Adsense

Khamis, 10 Jun 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Kita tak sibuk tetapi menyibuk

Posted: 09 Jun 2010 10:24 PM PDT





KITA TIDAK SIBUK , TETAPI MENYIBUK ..
 Kononnya sibuk tapi sempat pulak layan 'fesbuk' .
Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.
Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.
Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati.
Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari internet, bersms, maupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga ditingkat yang lain dengan cara berchatting.
Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan dirinya dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang.
Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang-orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya.
Justeru itu, tiada sesiapapun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT mencipta dan mengurus masa, memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insanpun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain.
KERANA ITU, ANDAINYA DIA MASIH KOMPLEN, ERTINYA DIA SENDIRI YANG MEMENDEKKAN MASANYA KERANA BUKANKAH KOMPLEN ITU MEMBAZIR WAKTU?
kredit isuhangat

Fakta yang mungkin anda belum tahu

Posted: 09 Jun 2010 10:22 PM PDT





1. Tahukah anda bahawa jika anda berteriak terus menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga yang anda keluarkan hanya cukup untuk memanaskan secangkir kopi..(aduyai tak berbaloi, dan bermug-mug minum air semasa menjerit)
2. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom. (Ada ke company nak beli kentut gua? hahaha)
3. Masa orgasme seekor babi dapat mencapai 30 minit lamanya!! (Impian ramai lelaki sehingga terpaksa memerlukan ubat sampingan dan menyebabkan kopi tongkat ali dan kopi jantan cepat habis di kedai)

4. Menghentakkan kepala ke tembok menghabiskan 150 kalori setiap jamnya. (Hmm…apakejadahnya nak hentak kepala kat tembok, mungkin headbanging mat metal yang lalok)
5. Dari banyak spesies, hanya manusia dan ikan lumba-lumba yang boleh melakukan seks sebagai sebuah keseronokan. (Oh jadi itu sebabnya ikan lumba-lumba selalu tersenyum dan babi bisa orgasme 30 minit? )
6. Semua beruang kutub kidal.
7. Seekor lipas mampu bertahan hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati karena kelaparan. (Jadi next time kalau bunuh lipas, make sure seluruh badannya hancur!)
8. Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Kira-kira sama dengan seorang manusia melompat sejauh padang bola!!! (wow bahaya ni, takut kutu dari rambut orang lain melompat atas kepala wa..)
9. Gajah bukanlah binatang yang terkuat di dunia. Yang terkuat di dunia ialah semut kerana semut mampu mengangkat beban yang berpuluh kali ganda berat dari badannya.
10. Alat perasa pada kupu-kupu adalah kakinya. (Sebab tu kupu-kupu tak pakai stokin…)
11. Bintang laut tidak mempunyai otak… (Hmm, bukan cuma bintang laut. Manusia juga ada yang tidak mahu menggunakan otaknya.)
Moral of the Story:
Gile juga tuh babi… . hehehehe…. .
kredit isuhangat

Doa Kak Pah untuk Siti Nurhaliza

Posted: 09 Jun 2010 10:21 PM PDT





Luahan Peminat: Tadi pagi book store belek2 magazine, then terbelek URTV latest issue cover rossa.. then belek2 kt dalam tu, ada satu page artikel menarik pasal sharifah aini yang membuatkan aku terus nak beli dan tak sabar nk blk umah semata2 nak bukak thread nie.. Tajuk yg ekslusif tuh berbunyi: DOA SHARIFAH AINI UNTUK SITI NURHALIZA.. artikel dia lebih kurang macamnie, Sharifah Aini kagum dengan kejayaan artis-artis muda seperti Datuk Siti Nurhaliza yang sudah masuk 15 tahun dalam dunia hiburan..

Pastu ada jugak statement sharifah aini bila URTV suruh komen pasal siti nie, dia mendoakan agar Siti terus cemerlang and paling best ada gak quote nie..
"Kak Aini mendoakan Siti sentiasa dalam kesihatan yang baik dan akan mendapat anak dalam masa yang terdekat, insya ALLAH" ujarnya..
Kalau betul dorang dah berbaik2 memang syukur sangat. Dua diva dari dua generasi seharusnya saling sokong menyokong satu sama lain.. Tak nak berburuk sangka and harap ini semua bukan statement PROPAH...

Gambar terbaru M. Rajoli

Posted: 09 Jun 2010 10:20 PM PDT





Rasanya semua pihak telah sedia maklum bahawa pelakon yang sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan. Kini beliau hanya terlantar lemah di kediamannya yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Menurut beberapa exco Seniman yang berpeluang menziarah pelakon tersebut sebelum ini, keadaan M. Rajoli semakin tenat jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana selain daripada susuk tubuhnya yang semakin kurus, dia juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah dia hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah dikejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din. Isterinya ketika ditemubual mengakui perkara tersebut namun tidak dapat mengesahkan mengenai taraf kesihatan M. Rajoli yang sebenar. Katanya, kadang-kadang suaminya itu kelihatan baik dan kadang-kadang pula kelihatan terlalu lemah. -Gua

Rozita Che Wan pakai tudung dalam Oasis

Posted: 09 Jun 2010 10:19 PM PDT





Drama bersiri Aku Terima Nikahnya yang mengisahkan seorang anak dara muslimah yang mencari cinta. Sinopsisnya begini, Sabrina merupakan seorang wanita cantik, lemah-lembut dan bekerjaya sebagai editor majalah muslimah. Sabrina telah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki gara-gara teman lelakinya berlaku curang. Tue ler sinopsis yang ringkas sahaja, ngeh3. Walaupun dah sebulan dua dah main kat Astro Oasis, namun ianya masih lagi menghangatkan jalan ceritanya dengan kemunculan Rozita Che Wan. Manis bertudung labuh di rumah mahupun diluar rumah. Kalau diluar set begini gak kan elok, janji dia pas umrah juga tertunai. :)