Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Google cepatkan jodoh

Posted:

Google cepatkan jodoh

Google cepatkan jodoh

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR



SEBELUM ini beberapa orang selebriti seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Sharifah Sofia Syed Hussein, Deja Moss dan Aleeza Kassim telah memilih untuk bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada Jumaat lalu, turut membuat pilihan yang sama ialah penyanyi yang popular dengan lagu Andai dan Aku Masih Setia, Dia Fadila yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Abdullah Sanusi di masjid tersebut.

Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, selamat bernikah dengan Redza, 33. Dengan sekali lafaz, Dia yang dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafizan Ibrahim, berwalikan bapanya, Abu Bakar Sudin sah menjadi isteri kepada Redza yang merupakan pengurus pengiklanan kira-kira pukul 9.45 pagi.


DIA menitiskan air mata terharu saat sah bergelar isteri Redza.


Bermula dengan perkenalan sebagai seorang rakan biasa yang jarang bertegur sapa dua tahun lalu, ikatan antara Redza dan Dia mula terjalin pada November tahun lalu dan diikuti dengan pertunangan antara mereka pada bulan Mac.

Menurut Dia, dia dan Redza mencapai kata sepakat untuk tidak mahu mengambil masa yang panjang dalam tempoh bertunang dan membuat keputusan untuk bernikah pada Jumaat 1 Oktober itu.

Katanya, memandangkan sepanjang tempoh perkenalan dua tahun yang lalu mereka jarang berbicara, proses mengenal hati budi dengan lebih terperinci ketika waktu mereka bertunang.

"Sepanjang dua tahun perkenalan dulu kami hanya sekadar bertegur dan bertanya tentang kerjaya masing-masing sahaja.

"Hubungan kami mula rapat sejak bulan November lalu selepas Redza mula 'menegur' saya melalui Google Talk," ucapnya ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu.

Tambah Dia, sebelum itu dia sering menganggap Redza seorang yang sombong, begitu juga sifat Dia di mata Redza.

"Selepas Redza menegur saya di Google Talk kami berjumpa. Redza ini jenis yang suka bercakap dan dari situ hubungan kami menjadi lebih erat," ujarnya.


BELUM merancang destinasi bulan madu, Dia dan Redza juga menyerahkan kepada takdir perihal zuriat.


Menurut Redza yang juga anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad, dia mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu lebih lama selepas bergelar kekasih kepada Dia Fadila kerana bimbang tidak dapat menjadikan Dia sebagai suri hidupnya.

"Kalau saya tidak mengambil keputusan yang drastik itu mungkin saya akan terlepas peluang menjadikan Dia sebagai isteri," ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 70 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, pasangan tersebut bersepakat menggantikan hantaran mereka kepada cenderahati. Sebanyak lima cenderahati untuk pengantin lelaki dan lima cenderahati juga buat pengantin perempuan. Manakala, mas kahwin kepada Dia pula merupakan senaskhah al-Quran, telekung dan wang berjumlah RM2,309.84.


DIA tidak ketinggalan mengalunkan vokalnya pada majlis resepsi perkahwinannya Ahad lepas.


Menurut Dia yang mula mengenali Redza sejak dua tahun lalu, hatinya terpaut dengan Redza kerana beranggapan lelaki tersebut amat sempurna untuknya.

"Saya sukakan suami kerana dia bertanggungjawab dan memahami," katanya yang mula menjalin cinta dengan Redza sejak November lalu.

Pasangan ini bagaimanapun belum merancang destinasi bulan madu dan bilangan cahaya mata yang bakal di peroleh.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Saleem cuba etnik kreatif

Posted:

Saleem cuba etnik kreatif

Saleem cuba etnik kreatif

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SALEEM menafikan sudah menukar konsep muziknya.


BOLEH dikatakan sudah lama tidak kedengaran kisah mengenai Saleem yang membabitkan perjalanan seninya. Kali terakhir, bekas vokalis kumpulan Iklim itu muncul dengan sebuah album kompilasi berjudul Demi Cinta pada tahun lalu.

Namun, agak mengejutkan juga apabila Saleem tiba-tiba muncul dengan buah tangan terbaru yang diberi judul Dunia Etnik.

Ia merupakan satu kejutan memandangkan naskhah kali ini bukan sebuah album pop rock atau balada, sebaliknya ia adalah sebuah album yang berkonsepkan irama etnik kreatif. Saleem ketika ditemui memberitahu, dia sendiri tidak menafikan kelahiran album terbarunya itu memberi sedikit kejutan buat para peminatnya.

"Album ini sudah berada di pasaran sejak bulan lalu, cuma ia belum dilancarkan lagi secara rasmi buat masa ini. Tetapi sambutan serta maklum balas yang diterima daripada peminat cukup menggalakkan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum saya menyertai kumpulan Iklim lagi, saya pernah bergiat aktif menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu asli semasa di Kuala Terengganu dahulu," kata penyanyi yang bersuara serak-serak basah itu.

Pada masa yang sama, Saleem menafikan bahawa dia mahu terus menukar konsep selepas ini. Menurutnya, kelahiran album tersebut sebenarnya merupakan satu percubaan sahaja untuk mencari kelainan berbanding album-album sebelumnya di samping ingin menjadi seorang penyanyi serba boleh.

Terkenal dengan lagu-lagu seperti Suci Dalam Debu dan Juwita, Saleem mengakui menyanyikan lagu berkonsepkan etnik kreatif bukan sesuatu yang mudah. Katanya, tidak semestinya penyanyi yang sudah biasa dengan lagu balada atau pop rock dapat menyanyikan lagu-lagu irama tersebut dengan baik.

"Antara keistimewaan album ini juga adalah ini kali pertama saya dapat bekerjasama dengan S. Atan yang bertindak sebagai penerbit. Memang sudah lama saya ingin bekerjasama dengan S. Atan kerana apa yang saya tahu, dia adalah seorang yang cukup unik dan sangat serius ketika bekerja.

"Biarpun rasa berdebar ketika menantikan kelahiran album ini, akhirnya saya berasa lega dan berpuas hati setelah album ini berjaya disiapkan dalam tempoh empat bulan," ujar Saleem yang turut ditemani isteri, Julia Bachok.

Album Dunia Etnik terbitan Universal Music memuatkan 12 buah lagu kesemuanya dengan lima daripadanya adalah lagu-lagu baru ciptaan beberapa komposer terkenal tanah air seperti Lan Laga, Eddie Hamid dan Azam Dungun.

Dua lagu baru daripada album tersebut iaitu Joget Come Lote dan Permata Sukma kini kerap disiarkan di corong-corong radio, selain lagu Ranting Angin, Zikir Jiwa dan Engkau Bernama Kekasih.

Sementara itu, lain-lain lagu yang turut dimuatkan seperti Maharaja, Bukan Aku Tak Cinta, Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Patah Hati, Hala Timur, Bunga Tanjung dan Dikir Putera pernah dipopularkan oleh beberapa artis sebelum ini tetapi diberikan nafas baru.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.