macam macam hiburan terkini |
- Hattan dan Kekasih baru
- Fouziah Gous takut untuk berkemban
- Pegang Tangan: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya
- Saida Fail Cerai Cara Baik
- Anugerah Pengarah Terbaik Buat Syamsul Insaf
- Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
- Adeline Terima Jika Fahrin Jodohnya
- Album Sarah Aqilah Hasil Semangat Arwah Adik
- Saida sudah menfailkan penceraian dengan suaminya
- 'Bagai pelakon Hollywood'
- 'Dia sudah tewaskan saya'
- Rozita putus cinta?
Posted: 26 Oct 2010 09:46 PM PDT |
Fouziah Gous takut untuk berkemban Posted: 26 Oct 2010 09:44 PM PDT Pelakon yang sedang meletop dengan drama Enigma di TV3 ini mempunyai prinsip dalam berpakaian. Beliau tidak sanggup dan tak rela gadai tubuh demi lakonan. Ternyata Fouziah mempunyai prinsipnya sendiri apabila berbicara mengenai dunia lakonan yang masih membenih dalam dirinya. Katanya, sedaya mungkin dia akan berusaha untuk tidak mendedahkan badan demi memenuhi kehendak pengarah mahu pun peminat. Selagi terdaya, Fouziah Gous akan mencari jalan dan helah untuk babak yang memerlukannya berkemban atau mendedahkan sebahagian badan, dirakam dalam bentuk yang berlainan. Jika boleh dielak, mengapa tidak mengambil langkah berjaga-jaga daripada merelakan tubuh badannya diperdagangkan di kaca TV dan filem. Selagi tidak mencacatkan jalan cerita, Fouziah akan cuba mengelak. Dalam pada itu, Fouziah katanya sangat berhati-hati ketika menerima sesuatu tawaran dengan meneliti sesebuah skrip dan memastikan adegan daring atau berkemban tidak segaja diadakan untuk menarik perhatian peminat. -fouziah-gous.blogspot.com google: fouziah gous, fouziah gous seski, fouziah gous berkemban, fouziah gous baju seksi, fouziah gous separuh bogel, fouziah gous blog, fouziah gous di ffm23, fouziah gous hot, |
Pegang Tangan: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya Posted: 26 Oct 2010 08:54 PM PDT Mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang, Selangopr pada 10 Oktober lalu. Beritahu Remy, walaupun dia dan Tiz berpegangan tangan, ia tidak bermaksud kedua-dua mereka sedang bercinta sebaliknya mereka hanyalah kawan biasa sahaja. "Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan. "Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri. "Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya. Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan penafian Tiz kononnya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak. Tambah Remy, dia tidak sangka selepas gosip mengenai hubungannya dengan pelakon Maya Karin semakin senyap, muncul pula cerita baru mengenainya dengan wanita lain. "Bagi saya, orang suka gosipkan dengan macam-macam wanita itu dan ini," ujarnya dengan nada sedih. Tidak cukup dengan itu, Remy turut dikatakan semakin sombong termasuklah menuntut bayaran puluhan ribu ringgit bagi sesebuah tawaran drama. Menurut pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih itu, dia tidak mungkin meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan hanya terima berdasarkan harga yang ditawarkan. "Saya tidak pernah menuntut harga yang tidak relevan kepada pihak produksi yang menawarkan saya berlakon drama mereka. "Sebaliknya saya terima apa yang ditawarkan dan sebelum itu mestilah ada sedikit rundingan harga. Itu perkara biasa untuk mana-mana pelakon. "Alhamdulillah, setakat ini tiada pihak yang merungut. Cuma masalah saya ialah bila mereka terpaksa menyusun jadual saya yang padat. "Saya pelik, kenapa ada pihak yang suka bercakap negatif tentang diri saya. Kadang kala perkara itu membuatkan saya tertekan. "Walau apa pun, saya hanya berserah pada takdir dan cuba menguruskan karier saya sebaik mungkin," katanya yang sibuk dengan latihan teater Natrah 2. Dalam pada itu, Remy melahirkan rasa kesal dan sedih dengan pelbagai kontroversi timbul kerana tempias turut terkena kepada keluarganya. Kata pelakon berusia 28 tahun itu, kehadirannya dalam industri hiburan bukan kerana mahu mencipta kontroversi atau pun mencari populariti, sebaliknya dia mahu melakar nama sebagai seorang pelakon berkaliber. "Sebenarnya perasaan saya bercampur baur. Saya sedih, kelakar pun ada kerana benda-benda yang tidak wujud diceritakan. Cuma setiap khabar angin yang timbul, melibatkan ramai hati di luar sana. "Kalau saya tidak berkeluarga, saya memang tidak hairan dengan gosip-gosip yang timbul. Tapi bila orang bertanya saudara mara saya tentang gosip-gosip itu, sedikit sebanyak, ia mencalar nama mereka juga. "Apa pun, kehadiran saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi seorang lagenda. Saya mahu dikenali melalui pencapaian karier, memberikan komitmen kerja 100 peratus dan menunjukkan persembahan lakonan yang bagus," tegasnya yang akan memulakan penggambaran filem arahan Osman Ali, berjudul Bera Jiwa, selepas pementasan teater Natrah 2 yang bermula pada 25 November ini. google: tiz zaqyah dan remy ishak, tiz zaqyah dan remy ishak bercinta, tiz zaqyah dan remy ishak berkasih, tiz zaqyah dan remy ishak pasangan kekasih, foto tiz zaqyah dan remy ishak, gambar tiz zaqyah dan remy ishak, kisah terkini tiz zaqyah dan remy ishak, terbaru tiz zaqyah dan remy ishak, tiz zaqyah dan remy ishak pegang tangan, tiz zaqyah dan remy ishak berpegang tangan di gp motor, tiz zaqyah dan remy ishak pegang tangan gp motor sepang |
Posted: 26 Oct 2010 08:52 PM PDT Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memfailkan permohonan itu pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Perekutuan 1984 dan kes disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa. Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan sebagai wakil kepada bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam itu manakala Mohd Ghazali tidak diwakili peguam. Mohd Suhaily menetapkan 20 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang bagi mengetahui sekiranya ikatan perkahwinan masih boleh diselamatkan ataupun mereka masih mengekalkan keputusan mahu berpisah. Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun. Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi. Dia yang bernaung di bawah syarikat milik Siti Nurhaliza juga yakin bahawa matlamat perkahwinan tidak akan tercapai. Turut dinyatakan, mereka yang beralamat di Alam Damai, Cheras, di sini juga tidak pernah bercerai sebelum ini. |
Anugerah Pengarah Terbaik Buat Syamsul Insaf Posted: 26 Oct 2010 08:51 PM PDT Menurut Syamsul, sebagai insan biasa yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan lalai dalam kehidupannya selama ini, dia amat tersentuh apabila namanya ditakdirkan sebagai pemenang menerusi filem Evolusi Kl Drift 2 itu. "Saya amat sebak kerana Tuhan terus memberikan peluang dan rezeki yang begitu luas kepada saya walaupun terlalu banyak melakukan kesilapan dan alpa selama ini. Anugerah ini satu peringatan dan menginsafkan diri agar saya sentiasa mensyukuri peluang dan rahmat yang dikurniakan. "Semua kesulitan dan tekanan yang saya hadapi dalam menghasilkan filem selama ini dirasakan begitu berbaloi apabila diiktiraf sebegini. Namun, jujurnya saya tidak berharap pun cuma tidak dinafikan sesiapa yang bergelar pengarah memang mengidamkan anugerah ini," katanya. Susulan kejayaan itu, Syamsul mengakui berdepan cabaran lebih besar dan berat kerana masyarakat pasti menantikan sentuhan yang lebih bermutu dan berbeza daripadanya selepas ini. "Saya akui tanggungjawab selepas ini lebih besar tapi memang sejak pertama kali diberi peluang dan kepercayaan untuk mengarah drama atau filem pun saya akan berikan sepenuh komitmen terhadap kerja. "Jadi selepas ini, saya akan lebih produktif dan cuba untuk menghasilkan filem-filem yang berskala lebih besar seperti biopik atau epik seperti Forrest Gump pula," jelasnya yang merancang untuk menghasilkan versi pembikinan semula filem Bukit Kepong (1980) yang pernah diarahkan oleh Senator Jins Samsudin. Mengulas tentang majoriti barisan pemenang di FFM kali ini yang didominasi oleh karyawan generasi baru, Syamsul berkata, ia bagaikan satu evolusi untuk perkembangan industri filem tanah air. "Bukan menidakkan kredibiliti dan kepakaran karyawan generasi terdahulu, namun seperti yang kita lihat industri seni pada hari ini baik filem atau muzik semakin didominasi oleh generasi muda. "Saya rasa kemenangan yang banyak berpihak kepada anak-anak seni yang muda kali ini adalah satu petanda positif dan pemangkin semangat buat semua penggiat seni generasi muda agar berani menyahut cabaran dan tampil ke depan menerusi karya seni masing-masing," katanya. Ketika Syamsul gembira dengan anugerah itu, dia turut diselubungi perasaan sedih apabila datuknya, Ismail Mustafa,80, yang juga Pengerusi Skop Productions meninggal dunia pagi Isnin lalu akibat masalah jantung. Ismail sempat menonton detik indah ketika Syamsul diumumkan sebagai Pengarah Terbaik FFM23. |
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November Posted: 26 Oct 2010 08:51 PM PDT Tarikh itu ditetapkan selepas Adnan, 51, dan Siti Aminah Datu Bachtiyal, 39, menghadiri prosiding yang diadakan secara tertutup selama 20 minit di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa. Pada prosiding itu, Adnan yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam syarie Muhyieddin Murad manakala peguam syarie Ishak Syaaban mewakili Siti Aminah selaku plaintif. Adnan yang berasal dari Kedah dan merupakan guru vokal bagi rancangan realiti Akademi Fantasia dilihat berada di mahkamah seawal pukul 8.30 pagi disusuli isterinya pada pukul 10 pagi. Mereka kemudiannya masuk ke kamar hakim pada pukul 12 tengah hari dan bergegas meninggalkan mahkamah tanpa mahu ditemubual oleh media. Peguam-peguam yang mewakili pasangan itu juga enggan memberikan sebarang komen kerana dimaklumkan telah menerima arahan daripada anak guam untuk tidak memberikan sebarang kenyataan. Bagaimanapun, sumber menyatakan pasangan itu hadir untuk prosiding fasakh yang difailkan Siti Aminah mengikut Seksyen 52, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Pasangan itu difahamkan berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga orang anak. Adnan merupakan salah seorang komposer terkenal dan antara artis yang pernah berkerjasama dengannya termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Misha Omar, Fauziah Latiff dan Nora. google: adnan abu hassan, adnan abu hassan dan isteri, adnan abu hassan dan keluarga, adnan abu hassan bercerai, komposer adnan abu hassan |
Adeline Terima Jika Fahrin Jodohnya Posted: 26 Oct 2010 08:50 PM PDT Menurut Adeline, semenjak perkenalan mereka awal tahun lalu, dia mendapati dakwaan negatif yang dilemparkan kepada pelakon lelaki itu adalah tidak benar. "Kami memang sedang berkawan dan setakat ini tiada apa pun membuatkan saya berasa takut untuk terus mendekatinya. Bagi saya Fahrin seorang yang matang dan penuh dengan nasihat. Dia banyak memberi pandangan tentang lakonan dan dunia artis," ujar wanita berketurunan Cina-Kadazan ini. Sambil menyifatkan Fahrin seorang lelaki yang mengambil berat, Adeline tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka tersebut. "Sebagai lelaki dia seorang yang sempurna, ambil berat dan suka bertanya khabar. Tidak mungkin saya menghindari dia kerana kontroversi-kontrovesi yang pernah dilalui sebelum ini. "Kita tidak tahu perkara sebenar jadi tak elok jika menilai dia tanpa mengenalinya terlebih dahulu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online. Dalam pada itu, Adeline yang sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat perakaunan terpaksa mengurangkan kegiatan seninya. "Selepas Hotel Mania, saya dapat beberapa tawaran berlakon drama dan filem tetapi terpaksa ditolak kerana menjalani latihan praktikal. "Selama enam bulan ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Perasaan memang sedih tapi terpaksa juga bersabar demi menghabiskan pegajian yang tinggal setahun sahaja lagi," ujar penuntut tahun akhir Jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini. Menurutnya, dia pernah terfikir untuk berhenti belajar dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang seni, namun hasrat tersebut dibantah oleh keluarga. "Tahun lepas saya tangguh pengajian satu semester kerana ingin fokus pada lakonan. Tapi keluarga membantah dan ingin saya habiskan juga pengajian demi masa depan," ujarnya. google: adeline tsen dan fahrin ahmad, adeline tsen dan fahrin ahmad bercinta, gambar adeline tsen dan fahrin ahmad, jodoh adeline tsen dan fahrin ahmad, adeline tsen dan fahrin ahmad bertunang, adeline tsen dan fahrin ahmad foto, terbaru adeline tsen dan fahrin ahmad, terkini adeline tsen dan fahrin ahmad |
Album Sarah Aqilah Hasil Semangat Arwah Adik Posted: 26 Oct 2010 08:48 PM PDT Disebabkan Shaffadina tidak sempat berkongsi kegembiraan itu bersama, Sarah atau nama sebenarnya Nursarah Aqilah Jamil mendedikasikan lagu pertama berjudul 'Biar Hati Mencintai' khas buat arwah adiknya yang tersayang. Saat mendendangkan lagu tersebut semasa majlis pelancaran albumnya di Red Box Ria, Sogo, di sini, Selasa, banyak mata yang menyaksikan tangisan sebak juara Anugerah 2009 itu. Katanya, pengorbanan adik ketiganya itu cukup banyak termasuk membantu promosi supaya jiran-jiran mengundi Sarah ketika dia memasuki pertandingan Anugerah 2009, program realiti di Singapura itu. "Adik saya meninggal dunia pada tahun lalu setelah doktor akibat jangkitan bakteria dalam badan. "Dia amat menyukai lagu 'Biar Hati Mencintai' dan sempat mendengar sedikit sahaja rakaman lagu itu," katanya semasa sidang media pelancaran albumnya itu. Selepas memenangi pertandingan Anugerah 2009 pada bulan Ogos tahun yang sama, Sarah dilamar sebagai artis rakaman Suria Records (SRC) dan seterusnya merakamkan album. Setelah album tersebut siap dihasilkan pada April lalu, ia dilancarkan di Singapura dan kini sedang memasuki pasaran Malaysia. Jika tiada aral, album ini akan dilancarkan di Brunei pada tahun hadapan. Album berjudul Sarah Aqilah itu memuatkan lima buah lagu berjudul Bukan Persinggahan, Ku Ingin Kamu, Biar Hati Mencintai, Jatuh Cinta dan Seikhlas Hatiku serta bonus minus one. Album tersebut mempertaruhkan komposer tersohor tempatan iaitu Sharon Paul, Aiman, Pam Yuen, Mohariz Yaakup dan komposer Singapura, Nizamulmuluk. "Sebuah lagu saya berjudul Ku Ingin Kamu telah dijadikan runut bunyi filem Buih-Buih Cinta yang telah ditayangkan di Malaysia. "Jadi, saya bersedia untuk menerima rintangan dan kritikan pendengar selepas mendengar lagu saya selepas ini," ujarnya yang akui albumnya begitu mendapat sambutan di Singapura. Malah, menurut pengurusnya, Alex dari MediaCorp, Sarah banyak menerima undangan persembahan di negara itu. Setakat ini, dia sudah berjaya mengumpul 25,000 peminat di laman Facebook yang menggunakan nama Sarah Aqilah. Peminat juga boleh menghubunginya di nursarahaqilah@hotmail.com. Bercerita tentang pasangan duet pilihan, pastinya penyanyi tersohor Anuar Zain yang menjadi idamannya. "Saya sangat meminati Anuar Zain dan Ziana Zain sejak kecil. Jadi, jika berpeluang berduet dalam satu album dengan Anuar Zain, pasti saya tidak akan menolaknya," beritahu gadis berasal dari Toa Payoh, Singapura ini. Selain menyanyi, Sarah turut bergelar pelakon di Singapura dan telah membintangi beberapa drama termasuk Cinta Izora. Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, dia pernah berkhidmat sebagai tentera di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama tiga setengah tahun dan setiausaha di syarikat hartanah. google: sarah aqilah, sarah aqilah facebook, sarah aqilah twitter, sarah aqilah myspace, sarah aqilah blog, sarah aqilah seksi, sarah aqilah hot, sarah aqilah bogel, buah dada sarah aqilah, sarah aqilah wiki, sarah aqilah 2010, album baru sarah aqilah, single terbaru sarah aqilah, lagu baru sarah aqilah, lirik sarah aqilah, mp3 sarah aqilah, kekasih sarah aqilah, sarah aqilah biodata, sarah aqilah biography |
Saida sudah menfailkan penceraian dengan suaminya Posted: 26 Oct 2010 08:46 PM PDT Kes penceraian Saida sudahpun disebut dihadapan Hakim Syarie pada hari selasa yang lalu dan kes ini akan disebut semula pada 20 Disember tahun ini bagi membolehkan kedua-dua pasangan mencari jalan penyelesaian atau mengekalkan keputusan untuk bercerai… Menurut Saida, Permohonan penceraian ini berpunca daripada Tiada kesefahaman lagi diantara mereka berdua dan perkahwinan yang dibina selama 14 tahun itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi. Hasil perkahwinan Saida dan suaminya, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Siti Nurunnyssa (13), Anas (11), Khalid (7), dan Siti Nurul Mashitah (4)… MyGosip berharap agar Saida dan suaminya berbincang secara baik untuk memulihkan hubungan perkahwinan mereka berdua sebelum tarikh keramat 20 disember ini.. Kesian kat anak-anak nanti.. google: saida af6, saida af6 bercerai, saida af6 mahkamah,saida af6 fail tuntutan cerai, saida af6 dan suami bercerai, saida af6 berpisah, saida af6 penceraian, punca penceraian saida af6, saida af6 dan anak anak, saida af6 dan keluarga, saida af6 terbaru, gambar saida af6 |
Posted: 26 Oct 2010 08:02 AM PDT Walaupun belum pernah membintangi filem Hollywood, Zul mengakui kagum dengan layanan dan cara kerja produksi Haq sepanjang menjalani penggambaran filem itu pada awal tahun lalu. Bintang KL Menjerit, Wayang, Anak Halal, Syaitan dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang berkata, dia pernah berkunjung ke Universal Studios di Los Angeles dan berpeluang melihat bagaimana pembikinan filem dilakukan di sana. Baginya, perkara berkenaan dapat dirasakannya ketika membintangi filem itu. "Apa yang boleh saya katakan istimewa ialah dari segi layanan. Kalau biasanya pelakon dan kru ditetapkan waktu makan melalui hidangan katering disediakan, produksi ini memberi kebebasan untuk menikmati makan tengah hari atau malam ikut kemahuan. "Mereka akan bertanya mahu makan sekarang atau nanti dan kalau saya belum bersedia, saya boleh mendapat makanan itu mengikut waktu yang saya mahu. "Apabila menjalani penggambaran dalam hutan atau di kawasan luar bandar, disediakan kemudahan tempat tukar baju dan membersihkan diri. Walaupun bukan disediakan setiap satu untuk setiap pelakon utama sebagaimana di Hollywood, ia sudah cukup baik berbanding tukar pakaian dalam kereta atau berhadapan masalah membersihkan diri. "Cara kerja mereka juga berbeza kerana tidak bising seperti biasa sebaliknya hanya dengar suara pengarah berkata 'action' dan 'cut.' Selalunya selepas pengarah kata 'cut', bunyi bising seperti di pasar, tetapi perkara ini tidak berlaku dalam Haq," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem itu, baru-baru ini. Mengenai pengalaman bekerja dengan CL Hor yang pernah mengarahkan Third Generation dan Kinta, Zul mengakui pengarah yang banyak menimba pengalaman bekerja dengan produksi Hong Kong itu sangat teliti. Katanya, dalam satu babak yang hanya papar mukanya secara 'close-up', Hor mengatakan lakonannya 'over' sedangkan dia melakukan gerakan biasa saja. "Dia begitu teliti sampaikan melalui gerak mata dia komen dan mahu saya buat sampai dia puas hati," katanya. Dalam filem yang diarahkan bersama produsernya, Jumaatun Azmi ini, Zul memegang watak utama sebagai Haq, yang dianugerahkan kuasa istimewa seperti ayahnya. Menerusi lakonannya itu, Zul dicalonkan merebut gelaran Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23). Turut berlakon, Ady Putra sebagai Bad yang cemburu dengan Haq dan ingin memiliki kuasa sepertinya manakala dua wanita yang menyerikan filem ini ialah Nanu Baharudin sebagai Zahra yang keliru antara cintanya pada Bad dan Haq serta Raja Farah (Aina) yang menyimpan perasaan pada Haq, tetapi diperdaya Bad untuk menghancurkan Haq. Pelakon lain, Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Lang, Zulkifli Ismail (Tuan Haji Ibrahim) serta pelakon kanak-kanak, Ammar Adli Mohamed Norin dan Amirul Adli Mohamed Norin sebagai Haq dan Bad waktu kecil. Fatimah juga bertindak sebagai jurulatih lakonan selama sebulan sebelum mereka menjalani penggambaran selama sebulan pada Februari dan Mac tahun lalu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Daripada treler dan babak terpilih yang dipertontonkan ketika pelancarannya itu, penghasilan Haq begitu membanggakan dengan aksi dan imej janaan komputer(CGI) setaraf filem antarabangsa. Filem ala Dragon Ball dan Hero ini bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Januari depan dan menyerahkan hak pengedaran untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa kepada United Studios, anak syarikat KRU Studios. Apabila kuasa di genggaman, ke mana arah hati manusia? Persoalan dipaparkan dalam skrip Brian Iskandar Zulkarim ini nyata menarik minat Jumaatun untuk meneroka penerbitan filem empat tahun lalu. Bagaimanapun, bukan mudah untuk merealisasikan kisah ini di layar perak apabila berhadapan pelbagai masalah hingga menawarkan bantuan Nanu sebagai produser bersama. Penggambaran dimulakan awal tahun lalu dan siap sepenuhnya Jun lalu dan akhirnya bersedia dengan tayangan pada Januari depan. Usahawan wanita yang sebelum ini berjaya menerusi perniagaan komunikasi melalui KasehDia mengakui sebagai pendatang baru dalam industri, bukan mudah melahirkan Haq kerana pelbagai dugaan dan cabaran perlu dilalui sepanjang menghasilkan filem ini. "Bagi saya, filem Haq menandakan saat kelahiran superhero Melayu moden dengan nilai murni ketimuran. Dengan kualiti sinematografi hebat dan dipenuhi koreografi aksi menarik, mampu membuat penonton terpegun. "Saya juga yakin filem ini mampu mengangkat prestasi industri perfileman negara ke satu tahap yang lebih tinggi. "Malah, saya berbangga dengan kejayaan awal Haq yang mendapat enam pencalonan di FFM23 iaitu Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. "Saya juga bangga kerana dapat bekerjasama dengan United Studios iaitu anak syarikat KRU Studios yang berjaya menghasilkan filem hebat dan membanggakan seperti Cicakman, Duyung dan Magika. Mereka diberi hak pengedaran Haq di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya. Katanya, skrip yang ditulis Brian Iskandar yang turut dicalonkan di FFM23 begitu menarik mengenai manusia apabila kuasa berada di genggamannya. Dalam memenuhi kepuasan dendam tersemat sekian lama, manusia sanggup berpaling tadah terhadap kuasa Tuhan dan mula menjadi hamba kepada iblis. "Segala sifat kemanusiaan tidak lagi menjadi pertimbangan dan pertalian sedarah tidak lagi dihirau nilainya. Begitulah mesej yang ingin disampaikan dalam Haq iaitu mengenai manusia yang mula hilang pertimbangan dan menjadi jahil dalam meniti peredaran zaman yang kian moden," katanya. Majlis pelancarannya turut dihadiri Presiden Eksekutif United Studios, Norman Abdul Halim, barisan pelakonnya, Zul, Ady, Nanu, Raja Farah, Zulkifli Ismail, Ammar Adli dan Amirul Adli. |
Posted: 26 Oct 2010 08:00 AM PDT Mislina juga diberi kepercayaan untuk membawakan watak Zaiton Sameon dalam filem kisah benar berjudul Zaiton. Namun rezeki pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam kelmarin, tetap berpihak kepada Lisa yang memenangi anugerah berprestij itu menerusi lakonan mantapnya dalam filem Lagenda Budak Setan. Lisa yang amat teruja dengan kemenangan itu mengakui dia tidak menyangka sama sekali trofi Pelakon Wanita Terbaik itu menjadi miliknya kerana apabila melihat senarai calon lain, mereka sangat hebat berbanding dirinya yang baru tiga tahun bergiat dalam seni. "Saya memang sangka Mislina akan menang kerana saya pernah tengok lakonannya sebelum ini. Lakonan Putri Mardiana dalam filem Santau pun bagus. Begitu juga penampilan Maya Karin dalam Pisau Cukur yang semuanya layak menang. "Saya tidak terfikir langsung akan menang. Saya datang untuk memeriahkan FFM23 dan tidak berani meletakkan harapan tinggi. "Lalu, saya bersyukur dengan anugerah ini dan akan terus berusaha memberi yang terbaik kepada penonton. Kemenangan ini juga sebagai membalas jasa dan pengorbanan 'mummy' (ibu) saya yang begitu komited menemani saya sepanjang masa dan kalau arwah ayah masih ada, dia juga tentu paling gembira. Kejayaan ini adalah berkat doa ayah saya dulu. "Walaupun saya mula berlakon pada usia 11 tahun, tetapi saya mula memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi dalam masa tiga tahun ini. "Pun begitu saya tidak pernah melupakan bidang guaman. Insya-Allah satu hari nanti saya akan menggunakan juga ijazah dalam bidang perundangan itu," katanya. Dengan kemenangan itu juga bererti anak bongsu dalam keluarga itu menggalas tanggungjawab yang besar demi memenuhi harapan industri perfileman sendiri. "Secara peribadi, saya pun belum puas dengan hasil kerja sendiri dan banyak lagi yang perlu diperbaiki serta dipelajari. Saya ingin buat yang lebih baik pada masa akan datang dan sama ada lakonan saya baik atau tidak, biarlah penonton yang menjadi jurinya," ujarnya. Pernah suatu ketika, Lisa merungut dia kepenatan kerana kerja sebagai anak wayang tidak tentu masa. "Berlakon sangat meletihkan, tetapi tanpa kerja keras dan pengorbanan, tak mungkin saya akan berada pada tahap sekarang. Nampaknya penat lelah saya selama tiga tahun ini sudah berbaloi. "Kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk saya bekerja lebih keras," katanya yang pernah menang trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi filem I'm Not Single berpasangan dengan Farid Kamil. Bront Palarae, 32, yang menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi wataknya sebagai penyiasat insurans dalam Belukar memang menepati jangkaan ramai. Walaupun kurang publisiti anak muda itu tidak pernah putus asa. "Untuk tahun depan saja, ada tujuh filem lakonan saya menunggu masa untuk ditayangkan. Selama berkecimpung dalam dunia lakonan, saya tidak pernah rasa diketepikan kerana tawaran berlakon sentiasa ada. "Malam ini saya sangat terhutang budi kepada Joo Kim Hua yang beri saya watak jahat dalam Belukar. "Jutaan terima kasih juga kepada Pengarah, Lakon Layar dan Penulis skripnya, Jason Chong kerana menghasilkan jalan cerita dan skrip yang sangat bagus. "Dalam menerima sebarang tawaran berlakon saya terlebih dulu melihat kepada watak dan bagi saya karakter Nik sangat menarik. "Alhamdulillah, saya juga dapat sokongan kawan-kawan dalam industri seperti Remy Ishak dan Farid Kamil. Mereka sentiasa memberi galakan tanpa rasa cemburu atau iri hati. Cuma saya terkilan kerana Ady Putra dan Aaron Aziz tidak dapat dicalonkan dalam FFM kita kerana faktor sempadan negara. Saya harap satu hati nanti mereka dapat sama-sama diterima dalam FFM," katanya. Belukar turut dilakonkan Daphne Iking (Eva), Ahmad Tamimi Siregar (Farid), Sabrina Hassan (Ivy) dan Ekin AF (pelatih hotel). Filem terbitan Preston Zaidan Production Sdn Bhd itu ditayangkan Mei lalu. Daripada 12 kategori yang dicalonkan dalam FFM tahun ini, Magika arahan Edry Abdul Halim menang tujuh anugerah termasuk memenangi Filem Terbaik. Menzahirkan perasaannya atas kemenangan itu, Edry sangat berbangga kerana sentuhan pertamanya sebagai sutradara membuahkan hasil. Selain membawa pulang trofi, Magika juga menang hadiah RM50,000. "Saya berbangga dengan kemenangan ini dan saya akan menimbangkan untuk serius mengarah filem. "Pada masa sama, saya akan terus mencipta lagu. Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tapi juga kejayaan kami tiga beradik (Yusry & Norman). "Trofi ini memberi semangat untuk melakukan pelbagai perubahan dalam penerbitan filem tempatan. Mulanya saya agak keliru apabila Magika dicalonkan dalam kategori Filem Komedi Terbaik. Mungkin kerana kita belum ada kategori untuk Filem Muzikal Terbaik dan semoga 10 tahun akan datang, akan wujud pula kategori itu. "Saya harap dengan kejayaan ini, Magika dapat menjadi penanda aras kepada pembikin lain yang ingin menghasilkan filem bergenre sama," katanya yang akan menerbitkan filem muzikal keduanya berjudul 29 Februari. Edry berkata, filem itu akan diterbitkan dalam bentuk 3-D dan bajet yang diperlukan dua kali ganda kos yang digunakan dalam penghasilan Magika. "Ia adalah filem cinta dan saya sedang mencari pelakon yang boleh menyanyi. Pelakon yang mampu menyanyikan sendiri lagu-lagu dalam filem muzikal jelas dapat memberi impak yang lebih besar kepada filem muzikal itu sendiri," katanya. Bercakap mengenai wang hadiah yang diterimanya itu, hujung tahun ini Edry bercadang membawa anak dan isterinya bercuti kerana sepanjang mengarahkan Magika, dia kesuntukan waktu bersama mereka. Sementara itu, Syamsul Yusof yang menang gelaran Pengarah Terbaik menerima ciuman tahniah daripada ayahnya, Datuk Yusof Haslam. "Dia (Syamsul) sudah tewaskan saya dan lebih hebat dari saya. Sebabnya, dia mencipta sejarah sebagai pengarah filem terbaik paling muda dalam sejarah FFM. Saya harap anugerah ini akan membuatkan dia bekerja dengan lebih gigih dan menghasilkan filem yang terbaik," kata Yusof dengan terharu ketika majlis pasca keraian. SENARAI PEMENANG ANUGERAH CIPTA Filem Komedi Terbaik - My Spy (KRU Studios) Pengarah Harapan Terbaik - Edry Abdul Halim (Magika) Pelakon Lelaki Harapan Terbaik - Shashi Taran (Estet) Pelakon Wanita Harapan Terbaik - Daphne Iking (Belukar) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Norliana Shamsudin (Adnan Sempit) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Fimie Don (Magika) Poster Terbaik - Belukar (Preston Zaidan) Pereka Kostum/Busana Terbaik - Hasnan Yaacob (Magika) Lagu Tema Asal Terbaik - Edry Abd Halim/Mengegar Dunia (My Spy) Penataan Bunyi Terbaik - Brian Ng (V3: Samseng Jalanan) Penataan Seni Terbaik - Anuar Paharudin/Johan Lucas (Magika) Pelakon Lelaki Harapan Terbaik - Shashi Taran (Estet) SENARAI PEMENANG ANUGERAH PERDANA Filem Terbaik - Magika (KRU Studios) Pengarah Filem Terbaik - Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) Pelakon Lelaki Terbaik - Bront Palarae (Belukar) Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) Sinematografi Terbaik - Niyang Rapik (Raja Mukhriz) Lakon Layar Terbaik - Haq (Jumaatun Azmi) Cerita Asal Terbaik - Lagenda Budak Setan (Ahadiat Akashah) Penyunting Terbaik - Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2) Skor Muzik Asal Terbaik - Edry Abdul Halim (Magika) Filem Dokumentari Terbaik - Suatu Ketika: Laskar Senoi (Astro) Filem Animasi Terbaik - Buas (Chakukphong Anuvog) Filem Pendek Terbaik - Projek Genex (Ainotek Sdn Bhd) ANUGERAH KHAS Penggiat Belakang Tabir - Johari Ibrahim Pelakon Veteran Wanita - Datuk Sarimah Ahmad Pelakon Veteran Lelaki - Tamam Idris Filem Box-Office - Adnan Sempit ANUGERAH KHAS JURI Cinta Ais Kacang Wuhoo - Astro Estet - Naga VXS Muallaf - MHZ Films |
Posted: 26 Oct 2010 07:58 AM PDT Malah ada sumber Cik Normah terserempak Cik Ta sedang asyik memadu cinta dengan jejaka yang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Singapura pada Aidilfitri baru-baru ini. Wajah ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini kelihatan bercahaya ketika bersama kekasih hatinya. Yalah, mana ada orang yang bertemu kekasih hati dengan muka yang kelat. Kalau sudah hari-hari jumpa, mungkin timbul rasa bosan. Tetapi pasangan ini berbeza. Mereka jarang bertemu dek kerana dipisahkan oleh Selat Tebrau. Itu kisah lebih sebulan yang lalu. Berita yang Cik Normah dengar ketika sedang menikmati minum petang baru-baru ini berbeza pula isinya. Cik Normah minta maaf awal-awal daripada Rozita sekiranya kisah ini tidak betul ya. Dengar khabarnya, Cik Ta dan Shah sudah potong kek? Betulkah? Jangan salah faham, Cik Ta dan Shah bukan potong kek kahwin ya! Maksud potong kek di sini ialah hubungan mereka sudah retak. Seorang kawan baik bernama Minelly yang menyampaikan cerita itu kepada Cik Normah. Kononnya, pada satu acara, dia terdengar seorang rakan artis bertanya kepada Cik Ta tanpa berselindung, bukankah dia dan Shah tak jadi kahwin? Terkulat-kulat wajah Cik Ta apabila diserang tanpa sebarang isyarat. Tak tahulah sama ada dia malu atau dia terkejut. Manalah tau kot-kot benda itu nak dirahsiakan daripada pengetahuan media. Tup-tup terbongkar juga disebabkan rakan seperjuangan Cik Ta sendiri yang terlepas cakap. Cik Ta, betulkah cerita yang Cik Normah dengar tu? Apa sudah jadi dengan hubungan Cik Ta dan Shah? Apa yang sudah berlaku? Jika betullah seperti yang didengar oleh Minelly, nampaknya impian Cik Normah nak melihat Cik Ta anggun dengan pakaian pengantin hanya tinggal impian sajalah. google: rozita che wan, rozita che wan bercinta, kekasih rozita che wan, gambar tunang rozita che wan, rozita che wan putus, putus cinta rozita che wan, rozita che wan putus cinta, foto kekasih rozita che wan |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |