengan nyanyian juga boleh mendekatkan lagi diri saya dengan peminat.

"Saya harap peminat saya dapat beri sokongan dan semangat kepada saya," katanya.

google: fida, fida facebook, fida blog, fida myspace, fida twitter, fida hot, fida seksi, fida wiki, fida biodata, fida biography, gambar terkini fida, foto terkini fida, kekasih fida, fida bertudung, gosip terkini terbaru fida

Rancangan-Rancangan Terbaik Media Prima 2011

Posted: 25 Oct 2010 07:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan barisan kandungan rancangan menarik yang bakal disiarkan untuk 2011.

Pelbagai rancangan baru dan terbaik ditawarkan oleh stesen-stesen Media Prima, TV3, ntv7, 8TV dan TV9 sepanjang tahun hadapan termasuklah rancangan berbentuk siri dari Amerika Syarikat dan drama-drama Asia terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, barisan kandungan rancangan untuk tahun depan akan merangkul capaian lebih jauh daripada capaian tradisi rangkaian televisyen dan mencipta kesan berganda kepada penonton.

"Kami terus melabur dalam program dan penjenamaan berkualiti yang mengekalkan penonton teras kami, di samping melebarkan capaian kepada penonton generasi baru di mana kami optismik bahawa langkah untuk menjadikan kehadiran kami dirasai," katanya.

Antara rancangan terbaru yang bakal disiarkan di TV3 adalah kisah cinta epik Nilapura, No Ordinary Family, Amekaw! dan drama komedi, Cintaku 120km/j. Manakala program berbentuk majalah seperti Majalah 3,999, Bersamamu, KES, Nona360 akan kekal bersiaran pada waktu perdana.

Rancangan berbentuk hiburan seperti Melodi, Muzik Muzik, Jalan Jalan Cari Makan, Jangan Tidur Lagi, Fuhhh dan Mentor juga masih dikekalkan.

Farid turut berkata, program realiti tv Mentor diteruskan untuk musim terbaru kerana mendapat sambutan menggalakkan dari penonton.

"Walaupun dahulu kita selang-selikan rancangan ini dengan rancangan realiti Gengstar tapi mengikut populariti, rancangan Mentor lebih menarik perhatian penonton.

"Pada awalnya kita hanya buat percubaan dan memilih yang terbaik. Setiap tahun kami akan pastikan kita mempunyai rancangan yang dipanggil killer content dan dinantikan penonton. Begitu juga rancangan realitiAkademi Al-Quran terbitan TV9 juga mendapat sambutan menggalakkan, untuk musim terbaru kita akan merombak pengisian program ini agar lebih menarik dan padat," katanya.

Bagi stesen TV9 yang ingin mengukuhkan kedudukan di pasaran Melayu, rancangan Galaksi, Mangkuk Tingkat, Alahai, drama Khatulistiwa dan program terbaru bejudul Perang Chef dan siri terbaru Upin & Ipin. Selain itu, TV9 turut menyiarkan semula rancangan realiti utamanya seoerti Idola Kecil dan Akademi Al-quran.

Stesen 8TV, bakal menyiarkan The Vimpire Diaries, Gossip Girl, Criminal Minds, Desperate Housewives, NCIS, NCIS LA, 10 Things I Hate About U, American Idol 10, Teen Choice Awards, MTV Movie Awards dan MTV Video Music Awards.

Manakala ntv7, bakal membawakan filem seram The Gates, Nikata dan rancagan popular seperti Glowing Embers, Age of Glory dan The Iron Lady, ntv7 bakal juga mambawakan rancangan tempatannya berjudul Tribulations Of Life, The Seeds Of Life, Footprints In Sand, Woman's Palm, My Family dan I'm No 1.

Dalam pada itu, ntv7 juga akan terus menayangkan yang terbaik dari stesen televisyen Hongkong (TVB), dengan barisan drama E.U, Born Rich, Sweetnes In The Salt, A Greatest Of A Hero dan The Threshold Of A Persona. Bagi drama terbitan tempatan pula kembali disiarkan adalah Finding Angels, Siasat Mandarin, e-7, Women's Zone, Shout Out Its Showtime, Mandarin Battle Stardan dan Star Live Concert 2011.

Selain itu, ntv7 turut menyiarkan musim baru Grey's Anatomy, Private Practice, Lie To Me, The Mentalist, Bones, Fringe, American Gladiators dan Survivor. Manakala rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show, The Martha Stewart Show, The Rachael Ray Show dan Bella.