Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Kemelut Aidil & Rita) “Buatlah, Lantak Kau Orang” Sms Aidil Kepada Rita Rudaini

Posted: 08 Oct 2010 12:15 AM PDT

Aidil Zafuan bagai melepaskan tangan dalam kemelut keluarga yang masih tiada pengakhiran. Tersentak juga kami apabila Aidil menghantar mesej yang agak kasar kepada Rita, sedang'kan selama ini umum mengetahui mereka berdua memang loving couple.

Kami faham dengan situasi Aidil, hendak di luah mati mak, hendak di telan mati bapa. Tetapi, sebagai lelaki yang sudah bergelar ayah, Aidil sepatut'nya menangani situasi dalaman keluarga ini dengan bijak. Bukan apa, Rita bergelar wanita yang kadang-kadang emosi'nya tidak menentu. Dalam kes sebegini, sokongan seorang suami'lah yang paling penting buat'nya.

Rita berasa tidak adil apabila Aidil sudah sebulan tidak menjenguk anak'nya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia kurang setahun. Airit dikatakan kerap termenung dan sedih teringatkan bapa'nya yang terlampau sibuk. Ya, pemain bola sepak memang selalu sibuk, tapi kalau dok kalah je gaya'nya, duduk rumah jaga anak lagi baik!

Gambar Raya 2010 Keluarga Aidil Zafuan

Rita dikatakan terkilan dengan sikap Aidil kerana sebelum mengahwini'nya, Aidil begitu bersungguh-sungguh mahu mengahwini'nya walaupun mendapat tentangan keluarga. Aidil juga pernah berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup Rita dan akan bertanggungjawab dengan segala yang berlaku.

Namun janji tinggal janji.

Rita bertambah tertekan apabila pihak keluarga Aidil campur tangan sehingga mengakibatkan pergolakan dalam keluarga. Aidil disifatkan tiada pendirian kerana hidup'nya masih diatur oleh ibu bapanya. Bak kata Rita dalam nada sebak, sudah'lah difitnah, suami pula lepas tangan.

Berita penuh di Berita Harian Ingatlah Anak.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.