zoomartis |
- TV3 Nak Kurangkan Konterversi Dengan "Public"
- Gambar Lisa Surihani Di Pratonton Filem Kapoww
- Artis Korea, Wonder Girls Nak Datang Malaysia
- Gambar Adi Sixth Sense Bersama Kekasih Hatinya
- Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin
- Ciuman Ghairah Sandra Bullock Terhadap Scarlett Johansson
TV3 Nak Kurangkan Konterversi Dengan "Public" Posted: 09 Jun 2010 06:36 PM PDT PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), akan membataskan elemen kontroversi untuk semua rancangan berbentuk hiburan sebagai menghormati tuntutan penonton. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, sempena menyambut ulang tahun TV3 yang ke-26 pada 1 Jun lalu, stesen televisyen itu akan lebih mementingkan sensitiviti penonton dalam program-program hiburan mereka. "Pihak kami akan melihat balik segala respons penonton apabila sesebuah rancangan hiburan yang memaparkan elemen kontroversi diterbitkan. "Mana-mana perkara yang agak sensitif kita tidak akan siarkan kerana ia mungkin boleh menyebabkan penonton tidak menggemarinya," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) sempena ulang tahun stesen itu di sini, semalam. Zoom: Baguslah kalau macam tu, kalau boleh program hiburan di TV lain pun ikutlah macam TV3 buat ni, kadang-kadang kesian juga tengok ada yang kena buka beg tangan untuk ditunjukkan kepada "Pubic".Nasib baiklah Program TERJAh dah ditamatkan beberapa bulan lalu.Kalau tak ramai je yang bercerita mengenai program tersebut. Apa kata anda mengenai "Post" ini ? |
Gambar Lisa Surihani Di Pratonton Filem Kapoww Posted: 09 Jun 2010 06:16 PM PDT Baru-baru ni ada diadakan pratonton filem Kapoww di Malam Gala & Karpet Merah filem lakonan Zizan Raja Lawak di TGV KLCC. Filem ini adalah daripada drama bersiri Kapoww dalam rancangan Astro. Tapi sekarang dah di filem kan yang akan ditayangkan pada 17 Jun 2010 nanti. Tak lupa kepada pelakon Lisa Surihani yang membawa watak heroin dalam filem berkenaan, Siti Nurhasnita. Perasaan tak Lisa ni makin comel dan cute, dan saham beliau semakin naik di arena industri perfileman di Malaysia Khasnya. Apa kata anda mengenai artis bernama Lisa Surihani ni ? |
Artis Korea, Wonder Girls Nak Datang Malaysia Posted: 09 Jun 2010 06:13 PM PDT Berita baik untuk peminat kumpulan wanita paling terhangat di Korea Selatan, Wonder Girls khabarnya bakal turun ke Malaysia untuk membuat konsert. Detailsnya masih tak dapat dikenalpasti tapi ini merupakan satu berita baik untuk kipas susah mati Wonder Girls. Anda tak kenal Wonder Girls? Ala, diorang yang nyanyi lagu Nobody tue. Yang lirik dia lebih kurang gini bunyinya:- "I want nobody, nobody but you. I want nobody nobody but you". Zoom: MInat juga lagu Nobody..nobody ni...!!! |
Gambar Adi Sixth Sense Bersama Kekasih Hatinya Posted: 09 Jun 2010 06:10 PM PDT Mesranya gambar Adi Sixth Sense dengan kekasih hati dia. Kalau tak silap namanya Zarith Zeneta. Status kekasih Adi ialah janda anak dua dari Kota Kinabalu. Janda pun jandalah. Asalkan dah sayang, semuanya nampak indah kan? Lagipun lawa tue. Memang wajar Adi jatuh cinta dengan si Zarith Zeneta nie. Hari tue heboh sekejap pasal gambar berpeluk di dalam bilik Adi Sixth Sense dan buah hatinya. Tapi gambar yang kitorang terima nie bukanlah gambar berpeluk tersebut. Ini kata orang gambar nak cium tapi malu-malu kucing. Mungkin sebab tak sempat cuci gigi lagi kot. Buat Adi, sila kawin secepat mungkin. Dah kemaruk semacam je kami tengok. Dan tahniah sebab dapat awek yang cun. Info : Penguin |
Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin Posted: 09 Jun 2010 07:31 AM PDT Inilah pengakuan insan bernama Faizal Tahir,ketika membaca berita kekejaman ISRAEL laknatulllahh yang berhati binatang itu beliau mengaku menangis mengenang sengsara yang dilalui oleh rakyat Palestin. Ini adalah antara bait-bait luahan artis bernama Faizal Tahir mengenai Palestin, "Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid," katanya.Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut. |
Ciuman Ghairah Sandra Bullock Terhadap Scarlett Johansson Posted: 08 Jun 2010 09:36 PM PDT Iskk Iskk...macam-macam cerita di Hollywood ni, nasib baik lah si Sandra Bullock dan Scarlett ni di Hollywood.Kalau di Malaysia sudah tentu anda masuk Mahkamah, sudah menjadi kebiasaan manusia di sana dan ia turut menjadi rutin seharian mereka. Menurut UsMagazine, Sandra sangat gembira setelah mencium isteri kepada Ryan Reynolds. Ryan merupakan hero dalam filem The Proposal yang turut dilakonkan oleh Sandra. "Betul kata Ryan bahawa Scarlett seorang kaki cium yang hebat," kata Sandra kepadaUsMagazine semalam. Dalam majlis MTV Movie Awards, Scarlett menyampaikan anugerah kepada Sandra mewakili suaminya yang tidak dapat hadir. Dalam majlis tersebut, aktres berusia 45 tahun itu mendapat trofi MTV Generation. Selain itu, Sandra dan Ryan turut dicalonkan untuk anugerah Ciuman Terbaik. Namun, mereka kalah kepada pasangan dalam filem Twilight, Kristen Stewart dan Robert Pattinson. Zoom : Apa kata anda ? |
You are subscribed to email updates from zoomartis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |