Berita Harian: Hip |
Posted: 29 May 2013 05:34 PM PDT Mia, Rykarl mengaku pernah gaduh, seronok berlakon bersama Sama comel, sama bijak. Sekali imbas, wajah dua pelakon cilik, Mia Sara dan Rykarl Iskandar, saling tidak tumpah bagai punya hubungan sedarah. Malah mereka mengakui ramai peminat pernah menyangka kedua-duanya bersaudara. "Memang orang kata saya abang Mia, padahal kami cuma BFF," kata Rykarl sepenuh perasaan, disambut hilai tawa ramai.
"Mia BFF saya sebab kami ada 'chemistry' (keserasian). Kami selalu berlakon bersama dan pernah diundang menjadi hos program. Saya suka digandingkan dengan Mia sebab kami kawan baik. Kalau tak berlakon sama pun, kami ada berbual perkara penting di telefon. "Kadang-kadang kami pun pernah bergaduh, tapi tak lama. Biasalah, macam BFF lain," cerita anak sulung daripada tiga bersaudara itu lagi ketika ditemui pada majlis pratonton episod akhir Geng Bas Sekolah (GBS) di GSC Signatures, The Gardens, Kuala Lumpur, Isnin lalu. Sering berlawan siapa hebat Menerusi musim kelima yang akan berakhir Ahad ini di Astro Ceria, mereka digandingkan sebagai rakan sekolah dan difahamkan kedua-duanya bergabung sebagai pasukan GBS pada musim akan datang.
Duduk semeja dengan bintang sebaya berusia lapan tahun ini bagai bersembang dengan penglipur lara. Setiap persoalan dijawab panjang lebar, namun terlebih dulu mereka diam seketika seakan mahu menyusun ayat sebelum melontar jawapan. Seperti sahabat karibnya, Mia juga mengakui seronok berada di set penggambaran kerana berpeluang mengenali ramai teman baru serta bergaul dengan ramai pelakon berpengalaman. "Saya dengan Rykarl suka berlumba, tapi lebih kepada perkara positif. Maknanya, kalau Rykarl tunjukkan lakonan yang bagus, saya mahu buat yang lebih baik daripada itu. Macam dulu, saya belum pandai membaca dan lebih kepada menghafal, sekarang ia bukan masalah lagi. "Biarpun kami kanak-kanak, pengarah, kru dan semua pelakon baik-baik. Kami tak pernah dimarah pun kalau buat silap. Mereka bagi lagi tunjuk ajar sampai kami faham. Itu yang seronok sebab semua orang sayang," ucap Mia yang ramah berceloteh. Tak rimas layan peminat Memahami sesi bersama wartawan juga sebahagian daripada tanggungjawab sebagai pelakon, mereka cukup petah berbalas jawapan, namun sesekali kedua-duanya tampak bersaing memberikan jawapan terbaik. Diusik perasaan melayani peminat dan merasai kehidupan sebagai bintang yang dilimpahi populariti, tidakkah pernah terdetik rasa rimas? Jawab Rykarl: "Tiada istilah rimas dalam hidup saya". Jawapannya itu sudah tentulah mengundang derai tawa hadirin. Mia pula memaklumkan, sesekali timbul juga perasaan negatif, namun sebagai individu yang memilih seni sebagai aktiviti sampingan, dia sentiasa membuang jauh rasa sedemikian. "Sudah jadi artis, jadi kita perlu melayan peminat macam saudara sendiri. Disebabkan sokongan merekalah saya terus dapat peluang berlakon. Perkara itu yang sering Mama Lisa (Surihani) ingatkan," katanya yang sememangnya akrab dengan aktres terbabit. Selain GBS, kedua-duanya pernah disatukan sebagai pengacara program Kan Dah Kena musim dua bersama Nabil dan Aril, selain bakal tampil menerusi drama bersiri, Strawberry Dan Karipap; telemovie, Aaliyah; serta filem, Manisnya Cinta. Main game, sembang isi masa Diminta bercerita pengalaman di lokasi, dedah Rykarl yang belajar di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin Bandar Sunway, jadual pelakon kanak-kanak tidak panjang, malah punya waktu rehat yang banyak. "Semua orang faham, kami kanak-kanak cepat letih. Disebabkan seronok berlakon, saya selalu cuba buat yang terbaik. Kalau bosan sangat, saya main game. Macam GBS, shooting siang saja, tapi saya tak kisah pun kalau kena berlakon malam. Saya masih diberi rehat dan tidur," katanya yang teringin berlakon dengan Nabila Huda. Mia pula lebih gemar bersembang sementara menanti giliran dan jika penat, dia diminta tidur dulu sehingga perlu bersedia sebaik babak membabitkannya bakal dimulakan. "Saya lebih suka tidur kalau dapat peluang berehat. Tapi selalunya kalau mata tak mengantuk, saya sembang, bermain atau hafal lagi skrip untuk babak seterusnya. Kalau dapat peluang, saya nak beraksi dengan pelakon Korea," ucap Mia yang turut laris sebagai pelakon iklan. |
Posted: 29 May 2013 05:31 PM PDT Artis komedi sambut baik usaha anjurkan Anugerah Lawak Inisiatif Astro Warna menganjurkan Anugerah Lawak yang julung kali diperkenalkan disambut baik artis komedi generasi lama dan baru. Masing-masing berasakan kewujudan anugerah itu mampu menaikkan lagi martabat penggiat seni bidang berkenaan. Namun dari sudut lain, mereka berharap anugerah terbabit tidak berpaksikan kepada nilai komersial semata-mata, sebaliknya pengiktirafan hendaklah dilakukan dengan telus lagi saksama.
Dia yang turut bergelar pengarah bagaimanapun berharap acara yang bakal berlangsung pada 16 Ogos itu di Istana Budaya nanti tidak meminggirkan golongan pelawak veteran. Katanya golongan itulah yang selayaknya diberikan pengiktirafan memandangkan tiada anugerah sedemikian diwujudkan sebelum ini. "Saya rasa inilah kesedaran yang orang kita baru hendak ada. Rata-rata anugerah yang ada di negara kita hanya mengiktiraf golongan pelakon. Setakat ini belum ada anugerah diwujudkan untuk mengiktiraf golongan pelawak. "Sehingga kini, saya sendiri tidak mengetahui kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan. Cuma saya berharap, mereka tidak menjadikan Anugerah Lawak sebagai acara komersial semata-mata. Jika hendak hulurkan pengiktirafan, berikanlah kepada orang yang benar-benar layak, dengan menilai kepada bakat mereka, bukannya hanya bersandarkan kepada populariti.
Penghormatan buat artis lawak Penganjuran Anugerah Lawak turut disokong Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2012, Didie Alias yang melihat kewujudannya sebagai penghormatan buat pelakon komedi sepertinya. Lebih-lebih lagi kata Didie, bilangan golongan pelawak juga semakin ramai. Justeru, kewujudan anugerah itu sangat bertepatan pada masanya, selain dapat membantu menaikkan taraf pelawak itu sendiri. Bagaimanapun Didie turut berharap penganjur tidak hanya memberi perhatian kepada pelawak generasi baru, selain bukan hanya muka sama yang diberikan pengiktirafan. Juri, peminat jadi penentu Sementara itu juara Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad, melahirkan perasaan gembira dengan usaha dilakukan Astro. "Dengan adanya anugerah seperti ini, peminat akan lebih menghormati dan menyanjungi golongan pelawak. Ini menunjukkan sumbangan golongan artis komedi juga sama penting dengan artis lain, bukan sekadar selingan saja. "Cuma saya berharap kewujudan anugerah ini tidak mengubah sikap artis yang menang. Janganlah disebabkan anugerah itu nanti, mereka mula meletakkan harga yang tinggi. Saya lebih senang mengekalkan harga sama daripada meletakkan bayaran bukan-bukan, tetapi tiada sebarang tawaran. "Selain itu, saya berharap pihak penganjur memberikan perhatian kepada pelawak otai. Mereka yang selayaknya diiktiraf kerana sumbangan serta pengalaman mereka dalam bidang ini sangat banyak," katanya.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan, dengan 16 daripadanya bakal diadili juri profesional manakala empat lagi berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS. Sebuah kategori anugerah khas juri turut diwujudkan. INFO: Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional: 1. Filem Komedi Terbaik
Anugerah Popular oleh undian SMS: 1. Pelawak Lelaki Paling Popular
Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur: 1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |