Adsense

Selasa, 26 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Setelah diperkosa dicampak ditepi jalan dalam keadaan bogel

Posted: 26 Oct 2010 09:15 PM PDT

Ini satu kejadian yang sangat meyedihkan...
seorang gadis dicampakkan di tepi jalan setelah diperkosa..
nasib baik ada seorang pemandu teksi yang membantu untuk menutup
auratnya.....






Hobinya pura-pura mati

Posted: 26 Oct 2010 08:45 PM PDT


Chuck Lamb, 47, yang di gelar 'orang mati' mungkin mempunyai hobi paling aneh iaitu : pura-pura mati. Tidak cukup sampai disitu, ia juga merakamkan semua adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan disiarkan di websitenya sejak tahun 2005 dan kerana hobi yang aneh ini,website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian stesen TV untuk mengundangnya.

Hiss..apa yang mereka buat dengan mayat ni ?

Posted: 26 Oct 2010 07:42 PM PDT

Apa yang mereka buat dengan mayat ni?
Hiss..dia orang buat lauk !!!
Gila ke ape?
Tak ade benda lain ke nak makan???
















Beza isteri dulu ,kini dan masa hadapan

Posted: 26 Oct 2010 06:30 PM PDT

Beza antara isteri dulu,kini dan masa hadapan....
Adakah ini akan terjadi kepada rumahtangga kita?
Tidak ada lagi fenomena isteri takutkan suami dan
muncul pula fenomena suami takutkan isteri....




HARAPAN TIDAK ADA JENIS ISTERI BEGINI
DI NEGARA KITA TERUTAMA BAGI KITA
YANG BERAGAMA ISLAM KERANA MENGHORMATI
@ MENDENGAR KATA ITU WAJIB BAGI SEORANG
ISTERI SELAGI TIDAK DI SURUH MENSYIRIKKAN ALLAH



Ibu cekik anak kerana di rasuk

Posted: 26 Oct 2010 06:01 PM PDT

GOMBAK: "Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali."

Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.



Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.


"Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang."

selanjutnya > my Metro

Walaupun sakit serius tetap juga mengajar

Posted: 26 Oct 2010 05:30 PM PDT

Seorang guru pelajaran Matematika di daratan Tiongkok yang  sedang sakit parah hingga mengharuskan dirinya diinfus kerana sakitnya tersebut, namun masih berkeras untuk tetap mengajar.Ini semua dilakukan kerana dia tidak ingin melihat anak didiknya tidak tertinggal didalam pelajaran.


Kita tidak boleh berkata apa-apa melihat betapa kerasnya keinginan  guru ini dalam mengajarkan ilmu yang dimilikinya pada anak didiknya hingga rela menahan rasa sakit yang dideritanya demi suatu hal yang dia anggap begitu penting bagi masa depan muridnya yang merupakan generasi depan bangsa mereka. Cuba perhatikan gambar-gambar ini....



Alamak ada perempuan pulak dalam tandas ni

Posted: 26 Oct 2010 04:00 PM PDT




Fashion masa kini,siapa yang melihat pasti terpegun

Posted: 26 Oct 2010 11:01 AM PDT

Tak percaya cuba lihat gambar ini...







Saman US$50,000 kerana anak kepedasan

Posted: 26 Oct 2010 10:01 AM PDT

Beberapa orang memang tidak tahan makanan pedas tetapi restoran di saman kerana kepedasan itu yang aneh.

Restoran Steak 'n Shake di Cleveland, Tennessee, disaman oleh sepasang ibubapa dari seorang anak kecil. Mereka mengatakan telah disajikan sos pedas sehingga anak mereka harus dirawat di hospital.

Tim dan Mary Katherine Gann mengatakan, restoran itu memberikan anak mereka yang masih kecil sebotol sos sambal Blair's Mega Death dan menyuruh anak itu menikmatinya tetapi si anak kepedasan hingga sesak nafas dan sakit perut. Sos sebenarnya jarang disajikan di restoran tersebut.

Pengeluar Mega Death sudah memperingatkan bahawa sos sambal buatan mereka 500 kali lebih pedas daripada jalapeno (Capsicum annuum) sejenis cili dari Mexico yang terkenall sangat pedas. Pasangan itu menuntut bayaran sebanyak 10.000 dollar AS . Selain itu, mereka juga menuntut ganti rugi sebanyak 50.000 dollar AS  untuk penderitaan yang anak mereka alami.

Air kencing termahal dan boleh di minum

Posted: 26 Oct 2010 09:30 AM PDT

Selain susu dan dagingnya, kini kencing unta  dicari orang. Kencing unta dikatakan boleh dijadikan ubat untuk berbagai jenis penyakit.

Seorang pekerja peternakan unta menunjukkan kencing unta yang akan dijualnya. Kencing unta 250 mililiter dijual dengan harga 100 riyal .

Selain kencing ramai juga orang yang meminum susu kerana susu unta mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pekerja penternakan sibuk menyaring susu unta untuk dijual kepada orang ramai. Satu botol susu unta dengan ukuran 500 mililiter dihargai 5 riyal.

Seorang pekerja  sedang menjaga unta di sebuah ladang unta di kawasan Abu Duud.

Unta-unta diberi makan rumput serta roti. Bila dijual, unta yang besar dihargai sekitar 12 ribu sampai 15ribu riyal. Yang kecil sekitar 5 ribu sampai 7 ribu riyal.

Mitos tua-tua keladi rupanya benar

Posted: 26 Oct 2010 08:30 AM PDT

Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi..
mitos ini rupanya benar.......





fuuhhh..dahsyat atuk-atuk ni....

Perubahan manusia setiap 15 tahun

Posted: 26 Oct 2010 07:30 AM PDT

Beginilah perubahan manusia setiap 15 tahun sekali...


Paul si sotong gurita mati

Posted: 26 Oct 2010 06:20 AM PDT

Ingat  lagi dengan Paul sotong Gurita yang meramalkan dengan tepat keputusan piala dunia telah didapati mati di Oberhausen Sea Life Centre di German.Mereka akan mengadakan majlis pengebumian si Paul.

selanjutnya > (link)

Perkosa anjing jiran

Posted: 26 Oct 2010 05:30 AM PDT

Entah apa yang merasuki fikiran seorang lelaki separuh umur di Amerika Syarikat (AS) ini. Mungkin kerana punya kelainan orientasi seksual, lelaki bernama Mitchell Marsicano itu melakukan perbuatan yang menjijikan, iaitu memperkosa anjing jirannya yang dilakukan di sebuah apartment di Kota Long Beach,Nassau New York.


Mitchell Marsicano, bakal di penjara 16 tahun karena memperkosa anjing

Marsicano dua kali menceroboh ke apartment yang dia sewakan dan melakukan kekerasan seksual kepada seekor anjing  bernama Snowball ketika sedang sendiri. Anjing jantan berusia dua tahun itu memiliki berat 23 paun (10,43 kg). Peristiwa pertama berlaku pada 12 Oktober 2010. Namun, aksi Marsicano yang terakhir, pada 21 Oktober 2010 diketahui  pemilik anjing dan  melaporkannya ke polis.

Pada  22 Oktober 2010, Marsicano didakwa melakukan pencerobohan keatas tempat tinggal orang lain.Walaupun apartment itu miliknya yang di sewakan dan sekaligus melakukan penyerangan seksual.

Sambil menunggu hari perbicaraan lelaki berusia 55 tahun itu dibebaskan dengan membayar jaminan US$10.000. Namun, dia boleh menerima hukuman penjara maksima selama 16 tahun. Pertama menceroboh yang dikenakan hukuman 15 tahun dan serang seksual 1 tahun penjara.

 Sementara itu, Snowball menunjukkan tanda-tanda trauma dan menderita luka pada kaki-kakinya ketika diperiksa di kilinik haiwan. Anjing ini ditempatkan di Pusat Perlindungan Haiwan Freeport.(link)

Cara meninggal dunia yang pelik

Posted: 26 Oct 2010 04:00 AM PDT

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air

Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang selalu mabuk. Suatu ketiaka dia sedang mabuk waktu naik perahu melungsuri sungai Yangtze. Dia melihat bayangan bulan di air. Kerana mabuk, ia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal lalu dia jatuh ke dalam air dan tenggelam.

2. Meninggal keraa janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm. Pada tahun 1567, terjadi kebakaran. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang .Akibat terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan meninggal di tempat kejadian.

3.Meninggal kerana menahan buang air kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, ia sedang menghadiri jamuan makan besar  di Praha (sekarang Ceko). Adat pada masa itu sesiapa yang bangun di tengah jamuan makan, termasuk untuk buang air, adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Akibatnya  terjadilah infeksi (sistitis) yang teruk. Beliau meninggal 11 hari kemudian.

4.Meninggal kerana tongkat konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan kebaikan daripada penyakit Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat, ia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya mengakibatkan luka (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan). Lully menolak untuk dibedah, dan akhirnya ia pun tewas kerana infeksi yang menyebar ke seluruh tubuh.

5.Meninggal kerana lidah tergigit

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan Pinkerton detective agency-nya. Suatu hari ia sedang berjalan di trotoar dan kaki tertendang sesuatu. Tidak sengaja lidahnya tergigit, dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.

6.Meninggal kerana menendang peti

Mirip dengan Lully, tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel, seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee, Amerika Serikat. Pada suatu subuh ia ingin membuka salah satu peti, namun ia lupa nomor kombinasinya. Ia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka, meradang (infeksi), dan akhirnya menewaskannya.

Apa kegunaan lampu merah ni,penat aku fikir!

Posted: 26 Oct 2010 03:37 AM PDT

Cuba lihat lampu merah ni....
salah letak ke apa?
Apa kegunaan lampu merah ni?
penat aku fikir




agaknya apa kegunaanya...biasanya lampu
merah letak dekat simpang jalan ...yang ni
kat lorong..untuk apa????



Lady Evelyn wanita Inggeris pertama bergelar Hajjah

Posted: 26 Oct 2010 02:00 AM PDT

Lady Evelyn merupakan puteri tertua dari pasangan Charles Adolphus Murray-Earl of Dunmore ketujuh-dan Lady Gertrude Coke-yang merupakan puteri dari Earl of Leicester kedua. Perempuan yang lahir di Edinburgh pada 1867 ini, disebut-sebut masih keturunan dari Putera William I Inggris, yang juga dikenal sebagai William Sang Penakluk dan William dari Normandia.

Dalam tulisannya yang bertajuk "From Suffolk to Saudi", editor berita BBC Suffolk, Lis Henderson, mengungkapkan bahwa Lady Evelyn memutuskan untuk memeluk Islam pada akhir 1800-an atau menjelang abad ke-19. Di usia kanak-kanak, ia sudah mempelajari berbagai macam keyakinan. Sewaktu kecil, ia kerap menghabiskan cuti musim dinginnya dengan mengunjungi wilayah Afrika Utara. Di benua hitam inilah Evelyn tertarik dengan Islam.

Lady Evelyn menikah dengan salah seorang anggota keluarga Cobbold, John Dupius Cobbold, pada 1891. Di negeri Inggris, keluarga Cobbold dikenal luas sebagai pengasas Cobbold Brewery, industri pembuatan bir. Namun, pernikahannya dengan John Cobbold tidak bertahan lama. Pada 1922, pasangan ini memutuskan untuk berpisah.


Pada April 1933, ia berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji. Ia menjadi wanita Inggris pertama yang melakukan perjalanan ibadah haji. Saat menunaikan haji, usianya 65 tahun. Lady Evelyn mengakui, ibadah haji memiliki pengaruh yang sangat besar dalam kehidupannya. Ia pun merasa takjub dengan ritual ibadah rukun Islam ini.

"Bayangkan! Seseorang menceburkan diri ke dalam kelompok manusia yang begitu besar dengan jumlahnya mencapai jutaan orang, dan datang dari segenap penjuru dunia untuk melakukan ibadah suci di tempat yang suci. Mereka meleburkan diri ke dalam kelompok manusia, lalu dengan segala kerendahan hati, khusyuk, dan tunduk bersama-sama memuji, membesarkan, dan menyucikan Allah," ujarnya.

Mengunjungi negeri tempat awal munculnya agama Islam dan menyaksikan tempat-tempat bersejarah dalam perjuangan Rasulullah SAW, menjadi pengalaman yang hebat sepanjang hidupnya. "Dari pengalaman ini, saya terdorong untuk mencontoh kehidupan Rasulullah," ujarnya.

Dia juga melihat ibadah haji sebagai sarana untuk memperkukuh rasa persaudaraan di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia. Perbezaan warna kulit dan jarak antara satu dan yang lain tidak menjadi penghalang. Segala perbezaan kesukuan dan mazhab dikesampingkan pada saat itu. "Kesatuan akidah umat Islam telah menjadi persaudaraan yang kukuh kuat, persaudaraan yang telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk dapat mewarisi kebesaran nenek moyang mereka," tegasnya.

Pengalamannya selama menunaikan haji ini, kemudian ia tulis dalam sebuah buku berjudul Pilgrimage to Mecca. Buku ini dilancarkan pertama kali pada tahun1934. Seiring perjalanan waktu dan usia yang cukup lanjut, perempuan bangsawan kerajaan Inggris ini akhirnya meninggal dunia pada Januari 1963.

bk-lihat jika Tuhan membuka hati seseorang itu mengenali Islam dan memeluknya,mereka mengakui betapa Agama Islam itu indah.Rugilah bagi mereka yang telah Islam mensia-siakan @ meninggalkan segala amalan yang di suruh ALLAH SWT.



Dr Death nak jual tubuh manusia melalui internet

Posted: 25 Oct 2010 11:26 PM PDT

Seorang ahli anatomi kontroversi Jerman Gunther von Hagens yang dikenal dengan Dr Death, merancang untuk menjual bahagian tubuh manusia yang sudah dikemas melalui internet.



Dia menawarkan kepada pelanggannya nanti bahagian tubuh manusia yang segar dan telah ia suntikan dengan bahan pengawet. Doktor maut ini juga mahu menjual bahagian tubuh ini kepada ilmuwan dan pekerja medik di Jerman.


Bahagian tubuh manusia ini akan dijual pada 3 November.Bagian tubuh manusia lengkap dijual seharga 61,733 poundsterling.



Kepala manusia di jual dengan harga 19,495 poundsterling. Selain tubuh manusia, doktor ini juga melayani kliennya yang ingin membeli baghaian tubuh haiwan.

Penjualan ini mengundang kecaman dari banyak pihak. Uskup Agung Jerman Robert Zollitsch mendesak ahli politik Jermanuntuk melarang penjualan  ini di internet. Menurut Uskup Agung Zollitsch menilai penjualan tersebut tidak menghormati orang yang telah meninggal.