Sensasi |
- Roslin Hashim bakal berkahwin lagi Julai ini
- Pelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000
- Wajah Lisa Surihani Ada Iras Dengan Pelawak rancangan Raja Lawak
- Akibat memotong kenderaan lain,seorang lelaki kehilangan Isteri dan Semua anaknya
- Gambar ahli Kumpulan Elite dengan anak masing-masing
- Kes bunuh Kanak-kanak 3 tahun :Syafiah Humaira ,saksi beri keterangan
- Gosip2 manja tentang kisah pertunangan Jimmy Shanley dulu-dulu
- Radhi OAG menceraikan isteri dengan talak satu
Roslin Hashim bakal berkahwin lagi Julai ini Posted: 08 Jun 2010 08:34 PM PDT HULU KLANG 8 Jun – Pemain badminton perseorangan negara, Roslin Hashim akan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai ini selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya yang hanya bertahan tidak sampai dua minggu baru-baru ini. Menurut kakak angkat Roslin, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, adik angkatnya itu mengambil keputusan bernikah dengan Nurhayati Othman iaitu Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selepas berkenalan hampir enam bulan. "Majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Hotel Flamingo, Ampang pada 9 Julai ini selepas solat Maghrib. Difahamkan hantaran perkahwinan ialah senaskhah al-Quran, telekung dan sejadah. "Ia atas permintaan bakal pengantin perempuan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar Festival Filem Malaysia Ke-23 di Finas hari ini. Jelas Raja Azmi yang merupakan isteri bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, Roslin, 35, melahirkan hasrat hatinya untuk berkenalan dengan Nurhayati selepas mereka bertemu pada suatu majlis di Finas, Januari lalu. "Selepas pertemuan itu, Roslin menyatakan kepada saya bahawa dia ingin berkenalan dengan Nurhayati yang kebetulan saya kenal. ''Kebetulan ketika Roslin melahirkan hasrat hatinya itu, Nurhayati baru sahaja putus tunang," katanya. Sementara itu, Nurhayati, 38, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Roslin meluahkan hasrat untuk menjadikannya isteri selepas melalui perkenalan tidak sampai lima bulan. Jelas anak kelahiran Taiping, Perak itu, sejak pertemuannya dengan Roslin pada Januari lalu mereka hanya intim selepas beberapa bulan berkenalan hasil pertemuan yang diatur oleh Raja Azmi. "Kalau boleh kami tidak mahu menghebohkan perkara itu tetapi nampaknya hari ini ramai wakil media yang mula menghubungi saya dan bertanyakan mengenainya,'' katanya. Majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup untuk sanak keluarga terdekat sahaja. "Majlis resepsi akan diadakan selepas Aidilfitri nanti iaitu selepas ibu bapa Roslin kembali dari menunaikan umrah," katanya. Sensasi:Teringat kisah perkahwinan singkat Roslin Hashim dulu,bila dia saman bekas isterinya dan meminta balik wang hantaran sume...huhuhu..sungguh tragis...dia ckp tak pernah "meniduri" wife dia..tp ex-wife dia kata ada.. |
Pelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000 Posted: 08 Jun 2010 08:26 PM PDT KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang bayinya pada 2008. Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini. Mengikut fakta kes, Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan. Sensasi:Aduh..nama je pelajar Universiti tapi hampeh....pelik ye,mcm mana seorang perempuan sanggup buang baby sendiri..kalau dah meninggal,tanam la elok2..kalau masih hidup why not hantar ke pusat kebajikan atau rujuk la ke Jawi ke,ke badan2 kemasyarakatan mcm skrg byk NGO (ckp la kene rogol ke terberanak,watever je la asalkan baby tue tak payah dibuang atau dibunuh,kalau dah terlanjur dan terberanak)nie tidak,guna cara singkat dan bodoh..tak pikir langsung akibat dan balasan nya.. Sensasi rasa dalam hal nie,si bapa pun harus dihukum sekali..penjara je dua-dua sebab tak bertanggungjawab menyebabkan kematian dan membuang bayi..ish3.. |
Wajah Lisa Surihani Ada Iras Dengan Pelawak rancangan Raja Lawak Posted: 08 Jun 2010 07:31 PM PDT Sensasi:haha..korang perasan tak apa yang sensasi perasan? entahla,dah lama dah sensasi rasa mcm aik,muka derang nie mcm seiras..Bila tngok Lisa mesti rasa seiras dengan dia nie... Clue-clue nya dia adalah seorang peserta Raja Lawak musim ketiga,dan berkumpulah,tetapi tersingkir,...kumpulan Duo (dua org) comel2 je dua-dua.. Jom Ushar Gambar derang..ada sama tak? :P Layan salah satu Video Semasa musim Raja Lawak Ketiga kumpulan Chot..Kelakar lah..haha.. |
Akibat memotong kenderaan lain,seorang lelaki kehilangan Isteri dan Semua anaknya Posted: 08 Jun 2010 07:18 PM PDT Sensasi:Kesiannyaaa,Saudi kini kesorangan apabila isteri dan kesemua anak-anaknya meninggal serentak..huhu,semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.....kereta dipandu oleh Isterinya yang membawa 4 org anak dan ,adiknya yang berumur 14 tahun pergi melawat ibu bapanya...tp ajal mereka serentak,mereka mati ditempat kejadian..berikut adalah cerita dari saksi kejadian "Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Amran berkata kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan. PEKAN: "Berapa mak? Hah! Semua?" kata Saudi Sulaiman, 40, penuh kesedihan sejurus dimaklumkan ibu mentuanya isteri bersama semua empat anaknya serta seorang adik iparnya terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya sebelum dikebumikan, semalam.
Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas Proton Iswara dipandu Nor Faizah dari Muadzam Shah menuju Pekan bertembung lori terbabit. Menurut Saudi, kali terakhir dia menemui isteri dan anak-anak seminggu lalu di rumah mentuanya di Felda Keratong Dua, Muadzam Shah, sebelum dia masuk ke hutan meneruskan kerjanya membuat jalan. "Ketika itu, saya baru saja membelikan isteri sebuah kereta terpakai di Segamat, Johor, dengan harga kira-kira RM9,000 untuk kegunaannya berulang-alik ke kantin memandangkan sebelum ini dia sering meminjam kereta bapanya (Mansur Hamid, 55) untuk ke tempat kerja. "Walaupun tidak menemui keluarga lebih seminggu, saya menghubungi mereka setiap hari bertanyakan khabar terutama anak bongsu kerana dia lebih rapat dengan saya," katanya. Saudi berkata, sebelum tragedi itu, dia menghubungi arwah sebelum isterinya memaklumkan mahu bertolak ke Pekan malam kelmarin bagi menghadiri mesyuarat pusat mingguan sahabat peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang diadakan setiap Selasa. "Arwah isteri memaklumkan akan memandu ke Pekan pada sebelah malam, tetapi saya melarang kerana bimbangkan keselamatannya dan anak-anak berikutan laluan gelap selain risau jika dia hilang tumpuan memandu akibat terkena silauan lampu kenderaan lain. "Saya memintanya memandu pada keesokan pagi, namun arwah tetap mahu meneruskan perjalanan malam tadi (kelmarin)," katanya. Saudi berkata, dia berasa tidak sedap hati sepanjang malam itu dan firasat buruknya menjadi kenyataan selepas menerima panggilan keluarga isteri memaklumkan berita buruk itu. "Adik ipar menghubungi saya dan hanya memberitahu kakak sulungnya kemalangan serta meminta saya segera ke HP tanpa memberitahu isteri dan semua anak saya sudah meninggal dunia. "Hancur luluh hati saya selepas melihat jenazah mereka. Saya terkilan kerana baru bercadang untuk bercuti minggu depan dan membawa mereka ke Melaka," katanya. |
Gambar ahli Kumpulan Elite dengan anak masing-masing Posted: 08 Jun 2010 07:08 PM PDT Sensasi: Ok nie semua Hot mamas dari kumpulan Elite yang pernah mewarnai dunia nyanyian negara ini.Korang perasan tak,semua mereka nie dah pernah bercerai..Anak-anak kesemuanya anak dengan bekas suami,kecuali Sasha dengan Azza sebab Sasha dengan bekas suami takda anak,dan Azza memang tak pernah beranak,tp dia ada anak angkat yang kini dijaga oleh ibunya di kampung. |
Kes bunuh Kanak-kanak 3 tahun :Syafiah Humaira ,saksi beri keterangan Posted: 08 Jun 2010 06:25 PM PDT Ini adalah gambar saksi yang bermain bola bersama pembunuh sial,(boyfren mak kepada Syafiah Humaira) SHAH ALAM: Perasaan takut menyebabkan dua pelajar sekolah menengah sekadar melihat perbuatan seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil memijak dan menendang seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan kasut bola. Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-tujuh dalam perbicaraan kes bunuh Syafiah Humaira Sahari, 3 tahun 4 bulan berkata, dia turut dimarahi tertuduh, Mohd Fazli Azri. "Abang Mat (panggilan tertuduh) kata kau jangan sibuk. Nanti kau yang aku buat macam ini," kata saksi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Terdahulu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani mengenai perbuatan tertuduh, saksi menjawab tertuduh meminta kanak-kanak itu mengambil bola pantai yang ditendangnya. "Abang Mat marah budak itu dengan mengatakan kau (budak tersebut) tak ada kaki ke (untuk) bagi bola. Budak itu ambil bola dan peluk dalam keadaan mencangkung. "Abang Mat minta semula bola. Budak itu duduk diam sahaja. Abang Mat pergi ke arah budak itu dan sepak bola yang sedang dipeluk. Budak itu tercampak," kata saksi, seorang pelajar tingkatan empat. Tertuduh kemudiannya menyeret tangan budak tersebut dan dicampakkan keluar dari padang. Mohd Fazli Azri (tengah) didakwa membunuh Syafiah Humaira. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN Sementara itu, seorang pelajar tingkatan tiga, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, dia tidak melakukan apa-apa bagi membantu kanak-kanak itu walaupun dia bermain bola dengan tertuduh. "Saya berada dekat tiang gol. Saya cuma tengok sahaja (kejadian itu). Saya tidak berani," kata saksi semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Zureen Elina Mohd Dom. Ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq menambah, kanak-kanak itu dimarahi kerana enggan menjaga anak Abang Mat, iaitu Syakimie Iqbal yang digelar 'Ami'. "Budak perempuan itu baring. Abang Mat marah dan kata kau (kepada budak perempuan itu) jaga Ami. Nanti aku pijak dengan kasut bola," katanya. Saksi menambah, dia hanya membantu membawa selipar kanak-kanak itu ke dalam teksi tertuduh, selepas seorang lagi pelajar, Ahmad Fikrihalis Zakaria, 19, datang mengangkat kanak-kanak tersebut. Katanya, dia membuka pintu teksi untuk membolehkan Ahmad Fikrihalis (saksi pendakwaan ke-enam) meletakkan kanak-kanak itu di kerusi penumpang hadapan teksi. "Saya lihat keadaan budak itu lembik. Saya lihat ada kesan biru pada rusuk kiri," katanya lagi. Saksi pendakwaan kesembilan, Muhammad Sanusi, 15, pula berkata, pintu teksi terkena pada kanak-kanak itu semasa tertuduh menutup pintu teksi sedangkan kanak-kanak itu baru hendak keluar dari teksi. Mohd Fazli Azri, 28, dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira iaitu anak kepada kekasihnya, Siti Nurhanim Aziz, 25, pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu. Kesalahan itu didakwa dilakukan di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini. Tertuduh yang diwakili peguam Gurbachan Singh boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki akan bersambung esok. Sensasi:pembunuh nie sensasi rasa confirm kena hukum gantung sampai mati...huhu..kalau tak kena tak tau la nak ckp apa..perangai mcm setanz..ape hal nak sepak bola yang dipeluk budak tue sampai terpelanting budak tue..lepas tue hempas pintu teksi,masa budak kecik tue nak keluar,kena kat budak tue...mcm cam haram jadah punya laki..yg mak si kanak2 tue boleh pulak nak backup jantan dayus nie... |
Gosip2 manja tentang kisah pertunangan Jimmy Shanley dulu-dulu Posted: 08 Jun 2010 06:03 PM PDT Sensasi:Pertunangan Jimmy dengan Suhaila adalah pertunangan kali kedua buat Jimmy Shanley.. Jimmy dikatakan telah curang dengan tunang pertamanya dan bercinta dengan Suhaila.Percintaan (pertunangan)Jimmy dengan tunang lamanya terputus kerana jarak jauh..manakala Jimmy berjumpa Suhaila setiap hari..Masa tue bekas tunang Jimmy tahu tentang kecurangan Jimmy tapi tak berbuat apa-apa tindakan sebab tak mahu kehilangannya..tpi akhirnya jodoh menentukan bahawa mereka tidak ditakdirkan bersama.. Jimmy dan bekas tunang berpisah jua..dan kini Jimmy bakal bertunang sekali lagi dengan Suhaila... P/s:manis jugak wajah bekas tunang Jimmy,tentu dia pun takda masalah dpt lelaki lain..muka mcm yasmin hani je tgk. |
Radhi OAG menceraikan isteri dengan talak satu Posted: 08 Jun 2010 05:46 PM PDT 8 June 2010: Penyanyi, Radhi OAG menceraikn isterinya, Shazlin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. Sensasi: Akhirnya setelah mahkamah memutuskan bahawa Radhi dan Shazlin masih suami isteri..Kini Radhi menceraikan Shazlin dengan cara baik dengan Talak Satu... Rasanya ini yang terbaik buat mereka..Shazlin bermati-matian cakap yang Radhi pernah menceraikan nya dengan talak 3...iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula.. Tp Radhi buat sumpah bahawa dia tidak ingat yang dia pernah menceraikan Shazlin,dan mengatakan kemungkinan dia berada dibawah pengaruh ubat?hey..mana boleh mcm tue bro... kalau dalam hukum Islam,cerai bukan sesuatu yang boleh dibuat main atau boleh ditarik2..Ramai yang menyalahkan Shazlin kerana kesian kat Radhi..tp bagi sensasi ,perempuan harus menegakkan haknya kalau betul dia diceraikan..takkan nak hidup bergelumang dosa (sebab dah bercerai tp masih buat mcm laki bini)... Memang kesian kat Radhi sebab dia sygkan wife dia...tp sapa suruh dia xberubah selepas kahwin..kata Shazlin dia sudah tidak tahan sebab radhi masih tak berubah walaupun mereka dah ada anak (ketagihan dadah)..Tp lelaki,kalau sayang bini,cubalah berubah.... Tp kini Radhi kata dia dah bebas dadah,dan cuba mendekati agama..bagusla..harapnya dia mengekalkan hidup bebas dadah selama-lamanya lah..dan menceraikan Shazlin mungkin satu langkah terbaik buat mereka berdua..untuk mengelakkan hidup sebagai suami isteri yg tidak sah disisiNYA.. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |