Sensasi |
- M.Rajoli Sudah semakin tenat... Isteri-isteri pula bergaduh
- Comic: Akibat Demam FIFA
- Panggilan Hangit Fafau :Kucing saya Terlanjur ...
- Pelawak dan Pelakon Ahmad Busu,Dulu gemuk sekarang kurus kering
- Saman Darling Ngasri Pecah amanah ,ditarik peguam
- Tiz Zaqyah cuba merampas Jejai daripada Fasha Sandha dan pernah Goda Fizz Fairuz
M.Rajoli Sudah semakin tenat... Isteri-isteri pula bergaduh Posted: 10 Jun 2010 01:36 AM PDT Sensasi: M.Rajoli nampaknya semakin tenat dan kurus...banyak artis-artis vateran kita yang sakit ye...kesian..semoga cepatlah sembuh..sama-sama lah kita doakan mereka.. M.Rajoli dulu mengidap barah otak.tp berjaya sembuh,cuma tggal sakit jantung je..tp keadaannya semakin tenat ... Mungkin semakin sakit apabila para isterinya saling bermasam muka..Isteri kesayangan M.Rajoli Wan Chik Daud katanya dh tak dtg menjenguk M.Rajoli lagi gara2 merajuk dgn Isteri pertama ..kenapa dia merajuk?kena baca gossip nie ler... Rasanya semua pihak telah sedia maklum bahawa pelakon yang sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan. Berpeluang mengikuti program yang diatur oleh Seniman semalam, pihak media berkesempatan melihat keadaan sebenar pelakon tersebut yang kini hanya terlantar lemah di kediamannya yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Menurut beberapa exco Seniman yang berpeluang menziarah pelakon tersebut sebelum ini, keadaan M. Rajoli semakin tenat jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu. Ini kerana selain daripada susuk tubuhnya yang semakin kurus, dia juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah dia hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah dikejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din. Isterinya ketika ditemubual mengakui perkara tersebut namun tidak dapat mengesahkan mengenai taraf kesihatan M. Rajoli yang sebenar. Katanya, kadang-kadang suaminya itu kelihatan baik dan kadang-kadang pula kelihatan terlalu lemah. "Sebelum ini dia (M. Rajoli) tidaklah terlalu kerap tidur. Cuma beberapa bulan sejak kebelakangan ini dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Saya pun tidak tahu kenapa. "Menurut doktor, penyakit ketumbuhan di dalam otaknya telah sembuh dan kini hanya mengambil ubat untuk masalah jantung yang dialami. Cuma kini apabila dia tidur, saya hanya mengejutkannya untuk waktu makan dan minum sahaja. "Dahulu kalau lapar dia akan beritahu saya tetapi sekarang lapar atau dahaga, dia hanya akan diam. Jadi saya akan memberikannya makan atau minum mengikut jadual yang disarankan oleh doktor. Dengan keadaan dia yang sebegitu, saya hanya memberi dia makan makanan yang lembut dan mudah dihadam. "Setakat ini saya tiada masalah untuk menjaganya kerana percaya Allah akan terus memberikan rezeki kepada saya. Dia juga masih mengenali saya dan anak-anaknya. Tetapi kalau rakan-rakan pelakon yang datang pada hari ini, mungkin dia tidak ingat," katanya. Tanggung sendiri kos perubatan Ditanya tentang kos perubatan suaminya itu, wanita tabah itu memberitahu dia bersyukur kerana salah seorang anaknya bekerja dalam sektor awam, sekaligus mengurangkan bebannya untuk membayar segala kos perubatan. "Sebelum ini saya pernah sekali menerima bantuan daripada Finas. Selain itu yang sering datang menziarah dan menghulurkan bantuan adalah Seniman. "Kalau tak ada bantuan daripada Seniman, saya meneruskan hidup dengan bantuan anak-anak. Kalau nak cerita tentang wang simpanan, memang semuanya dah habis. Mujurlah anak bongsu saya iaitu Mohd Arif tinggal bersama dan dialah yang banyak membantu menguruskan ayahnya. "Memang sekarang saya hanya pergi mengambil ubat di hospital, tetapi sesekali doktor mahu melihat tahap kesihatan suami dan saya terpaksa membawanya ke hospital. "Memang agak sukar tetapi inilah tanggungjawab yang perlu saya lakukan," katanya yang kelihatan ceria dengan kahadiran exco Seniman serta pihak media. Walau bagaimanapun dalam pertemuan tersebut, Hashimah enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya tentang madunya, pelakon dan juga penyampai radio, Wan Chik Daud. "Kalau boleh saya tak nak cakap tentang perkara tersebut. Mungkin satu hari nanti dia akan datang juga ke sini," katanya ringkas. gambar Wan Chik..Isteri kedua M.Rajoli Baca cerita Isteri kedua M.rajoli merajuk Klik sini .. P/S:bukan senang hidup bermadu dik nun oiii |
Posted: 09 Jun 2010 05:51 PM PDT |
Panggilan Hangit Fafau :Kucing saya Terlanjur ... Posted: 09 Jun 2010 05:17 PM PDT Cuba layankan panggilan hangit nie...kelakar..sensasi dengar masa dlm kereta..masa tue tgh mengantuk..tp bila dgr panggilan hangit nie,terbahak2 dengar... |
Pelawak dan Pelakon Ahmad Busu,Dulu gemuk sekarang kurus kering Posted: 09 Jun 2010 04:54 PM PDT bukan kurus sebab diet..tapi kurus sebab sakit...Terkena strok dan kencing manis.. Melihat lakonannya di dalam sitkom komedi '2+1' serta 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', pasti tiada siapa yang menduga tentang penderitaan yang dialami oleh pelakon yang suatu ketika dahulu pernah menceriakan hidup para peminatnya ini. Namun kini, di dalam usia senja, pelakon serta pelawak terkenal, Ahmad Busu semakin hilang taringnya. Apatah lagi dia kini menderita pelbagai penyakit, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga. Berpeluang bertemu dengannya di kediaman keluarganya di Taman Seri Andalas, Klang baru-baru ini, sempena program ziarah yang dilakukan oleh persatuan Seniman, pihak media agak terkejut melihat penampilan terbarunya. Dia kelihatan semakin kurus dan agak uzur walaupun cuba disembunyikan dengan keletahnya yang ceria serta kelakar. Paling syahdu apabila ada yang bertanya mengenai umurnya. Dia segera memberitahu, "Umur saya sekarang sudah 57 tahun. Kalau nak mati pun sekarang, kira ok dah," katanya. Walaupun kata-katanya itu diucapkan secara berseloroh, namun siapa yang tahu apa yang tersimpan jauh di sudut hatinya. Diminta bercerita mengenai segala macam penyakit yang dideritainya itu, dia memberitahu dia terkena serangan angin ahmar pada 12 September 2009. Sejak itu, dia terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Gara-gara penyakit tersebut, saya terpaksa dimasukkan ke hospital selama enam hari dan langsung tidak boleh berjalan selama sebulan. Namun, hasil rawatan doktor dan juga urutan yang saya lakukan, saya kini boleh berjalan. "Tetapi kaki saya masih tetap terasa kebas dan kurang deria rasa. Saya juga pernah mendapatkan rawatan MRI. Selain kena serangan angin ahmar, saya mempunyai penyakit kencing manis yang telah saya tanggung sejak 15 tahun lalu. "Kaki saya pernah terkena air panas sebelum ini kerana kaki saya sudah tidak mampu merasa sama ada air itu panas atau sejuk. Akibatnya kaki saya mengalami kudis dan bisul. Mujurlah hasil rawatan doktor, segala luka yang dialami kaki saya sembuh. "Maklumlah saya ni mempunyai kencing manis dan luka yang ada memang susah nak sembuh. Ketika itu saya fikir mungkin kaki saya akan dipotong. "Saya memang sabar dan tahan dengan penyakit saya, tetapi saya risau orang di sekeliling saya yang tidak tahan atau sabar dengan penyakit saya. Kalau boleh saya tak nak susahkan orang lain," katanya menjelaskan tentang situasi sebenar yang dialaminya. |
Saman Darling Ngasri Pecah amanah ,ditarik peguam Posted: 09 Jun 2010 04:42 PM PDT Sensasi:eppp..tak baek pecah amanah..nasib baik la rakan kongsi tue ikhlas menarik balik dakwaan Darling Ngasri disaman kerana kes pecah amanah pada pertengahan tahun 2008 oleh rakan kongsinya sendiri. Darling dan rakan kongsinya itu, Mohd. Ridzuan, sebelum ini bersetuju memiliki jumlah perkongsian sebanyak 50 peratus setiap seorang dalam syarikat Nasridz Pictures Sdn. Bhd. yang dimiliki secara bersama. Bagaimanapun, Darling didakwa atas tuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu syarikat tersebut dan kes yang membabitkan Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri telah pun dibawa ke mahkamah, malah masih dalam proses perbicaraan. Terbaru, khabar yang Marilyn terima peguam yang mewakili Ridzuan telah menghantar notis kenyataan akhbar untuk menarik balik semua kenyataannya terhadap Darling dalam satu sidang media yang diadakan pada 2008. Kenyataan akhbar itu berbunyi: "Saya, Jefree Zain Affendi Yunan daripada Tetuan Zairul Zain & Syed dan telah bertindak mewakili anak guam saya Mohamad Ridzuan Mat Hussin, dengan ini secara tidak terhad dan dengan ikhlas menarik balik segala pengataan-pengataan (kenyataan-kenyataan yang telah saya buat tentang Nasreen Ngasri satu sidang akhbar pada 29 Mei, 2008." Ermm... Darling yang dihubungi Marilyn memberitahu dia berasa sedikit lega apabila peguam yang mewakili rakan kongsinya itu menarik balik kenyataannya sebelum ini. "Saya anggap nama saya telah dibersihkan dan saya akui sedikit tertekan kerana kes ini. Sebagai manusia saya tidak dapat lari daripada masalah. "Saya tidak pernah menyesal perkara ini berlaku kepada saya kerana ia satu pengajaran yang banyak mematangkan saya dalam kehidupan," katanya. |
Tiz Zaqyah cuba merampas Jejai daripada Fasha Sandha dan pernah Goda Fizz Fairuz Posted: 09 Jun 2010 03:11 PM PDT Sensasi: Sekarang nie kecoh tentang gossip Tiz Zaqyah cuba merampas Jejai daripada Fasha,kaki mabuk,ajak Jejai tido dengan dia,goda Fizz Fairuz...huhu..panas ~ Apa motif dia nak buat masalah mcm nie...? tp ye lah..tue la masalah bila org dah mabuk..memusnahkan diri sendiri saja... layan gossip nie~ Pada mulanya memang fasha n pompuan ni berkawan baik. Pompuan ni la slalu yg nak buat baik ngan fasha. Rupa2nya ada udang sebalik batu. Berkawan tak ikhlas. U all also know since kejutan jejai naik helikopter kat pulau lang ari tu.. sah2 gempar satu malaya. Pompuan ni pun pasangla angan2 nak mengecapi benda yang sama, nak merasai kekayaan Jejai kot2 pasni jejai leh buat menda yang sama kat dia, so dia pun startla nak goda Jejai padahal dia tak tawu Jejai setia and cinta sangat2 kat Fasha. (too obvious). Kalo tak takkanla Jejai sanggup buat mcm kejutan mcm tu. Last2 bila Jejai tak layan dia buat wayang lain pulak. Untuk pengetahuan korang, selain dari teman lelaki rakan baiknya yang disebut di atas, ada seorang lagi yang pernah menjadi mangsa artis perempuan ni. Orangnya ialah FIZ FAIRUZ Kekasih ALMY NADIA.. Dia pernah berkawan baik dgn Almy Nadia tp dia goda FIZ.. Perempuan ni pernah kol Fiz pukul 3 pagi, lebih dari 10 kali. Seperti apa yang Fasha tweet kat twitter dia tadi. Dan SUMBER DARI ORANG2 PRODUCTION cakap, skang ne Almy Nadia memang bengang gile dgn pompuan ni, nak dengar nama pompuan ni pun dah tak boleh dah!! dah benci sangat!! Ok noww.. i pun dah malas nak cite panjang.. i cuma nak bgtau sapa pompuan desperate yang dimaksudkan di atas.. Ingat2la, lepas ni janganla kita tertipu hanya kerana dia selalu membawa watak baik dalam drama tak semestinya kat luar pun dia mcm tu jugak. Enuff said! That B**** is TIZ ZAQYAH ATAU NAMA SEBENARNYA SITI ZAQYAH... unbelivable?? believe it!!!! So sekarang, kalo korang rasa masih ragu2 pasal menda ne, dipersilakan tanya dgn tuan punya badan sendiri iaitu Almy Nadia ATAU Fasha Sandha. credits Babyridz Baca sumber gossip ini dari harian metro dan Berita Harian klik sini.. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |