Adsense

Khamis, 10 Jun 2010

Warta Hiburan

Warta Hiburan


Nyaris Di Tikam Adik Sendiri

Posted: 10 Jun 2010 10:47 AM PDT

Penyanyi dangdut dan pengacara TV, Ifa Raziah cedera di muka akibat ditampar, dipukul dengan topi keledar dan nyaris ditikam oleh adik lelakinya selepas dipercayai bergaduh di rumah keluarganya di Felda Guar Napai, Khamis lalu. Insiden berlaku tiga hari selepas berita yang menyedihkan menimpa Ifa sendiri dan keluarga apabila ibu Ifa meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Guar Napai, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan dan berkata polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun, katanya, kes itu membabitkan masalah keluarga dan tidak menyiasat mengikut mana-mana seksyen. Sementara itu, artis terbabit ketika dihubungi enggan mengulas insiden berkenaan.

Saari Amri Kecil Hati Dengan Ajai

Posted: 10 Jun 2010 10:44 AM PDT

Komposer terkenal dan vateran diantara komposer-komposer yang ada, Saari Amri berkecil hati dengan Ajai selepas bakal dekan rancangan Keynote itu dilaporkan membuat kenyataan merendah-rendahan tahap pendidikan Saari pada satu sidang media hujung bulan lalu. Saari dalam kenyataannya melalui akhbar Mingguan mStar baru-baru ini berkata, Ajai tidak sewajarnya membuat kenyataan itu kerana ia benar-benar telah mengguris hatinya.
Dalam sidang akhbar anjuran Astro, Ajai dikatakan mengambil contoh Saari Amri berjaya sebagai seorang komposer tetapi dia tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang muzik. Saari yang hanya berkelulusan peringkat sekolah rendah dan pernah bekerja sebagai buruh binaan berkata, walaupun tidak belajar tinggi tetapi dia berjaya menghasilkan album yang pernah mencecah jualan ratusan ribu unit. Antaranya Kumpulan Ukays, Slam, Ziana Zain, Nicky Ardilla dan beberapa artis popular lain. Malah kata Saari, penyanyi Andy Lau juga pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu suatu ketika dahulu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

"Bukan saya nak bangga diri. Tengoklah orang yang tak ada pendidikan tinggi macam saya pun mendapat pengiktirafan daripada penyanyi luar," ujarnya.

Tambah Saari lagi, Ajai boleh memberi contoh dalam sidang media itu tetapi seelok-eloknya janganlah menyebut nama individu tertentu kerana ia kelihatan agak kurang cerdik.

Kata Saari, Ajai perlu melihat juga dirinya apabila dia sering kali mendapat reaksi negatif daripada peminat setiap kali memberi komen yang pedas apabila diundang menjadi juri dalam sesebuah rancangan realiti.

"Kalau dia bagi komen bukan main 'laser' lagi mulut dia. Ramai juga orang tak suka. Jadi faham-faham sajalah. Saya anggap dia macam budak kecil," kata Saari.

Sementara itu Ajai dalam kenyataannya itu tidak bermaksud untuk memperlekehkan Saari.

"Niat saya baik iaitu ingin memberi penghormatan kepada Saari. Tetapi mungkin ada sedikit salah faham. Apa-apa pun saya lebih senang untuk meminta maaf daripadanya," kata Ajai yang tidak mahu perkara itu berpanjangan.

Wajah Lisa Surihani Yang Terbaru

Posted: 10 Jun 2010 10:39 AM PDT

Baru-baru ni ada diadakan pratonton filem Kapoww di Malam Gala & Karpet Merah filem lakonan Zizan Raja Lawak di TGV KLCC. Filem ini adalah daripada drama bersiri Kapoww dalam rancangan Astro.
Tapi sekarang dah di filem kan yang akan ditayangkan pada 17 Jun 2010 nanti. Tak lupa kepada pelakon Lisa Surihani yang membawa watak heroin dalam filem berkenaan, Siti Nurhasnita. Makin cantik dan tembam pula melihat Lisa ni. Kalau Zizan lah kekasihnya kan best juga.

Adi Sixth Sense Dan Kekasih Hatinya

Posted: 10 Jun 2010 10:18 AM PDT

Alalala. Mesranya gambar Adi Sixth Sense dengan kekasih hati dia. Kalau tak silap namanya Zarith Zeneta. Status kekasih Adi ialah janda anak dua dari Kota Kinabalu. Janda pun jandalah. Asalkan dah sayang, semuanya nampak indah kan? Lagipun lawa tue. Memang wajar Adi jatuh cinta dengan si Zarith Zeneta nie.
Hari tue pamas sekejap pasal gambar berpeluk di dalam bilik Adi Sixth Sense dan buah hatinya. Tapi gambar yang kitorang terima nie bukanlah gambar berpeluk tersebut. Ini kata orang gambar nak cium tapi malu-malu kucing. Mungkin sebab tak sempat cuci gigi lagi kot.

Buat Adi, sila kawin secepat mungkin. Dah kemaruk semacam je kami tengok. Dan tahniah sebab dapat awek yang cun.

Bila Gajah Nak Diet

Posted: 09 Jun 2010 10:52 PM PDT

Terjadi satu alkisah antara si bapa gajah dengan si anak gajah.

Bapa: "Nak, ibumu sangat cantik. Bapa dulu berusaha dengan bersusah payah untuk memiliki hatinya, kerana dia selalu jual mahal.."

Anak: "Aku juga cantik kan, Ayah?"

Bapak: "Ya,kamu juga mirip ibumu. Tapi, apa yang harus kamu lakukan gadis kecilku bila kamu sebesar ibumu?"

Anak: "Diet, ayah..."

Tentang Orang Botak

Posted: 09 Jun 2010 10:19 PM PDT

Kalau orang kepalanya botak didepan ertinya dia kuat berfikir..
Kalau orang kepalanya botak dibelakang ertinya dia pintar..
Nah, kalau orang kepalanya botak di depan dan di belakang namanya apa??

- Ertinya dia kuat berfikir dan pintar -

Hua..Hua..Hua