ISU HANGAT |
Tidak hidup dan tidak kuat hisap Posted: 09 Jun 2010 09:14 AM PDT Ni kalau cikgu BM tengok mau nangis nih.. Bagus ni, penceroboh tidak akan di bawa ke balai polis tetapi didakwah supaya bertaubat.
25 tahun expelian maaa.. Ini macam Mat Bangla yang tulis nih Phone tangan ke phone tangang ke phone si tanggang? wakakak.. Paling sadis.. Resit vakum rosak – aduyai..18 SX nih **LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
|
Kita tak sibuk tetapi menyibuk Posted: 09 Jun 2010 09:11 AM PDT KITA TIDAK SIBUK , TETAPI MENYIBUK .. Kononnya sibuk tapi sempat pulak layan ‘fesbuk‘ . Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun. Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan. Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati. Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari internet, bersms, maupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga ditingkat yang lain dengan cara berchatting. Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan dirinya dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang. Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang-orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya. Justeru itu, tiada sesiapapun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT mencipta dan mengurus masa, memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insanpun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain. KERANA ITU, ANDAINYA DIA MASIH KOMPLEN, ERTINYA DIA SENDIRI YANG MEMENDEKKAN MASANYA KERANA BUKANKAH KOMPLEN ITU MEMBAZIR WAKTU? Posted @ www.isuhangat.net hasil tulisan Norden Mohamed, sinar harian 27 jan 2010. **LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
|
Fakta yang mungkin anda belum tahu Posted: 09 Jun 2010 05:59 AM PDT 1. Tahukah anda bahawa jika anda berteriak terus menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga yang anda keluarkan hanya cukup untuk memanaskan secangkir kopi..(aduyai tak berbaloi, dan bermug-mug minum air semasa menjerit) 2. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom. (Ada ke company nak beli kentut gua? hahaha) 3. Masa orgasme seekor babi dapat mencapai 30 minit lamanya!! (Impian ramai lelaki sehingga terpaksa memerlukan ubat sampingan dan menyebabkan kopi tongkat ali dan kopi jantan cepat habis di kedai)
4. Menghentakkan kepala ke tembok menghabiskan 150 kalori setiap jamnya. (Hmm…apakejadahnya nak hentak kepala kat tembok, mungkin headbanging mat metal yang lalok) 5. Dari banyak spesies, hanya manusia dan ikan lumba-lumba yang boleh melakukan seks sebagai sebuah keseronokan. (Oh jadi itu sebabnya ikan lumba-lumba selalu tersenyum dan babi bisa orgasme 30 minit? ) 6. Semua beruang kutub kidal. 7. Seekor lipas mampu bertahan hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati karena kelaparan. (Jadi next time kalau bunuh lipas, make sure seluruh badannya hancur!) 8. Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Kira-kira sama dengan seorang manusia melompat sejauh padang bola!!! (wow bahaya ni, takut kutu dari rambut orang lain melompat atas kepala wa..) 9. Gajah bukanlah binatang yang terkuat di dunia. Yang terkuat di dunia ialah semut kerana semut mampu mengangkat beban yang berpuluh kali ganda berat dari badannya. 10. Alat perasa pada kupu-kupu adalah kakinya. (Sebab tu kupu-kupu tak pakai stokin…) 11. Bintang laut tidak mempunyai otak… (Hmm, bukan cuma bintang laut. Manusia juga ada yang tidak mahu menggunakan otaknya.) Moral of the Story: **LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
|
You are subscribed to email updates from ISU HANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |