Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Segalanya tentang cendawan
- Sepiring donut secawan kopi
- Tastefully Chic untuk kaki makan
- Berguru dengan pakar Perancis
- Kedamaian di Sunway South Quay
- National Geographic kini di KL
- Kebebasan berlari dengan treadmill
- Kahwin: Bienda masih berahsia
- Gemilang rumah terbuka
- Sheila gah di pentas DFP
- Aishah bukan perampas!
- Nicol kota janji
- Terdedah dunia permotoran sejak kecil
- 2 perjanjian strategik
- Sepang tunggu juara dunia
- Freida jadi gadis pejuang Palestin
- Nicol raih emas keempat negara
- 'Saya sudah maafkan mereka'
- Empat lagi anggota imigresen ditahan
- Hingga akhir hayat
- Keindahan wangian pada fesyen
- Suntikan ungu serlah gaya
- Catat ketepatan waktu terbaik
- Linda Jasmine Borong Barang Hari Jadi Anak Di AS
- Halim Othman Tangguh Kahwin
Posted: 08 Oct 2010 10:17 PM PDT
HARI ini saya ingin bercerita tentang cendawan. Melalui pengamatan saya cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan. Kebiasaannya masyarakat kita menikmati cendawan dengan dibuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam kebanyakan masakan Barat seperti ditaburkan di atas piza atau dijadikan sos cendawan. Bayangkan jika anda menikmati sup yang kaya dengan rasa cendawan ditambah pula jika ia dicicah dengan roti Perancis bakar. Memang menyelerakan! Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: "Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata." Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta meningkatkan sistem ketahanan badan. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia. Tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw. Beberapa tip yang perlu anda ketahui tentang cendawan. Pilihlah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir. Selain itu cendawan yang segar tidak berwarna kusam dan ia masih berwarna cerah. Cendawan seperti kentang dan epal, mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh itu, apabila cendawan telah dihiris, jangan didedahkan terlalu lama pada udara kerana akan menjadi lembik, menukar warna kepada keperangan dan hilang perisa aslinya. Selain boleh didapati secara segar, anda juga boleh membeli cendawan yang kering atau yang telah siap ditinkan. Cuba-cubalah resipi minggu ini untuk anda menikmati kelazatan cendawan yang sebenar dalam masakan. | ||
Posted: 08 Oct 2010 10:16 PM PDT
SANTAI dan rehat sambil menikmati hidangan secawan teh dan juga beberapa jenis kuih sudah seperti menjadi satu trend di kalangan masyarakat tempatan hari ini. Tambahan pula hari ini kedai kopi moden semakin banyak, sekali gus menyenangkan sesiapa sahaja untuk menikmati secawan teh mahupun kuih sebagai pelapik perut. Untuk itu, bagi mereka yang gemar menikmati sepiring donut, roti, bun dan juga secawan kopi, apa kata kunjungi Supremo Donuts & Coffee yang terletak di 46A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor. Selain donut, ia turut menawarkan hidangan masakan Barat seperti burger daging dan ayam, stik daging lembu serta kambing, chicken chop, fish n' chip dan pelbagai pilihan spaghetti. Bagi donut dan roti pula, Supremo Donuts & Coffee menyediakan lebih 15 jenis donut di mana ia diletakkan di bawah tiga kategori iaitu ring donut, bismark donut dan shell donut. Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Azhari Jemaon, 37, Supremo Donuts & Coffee mungkin dilihat sebagai sebuah kedai donut yang sama dengan kedai-kedai donut yang lain. Namun, yang menjadikannya lebih istimewa ialah kopi yang dihidangkan diimport dari Jamaica. ''Lazimnya, para pelanggan yang menikmati hidangan sepiring donut, roti mahupun bun, mereka pasti akan menikmatinya bersama-sama kopi Jamaica Blue Mountain. ''Selain rasanya yang sedap, kopi ini juga tidak terlalu 'keras' dan ia boleh dinikmati tanpa mengira masa," katanya yang mengakui Supremo Donuts & Coffee merupakan resipi dihasilkan sendiri. Walaupun baru memulakan perniagaannya pada bulan Jun lalu, pemegang diploma lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu berjaya membuka tiga cawangan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangunan Telekom Malaysia, Kolej Politek Mara serta Universiti Sains Islam Malaysia. Mengulas lanjut mengenai perniagaannya, menurut Mohd. Azhari, dia menggunakan pengalaman yang ada sebelum ini untuk menjalankan sendiri kerja-kerja pemilihan menu serta dekorasi kedai. Mohd. Azhari sendiri berjaya mengilhamkan dekorasi yang cukup untuk menarik pelanggan mengunjungi kedainya. Katanya, pengalaman berada di rantau orang selama 11 tahun sedikit sebanyak turut membantunya mengendalikan Supreme Donuts & Coffee. ''Apa yang penting dalam mengendalikan perniagaan berasaskan makanan ini ialah memastikan kualiti sentiasa berada ditahap tertinggi dan sedap apabila dimakan,'' ujarnya. Supremo Donuts & Coffee dibuka dari pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Isnin dan setiap Jumaat perniagaan bermula dari pukul 2.30 petang hingga 12.30 tengah malam. | ||
Tastefully Chic untuk kaki makan Posted: 08 Oct 2010 10:15 PM PDT
MALAYSIA memang benar-benar syurga makanan antarabangsa dengan pelbagai sajian lazat," ujar penulis buku Tastefully Chic, Wong Chui Ling. Mengaku bahawa dirinya seorang 'kaki makan', mendorongnya menghasilkan sebuah buku panduan tentang tempat makan yang menarik di sekitar ibu kota. Chui Ling yang juga penerbit, pengacara televisyen, pelakon, penyampai radio dan juga penulis ruangan di sebuah majalah berkata, dia sebenarnya sudah lama mengidamkan untuk menulis buku panduan tentang tempat makan istimewa. "Saya sudah lama teringin untuk menonjolkan beberapa tempat menjamu selera popular yang bukan lagi menjadi 'rahsia' di kalangan peminat makanan. Daya tarikan kita termasuk beberapa restoran kelas satu yang pasti mempunyai pelanggannya yang tersendiri," jelasnya. Memanfaatkan kecanggihan teknologi perhubungan menerusi iPhone dan iPad, aplikasi tentang panduan tempat makan ini boleh diakses dengan sentuhan. "Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini pada gajet anda dan terus boleh gunakannya. Untuk iPhone aplikasinya akan boleh digunakan pada pertengahan Oktober ini manakala pengguna iPad sudah boleh menggunakan aplikasi ini. "Lebih menarik, dalam aplikasi ini bukan sahaja memaparkan panduan tempat makan, malah terdapat juga panduan memasak, iklan berkaitan dan info-info menarik," jelas Chui Ling pada majlis pelancaran bukunya bertempat di Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pelancaran buku panduan Tastefully Chic itu adalah bersempena pengenalan minyak masak terbaru di pasaran, Family Choice. Jenama minyak masak jagung dari Australia ini juga adalah penaja utama buku panduan itu. Dengan adanya buku itu, para pelancong dan juga warga kota kini tidak lagi perlu pening kepala memikirkan tempat menarik mana untuk menikmati juadah lazat. Buku tersebut juga memaparkan komen-komen Chui Ling tentang restoran disinggahinya dan juadah-juadah yang dicadangkan oleh chef restoran masing-masing. Ia juga dilengkapi foto-foto menarik yang pasti mengecurkan air liur anda selain foto pemandangan dalam restoran yang boleh dinikmati menerusi lensa kamera. Pembaca juga boleh mendapatkan maklumat seperti alamat, nombor telefon untuk dihubungi. "Pemilihan restoran dan tempat makan ini saya buat dengan teliti dan berdasarkan pengalaman sendiri. Saya menilai dari segi kesedapan masakan, persembahan dan suasana tempat makan secara keseluruhan. "Bagi saya pencarian makanan yang baik dan sajian yang menyelerakan adalah pengalaman yang manis untuk dikongsi dan dirasai semua," ujar Chui Ling. Sementara itu, Pengurus Besar Wintercorn Australia Pty. Ltd., Chan Kien Ming, berkata, sempena pengenalan jenama itu ke Malaysia, empat produk telah diperkenalkan iaitu minyak kanola, minyak jagung, minyak biji bunga mata hari dan minyak kacang soya. Rangkaian minyak sayuran tulen jenama ini dihasilkan oleh pengeluar yang mempunyai pensijilan ISO22000 2005 dan Korsortium Peruncit British (BRC). "Jenama Family Choice mempunyai ramai pengikut setia dari kalangan pengguna Australia. Ia berkualiti tinggi, diperbuat dari bahan semula jadi dan mempunyai piawaian keselamatan makanan yang tinggi. "Inilah juga nilai-nilai yang diperlihatkan oleh restoran-restoran yang dipilih oleh Chui Ling untuk Tastefully Chic," ujarnya. | ||
Posted: 08 Oct 2010 10:14 PM PDT
SENI pembuatan kek dan pastri bukanlah satu cabang seni yang mudah. Ia perlu dipelajari dengan minat dan ketelitian yang amat tinggi. Justeru ilmu yang dimiliki oleh pakar pastri bukanlah boleh diperturunkan dengan mudah kerana bukan calang-calang orang yang boleh menguasai bidang itu. Sebab itulah diwujudkan kursus jangka panjang dan pendek untuk mempelajari teknik pembuatan pastri dari pakar. Kursus tersebut ada ditawarkan oleh Academy of Pastry Arts Malaysia yang dikendalikan oleh chef residen dari Perancis serta ramai lagi chef undangan dari seluruh dunia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing. Akademi ini terletak di Wisma Thrifty, bertentangan dengan Hotel Hilton, Petaling Jaya dengan keluasan 8,000 kaki persegi. Lengkap dengan bilik coklat, bilik bakeri, dapur pastri, bilik pastri, bilik kek perkahwinan, ruang istirahat chef dan bilik darjah. Pengarah Kajian Pastri, Academy of Pastry Arts Malaysia, Chef Guillaume Lejeune, berkata, kursus seni pastri dan bakeri yang intensif itu direka untuk melahirkan pakar profesional dalam seni pastri yang bersedia untuk berkhidmat dalam industri berkaitan. Para pelajar dan peserta akan dilatih dan dibimbing secara peribadi oleh jaguh pastri dan bakeri, di samping memastikan pembelajaran dan latihan secara guna tangan dan pendedahan berulang kepada teknik pastri, peralatan dan ramuan pastri. "Kami juga mensasarkan para profesional sedia ada dan penggemar pastri melalui kursus-kursus jangka pendek kami. Sambutan setakat ini sangat memberangsangkan," tambah Chef Guillame. Bagi yang berminat mempelajari cara membuat kek, kursus jangka pendek juga ada disediakan termasuk cara membuat kek keju, coklat, praline, biskut dan sebagainya. "Dengan visi untuk menjadi salah sebuah sekolah pastri terbaik di Asia Tenggara, Academy of Pastry Arts Malaysia akan beroperasi sebagai satu hab bagi kesemua aktiviti pastri dan bakeri di mana pelajar akan mendapat peluang untuk belajar daripada chef pastri terbaik di dunia," ujarnya. Bukan calang-calang chef juga yang menjadi tenaga pengajar di akademi ini antaranya ialah: nChef Guillaume Lejeune: Pengarah Kajian Pastri, Academy of Pastry Arts Malaysia nMaster Pastry Chef Matthias Schuebel: Cef pastri Pemenang Pingat Emas Olimpik, Ijazah Sarjana dalam Pastri dan Konfeksioneri nChef Keith Hurdman : Pemenang Dua Pingat Emas Anugerah World Chocolate, London (2007) nChef Michel Willaume: Juara Dunia Pastri, 2001 yang beliau menangi mewakili Team USA di Coupe du Monde de la Patisserie di Lyon, Perancis nChef Stéphane Tréand: Meilleur Ouvrier de France (Pakar Pertukangan Terbaik di Perancis), 10 Cef Pastri Terbaik di Amerika Syarikat oleh majalah Pastry Art and Design (2007/2008). nJean-Marie Auboine: Jurulatih Pastri, World Pastry Forum "Kami mengharapkan agar pelajar Malaysia belajar di negara ini, terutamanya di Akademi ini. Tujuan kami juga adalah untuk menarik pelajar asing datang untuk belajar dengan kami. Pada dasarnya, kami membawa chef pastri terbaik dalam dunia, untuk mengajar anda, di Malaysia ini," ujarnya. | ||
Kedamaian di Sunway South Quay Posted: 08 Oct 2010 09:47 PM PDT
KEDIAMAN mewah di tepi tasik dengan kemudahan kapal layar mewah untuk bersantai dan bersiar-siar pasti menjadi idaman ramai orang. Bayangkan tinggal di bungalow mewah dengan kemudahan kelas pertama termasuk kapal layar yang bukan sahaja untuk bersantai tetapi juga bagi menganjurkan parti persendirian secara eksklusif bersama teman-teman istimwewa. Impian itu mampu menjadi kenyataan di Sunway South Quay, iaitu projek perumahan mewah dengan lambang keunggulan tersendiri. Projek perumahan eksklusif yang terletak di tepi tasik Sunway itu, bukan sekadar menawarkan vila-vila mewah, tetapi juga kemudahan unik yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana pemaju. Oleh itu ketika memasuki kawasan Sunway South Quay, jangan terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah yang berada di tengah-tengah vila mewah di BayRock, Garden Waterfront Villas. Cetusan idea tersebut diilhamkan oleh Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah yang mahu memperkenalkan buat julung kalinya kemudahan kapal persiaran yang diberi nama Sunway Quay Princess untuk kegunaan penduduk Sunway South Quay. Projek perumahan dan kapal persiaran itu melambangkan contoh keunggulan kehidupan mewah di tepi tasik. Bermula pada kadar harga dari RM5.1 juta sehingga RM8 juta, pemilik kediaman di Sunway South Quay boleh menggunakan segala perkhidmatan termasuk mengadakan majlis hari jadi di atas kapal persiaran mewah tersebut. Bercirikan rekaan moden dan reka bentuk yang canggih dengan rupa yang sederhana dan tona warna yang cerah sudah tentu memberikan keselesaan kepada pemiliknya. Berkeluasan 105 hektar, Sunway South Quay diibaratkan bagai hidup di kayangan. Kapal layar mewah sepanjang kira-kira 25 meter itu bukan sahaja lambang kemewahan, tetapi juga tarikan utama di kawasan kediaman itu. Ketika majlis pelancarannya baru-baru ini, Sunway City Berhad (SunCity) iaitu pemaju kawasan perumahan itu telah juga memperkenalkan lokasi kediaman mewah itu kepada para wakil media. Bagaimanapun, vila-vila tersebut telahpun mencapai 70 peratus jualan dan hanya tinggal beberapa unit sahaja lagi yang masih belum dijual. Di BayRock, hanya terdapat sebanyak 77 unit rumah banglo mewah termasuk banglo dua setengah tingkat dengan keluasan kawasannya kira-kira 13 hekar di pinggir tasik. Di samping itu, terdapat juga beberapa unit kondominium mewah dan pangsapuri. | ||
National Geographic kini di KL Posted: 08 Oct 2010 09:44 PM PDT SEBUT sahaja National Geographic, sudah tentu ramai terbayang imej dan visual yang cukup luar biasa. Kehebatan dokumentarinya terhasil daripada kesungguhan dan ketelitian yang disiarkan melalui apa sahaja isu. Kupasan ceritanya menyajikan pengetahuan dan pendedahan yang tidak pernah menjemukan. Kini National Geographic bukan sekadar nama yang kita kenali melalui peti televisyen malah sudah menjadi satu jenama yang membawa imej dan gaya, khususnya di dalam dunia seorang pengembara. Di negara ini, produk-produk jenama itu kini boleh didapati di butik National Geographic di pasar raya Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Butik tersebut di buka melalui satu usahasama di antara YTL Corporation Berhad dan Worldwide Retail Store yang kini merupakan rakan kongsi kepada National Geographic. Pada 22 Jun lalu, kedai tersebut secara rasminya beroperasi selepas dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen. Ia berkeluasan kira-kira 1,333 meter persegi itu merangkumi galeri jualan, ruang pameran, barangan cenderamata dan kafe ala Sepanyol yang menyajikan menu-menu istimewa dan luar dari kebiasaan. Butik itu merupakan yang kedua dibuka di Asia Tenggara selepas pelancaran premis di Bandar Vivo, Singapura dan yang keempat selepas Regent Street, London dan Malaga, Sepanyol. Selain produk-produk seperti pakaian, beg dan kelengkapan melancong yang lain, butik ini juga menjadi kegemaran mereka yang mencari sesuatu yang istimewa sebagai cenderahati. Selain itu, buku-buku yang memaparkan koleksi gambar terbaik, peta dan atlas, majalah dan permainan kanak-kanak juga antara saguhati yang sering dicapai peminat. Buat pengembara pula, sudah tentu rekaan baju, seluar dan beg-beg pengembara National Geographic pasti menepati cita rasa selain sesuai dipadankan pada hari biasa. Di dalam premis itu sebuah kafe menyediakan pelbagai menu hidangan makanan pelbagai kebudayaan. Masakan tradisi Sepanyol iaitu Pinchos adalah antara yang menjadi kegemaran pelanggan. Kafe juga menyediakan tempat bersantai dan berehat yang selesa kepada pelanggan. Bagi yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat keistimewaan butik jenama terkemuka itu sila lawati kedai National Geographic di Tingkat 3, Pusat Beli Belah Lot 10, Bukit Bintang atau layari laman web http://www.nationalgeographic.com. | ||
Kebebasan berlari dengan treadmill Posted: 08 Oct 2010 09:42 PM PDT
BERLARI mungkin senaman yang paling popular dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun tidak bagi yang sering dibelenggu kesibukan kerja sepanjang hari. Berdepan dengan situasi seperti itu boleh menyebabkan keletihan yang memadamkan keinginan untuk bersenam. Apatah lagi bagi yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas sebelum sampai ke tempat rekreasi. Apa sekalipun alasan yang dikemukakan, tiada yang dapat mengecualikan diri daripada amalan kesihatan untuk meneruskan kehidupan yang sempurna. Bagi yang mempunyai kesedaran dan mengambil berat tentang kesihatan diri, mesin larian dalam rumah atau lebih popular disebut treadmill adalah penyelesaian yang paling tepat. Bahkan ramai mengakui alat itu mempunyai banyak kelebihan jika dibanding dan diambil kira yuran keahlian gimnasium yang mahal pada masa sekarang. WOW! baru-baru ini ke VITO, pusat jualan treadmill jenama Kettler yang terletak di The Gardens Mall, Kuala Lumpur untuk memahami keistimewaan alat senaman itu. Pengurus Jualan Trend Masters Sdn. Bhd, Lee Chun Hooi berkata, treadmill kini menjadi alat senaman paling popular bagi masyarakat yang sibuk dan terlalu mengutamakan kerjaya. "Waktu bekerja yang panjang di bandar menyebabkan ramai yang mengabaikan amalan kesihatan. Namun bagi yang peka, mereka tidak akan berhenti daripada bersenam," katanya. Satu rumah satu treadmill Memiliki treadmill yang baik sama seperti memiliki sebuah gimnasium mini dalam rumah. Pengguna mempunyai lebih kebebasan untuk bersenam. Bahkan di dalam apa jua keadaan cuaca, pengguna masih boleh memilih sama ada untuk berjalan, berjogging ataupun berlari. Ia bukan sahaja direka untuk mereka yang keberatan untuk keluar dari rumah malah menjadi penyelamat bagi yang segan untuk bersenam di khalayak ramai. Lebih penting, ia membolehkan pengguna kekal langsing tanpa dilihat sesiapa ketika mereka berusaha gigih untuk menurunkan berat badan. Menurut Chun Hooi, sebuah treadmill yang baik bukan sekadar alat senaman tetapi menjadi jurulatih peribadi yang menyimpan segala maklumat dan data. Dengan teknologi terkini, alat kardiovaskular yang kini dilengkapi pelbagai fungsi seperti program latihan berkomputer dengan kelajuan berperingkat itu memberikan pengalaman seperti berlari di luar rumah. "Kita hanya bangun 30 minit lebih awal daripada biasa setiap hari untuk berlari beberapa kilometer tanpa perlu keluar dari rumah. "Senaman yang berterusan cukup untuk menjadikan seseorang lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang hari," ujarnya. Sebagai alat senaman peribadi, penggunaan treadmill juga mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin berlaku semasa bersenam di luar rumah. Faktor-faktor seperti permukaan jalan yang keras, licin dan tidak rata mungkin menjadi penyebab kemalangan. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan udara yang disedut di dalam rumah setiap hari sebenarnya lebih bersih berbanding tempat-tempat senaman awam yang dipenuhi habuk dan asap kenderaan. Selain untuk kesihatan diri, penggunaan treadmill secara tidak langsung memupuk gaya hidup sihat di kalangan ahli keluarga seawal mungkin. Pusat kecergasan VITO di tingkat dua The Gardens Mall, Mid Valley kini mempamirkan produk daripada kualiti pertengahan hingga terbaik daripada jenama Kettler. Jenama yang bertapak sejak 18 tahun lalu di negara ini menawarkan pelbagai kategori produk daripada keperluan peribadi hingga gimnasium. Jaminan produk Jerman itu adalah teknologi selama hampir 60 tahun. "Tiga peralatan senaman dalam rumah yang boleh didapati di sini adalah treadmill, crosstrainer dan basikal senaman," tambah Chun Hooi sambil mempamerkan model treadmill terbaru daripada Kettler iaitu Pacer. Bagi menggalakkan penggunaan alat kesihatan itu, VITO turut mengadakan kempen 'Satu Rumah Satu Treadmill' dengan memberi potongan harga istimewa kepada pelanggan. | ||
Posted: 08 Oct 2010 09:38 PM PDT
| ||
Posted: 08 Oct 2010 09:37 PM PDT
TRADISI menyambut Syawal di Malaysia sungguh menyeronokkan. Acara rumah terbuka pula menjadi kelaziman. Sepanjang bulan Syawal, kemeriahan rumah terbuka dapat dirasakan. Di sana sini, kebanyakan daripada kita tidak mahu melepaskan peluang meraikan tetamu. Kumpulan Utusan tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan hari penuh kegembiraan ini. Bahagian pengurusan korporat syarikat media itu misalnya mengadakan majlis rumah terbuka meraikan para pelanggannya dan rakan-rakan perniagaan serta selebriti. Acara yang berlangsung penuh gemilang itu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur dihadiri oleh lebih 5,000 orang. Hadir sama memenuhi jemputan Kumpulan Utusan ialah artis-artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Rozita Che Wan, Sofea Jane, Erma Fatima, Didie Alias, Haiza, Fasha Sandha, Fazli Zainal, Roslan Shah dan ramai lagi. Sementara tokoh-tokoh politik, ahli-ahli perniagaan, tokoh koporat, pengamal media dan lain-lain juga hadir memeriahkan majlis yang berlangsung sehingga pukul 7 malam itu. Selain daripada majlis yang dianjurkan oleh pengurusan korporat Kumpulan Utusan itu, sidang editorial akhbar Utusan Malaysia juga mengadakan majlis rumah terbuka. Acara yang diadakan pada Rabu lalu menghimpunkan lebih 1,000 tetamu biarpun ketika hujan turun dengan lebatnya. Sidang editorial Utusan Malaysia mengadakan majlis itu di pekarangan ibu pejabat akhbar itu di Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Dengan pelbagai hidangan hari raya termasuk lemang, rendang dan sebagainya, sebanyak tiga ekor kambing panggang turut menjadi perhatian tetamu. Selain para petugas di akhbar itu, majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis serta kenalan-kenalan yang selama ini memberi sokongan padu terhadap akhbar yang menjadi kebanggaan ramai ini. | ||
Posted: 08 Oct 2010 09:36 PM PDT
IMPIAN yang dipendam sekian lama sejak menjadi anak seni 25 tahun adalah untuk beraksi di pentas prestij sambil lagu-lagu dendangannya dialunkan oleh sekumpulan pemuzik orkestra. Bagi Datuk Sheila Majid, sebagai anak seni, dia mahu menjadikan momen itu antara detik terpenting dalam direktori seninya yang dapat dikenang oleh para peminatnya. Lalu, apabila perancangan selama setahun untuk menampilkan Sheila di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) itu menjadi kenyataan, tiada lain yang mampu diluahkannya hanyalah mengucapkan syukur. Apatah lagi, persembahannya akan diiringi oleh pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang sudah termaktub sebagai salah sebuah kumpulan orkestra terbaik di rantau ini. Hujung minggu lalu, selama dua malam berturut-turut bermula 1 Oktober, Sheila membuat persembahan solo pentas penuh gah itu di bawah siri DFP Showcase. Sebetulnya, ini bukanlah kali pertama wanita genit ini membuat persembahan di sana. Sebelum ini, dia pernah mengalunkan lagu-lagunya dalam siri Jazz & World Music di DFP pada tahun 2000. Eksklusif Cuma bezanya ketika itu, persembahan Sheila tidak diiringi orkestra tetapi oleh barisan pemuzik profesional yang sering mengiringi persembahannya sebelum ini. Sememangnya penantian untuk menonton persembahan eksklusif Sheila di DFP sudah begitu lama dan akhirnya, ia dimakbulkan juga. Kegembiraan itu bukan hanya disambut oleh Sheila tetap juga para peminat tegar yang tidak pernah jemu menikmati alunan indahnya selama 25 tahun. Percaya atau tidak, kesemua tiket untuk persembahan tersebut habis dijual hanya dalam tempoh 48 jam sebaik sahaja kaunter dibuka pada 23 Ogos lalu. Lebih menakjubkan apabila ada peminat yang sanggup beratur seawal pukul 6.30 pagi semata-mata mahu mendapat tempat duduk terbaik. Memang ia kerja gila tetapi siapa yang mahu melepaskan peluang menonton persembahan Sheila di DFP yang sekian lama diingini oleh tuan punya badan dan juga peminatnya. Untuk anak seni sehebat Sheila, memang sudah layak dia diangkat ke taraf setinggi itu dengan mengadakan konsert di DFP. Barangkali, selepas Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, belum ada lagi penghibur yang mampu menyatukan semua bangsa tanpa kira warna kulit, agama dan kedudukan dalam menikmati muzik mereka. Dan, Sheila sepatutnya berasa bangga kerana dia adalah antara penghibur yang berjaya merentasi sempadan itu bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara jiran, Indonesia. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran penonton yang hadir pada malam pembukaan konsertnya pada 1 Oktober lalu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia termasuklah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman; Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said serta artis-artis popular seperti Tan Sri S.M. Salim, Syafinaz Selamat, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak. Konsert yang diberi nama MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid itu dimulakan dengan lagu instrumental, Prelude D'Legenda yang digubah oleh Jenny Chin. Sebaik sahaja Sheila muncul dengan gaun labuh merah jambu rekaan Michael Ong, penonton dengan pantas menyambut kehadiran Sheila dengan tepukan gemuruh. Memilih lagu Aduh Sayang sebagai lagu pembukaan, Sheila tidak perlu menunggu lama untuk terus memastikan penonton melekat di kerusi masing-masing. "Lagu seterusnya ini adalah gambaran jelas tentang kerjaya saya selama 25 tahun dan anda (peminat) yang telah meletakkan saya di puncak tertinggi ini," kata pemilik nama penuh Shaheila Abdul Majid ini sebelum menyampaikan lagu Gemilang. Meneruskan persembahan, Sheila memilih lagu Percayalah dan Cobalah Bertahan yang sememangnya bukan lagu hits Sheila. Namun penyandang gelaran Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 ini ada rasionalnya. "Saya memilih dua lagu ini kerana merasakan ia mampu menjadi sebuah karya yang hebat seandainya dimainkan dengan iringan orkestra," ujarnya seraya memberikan senyuman kepada konduktor MPO malam itu, Kevin Field. Sememangnya percaturan Sheila memilih dua lagu tersebut memang tepat kerana ia menjadi begitu gah dan dramatik sekali apabila dimainkan oleh orkestra. Untuk itu pujian harus diberikan kepada Jenny Chin dan Ahmad Muriz Che Rose yang telah menggubah susunan muziknya dan menjadikannya ia begitu indah sekali. Begitu juga dengan lagu Jeritan Batinku yang dibawa dengan begitu baik sekali oleh Sheila dengan interpretasinya sendiri sehingga seluruh dewan menjadi senyap seketika. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam seni suara, Sheila tidak mampu mengelak dirinya daripada mengalami darah gemuruh. Ada kalanya bahasa tubuh Sheila menampakkan dia sedikit gementar dan itu bukanlah satu kesalahan besar. Untuk mana-mana artis yang menyanyi bersama orkestra, pastinya akan mengalami perasaan tersebut dan Sheila juga tidak terkecuali. Mujurlah Sheila bijak mengatasinya dengan skil komunikasinya yang memang sudah menjadi identitinya di atas pentas. Lagu Kerinduan dan Embun juga menjadi pilihan Sheila dalam konsert tersebut yang pastinya mengubat kerinduan peminatnya yang sudah lama tidak mendengar lagu-lagu itu disampaikan. | ||
Posted: 08 Oct 2010 09:35 PM PDT
APABILA penyanyi bersuara hebat bernama Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, mendirikan rumah tangga secara senyap pada 30 April lalu, ia sedikit sebanyak mengundang pelbagai spekulasi. Lebih-lebih lagi, apabila perkahwinan ketiganya bersama Faizal Sazali Zulkifli, 44, itu berlangsung di Narathiwat, Thailand yang menguatkan lagi khabar angin yang kurang enak terhadap Aishah. Mengapa perlu berkahwin sehingga ke negara jiran seandainya tiada apa yang hendak disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai? Tidak cukup dengan itu, perkenalan singkat selama sebulan antara Aishah dan Faizal Sazali sebelum mengambil keputusan berkahwin juga menjadi perbualan ramai. Kata-kata sinis juga mula bertebaran apabila ada yang mendakwa Aishah menjadi punca perceraian Faizal Sazali yang memiliki enam orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertamanya. Dengan tenang, penyanyi tersohor ini memberikan jawapannya sambil meningkah pantas terhadap dakwaan yang disifatkannya tidak berasas itu. Faizal Sazali yang turut berada di sebelahnya ketika itu juga menafikan Aishah adalah insan ketiga yang menjadi punca kepada perceraiannya. "Soal perampas mahupun poligami langsung tidak wujud dalam perkahwinan kami dan semuanya itu tidak benar sama sekali. "Ketika saya bertemu dengan suami saya, dia sudah pun bercerai dan sedang dalam proses untuk menyelesaikannya di mahkamah. "Saya faham apabila timbul isu saya berkahwin dengan senyap dan gambar kami berdua mula tersebar di alam maya, pelbagai cerita kurang enak mula diperkatakan. "Kami berdua mempunyai rasional sendiri mengapa kami mengambil tindakan untuk merahsiakan perkahwinan kami daripada pengetahuan umum," jelas Aishah panjang lebar ketika disoal mengenai kontroversi perkahwinan ketiganya itu. Penyanyi tersohor itu berkata demikian pada majlis pelancaran album terbarunya, Anak di ibu pejabat Nasyeed.Com di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Turut hadir naib juara Imam Muda, Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Nasyeed.Com, Muhamad Razin Che Mud. Tidak ketinggalan Pengarah Pemasaran Sony Music, Aziana Ali dan penerbit album Anak, Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Dakmie. Menyambung perbualan, Aishah memberitahu bukannya dia sengaja mahu merahsiakan perkahwinan atau cuba menyembunyikannya atas sebab-sebab tertentu. Tetapi, baginya dalam usianya sekarang, kehidupan peribadi bukan lagi menjadi agenda utama dalam kariernya sebagai seorang anak seni. Baginya, cerita kehidupannya tidak perlu digembar-gemburkan kerana dia lebih selesa untuk menghebahkan mengenai kerjaya seninya dan apa jua bidang berkaitan dengannya. "Sewaktu mengambil keputusan hendak berkahwin, kami perlu memikirkan banyak perkara dan memikirkan juga hati beberapa pihak yang perlu dijaga. "Selepas menyenaraikan apa yang perlu hendak dilakukan, saya dan suami sepakat hanya melaksanakan yang wajib sahaja. "Sudah pasti, kami memberitahu keluarga masing-masing tentang perkahwinan ini dan kami sama sekali tidak akan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga kerana itu lebih penting," kata Aishah sambil dipersetujui Faizal Sazali yang merupakan seorang usahawan itu. Pada masa yang sama, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Janji Manismu dan Cinta Beralih Arah itu berkata, dia langsung tidak berniat untuk menipu sesiapa tentang perkahwinannya itu. Aishah sedar dia sudah terlepas cakap kepada pihak media ketika sidang akhbar persembahan Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekitar bulan Mei lalu. Pada ketika itu, dia sudah pun sah menjadi isteri kepada Faizal Sazali. "Memang saya ada mengatakan saya akan mengumumkan bila tiba masa yang sesuai namun masa memang tidak mengizinkan dan ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak boleh mengumumkannya. "Tetapi, selepas sahaja saya bergelar isteri, ke mana sahaja saya pergi bersama suami, saya pasti akan memperkenalkannya kepada mereka yang bertanya kepada saya. "Jadi, memang ada yang tahu saya sudah berkahwin cuma tidak dihebahkan sahaja. Selepas gambar kami tersebar, saya juga tidak menafikannya," cerita ibu kepada dua cahaya mata ini lagi. Menjelaskan pernikahannya yang berlangsung di Narathiwat pula, Aishah berkata, ia adalah kerana ketika itu Faizal Sazali masih belum mendapat surai cerai dari mahkamah. "Memandangkan proses perceraian mengambil masa yang lama, kami menyegerakan perkahwinan kami kerana mahu mengelak fitnah. Jadi, jalan paling mudah adalah untuk bernikah di sana," katanya yang mula berkenalan dengan suaminya di sebuah laman web sosial. | ||
Posted: 08 Oct 2010 06:20 PM PDT RATU skuasy negara, Datuk Nicol David membuktikan keunggulannya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul pingat emas pada temasya Sukan Komanwel New Delhi selepas menewaskan pemain England, Jenny Duncalf, 3-0. TAHNIAH...Nicol dipeluk Sharon Wee (kiri) jurulatihnya, Liz Irving selepas tamat final, semalam.
Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 27 tahun kelahiran Pulau Pinang menghadiahkan emas keempat negara di temasya Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi, India selepas Amirul Hamizan Ibrahim, Aricco Jumith (angkat berat) dan Josiah Ng (Basikal). | ||
Terdedah dunia permotoran sejak kecil Posted: 08 Oct 2010 06:17 PM PDT GADIS ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambar kontroversinya 'bercumbuan dengan wanita' di kelab hiburan sekitar Kuala Lumpur tersebar tatkala dia menyertai program Gadis Melayu Musim 2, tahun lalu. Sudut kamar hatinya menyedari mungkin tiada lagi peluang untuknya mengejar cita-cita di pentas pengacaraan walaupun keinginan memburu impian tidak pernah padam walaupun maruah diaibkan. Akhirnya, kesabaran gadis mesra disapa Jasmine ini berbaloi apabila diterima TV3, sekali gus diberi kepercayaan mengendalikan program baru mengenai permotoran, Auto. Sama sekali tidak menyangka terpilih, sekali gus mengetepikan peserta lain yang turut menghadiri uji bakat program itu tidak lama dulu yang turut disertai peserta Gadis Melayu. Jasmine berjanji dengan peluang diberikan stesen hebat berkenaan, dia akan lebih berhati-hati dengan segala tindak- tanduk serta aturan hidupnya."Segala yang pernah tercetus, saya anggap itu kisah lama dan memberi pengajaran bermakna dalam hidup saya. Kini, saya lebih berhati-hati dengan segala tindak-tanduk dan cuba mengelak terbabit dengan insiden seumpama itu lagi.
| ||
Posted: 08 Oct 2010 06:16 PM PDT 1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) dan Mubadala Development Company (Mubadala) dari Abu Dhabi, semalam memeterai dua perjanjian kerjasama strategik yang bakal membuka laluan bagi pelaburan bernilai berbilion ringgit oleh Mubadala di Malaysia. KERJASAMA...Najib bersama Khaldoon (dua dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Shahrol Azral (kanan) dan Waleed. NSTP
"Kami menjemput, menggalakkan dan memujuk komuniti perbankan tempatan dan antarabangsa untuk bersama-sama kami, bukan hanya menjadikan Kuala Lumpur pusat kewangan global, tetapi juga menikmati faedah yang ditawarkan KLIFD," katanya. | ||
Posted: 08 Oct 2010 06:14 PM PDT PERLUMBAAN Grand Prix Malaysia di Sepang hujung minggu ini bakal menyaksikan Jorge Lorenzo dimahkotakan sebagai Juara Dunia MotoGP 2010. HEBAT...(dari kiri) Valentino Rossi, Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan Marco Simoncelli ketika sidang media MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin. Lorenzo pula mempunyai rekod cemerlang di Sepang selepas merangkul gelaran 250cc kedua pada 2007 dan menduduki tangga keempat tahun lalu biarpun bermula di petak terakhir. "Ia mungkin hujung minggu yang istimewa bagi saya, pasukan dan keluarga," kata Lorenzo. "Saya begitu teruja tetapi sedar saya perlu memberi tumpuan dan bekerja keras. Saya mahu bermula dengan pantas dan penuh keyakinan, tidak terlalu memikirkan mata kejohanan dan menikmati perlumbaan paling penting sepanjang karier saya," katanya. Ketika Lorenzo berminat untuk memberi tumpuan terhadap kejuaraan berkenaan ketika sidang media, media pula lebih berminat untuk mengetahui mengenai pertarungan sengit pelumba itu dengan Valentino Rossi untuk kedudukan podium terakhir di Montegi minggu lalu. Lorenzo bagaimanapun enggan mengulas mengenai insiden itu atau sebarang pertelagahan yang berlaku selepas itu."Jepun, apa yang berlaku di Jepun?" soalnya kembali apabila ditanya. "Oh ya, saya menandatangani kontrak dua tahun lagi bersama Yamaha, ia sungguh hebat!" Ketika didesak lebih lanjut mengenai kejadian di Montegi, penunggang Fiat Yamaha itu berkata: "Kami di sini untuk acara hebat hujung minggu ini, tidak kiralah apa yang berlaku pada masa lalu, ia tidak akan berlaku sekarang atau masa depan," katanya.
| ||
Freida jadi gadis pejuang Palestin Posted: 08 Oct 2010 06:11 PM PDT RAMALLAH (Tebing Barat): Aktres India, Freida Pinto yang membintangi filem 'Slumdog Millionaire' berpindah dari kawasan setinggan Mumbai ke kem pelarian yang kotor di Tebing Barat dalam filem terbarunya mengenai perjuangan seorang gadis Palestin yang menentang Israel dalam konflik di Timur Tengah itu. FREIDA bawa watak utama.
Schnabel dipilih sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Cannes pada 2007 menerusi filem arahannya 'The Diving Bell and the Butterfly.' | ||
Nicol raih emas keempat negara Posted: 08 Oct 2010 06:09 PM PDT NICOL (kanan) berentap dengan Duncalf dalam penentuan pingat emas perseorangan wanita, malam tadi. Nicol menang 11-3, 11-5, 11-7. PINGAT emas keempat kontinjen negara menyusul selepas kemarau 24 jam menerusi ratu skuasy, Nicol Ann David yang tidak banyak mengerah keringat untuk muncul juara baru Sukan Komanwel, menewaskan Jenny Duncalf 3-0 dalam perlawanan akhir perseorangan wanita, malam tadi.Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 38 minit mengatasi lawan dari England, 11-3, 11-5, 11-7 dan mengesahkan statusnya selaku pemain skuasy terhebat pernah disaksikan. "Perasaan saya hebat ketika ini kerana akhirnya memenangi emas selepas empat kali mencuba di Sukan Komanwel. Ini macam melengkapkan grand slam dalam skuasy dunia," katanya selepas tamat perlawanan. "Ini adalah minggu paling cemerlang dalam kerjaya saya. Apapun, ini bukan kejayaan peribadi tapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia yang menyokong saya selama ini." Ini adalah kemenangan kali keempat ke atas lawan itu tahun ini dan rekod pertemuan sehingga kini memihak Nicol 22-2 daripada 24 pertemuan lalu. Jelas sekali rentak persembahan Nicol malam tadi garang dan agresif ketika dia tampak ghairah untuk muncul juara selepas dipalit kecewa di Melbourne, empat tahun lalu. Pingat gangsa menjadi milik pemain Australia, Kasey Brown yang tidak perlu mengerah keringat apabila diberi kemenangan percuma selepas pemain England, Alison Waters menarik diri gara-gara kecederaan yang dialami pada saingan separuh akhir, kelmarin. Sementara itu, impian Azlan Iskandar untuk meraih pingat gangsa gagal selepas tewas kepada pemain England, Peter Barker 11-5, 11-4, 11-2. | ||
Posted: 08 Oct 2010 06:08 PM PDT Raja Azura KUALA LUMPUR: "Saya sudah memaafkan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam keruntuhan rumah tangga. Saya tidak berdendam, tetapi saya percaya Tuhan pasti memberikan balasan setimpal buat mereka yang sanggup merentap kebahagiaan saya dan anak-anak. Apa perasaan anda jika orang yang disayangi diambil orang?"Kenyataan itu sekali gus membayangkan rumah tangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, dan Adzmin Tan Sri Osman, 37, berkecai disebabkan kehadiran orang ketiga. "Tak perlu nak ulas panjang lebar, saya tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan bekas suami. Saya tidak marah, jauh sekali menyimpan sekelumit perasan dendam. Bagi saya, jika seronok teruskanlah! Saya percaya buat baik dibalas baik, buat jahat dapatlah habuannya. Biar Allah SWT saja yang memberi balasan. Kebenaran akan datang tanpa ditegakkan dan berdiri dengan sendirinya. Itu janji Tuhan kepada mereka yang berdiri atas kebenaran. "Saya meneruskan perceraian selepas perselisihan tidak menemui jalan penyelesaian. Jalan terakhir, saya terpaksa merelakan perpisahan. Bagaimanapun, ia bukan bermakna rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Perceraian berlaku atas dasar cuba memulihkan rumah tangga melalui kaedah memperbaiki dari luar selepas cara memperbaiki dari dalam tidak mendatangkan kesan. "Kami bercerai atas dasar persetujuan bersama dan tiada apa-apa sengketa. Bekas suami memang berat hati melepaskan saya, tetapi terpaksa menurut. Punca perceraian, biarlah menjadi rahsia hati saya selama-lamanya, ia terlalu peribadi untuk dijelaskan. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, perceraian amat mematangkan kami. Apabila berpisah, terselit rasa rindu, kehilangan dan sunyi, jadi antara kami saling menilai. "Saya dan bekas suami masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Insya-Allah, kami mungkin rujuk kembali andai kata dapat mencari jalan penyelesaian dalam tempoh edah selama tiga bulan. Bagaimanapun, jika keadaan tidak berubah, saya harus memilih jalan hidup sendiri. Saya reda jika antara kami sudah tiada jodoh," katanya. Raja Azura berkata, hubungannya dengan bekas suami masih baik, malah mereka bergilir-gilir menjaga dan menguruskan keperluan anak-anak setiap hari. Bekas suaminya pulang ke rumah apabila dirinya keluar bekerja kira-kira jam 5 pagi. "Saya dan bekas suami tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, malah hingga hari ini, anak-anak tidak pernah mengetahui kami sudah bercerai. Adzmin keluar rumah sejak melafazkan cerai pada 28 September lalu, tetapi tetap menjenguk anak-anak setiap hari. "Walaupun bukan lagi suami isteri tetapi kami tetap jadi sahabat baik untuk anak-anak. Saya tidak mahu anak-anak menerima tekanan apabila mengetahui kami sudah berpisah. Anak-anak saya masih kecil untuk memahami apa yang berlaku, saya tidak mahu mereka menjadi mangsa perceraian," katanya. | ||
Empat lagi anggota imigresen ditahan Posted: 08 Oct 2010 06:06 PM PDT SEORANG kakitangan imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang memeriksa beg dan dokumen warga asing di pintu keluar masuk imigresen. KUALA LUMPUR: Empat lagi anggota imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah sehingga menyebabkan pintu keluar masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin.Mereka ditahan dalam operasi khas antara jam 10 pagi dan 6 petang. Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan imigresen yang ditahan setakat ini 11 orang, selain lapan orang awam. Sumber memberitahu Berita Harian, semua anggota yang ditahan semalam bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, sejak kira-kira setahun lalu. "Empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan ketika bertugas dan juga di kediaman masing-masing sekitar Lembah Klang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Berita Harian pada 27 Ogos lalu dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa dipercayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Susulan pembongkaran itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman menukarkan 20 anggota dan pegawainya di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Kegiatan sindiket itu mula dikesan apabila pendatang tanpa izin yang memulakan perjalanan keluar atau masuk ke negara ini dikehendaki memberi sejumlah wang suapan dikenali 'duit gerenti' kepada kapten kapal. Ketika menahan dua pegawai imigresen di Jeti Port Dickson, SPRM turut menemui wang transaksi sebanyak RM26,000, manakala penahanan seorang anggotanya di Jeti Penumpang Pulau Ketam pula menemui wang tunai RM30,000 di rumah anggota terbabit. Sumber memberitahu Berita Harian, penahanan empat anggota semalam adalah hasil maklumat yang diperoleh daripada anggota sindiket yang ditahan berhubung kegiatan sama sebelum ini. | ||
Posted: 08 Oct 2010 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.7 juta penjawat awam termasuk 590,000 pesara kerajaan akan menikmati pelbagai kemudahan kesihatan seperti alat sokongan perubatan percuma sama seperti dinikmati kakitangan swasta yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) apabila Yayasan CUEPACS ditubuhkan hujung tahun ini.Di bawah yayasan itu, sebuah Konsortium Kesihatan akan ditubuhkan untuk mengawal selia aspek kesihatan dan perlindungan insurans. Kini, CUEPACS sudah mencapai persetujuan awal dengan Syarikat Insurans Takaful Ikhlas dan akan mempertimbangkan beberapa syarikat insurans lain. "Setiap orang akan dilindungi termasuk pesara sehingga ke akhir hayat. Contohnya, kes anggota JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) disimbah asid di Pulau Pinang, apa yang dia dapat... tak ada apa-apa. Kalau meninggal pun, mereka cuma dapat RM1,000. "Melalui yayasan, kita akan daftarkan mereka dengan insurans. Kita akan tetapkan jumlah insurans mengikut kemampuan mereka," katanya pada sidang media semalam. Ketika ini, sesetengah penjawat awam membeli insurans individu tetapi melalui cadangan baru ini, mereka boleh memilih skim insurans di bawah konsortium berkenaan mengikut kemampuan dengan jumlah caruman minimum RM12 sebulan secara potongan gaji. Melaluinya, mereka tidak perlu lagi membayar kos tambahan untuk mendapatkan peralatan perubatan yang tidak disediakan seperti kerusi roda, tongkat, alat bantu dengar dan anggota palsu. Ketika ini, mereka hanya menerima rawatan perubatan. Ditanya ada sesetengah penjawat awam yang diluluskan tuntutan bagi kos tambahan itu, Omar menjelaskan, ia tidak termasuk dalam pekeliling, tetapi dibenarkan atas budi bicara ketua jabatan menggunakan peruntukan subsidi. "Melalui skim baru ini, mereka sebenarnya mencarum dan menyimpan kerana sebahagian nilai caruman itu boleh dikeluarkan selepas bersara," katanya. Keputusan menubuhkan yayasan yang akan bertanggungjawab mencari dana serta menjaga kebajikan ahli dicapai sebulat suara pada mesyuarat khas CUEPACS yang bermesyuarat selama tiga jam, semalam. Pembentangan usul penuh penubuhan itu termasuk majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa pihak terbabit akan dilaksanakan ketika mesyuarat tahunan di Pahang, Disember ini. Selain itu, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat tuntutan bonus dua bulan, Imbuhan Tetap Perumahan dan kajian semula sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta memberikan kemudahan pinjaman pendidikan menerusi Yayasan itu. Sementara itu, katanya, CUEPACS juga akan meminta kerajaan membela nasib 50,000 penjawat awam kontrak yang bakal kehilangan pekerjaan berikutan kebanyakan ketua jabatan tidak menyambung kontrak mereka dengan alasan kurang peruntukan. Omar berkata, ketika ini semua jabatan sudah mengemukakan cadangan perbelanjaan tahun depan dan kebanyakannya mengambil tindakan drastik dengan menamatkan pekerja berstatus kontrak. "Ada penjawat awam yang sudah terima surat tamat kontrak. Sesetengah mereka sudah berkhidmat antara 15 hingga 23 tahun manakala sebahagian lagi berusia antara 24 hingga 37 tahun. "Kalau tak dapat diserap sebagai kakitangan tetap, kekalkan saja mereka secara kontrak sehingga usia 58 tahun, asalkan ada caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya. | ||
Posted: 08 Oct 2010 05:24 PM PDT UMUM mengetahui bau adalah zat kimia yang bercampur di ruang udara manakala istilah wangian atau aroma yang banyak digunakan dalam industri makanan atau kosmetik sebenarnya mencerminkan sesuatu yang enak. TERBARU...Hooi bersama rekaan terbaru daripada koleksi Scent. Untuk itu, keindahan wangian itu diterjemahkan pereka fesyen terkenal, Khoon Hooi, yang mengadaptasi elemen penuh misteri berkenaan bagi dijelmakan dalam himpunan terbarunya sempena musim luruh tahun ini. Tampil dengan tema bauan dalam konsep Scent, rekaan busana dalam koleksi berkenaan direka khusus untuk wanita moden yang mempunyai keperibadian tersendiri. Menurut Hooi, koleksi berkenaan amat istimewa kerana ia sepenuhnya rekaan tangan yang menyerlahkan imej tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai 3D. Koleksi itu sarat dengan tekstur rona gelap dengan menggabungkan warna tanah bagi menyeimbangi keindahan serta keberanian pemakai. "Koleksi ini turut lahir daripada inspirasi yang diambil daripada corak pemakaian wanita abad pertengahan era Belle Epoque iaitu tempoh sejarah Eropah yang bermula pada abad ke-19 dan berlangsung hingga akhir Perang Dunia Pertama."Selain itu, rekaan saya kali ini juga banyak menggambarkan gaya fesyen legenda Joan of Arc dari Perancis yang berani, namun masih mengekalkan imej feminin," katanya.
| ||
Posted: 08 Oct 2010 05:22 PM PDT BERANI, glamor dan romantik sering dijadikan elemen utama kala mengaitkannya dengan warna ungu. Ungu juga dikatakan pasti wujud dalam kisah cinta, apabila tarikan antara lelaki dan wanita disifatkan penuh misteri. BHAT...jam dianggap pencetus gaya dan aksesori yang perlu ada bagi menyerlahkan gaya tersendiri. Andai takut bermain dengan warna itu pada busana dan riasan wajah, mulakan dulu dengan pilihan aksesori ringkas dengan sedikit suntikan ungu agar penampilan tidak janggal. Seperti yang disyorkan Pengarah Urusan Titan Industries Limited yang mengeluarkan jam tangan jenama Titan, Bhaskar Bhat, aksesori seperti jam bertemakan ungu sudah cukup untuk menyerlahkan gaya tersendiri dan menceriakan lagi penampilan polos. "Kini, penggunaan jam tangan tidak lagi berfungsi sebagai penunjuk masa semata-mata kerana ia mula dianggap sebagai pencetus gaya yang tidak keterlaluan. "Jam tangan moden turut hadir dengan pelbagai rekaan unik seiring dengan aliran fesyen yang sentiasa berubah, tapi pada masa sama majoriti masih mengekalkan beberapa ciri-ciri klasik dalam setiap rekaan," katanya.Kata Bhat, Titan memilih ungu bagi koleksi musim luruh dan sejuk kali ini bagi mengiringi trend terkini yang galak dipaparkan di pentas peragaan dunia.
| ||
Posted: 08 Oct 2010 05:04 PM PDT MENYEDARI potensi besar industri jam tangan, jenama Edox buatan Switzerland yang sebelum ini dikenali sebagai pengeluar jam tangan paling nipis di dunia sejak 1999 merangka strategi membangunkan koleksi jam tangan terbarunya iaitu Edox WRC. SATU-SATUNYA...jam Edox punya pelbagai paparan dan fungsi termasuk beberapa jenis mod. Pengarah Urusan Edox, Alexandre Strambini, berkata, Edox satu-satunya syarikat pembuatan jam di dunia yang membangunkan koleksi jam tangan khas, khusus untuk pemandu bagi pertandingan WRC kerana menyedari sukan pemotoran itu mempunyai potensi besar bagi memperkenalkan jenama Edox di mata pelanggan. Beliau tidak menafikan jam tangan Edox sebelum ini hanya dikenali dalam kalangan penggemar dan pengumpul setia jam tangan jenama berkenaan yang sudah berada di pasaran sejak 1880-an. Melalui penajaan dalam sukan itu sejak tahun lalu, dia berkeyakinan jenama itu akan lebih dikenali berikutan sepanjang 2009 peminat sukan WRC seramai 600 juta orang menyaksikan perlumbaan terbabit di kaca televisyen di seluruh dunia. Pembangunan jam tangan Edox WRC, menurutnya, mengambil masa setahun. Rekaannya terhasil daripada cetusan gabungan idea lapan pakar syarikat itu dengan kerjasama pengurusan WRC yang dilancarkan tahun lalu."WRC adalah satu jenama yang dikenali dalam dunia sukan dan pemimpin dalam teknologi, begitu juga pembuatan jam tangan Edox yang mempunyai aliran pemikiran yang sama.
| ||
Linda Jasmine Borong Barang Hari Jadi Anak Di AS Posted: 08 Oct 2010 05:02 PM PDT KOREOGRAFER Linda Jasmine dan suaminya, aktor Que Haidar memilih untuk membeli barang persiapan majlis hari jadi anak mereka, Tengku Ratu Haidar di Amerika Syarikat (AS). Alang-alang bercuti di sana pada 21 September hingga 4 Oktober lalu, pasangan bahagia ini tidak kisah berbelanja lebih untuk meraikan genap setahun umur Ratu pada 26 Oktober ini. Majlis bertemakan 'little miss sunshine' itu akan disambut pada 6 November ini. Lokasi belum ditetapkan. Bertepatan dengan temanya, Linda dan Que memilih gabungan warna putih dan kuning. "Saya membeli barang untuk Ratu seperti dress berwarna kuning sebanyak tiga pasang, kasut kuning, bunga kuning untuk hiasan kepala. "Selain itu, saya membeli gula-gula dan riben berwarna kuning untuk majlis berkonsepkan minum petang tersebut," katanya kepada mStar Online. Biarpun banyak berbelanja untuk Ratu, ole-ole untuk anak sulungnya, Qalif Khan tidak dilupakan. Dia menghadiahkan permainan dan baju untuk anak lelaki berusia 9 tahun itu. Selain membeli-belah di Portland dan San Francisco, Linda dan Que sempat mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti taman bunga ros, penjara Alcatraz, jalan paling bengkang-bengkok di dunia, air terjun Columbia River termasuk Disneyland, Los Angeles. Untuk melihat banyak gambar menarik ketika kunjungan mereka di Amerika Syarikat, dapatkan akhbar Mingguan mStar yang dijual bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang pada Ahad ini. | ||
Posted: 08 Oct 2010 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Suria FM, Halim Othman mengakui kesibukan sebagai penyampai radio Suria FM menjadi salah satu punca dia menanguhkan perkahwiannnya pada 2010. Kata Halim, sejak menyertai Suria FM dia terlalu fokus dan menumpukan segala perhatiannya kepada kerja sehingga terpaksa mengambil keputusan tersebut. "Setelah bekerja semula saya rasa terlalu teruja dan meletakkan pekerjaan kepada tempat paling utama. Kami terlalu banyak agenda dan perancangan yang diaturkan bagi meningkatkan Suria FM. "Jadi saya rasa tahun ini tidak sesuai untuk melakukan perkara yang agak besar bagi saya. Insya-Allah ia akan dilakukan pada tahun hadapan," katanya. Sebelum ini, lelaki berusia 45 tahun ini mengakui sudah bertemu pasangan yang sesuai dan bakal mengikat hubungan mereka secara rasmi pada Jun lalu. Namun disebabkan kesibukan, dia dan keluarga kekasihnya itu telah mencapai kata sepakat menangguhkannya dan menerima keputusan tersebut. "Kami sudah berbincang dan menunda kepada satu tarikh yang baru iaitu dalam tahun hadapan. "Saya mahu majlis tersebut dijalankan dengan keadaan yang tenang dan tidak secara tergesa-gesa dan kelam kabut," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Suria FM dan Red FM. Tambah Halim, fokus utama terarah kepada tanggungjawabnya membawa Suria FM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Biarpun ramai yang menganggap dia sudah tidak sehebat dulu, dengan pencapaian terbaru Suria FM secara tidak langsung membuktikan namanya masih berbisa. "Ketika dibawa masuk, matlamat utama saya untuk bekerja habis habisan untuk capai sasaran ini. Maklumlah ketika itu saya sudah dua tahun berhenti dan tidak menyangka masih ada pengikut dan pendengar setia. "Pada saya idea membawa rancangan yang digemari merupakan satu cara yang mampu tarik perhatian pendengar selain hanya sekadar celoteh kosong sahaja," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |