Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


Gambar Persandingan Bienda dan Kamarul 8 Oktober 2010...tapi??

Posted: 08 Oct 2010 10:28 PM PDT

Gambar persandingan gilang gemilang Bienda dan suaminya Kamarul seorang penerbit kanan di Media Prima ditaja oleh 14 penaja utama.Tapi setakat nie 3 gambar je yang boleh dipaparkan...So kene tunggu lah..

Misterinya disini,sehingga kini Bienda tak bersedia untuk memberitahu bila tarikh sebenar Bienda dan Kamarul bernikah?

Setahun yang lepas,kecoh diperkatakan yang Bienda telah bernikah,tetapi Bienda menafikan sekeras-kerasnya.namun kini,beliau enggan dan belum bersedia bila tarikh sebenar dia kahwin..menurut Bienda mereka kahwin di kampung halaman Bienda di Tumpat Kelantan.


Kisah permulaan hubungan Bienda dan Kamarul


Bienda atau nama sebenarnya Nur Razlinda Razli, 26, mengenali Zariman atau lebih mesra dipanggil Boy sekitar tiga tahun lalu semasa terlibat dalam penggambaran drama. Pada masa itu boy bekerja sebagai krew filem dengan Skop Productions.

Dalam pertemuan itu Boy memberanikan diri meminta nombor telefon Bienda untuk perbincangan pasal satu produk penjagaan mata.

"Pada 15 April 2007 Boy melamar saya... dia bukan melamar untuk menjadikan saya kekasih dia, sebaliknya mahu menjadikan saya isteri dia," kata anak kepada penyanyi dangdut Sheeda itu lagi.



anyway sama padan la derang nie,kamarul pun hensem,bienda pun cantik..tahniah diucapkan..




Kisah benar : Cerita gadis topap sexy berwebcam beserta bukti

Posted: 08 Oct 2010 08:43 PM PDT


Lihat kesudahan kisah benar ini....tutup mata semua!

Lelaki yang tak takut mati

Posted: 08 Oct 2010 08:36 PM PDT

Lelaki yang tak takut mati?
huhuhuhu
kalau jatuh sure bersepai otak..ewwwww..




Gambar Puteri Lily tanpa Mekap bersama suaminya Aziz M. Osman

Posted: 08 Oct 2010 08:21 PM PDT

Klik gambar untuk besarkan...

Seiras sungguh wajah Aziz M.Osman dan Isterinya Puteri Lily tanpa mekap..

Raja Azura masih Sayangkan bekas suami , "kami boleh rujuk semula"

Posted: 08 Oct 2010 07:47 PM PDT


Sensasi: Seperti yang kita sedia maklum,setelah berusaha menyelamatkan rumahtangga antara Raja Azura dan suaminya Adzmin,namun penceraian adalah jalan terakhir yang telah diambil mereka berdua...

Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika menyambut hari raya pada 10 september di Alor Star Kedah.Mungkin mereka nak sambut raya bersama sebelum berpisah...

Kata Raja Azura dia masih sayangkan suami,dan kalau boleh diselamatkan lagi rumah tangganya,pasti akan diselamatkannya...maklumlah Raja Azura masih dalam eddah selama 3 bulan,Dalam tempoh nie boleh rujuk je anytime..

Setelah bersama 9 tahun dan dikurniakan 3 anak,pasti berat rasanya utk hidup solo...

lainlah kalau masih muda,dan baru ada sorang anak,tue masih panjang lagi perjalanan hidup kan..

Ape pun kita doakan yang terbaik untuk mereka...


"Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.

Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab.

Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.

Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya.

Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan.

Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.

Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama.

Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini.

Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.

Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga.

Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul.

Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.

Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula.

Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan.

Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.

Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.

Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional.

Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini.

Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza.

Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami.

Yang benar, Raja Azura.

Aidil Zafuan memilih keluarga dan mengabaikan Rita dan anak?

Posted: 08 Oct 2010 07:19 PM PDT

Sensasi: Kesian ngan pasangan nie...perkahwinan yang dibina atas dasar cinta,kini bergolak kerana masalah dengan keluarga masing-masing...Dan memburukkan lagi keadaan apabila Rita dan keluarga Aidil mengambil jalan menggunakan media sebagai tempat untuk mencari jalan penyelesaian????boleh kah selesai masalah ini dengan menggunakan media..???

Malah menggunakan media pasti memberi lebih banyak tekanan dan malu buat suami Rita sendiri iaitu Aidil..

Kata Rita Aidil sudah sebulan tidak pulang menjenguknya dan Airit Rayyan permata hati mereka..mungkin Aidil mengambil jalan utk mencari ruang sementara bagi mendapatkan ketenangan,siapa tahu?

Sensasi rasa derang nie semua perlu mendapatkan khidmat kaunselling,Rita,Aidil dan keluarga bagi mendapat kan nasihat kot....sebab masing-masing degil dan tidak mahu mengalah kan...susah je....

Nasihat sensasi buat Rita,semoga Rita tabah dan mohonlah pertolongan dari yang Esa untuk melembutkan hati suami dan mentua..sebab dalam dunia nie,kuasa yang paling tinggi dan keajaiban hanya boleh berlaku dengan izinnya..

KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan.


RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi.

"Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah!

"Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

"Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?" tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.

"Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

"Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal," katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

"Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini," katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

"Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

"Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

"Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?" katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
"Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi," jelas Rita.