Adsense

Isnin, 3 Jun 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Posted: 03 Jun 2013 01:21 AM PDT

POLEMIK yang melanda Tanda Putra menyebabkan filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu yang sepatutnya ditayangkan sejak tahun lalu tetapi beberapa kali ditangguh tayangannya.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Filem Tanda Putera yang menimbulkan polemik dalam industri perfileman negara ekoran dibantah oleh pihak-pihak tertentu bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tiba masanya untuk filem yang menimbulkan kontroversi walaupun belum ditayangkan itu menemui penonton.

"Sebelum ini ditangguhkan kerana ada dakwaan beberapa adegan kontroversi dalam filem itu. Selepas itu ditangguhkan pula kerana pilihan raya umum.

"Kini selepas perbincangan dilakukan semua pihak bersetuju untuk filem itu ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Aaron Aziz lakukan larian amal Rabu ini

Posted: 03 Jun 2013 01:15 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pelakon popular Aaron Aziz akan melakukan larian amal bagi mengisi tabung Yayasan AIDS Malaysia dengan mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula pukul 8 pagi Rabu ini.

Larian amal tersebut bertujuan mengumpul dana bagi mengisi keperluan yayasan itu untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang disisihkan akibat menghidap AIDS.

Selain itu, larian yang turut disiarkan secarakan lintas langsung menerusi radio ERA.Fm selaku penyiar rasmi itu juga bagi mempromosi filem terbaharu lakonan Aaron, Lari.

Turut serta memeriahkan Larian Amal Aaron Era itu adalah pengarah filem Lari, Ahmad Idham dan beberapa artis lain. - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Izzue nikahi pengurus

Posted: 02 Jun 2013 03:50 PM PDT

Usia muda tidak menghalang pasangan Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam dan Nurinafilah Waharudin (Awin) berkahwin hasil perkenalan yang bermula sejak 2008.

Menunggu tempoh sehingga enam tahun untuk diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, akhirnya pada jam 9.45 pagi semalam, mereka disatukan dalam majlis pernikahan serba sederhana di Dewan Shah Alam (N'Dah), Pusat Bandar Shah Alam.

Pengurus yang juga pembantu peribadi Izzue, Awin, sah bergelar isteri kepada pelakon dan anggota kumpulan Forteen itu dengan hanya sekali lafaz.

Kedua-dua pasangan berpakaian sedondon rona putih rekaan Satris Anggun itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, bersaksikan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala wang hantaran pula bernilai RM11,111.11.

Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.

Susah senang bersama
Ditemui selepas majlis pernikahan, Izzue dan Awin kelihatan lega apabila mereka selamat dinikahkan.

Izzue bersyukur, setelah mengikat tali pertunangan selama setahun, mereka kini bukan hanya bergelar rakan sekerja, sebaliknya pasangan suami isteri.

Meskipun masih muda, Izzue, yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya semalam, mengaku tidak mempunyai masalah mengatur kehidupan sebagai artis dan suami pada masa yang sama.

"Saya dan Awin sudah kenal lama dan kami memahami antara satu sama lain. Saya sebenarnya beruntung kerana mempunyai isteri yang tidak cerewet dan sangat memahami kerjaya saya.

"Dia yang jaga saya sejak saya menceburi dunia seni, iaitu ketika saya bergelar pelakon tambahan lagi, dan dia juga sedar saya akan dikelilingi ramai gadis. Namun, dia percayakan saya dan saya berbangga dengan sikapnya. Saya memang bersyukur mendapat isteri seperti Awin.

"Malah, dia mengenali saya bukan sejak saya bergelar artis, sebaliknya ketika saya bekerja sebagai pembancuh air lagi. Saya nampak kejujurannya terhadap saya, sebab kami mengharungi keadaan susah dan senang bersama-sama, ujar pelakon 29 Februari ini.

Diusik pertanyaan apakah dia tidak bimbang kerjayanya akan merudum apabila memutuskan untuk berkahwin pada ketika dirinya sedang mencipta nama, Izzue menegaskan, dia meyakini rezeki daripada Tuhan.

"Bercakap mengenai populariti saya sebagai artis, saya yakin dengan rezeki Tuhan dan masjid yang saya bina ini akan memberi keberkatan kepada saya. Apabila kita melakukan perkara baik, Tuhan pasti akan memberkatinya," kata Izzue.

Belum tahu destinasi bulan madu

Mengenai percutian bulan madu, Izzue dan Awin, yang juga eksekutif di sebuah syarikat swasta, belum mempunyai perancangan ke arah itu. Mereka turut menyerahkan kepada Tuhan mengenai bilangan anak yang akan dikurniakan.

Sementara itu, majlis persandingan yang diadakan di tempat sama beberapa jam kemudian berlangsung dengan meriah apabila ia dihadiri kira-kira 1,400 tetamu.

Kumpulan Forteen dan Nowseeheart turut hadir mengadakan persembahan bagi meraikan pengantin.

Ahad, 2 Jun 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Usaha Jamal kenang Tan Sri P. Ramlee tercapai

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun - Hasrat Jamal Abdillah mendedikasikan persembahannya untuk Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee tercapai apabila menamatkan malam terakhir Konsert Extravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan di Panggung Sari, Istana Budaya di sini malam ini.

"Saya bersyukur kerana konsert selama empat malam berturut-turut itu berjalan lancar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Konsert itu mendapat sambutan hangat dan Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi.

Beliau lega kerana konsert yang mengenakan tiket berharga dari RM95 hingga RM455 itu mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk Istana Budaya, media massa serta tenaga kerja di belakang tabir yang membantu dari mula sehingga berakhirnya konsert terbitan Bintang Channel Sdn. Bhd. itu.

"Saya lega kerana dapat melalui pelbagai tekanan demi menghiburkan para penonton pada konsert ini. Antaranya soal kerjasama dengan seluruh tenaga kerja seperti pemuzik dari RTM dan UiTM serta penari yang kesemuanya seramai 55 orang," ujarnya.

Pada konsert yang turut dijayakan oleh penyanyi jemputan seperti Azlina Aziz, Isma Alif, Musly Ramlee dan Nas Adilla itu, Jamal menyanyikan kira-kira 30 lagu yang dicipta serta dinyanyikan oleh Allahyarham P. Ramlee termasuklah dalam bentuk medley yang mendapat tepukan gemuruh 1,200 penonton di panggung tersebut.

Malah, penyanyi bersuara lemak merdu berasal dari Teluk Intan, Perak itu membuat kejutan apabila beliau turut menyanyikan sebuah lagu popularnya berjudul Kehebatan Cinta yang pernah dinyanyikan duet bersama Franccisca Peter pada pertengahan 1980-an.

"Sebenarnya, pada setiap malam saya tidak menyanyikan lagu saya tetapi pada malam ini saya berbesar hati kerana konsert ini turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lagu ini atas permintaan beliau sendiri," jelasnya.

Selain Muhyiddin antara tetamu kehormat yang turut menyaksikan Jamal menyanyikan lagu-lagu seperti Engkau Laksana Bulan, Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Air Mata Di Kuala Lumpur itu ialah penaung konsert itu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Izzue Islam, Awin selamat bernikah

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Pelakon Izzue Islam memilih teman lamanya, Awin Nurin, 31, yang dikenali lima tahun lalu sebagai pasangan hidupnya dan mereka selamat dinikahkan pada pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam, Selangor di sini, hari ini.

Majlis akad nikah Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon.

Pada majlis serba sederhana itu, Awin Nurin menerima mas kahwin 11 dinar serta wang hantaran sebanyak RM11,111.11 bersama tujuh dulang hantaran daripada Izzue dan dibalas sembilan dulang.

Menurut Izzue, dia memilih tarikh pernikahan hari ini bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-23 dan juga genap setahun pertunangannya dengan Awin Nurin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin.

"Saya mula berkenalan dengan Awin pada 11 November 2008. Ketika itu saya bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoran bersebelahan tempat salon rambut milik Awin di Petaling Jaya. Saya berkawan dengan Awin sebelum menjadi pelakon.

"Awin juga pembantu peribadi saya dan dia yang mula-mula mendapatkan peluang untuk saya berlakon sebagai pelakon pembantu dalam drama Kampung Jagung yang pernah disiarkan Astro Warna tidak lama dahulu," katanya yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas akad nikah, pasangan itu diraikan dalam majlis resepsi di dewan yang sama pada sebelah petang yang dihadiri kira-kira 500 jemputan daripada kedua-dua belah pihak.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cristina tepis stigma

Posted: 01 Jun 2013 04:40 PM PDT

Meskipun mempunyai segala kelebihan untuk memacu nama ke puncak populariti, Cristina Suzanne Stockhill enggan terbelenggu dalam ruang stereotaip yang sering dilemparkan terhadap bakat baru sepertinya.

Membawa prinsip, biar tidak cukup daripada berlebihan, Cristina yang akrab membahasakan dirinya sebagai Cris mengakui, percaturan industri hiburan yang menakutkan membuatkan dia selesa memilih jalan hidup jauh daripada sorotan limpahan populariti.

Berita lanjut dapatkan Bipop hari ini

Emma, Chacha mahu buktikan

Posted: 25 May 2013 04:36 PM PDT

Dua beradik yakin walaupun tidak menduduki SPM mereka boleh jadi artis berjaya

Kali pertama pasangan artis adik beradik, Emma dan Chacha Maembong digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP selepas hampir tiga minggu mengatur pertemuan mereka, gara-gara kesibukan di lokasi penggambaran.

Sekalipun tinggal sebumbung, namun mereka amat jarang bersua muka di rumah lantaran jadual penggambaran yang bertindih. Justeru, pertemuan mereka di Balai Berita, baru-baru ini boleh dianggap formal apabila menjayakan sesi fotografi sulung yang dirancang.

Sekalipun nama keduaduanya sedang meniti di bibir peminat dan menjadi pilihan produser, namun populariti Emma meluncur laju berbanding adiknya. Selepas mengikuti jejak bapanya sebagai pelukis tersohor, Emma mengambil keputusan untuk menceburi dunia seni yang lain - lakonan apabila dia mulai aktif sejak Mei tahun lalu.

Beliau bernasib baik apabila sering ditawarkan watak utama, sekali gus nama menjadi sebutan ramai, tambahan pula apabila dia dihambat kontroversi sebaik gambar mesranya bersama bekas kekasih tersebar di internet, popularitinya naik mendadak.

Berbeza dengan Chacha apabila dia mula berlakon ketika berusia 13 tahun, tetapi sekadar membawakan watak pembantu. Hanya kebelakangan ini saja, namanya menjadi pilihan apabila kakaknya turut memainkan peranan memperkenalkan Chacha kepada industri. Selepas Emma, kini Chacha juga bernaung di bawah pengurusan Wire Fame Entertainment milik pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak. Chacha mengakui sejak menjadi artis residen syarikat berkenaan, peluang lakonannya tidak putus.

Sabtu, 1 Jun 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


BUKAN wanita murahan

Posted: 31 May 2013 03:58 PM PDT

Dek sering tampil dengan imej seksi, gadis kelahiran Bandung, Indonesia berusia 25 tahun ini diperlekehkan lelaki hidung belang.

Dikurniakan tubuh mengiurkan, Aura Kasih kerap meraih perhatian lelaki yang berniat serong namun ditolak kerana masih punya prinsip diri.

"Sudah terlalu kerap saya diundang keluar menemani mereka untuk makan malam. Belum lagi permintaan nakal yang sengaja memancing seolah-olah saya perempuan tidak punya maruah.

"Maaf daripada hidup bebas begitu, lebih baik saya berusaha sendiri. Saya masih ada karier, malah dikurniakan Tuhan kudrat untuk terus mencari rezeki.

"Saya tidak perlu melalui jalan mudah seperti itu hanya kerana ingin hidup mewah," kata pemilik nama asal, Sanny Aura Syahrani yang membolosi industri hiburan selepas memasuki senarai finalis Miss Indonesia 2007.

Aura berkata, tawaran nakal itu paling kerap diterima ketika menjayakan persembahan di luar daerah.

Namun permintaan jahat itu berjaya ditepis, tanpa perlu sebarang perkataan yang melukakan.
Wajah mencuka tepis si hidung belang Cukup dengan wajah mencuka, ia menjadi senjata ampuh untuk Aura menghindarkan dirinya daripada godaan lelaki hidung belang.

"Mereka tanpa segan silu menawarkan permintaan memalukan itu. Ia sering berlaku apabila saya ke luar kota. Justeru, haruskah saya memberikan wajah manis apabila diperlakukan begitu?

"Tidak perlu banyak bersuara, cukup dengan wajah sombong dan kurang selesa.

Wajah seperti itu membuatkan lelaki tidak berani untuk mendekati," katanya.

Bintang sinetron, Dewa dan Cinta & Anugerah 2 itu menyifatkan wanita yang sanggup menggadaikan maruah diri ialah mereka yang putus asa.

"Alhamdulillah saya masih punya pekerjaan.

Hanya mereka yang putus asa dan tiada pekerjaan yang merelakan diri diperlekehkan lelaki seperti itu. "Walaupun nanti ditakdirkan saya menganggur, saya tidak mungkin akan menjual diri. Saya inginkan sebuah hubungan yang direstui, bukan sekadar berlandaskan nafsu," katanya.

Pasang niat berhijrah

Ekoran terlalu kerap dipandang serong, Aura akur dirinya tidak akan berterusan tampil seksi malah memasang niat untuk berhijrah dan menutup aurat apabila tiba masanya nanti.Pinta Aura, usah mengharapkan perubahan drastik akan segera berlaku. Namun sebagai manusia yang mencari keredaan hidup, dia berusaha memantapkan diri untuk tujuan itu.

Menutup aurat katanya, bukan hanya untuk sementara sebaliknya dia mahu konsisten memenuhi tuntutan wajib kepada setiap wanita Islam itu.

Bila Heliza nak kahwin?

Posted: 31 May 2013 03:56 PM PDT

Pada 27 Mei lalu, sengaja Juwie usik penyanyi bermata cantik, Heliza Helmi, 27. Bila Heliza nak kahwin?

"Mana jodoh terbaik yang Allah tetapkan untuk saya, insya-Allah bilabila masa saya reda. Tapi buat masa ini saya solo," jawap Heliza.

Oh! Yeahhh.... Berbaris jejaka tampan terpikat Heliza.

Pada April lalu, Heliza berkenalan dengan penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit dari Perancis yang 'handsome' bernama Julien Drolon.

Menurut Heliza, Julien baru tujuh bulan memeluk Islam.

Kedatangan Julien ke Kuala Lumpur untuk merakamkan klip video bagi lagu Inggeris duet Heliza dan Julien berjudul, You Are The Only One.

Rakaman berasingan dilakukan untuk bahagian Julien yang mengambil latar di Manila. Lagu dan lirik lagu ilham Julien itu mengenai Tuhan itu hanya satu.
Juwie dah tengok video tu dalam Facebook Heliza dan memang merdu lagunya. Penggambaran nyanyian Heliza berlatar belakang Masjid Putrajaya.

Kini Heliza sibuk dengan ceramah motivasi di samping menyiapkan rakaman album terbarunya.

Dalam album itu, Heliza cipta melodi dan tulis lirik berjudul Laa Tahzan (Jangan Bersedih). Ia kisah pengalaman Heliza berkunjung ke Gaza menziarahi mangsa serangan tentera Israel.

Mudah-mudahan meletup macam bom roket lagu tu nanti.

Jumaat, 31 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Erra tunggu panggilan haji

Posted: 30 May 2013 03:27 PM PDT

Kenangan menjejakkan kaki beberapa kali ke Tanah Suci Makkah masih segar dalam sanubari primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Ketenangan berada di kota suci itu terlalu sukar diungkap dengan kata-kata sehingga hatinya sentiasa digamit rindu untuk kembali ke sana.

Lantaran kerinduan itu, timbul cerita kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan khabarnya akan ke sana semula tahun ini. Namun, kali ini untuk menunaikan haji pula.

Ketika HIP menghubungi empunya diri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran berita itu, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini tidak menafikannya.

Memang benar saya sudah mendaftar, tetapi ia dilakukan tiga tahun lalu. Saya kini masih menunggu nama dipanggil, bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang surat daripada Tabung Haji.

Saya faham, mungkin belum rezeki lagi untuk dijemput ke sana dan saya akan terus sabar menanti. Sewaktu mendaftarkan nama dulu, saya buat keputusan untuk pergi berseorangan. Jadi, apabila Arab Saudi mengenakan syarat baru, perkara itu memang sedikit menyukarkan. Apabila saatnya tiba nanti, barulah saya akan fikirkan soal mahram, kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Sembilu itu.

Sedih nak tinggalkan Aleesya

Menurut bintang berusia 39 tahun ini, dia membuat keputusan menunaikan haji pada usia muda kerana berasakan sudah tiba masanya, selain adanya kemampuan untuk berbuat demikian.
Pernah membawa puterinya menunaikan umrah saat Aleesya baru berusia setahun, Erra bagaimanapun memberitahu, dia tidak bercadang membawa si kecil bersama bagi mengerjakan ibadat haji.

Insya-Allah, jika diizinkan, saya bercadang membawanya ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan umrah, memandangkan ketika kali pertama ke sana dia masih kecil.

Lagi pun, Aleesya sudah semakin besar dan lebih matang. Jadi urusan ibadat lebih mudah.

Memang tidak dinafikan, jika berpeluang menunaikan haji, bermakna saya perlu meninggalkan Aleesya dalam tempoh waktu yang lama. Sebagai ibu, tentu timbul rasa sedih. Namun, apabila memikirkan tujuan saya ke sana untuk beribadat, sedikit sebanyak kesedihan itu terubat. Perasaan itu berbeza jika dibandingkan dengan meninggalkan Aleesya kerana tugas, kata Erra.

Belum pasti soal penampilan

Ditanya adakah dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas bergelar Hajah, Erra berkata, sejak akhir-akhir ini, dia memang sudah berbuat demikian. Begitupun, untuk meninggalkan terus kerjaya seni, perkara itu belum terlintas dalam fikiran anak tunggal kepada Azizah Zaik ini.

Saya tidak bercadang meninggalkan terus kerjaya seni selepas mengerjakan haji. Apa pun yang saya lakukan adalah di atas keizinan-Nya. Bakat dan rezeki tidak akan menjadi milik saya jika bukan atas ketentuan Allah. Cuma, saya akan cuba memperlahankan aktiviti seni. Malah, sejak akhir-akhir ini pun saya tidak lagi seaktif dulu.

Mengenai soal penampilan pula, saya tidak berani berkata apa-apa. Kita tidak tahu dugaan yang Allah hendak berikan. Apa yang penting, hasrat saya tunaikan haji adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya, kata Erra.

Kembali dalami agama selepas nikah

Posted: 30 May 2013 03:25 PM PDT

Hampir setahun lalu, ramai yang terkejut dengan perubahan penampilan anak bujang pelakon Khatijah Tan, Pierre Andre, apabila jejaka itu memilih untuk berhijrah.

Ketika usianya yang mencecah 28 tahun, Pierre bertindak untuk lebih mendekati agama kerana baginya, masa sudah tiba untuk dia melakukan perubahan.

Sejak itu, Pierre mula menyimpan janggut dan jambang apabila mengikuti aktiviti keagamaan bersama jemaah tabligh.

Begitupun, sejak akhir-akhir ini penampilan Pierre kembali seperti sebelumnya, tanpa janggut dan jambang. Pierre juga kerap kelihatan bersama gadis cantik, Siti Nurhidayah Hashim, 25.

Pengarah dan pelakon yang ditemui pada malam pratonton filem Bro, Nampak Motor Gua? baru-baru ini juga tidak berselindung, malah sedia memperkenalkan wanita itu sebagai tunangnya, yang akan dinikahi bulan depan.

"Saya baru saja mencukur janggut dan jambang sebagai persediaan untuk bernikah, Jun ini. Dulu saya terlalu ghairah untuk melakukan perubahan. Apabila kita bercerita mengenai agama, ia tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Soal agama adalah untuk jangka masa panjang.
"Memang menyimpan janggut dan jambang sunnah Nabi SAW, namun dalam saya mendalami agama, ia harus datang daripada hati yang ikhlas, bukannya untuk menunujuk-nunjuk.

Penampilan bukan ukurannya, tetapi kita harus tanya diri sendiri, ia dilakukan untuk siapa?" katanya yang masih mengikuti kelas agama.

Sudah tiga bulan bertunang Kehadiran bersama tunangnya yang seksi pada majlis itu membuka mata ramai tetamu, terutama wakil media.

Bagaimanapun, seakan sudah bersedia, Pierre tiada masalah menjawab setiap pertanyaan.

"Janganlah kita menilai seseorang itu dari segi penampilan, tetapi pandanglah dari segi akhlak. Sudah dua tahun saya mengenali tunang saya dan hubungan kami semakin rapat sejak setahun lalu. Kami juga memilih untuk bertunang pada 9 Februari lalu.

"Buat masa ini dia masih di bawah tanggungjawab keluarganya. Dari segi hukum, memanglah salah bagi saya yang tidak mempunyai apa-apa hubungan membawanya ke sini, tetapi, saya manusia biasa yang ada kalanya terlepas pandang.

"Insya-Allah, sebaik saya menjadi suami yang sah, maka bermulalah tanggungjawab saya untuk mendidik dan mendorongnya ke jalan kebaikan," katanya yang mengakui terlalu berdebar menanti hari bahagia.

Siapkan empat filem MIG Kata Pierre, disebabkan terlalu sibuk sejak kebelakangan ini, dia sudah meninggalkan jemaah tabligh itu hampir tiga bulan lalu.

"Bukannya saya meninggalkan terus jemaah itu, tetapi terpaksa memberikan komitmen dengan tawaran pengarahan filem. Insya-Allah, selepas kami bernikah, saya akan kembali mengikuti kelas agama bersama isteri seperti biasa," katanya.

Dalam diam, Pierre sudah menyempurnakan empat filem bersama MIG Pictures Sdn Bhd. Keempat-empatnya ialah hasil tulisan dan arahannya sendiri. Karyanya juga terdiri daripada genre berbeza seperti Islamik, komedi, seram, cinta dan aksi.

Filem pertama yang bakal menyusul bulan depan, iaitu seminggu selepas bergelar suami ialah 1 Lawan 1, diikuti Highlands Tower, Ustaz... Mu Tunggu Aku Datang (yang menyaksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus) dan Perempuan Muka Surat Tujuh.

Bermula Julai depan pula, Pierre akan memulakan penggambaran filem aksi berjudul Sniper.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Sejarah Penubuhan Kumpulan Metallica

Posted: 31 May 2013 12:23 AM PDT


METALLICA 


Ahli: 

James Hetfield – Vokalis utama, Gitar irama (1981–kini)
Lars Ulrich – Drum (1981–kini)
Kirk Hammett – Gitar solo, Vokalis tambahan (1983–kini)
Robert Trujillo – Gitar bes, Vokalis tambahan (2003–kini)





Bekas ahli:

Lloyd Grant : Guitar [1982], Defcon

Ron McGovney : Bass [1982-1983], Phantasm

Sammy Dijon : Vocals [1982]

Jason Newsted : Bass [1986-2001], Spastik Children, IR8, Echobrain, Voivod, ex-Flotsam And Jetsam, ex-Ozzy Osbourne

Cliff Burton : Bass [1983-1986], died 27/09/1986 (bus accident), ex-Trauma, ex-Spastik Children, ex-EZ-Street

Bob Rock : Bass [2003], session member

Dave Mustaine : Guitar [1982-1983], Megadeth, MD.45, ex-Panic (USA)










SEJARAH BERMULA DI SINI:

Awal tahun (1981-1983)

Metallica telah dibentuk di Los Angeles, California, pada awal tahun 1981 apabila pemain drum Lars Ulrich membuat pengiklanan ke akhbar tempatan Los Angeles —The Recycler— berbunyi " Pemain drum sedang mencari ahli muzik untuk bermain dengan Tygers dari Pan Tang, Diamon Head dan Iron Maiden." Pemain guitar James Hetfield dan Hugh Tanner dari Leather Charm menjawab iklan tersebut. 

Walaupun dia belum membentuk sebuah kumpulan muzik, Ulrich meminta pengasas Metal Blade Records, Brian Slagel jika dia boleh merekod sebuah lagu untuk kompilasi Metal Massacrelabel akan datang. Slagel menerima dan Ulrich merekrut Hetfield untuk menyanyi dan bermain gitar.

Ulrich berbincang dengan rakannya Ron Quintana yang mencadangkan nama kumpulan ini untuk fanzine. Quintana telah mencadangkan beberapa nama iaitu Metal Mania dan Metallica. Ulrich memilih Metallica sebagai nama kumpulan muzik ini. Iklan kedua diletakkan pada akhbar The Recycler untuk posisi lead gitar. Dave Mustaine menjawab, dan, selepas melihat gitarnya yang mahal, Ulrich dan Hetfield merekrutnya. awal tahun 1982, Metallica merekod lagu original mereka pertama "Hit the Lights" untuk Metal Massacre / kompilasi. 

Hetfield bermain bass dalam lagu tersebut dan Lloyd Grant diberi kepercayaan untuk solo gitar. Dikeluarkan pada 14 Jun 1982, cetakan awal Metal Massacre/ terdapat kesilapan dalam senarai sebagai "Mettallica'. Walaupun marah dengan kesilapan tersebut, Metallica berjaya menghasilkan lagu yang cukup mantap dan beraksi persembahan live mereka yang pertama di Radio City di Anaheim, California pada 14 Mac 1982 dengan pemain bass Ron McGovney yang baru direkrut. 

Metallica merekod demo pertama, Power Metal sebuah nama hasil inspirasi kad perniagaan Quintana pada awal tahun 1982. Pertengahan tahun 1982, Ulrich dan Hetfield menghadiri satu pertunjukan di kelab malam Whisky a Go Go yang mempamerkan pemain bass Cliff Burton dari kumpulan muzik Trauma. Mereka berdua terpegun dengan penggunaan pedal wah-wahBurton dan mempelawanya untuk menyertai Metallica. 

Hetfield dan Mustaine ingin menyingkirkan McGovney kerana dia tidak memberi sebarang sumbangan dan hanya sekadar mengikut. Walaupun pada awalnya Burton menolak pelawaan tersebut, tetapi pada penghujung tahun dia menerima pelawaan tersebut dengan syarat kumpulan muzik itu berpindah ke San Francisco. Persembahan livepertama Metallica ialah di sebuah kelab malam The Stone pada Mac 1983, dan rekod pertama bersama Burton adalah demo Megaforce pada tahun 1983.

Metallica telah bersedia untuk merekod album sulung mereka tetapi Metal Blade tidak mampu menanggung kos tambahan, kumpulan muzik itu mula mecari jalan lain. Penganjur konsert Johnny "Z" Zazula, demo No Life 'til' Leather 1982, menawarkan record deal dengan Metallica dan New York City - lebel rekod tempatan. Setelah tidak menerima sebarang label rekod, Zazula meminjam wang untuk menutup bujet rekoding dan Metallica menjadi label dibawahnya, Megaforce Records. 

Ahli kumpulan muzik ini menyingkirkan Mustaine keluar dari kumpulan muzik ini kerana penyalahgunaan dadah dan alkohol, dan kelakuan ganas. Pemain gitar Exodus, Kirk Hammett menjadi pengganti kepada Mustain pada hari yang sama Mustain disingkir. Persembahan Metallica bersama Hammet adalah pada 16 April 1983 di kelab malam The Show Denver, New Jersey.

Mustaine telah meluahkan perasaan kurang senang dalam wawancara. Katanya Hammett "stole my job, but at least I got to bang his girlfriend before he took my job — how do I taste, Kirk?".Mustaine sememangnya marah kerana percaya bawaha Hammett telah menjadi popular dengan bermain gitar lead yang ditulis oleh Mustaine. 

Pada tahun 1985, wawancara bersama Metal forces, Mustaine mencabar Hammett dengan berkata "it's real funny how Kirk Hammett ripped off every lead break I'd played on that No Life 'til Leather tape and got voted No. 1 guitarist in your magazine."Dalam album Megadeath Killing Is My Business... and Business Is Good!, Mustaine memuatkan lagu "Mechanix", yang mana nama tersebut diubah kepada "The Four Housemen" on Kill 'Em All oleh Metallica. 

Mustaine berkata dia berbuat demikian adalah untuk "mengukuhkan Metallica" kerana dia dirujuk sebagai pemabuk dan tidak boleh bermain gitar oleh Metallica.

Kill 'Em all dan Ride the Lighting (1983-1984)



Pada tahun 1983, Metallica mengembara ke Rochester, New York untuk merekod album pertama mereka, Metal up Your Ass, dengan tugas - tugas produsi yang diurus oleh Paul Curcio. Desebabkan konflik dengan label rekod kumpulan muzik dan keengganan pengedar mengeluarkan album dengan nama tersebut, album tersebut di nama semula sebagai Kill 'Em All. 

Dikeluarkan atas Megaforce Records di U.S dan Music for Nation di Eropah, album tersebut naik tangga ke 120 dalam Billboard 200, dan walaupun album tersebut pada awalnya tidak berjaya dari segi kewangan namun ia meningkatkan peminat dalam underground metal scene. Kumpulan muzik ini memulakan jelajah Kill 'Em All bersama Raven untuk menyokong pengeluaran album tersebut. Pada Februari 1984, Metallica menyokong Venom dalam Jelajah Seven Dates of Hell, dimana mereka beraksi di Festival Aardschok di Zwolle, Belanda.

Metallica merekod studio album yang kedua, Ride the Lightning, di Sweet Silence Studios di Copenhagen, Denmark. Dikeluarkan pada Ogos 1984, album tersebut naik ke tangga 100 dalam Billboard 200. Seorang warga Perancis yang tersalah cetak album hadapan yang berwarna hijau kini dijadikan sebagai bahan koleksi. Lagu lain dalam album ini termasuk lah "For Whom the Bell Talls", "Creeping Death" (yang menyatakan cerita berunsul alkitab penghijrahan Hebrew dari perhambaan di Egypt, menumpukan pada pelbagai wabak yang dikunjungi oleh orang Egypt), dan "The Call of Ktulu" instrumental. Mustaine menerima pengiktirafan untuk "Ride the Lighting" dan "The Call of Ktulu".

Master of Puppepts (1984-1986)

Album ketiga Metallica, Master of Puppets direkod di Sweet Silence Studio dan dikeluarkan pada Mac 1986. Album tersebut meningkat tangga ke-29 dalam Billboard 200, dan bertahan selama 72 minggu dalam carta tersebut. Album tersebut merupakan album pertama yang diberi pengiktirafan emas pada 4 November 1986, dan diiktiraf enam kali platinum pada 2003. 

Steve Huey daripadaAllmusic mempertimbangkan album tersebut sebagai "kejayaan terbesar kumpulan muzik ini". Selepas pengeluaran album tersebut, Metallica membuat jelajah U.S dibantu oleh Ozzy Osbourne. 

Hetfield tercedera pada pergelangan tangan selepas bermain papan luncur meluncur menuruni bukit, walaubagaimanapun menyambung jelajah sebagai penyanyi, dibantu oleh John Marshall selaku juruteknik gitar bermain untuknya sebagai gitar irama.Pengarah Elektra Records A&R Micheal dan pengasas bersama Q-Prime Management Cliff Burnstein menghadiri konsert Metallica pada September 1984. 

Terpegun dengan persembahan Metallica, mereke menandatangan kontrak Metallica dengan Elektra Records dan menjadi pelanggan kepada Q-Prime Management. Kejayaan Metallica yang pantas menjadikan muzik label British menerbitkan edisi terhad Creeping Death EP, yang telah dijual 40,000 salinan seperti diimport di A.S. Dua daripada tiga lagu dalam rekod (versi muka Diamond Head "Am i Evil?", dan Blitzkrieg "Blitzkrieg") muncul dalam Elektra 1989 penerbitan semula Kill 'Em All. 

Metallica memulakan jelajah Eropah mereka yang pertama yang mana purata penonton sebanyak 1,300. Sekembali ke U.S menandakan tajuk jelajah bersama dengan W.A.S.P dan Armored Saint. Metallica beraksi dalam persembahan mereka yang terbesar di festival Monster of Rock pada 17 Ogos 1985, bersama Bon Jovi dan Ratt di Donington Park,England, beraksi di depan 70,000 orang. Satu persembahan di Oakland, California, pada festival Day on the Green melihat kumpulan muzik ini beraksi di depan 60,00 orang penonton.

Kematian Cliff Burton dan Garage Days Re-Revisited (1986-1987)


Pada 27 September 1986, semasa Jelajah Damage Inc. Metallica ke Eropah, mereka mencabut undi menggunakan daun terup untuk melihat tempat tidur pilihan mereka di dalam bas. Burton menang dan memilih untuk tidur di tempat tidur Hemmett. Sekitar waktu subuh di Dörarp, Sweden, pemandu bas mereka hilang kawalan dan menggelongsor, memyebabkan bas itu terbalik beberapa kali.

Ulrich, Hammet dan Hetfield tidak mengalami kesederaan yang serius; walaubagaimanapun, pemain bes Buton telah dihimpit di bawah bas dan terbunuh. Hetfiel berkata, "saya nampak bas itu menghimpitnya, saya nampak kakinya terkeluar dan saya panik. Pemandu bas tersebut cuba mengambil selimut daripadanya untuk kegunaan orang lain dan saya berkata "Jangan buat itu!" saya hampir ingin membunuh pemandu bas tersebut. 

Kematian Burton meninggalkan keraguan pada masa depan Metallica. Ketiga-tiga mereka kekal ahli kumpulan muzik dan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan impian mereka. Dengan restu keluarga Burton mereka mencari pengganti Burton.

Lebih kurang 40 orang mencuba ujibakat termasuk kawan zaman kanak-kanak Hammett, Les Claypool dari kumpulan muzik Primus, Troy Gregory dari kumpulan muzik Prong dan Jason Newsted, bekas kumpulan muzik Flotsam dan Jetsam. Newsted tang telah mempelajari semua senarai set Metallica, dan selepas ujibakat tersebut Metallica mempelawanya ke Tommy's Joynt di San Francisco.

Hetfield, Ulrich dan Hammett membuat keputusan bahawa Newsted adalah orang yang sesuai menggantikan Burton, dan persembahan langsung pertama Newsted bersama Metallica ialah di Country Club di Reseda, California. Ahli kumpulan muzik ini membuat 'permulaan' bersama Newsted dengan mengenakan Newsted dengan memakan bebola wasabi.

Pada Mac 1987, Hetfield mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya kali kedua selepas bermain papan luncur. Juruteknik gitar, Marshall kembali untuk bermain gitar irama, tetapi kecederaan ini terpaksa membatalkan persembahan mereka bersama Saturday Night Live. Metallica menamatkan jelajah mereka pada awal bulan 1987 dan pada Ogos 1987 semua EP mereka bertajuk The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited diterbitkan. EP tersebut direkod untuk sebagai usaha menggunakan rekod studio mereka yang baru dibina, menguji bakat Newsted, dan mengurangkan kesedihan dan tekanan berikutan kematian Burton. Satu video bertajuk Cliff 'Em All telah diterbitkan pada 1987 sebagai peringatan 3 tahun Burton bersama Metallica. Video tersebut disertakan solo bes, video di rumahnya dan gambar-gambar.

...And Justice for All (1988-1990)


…And Justice for All, merupakan album studio pertama mereka semenjak kematian Burton, dikeluarkan pada 1988. Album tersebut berjaya dari segi komersil, berada dalam tangga ke enam padaBillboard 200, dan merupakan album pertama kumpulan muzik ini berada dalam 10 teratas dalam carta tersebut. 

Album tersebut disahkan platinum selama sembilan minggu selepas penerbitan album tersebut. Bes yang dimainkan oleh Newsted dalam album ini sengaja ditolak yang merupakan salah satu "penghinaan" berterusan yang diterimanya dan idea muziknya juga diabaikan (walaubagaimanapun, dia menerima penghargaan dalam penulisan muzik untuk lagu "Blackened").

Metallica (Black album boh) (1990-1993)


Pada Oktober 1990, Metallica berkunjung ke One on One studio di North Hollywood untuk merekod album terbaru mereka. Bob Rock, pernah bekerja dengan kumpulan muzik The Cult, Bon Jovi, dan Mötley Crüe diberi kepercayaan bekerja dengan Metallica sebagai produsi. 

Metallica {juga dikenali sebagai "The Black Album") telah diolah sebanyak tiga kali, bernilai 1 juta dolar dan menyebabkan berlaku tiga penceraian.

Load, Reload, Garage Inc., dan S&M (1994-1999)






Setelah hampir tiga tahun menjelajah untuk mempromosi album Metallica termasuk membuat persembahan utama di Woodstock '94. Metallica kembali ke studio untuk menulis dan merekod studio album ke enam mereka. Kumpulan muzik ini berehat pada musim panas pada tahun 1995 dan membuat tiga persembahan termasuk persembahan utama mereka di Donington Park di United Kingdom bersama - sama Slayer, Skid Row, Slash's Snakepit, Therapy? dan Corrosion of Conformity.

Kontroversi Napster (2000-2001)

Pada tahun 2000, Metallica mendapati satu demo lagu mereka "I Disppear", yang sepatutnya diterbitkan bersama - sama runut bunyi Mission: Impossible II, telah dimainkan radio ke udara. Setelah menjejak sumber yang mengeluarkan lagu tersebut, kumpulan muzik ini mendapati fail tersebut adalah daripada rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan Napster dan mereka juga mendapati semua katalog kumpulan muzik ini boleh diperolehi secara percuma melalui rangkaian tersebut. 

Serta - merta tindakan dijalankan menentang Napster dengan menfailkan sama terhadap Napster di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Pusat Daerah California yang mana Napster secara haram.

Pemergian Newsted,St. Anger dan kemasukan Trujillo (2001-2005)

Semasa rancangan untuk memulakan studio album terbaru mereka, Newsted meninggalkan kumpulan muzik ini pada 17 Januari 2001. Kenyataannya menunjukkan pemergiannya adalah berdasarkan sebab - sebab peribadi dan keadaan fizikal yang dilakukan terhadap dirinya semasa bermain muzik yang disukainya.

Beberapa minggu selepas pengeluaran St. Anger,baru mereka membuat ujibakat memilih pemain bes baru mereka.Setelah mengujibakat beberapa pemain bes,mereka sebulat suara telah memilih Robert Trujillo dari Suicidal Tendencies dan ia kekal sampai ke album seterusnya,Death Magnetic.

Death Magnetic (2006-kini)



Pada Disember 2006, Metallica menerbitkan DVD yang mengandungi kesemua video muzik dari tahun 1989 hingga 2004. DVD tersebut bertajuk The Videos 1989–2004, dijual sebanyak 28,000 salinan pada minggu pertama dan memasuki carta Billboard Top Videos pada tangga ketiga.

Gaya,tema & lirik

Terpengaruh dengan kumpulan muzik heavy metal sebelumnya seperti Black Sabbath, Deep Purple, dan Led Zeppelin dan irama baru kumpulan muzik Heavy Metal British seperti Venom, Motörhead, dan Iron Maiden. Diawal penerbitan album Metallica mengandungi tempo yang laju, gitar solo yang diharmoni, dan sembilan minit instrumental. Steve Huey dari Allmusic berkata bahawa Ride the Lighting memaparkan "extended, progressive epics; tight, concise groove-rockers". 

Huey merasakan Metallica mengembangkan teknik pengkomposisi dan jurang ekspresi untuk membawa pembawaan yang lebih agresif pada penerbitan album seterusnya, dan lirik lagu lebih kepada isu peripada dan sosial. Tema lirik dalam Master of Puppets merangkumi keagamaan, pemimpin askar, kemarahan, kegilaan, raksaan dan dadah.

Pada 1991, dengan penerbit baru Bob Rock, Huey merasakan Metallica meringkaskan dan meluruskan muzik mereka lebih kepada pendekatan komersil untuk menarik pendengar mainstream. Kumpulan muzik ini telah meninggalkan pembawaan lagu yang agresif dan tempo yang laju, seperti yang diperkatakan oleh Robert Palmer dari kumpulan Rolling Stone.

Warisan & Pengaruh

Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu "big four" kumpulan muzik trash metal seiring dengan Slayer, Anthrax, dan Megadeath. 

Kumpulan muzik ini telah menjual sebanyak 90 juta rekod sedunia (terbukti kegilaan ramai ), termasuk 57 juta di Amerika Syarikat membuatkan Metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya dari segi komersilnya.


Official Music Video

Khamis, 30 Mei 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Raja Azmi Disamun

Posted: 29 May 2013 10:48 PM PDT

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


BFF comel

Posted: 29 May 2013 05:34 PM PDT

Mia, Rykarl mengaku pernah gaduh, seronok berlakon bersama

Sama comel, sama bijak. Sekali imbas, wajah dua pelakon cilik, Mia Sara dan Rykarl Iskandar, saling tidak tumpah bagai punya hubungan sedarah. Malah mereka mengakui ramai peminat pernah menyangka kedua-duanya bersaudara.

"Memang orang kata saya abang Mia, padahal kami cuma BFF," kata Rykarl sepenuh perasaan, disambut hilai tawa ramai.

Ditanya apa makna BFF padanya, jawab kanak-kanak lelaki itu dengan yakin, perkataan berkenaan merujuk kepada rakan karib.

"Mia BFF saya sebab kami ada 'chemistry' (keserasian). Kami selalu berlakon bersama dan pernah diundang menjadi hos program. Saya suka digandingkan dengan Mia sebab kami kawan baik. Kalau tak berlakon sama pun, kami ada berbual perkara penting di telefon.

"Kadang-kadang kami pun pernah bergaduh, tapi tak lama. Biasalah, macam BFF lain," cerita anak sulung daripada tiga bersaudara itu lagi ketika ditemui pada majlis pratonton episod akhir Geng Bas Sekolah (GBS) di GSC Signatures, The Gardens, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Sering berlawan siapa hebat

Menerusi musim kelima yang akan berakhir Ahad ini di Astro Ceria, mereka digandingkan sebagai rakan sekolah dan difahamkan kedua-duanya bergabung sebagai pasukan GBS pada musim akan datang.
Selain Mia yang memegang watak Orked dan Rykarl sebagai JD, siri yang mencatat rating tinggi itu turut dibarisi Harris Alif (Jay), Jasmine Jessica Cross (Chempaka), Brendan (Bobby), Muhd Shahzuan Aiman (DJ) dan Azrul Zaidi (Abang Reza).

Duduk semeja dengan bintang sebaya berusia lapan tahun ini bagai bersembang dengan penglipur lara. Setiap persoalan dijawab panjang lebar, namun terlebih dulu mereka diam seketika seakan mahu menyusun ayat sebelum melontar jawapan.

Seperti sahabat karibnya, Mia juga mengakui seronok berada di set penggambaran kerana berpeluang mengenali ramai teman baru serta bergaul dengan ramai pelakon berpengalaman.

"Saya dengan Rykarl suka berlumba, tapi lebih kepada perkara positif. Maknanya, kalau Rykarl tunjukkan lakonan yang bagus, saya mahu buat yang lebih baik daripada itu. Macam dulu, saya belum pandai membaca dan lebih kepada menghafal, sekarang ia bukan masalah lagi.

"Biarpun kami kanak-kanak, pengarah, kru dan semua pelakon baik-baik. Kami tak pernah dimarah pun kalau buat silap. Mereka bagi lagi tunjuk ajar sampai kami faham. Itu yang seronok sebab semua orang sayang," ucap Mia yang ramah berceloteh.

Tak rimas layan peminat

Memahami sesi bersama wartawan juga sebahagian daripada tanggungjawab sebagai pelakon, mereka cukup petah berbalas jawapan, namun sesekali kedua-duanya tampak bersaing memberikan jawapan terbaik.

Diusik perasaan melayani peminat dan merasai kehidupan sebagai bintang yang dilimpahi populariti, tidakkah pernah terdetik rasa rimas? Jawab Rykarl: "Tiada istilah rimas dalam hidup saya".

Jawapannya itu sudah tentulah mengundang derai tawa hadirin.

Mia pula memaklumkan, sesekali timbul juga perasaan negatif, namun sebagai individu yang memilih seni sebagai aktiviti sampingan, dia sentiasa membuang jauh rasa sedemikian.

"Sudah jadi artis, jadi kita perlu melayan peminat macam saudara sendiri. Disebabkan sokongan merekalah saya terus dapat peluang berlakon. Perkara itu yang sering Mama Lisa (Surihani) ingatkan," katanya yang sememangnya akrab dengan aktres terbabit.

Selain GBS, kedua-duanya pernah disatukan sebagai pengacara program Kan Dah Kena musim dua bersama Nabil dan Aril, selain bakal tampil menerusi drama bersiri, Strawberry Dan Karipap; telemovie, Aaliyah; serta filem, Manisnya Cinta.

Main game, sembang isi masa

Diminta bercerita pengalaman di lokasi, dedah Rykarl yang belajar di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin Bandar Sunway, jadual pelakon kanak-kanak tidak panjang, malah punya waktu rehat yang banyak.

"Semua orang faham, kami kanak-kanak cepat letih. Disebabkan seronok berlakon, saya selalu cuba buat yang terbaik. Kalau bosan sangat, saya main game. Macam GBS, shooting siang saja, tapi saya tak kisah pun kalau kena berlakon malam. Saya masih diberi rehat dan tidur," katanya yang teringin berlakon dengan Nabila Huda.

Mia pula lebih gemar bersembang sementara menanti giliran dan jika penat, dia diminta tidur dulu sehingga perlu bersedia sebaik babak membabitkannya bakal dimulakan.

"Saya lebih suka tidur kalau dapat peluang berehat. Tapi selalunya kalau mata tak mengantuk, saya sembang, bermain atau hafal lagi skrip untuk babak seterusnya. Kalau dapat peluang, saya nak beraksi dengan pelakon Korea," ucap Mia yang turut laris sebagai pelakon iklan.

Jangan pinggir pelawak otai

Posted: 29 May 2013 05:31 PM PDT

Artis komedi sambut baik usaha anjurkan Anugerah Lawak

Inisiatif Astro Warna menganjurkan Anugerah Lawak yang julung kali diperkenalkan disambut baik artis komedi generasi lama dan baru. Masing-masing berasakan kewujudan anugerah itu mampu menaikkan lagi martabat penggiat seni bidang berkenaan.

Namun dari sudut lain, mereka berharap anugerah terbabit tidak berpaksikan kepada nilai komersial semata-mata, sebaliknya pengiktirafan hendaklah dilakukan dengan telus lagi saksama.

Pelakon veteran yang mula melakar nama dalam industri hiburan sejak era 70-an, A R Badul, berkata penganjuran anugerah yang dikhususkan untuk golongan pelawak menunjukkan masyarakat semakin sedar sumbangan kelompok berkenaan terhadap industri seni negara.

Dia yang turut bergelar pengarah bagaimanapun berharap acara yang bakal berlangsung pada 16 Ogos itu di Istana Budaya nanti tidak meminggirkan golongan pelawak veteran.

Katanya golongan itulah yang selayaknya diberikan pengiktirafan memandangkan tiada anugerah sedemikian diwujudkan sebelum ini.

"Saya rasa inilah kesedaran yang orang kita baru hendak ada. Rata-rata anugerah yang ada di negara kita hanya mengiktiraf golongan pelakon. Setakat ini belum ada anugerah diwujudkan untuk mengiktiraf golongan pelawak.

"Sehingga kini, saya sendiri tidak mengetahui kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan. Cuma saya berharap, mereka tidak menjadikan Anugerah Lawak sebagai acara komersial semata-mata. Jika hendak hulurkan pengiktirafan, berikanlah kepada orang yang benar-benar layak, dengan menilai kepada bakat mereka, bukannya hanya bersandarkan kepada populariti.
"Saya juga berharap pelawak veteran tidak dijadikan sandaran pada acara terbabit. Jika sengaja wujudkan satu anugerah khas untuk mengenang jasa pelawak veteran, lebih baik tidak diwujudkan langsung kategori itu. Saya berkata begini bukan kerana berkecil hati, tetapi saya sedar di mana kedudukan pelawak lama. Kami tidak mampu menyaingi populariti artis komedi masa kini," katanya.

Penghormatan buat artis lawak

Penganjuran Anugerah Lawak turut disokong Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2012, Didie Alias yang melihat kewujudannya sebagai penghormatan buat pelakon komedi sepertinya.

Lebih-lebih lagi kata Didie, bilangan golongan pelawak juga semakin ramai. Justeru, kewujudan anugerah itu sangat bertepatan pada masanya, selain dapat membantu menaikkan taraf pelawak itu sendiri.

Bagaimanapun Didie turut berharap penganjur tidak hanya memberi perhatian kepada pelawak generasi baru, selain bukan hanya muka sama yang diberikan pengiktirafan.

Juri, peminat jadi penentu

Sementara itu juara Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad, melahirkan perasaan gembira dengan usaha dilakukan Astro.

"Dengan adanya anugerah seperti ini, peminat akan lebih menghormati dan menyanjungi golongan pelawak. Ini menunjukkan sumbangan golongan artis komedi juga sama penting dengan artis lain, bukan sekadar selingan saja.

"Cuma saya berharap kewujudan anugerah ini tidak mengubah sikap artis yang menang. Janganlah disebabkan anugerah itu nanti, mereka mula meletakkan harga yang tinggi. Saya lebih senang mengekalkan harga sama daripada meletakkan bayaran bukan-bukan, tetapi tiada sebarang tawaran.

"Selain itu, saya berharap pihak penganjur memberikan perhatian kepada pelawak otai. Mereka yang selayaknya diiktiraf kerana sumbangan serta pengalaman mereka dalam bidang ini sangat banyak," katanya.
Anugerah berkenaan akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132). Ia bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang.

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan, dengan 16 daripadanya bakal diadili juri profesional manakala empat lagi berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS. Sebuah kategori anugerah khas juri turut diwujudkan.

INFO:

Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional:

1. Filem Komedi Terbaik
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
6. Siri Animasi Komedi TV Terbaik
7. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
8. Siri TV Komedi Terbaik
9. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
10. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
12. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
13. Skrip Komedi TV Terbaik
14. Skrip Komedi Filem Terbaik
15. Pengarah Komedi Terbaik (TV)
16. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Anugerah Popular oleh undian SMS:

1. Pelawak Lelaki Paling Popular
2. Pelawak Wanita Paling Popular
3. Most Popular Original Viral Video Content
4. Segmen Komedi Radio Paling Popular

Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur:

1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik