Adsense

Jumaat, 15 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siti lebih ayu

Posted: 14 Feb 2013 01:27 PM PST

Apabila memilih untuk tampil berhijab, artis tersohor Datuk Siti Nurhaliza sedar keputusannya bakal membawa diri berdepan pelbagai situasi yang andai tersilap percaturan, mungkin memakan diri.

Apatah lagi dengan kedudukannya sebagai penyanyi terkenal, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah imej barunya itu mempengaruhi kerjaya seni. Adakah Siti selepas ini akan membataskan gerak-gerinya hanya kerana dirinya berhijab?

Saat diajukan persoalan ini kepada si empunya diri, Siti mengakui perkara itulah yang sering bermain di fikiran selepas bertudung litup.

"Banyak perkara yang perlu Siti nilai kembali selepas berhijab. Sebagai penyanyi, ada ketika, Siti perlu menari. Siti tak mahu situasi itu mencetuskan perasaan tidak senang lebih-lebih lagi selepas Siti mengenakan tudung litup.

"Mungkin selepas ini Siti akan mengikut gaya penyanyi Adele yang tidak perlu banyak bergerak ketika membuat persembahan, sebaliknya suara dan lagu-lagunya sudah cukup hebat.

"Disebabkan itulah SitI perlu memikirkan lebih awal konsep untuk album yang akan datang supaya dapat disesuaikan dengan penampilan Siti," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman persembahan sempena Minggu Setiausaha - Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Menurut Siti, walau apapun kesukaran yang perlu ditempuh, dia berpuas hati kerana apa yang diimpikan akhirnya termakbul.
"Memang dari dulu lagi Siti impikan untuk mengenakan tudung litup iaitu selepas Siti menunaikan ibadat Haji. Akhirnya, impian itu tercapai selepas melalui pelbagai fasa iaitu bertudung, berselendang dan akhirnya bertudung litup.

"Suami Siti suka dengan penampilan terbaru ini," dedah penyanyi berusia 33 tahun ini.

Single baru, Galau kurang menyengat?

Selepas lagu Muara Hati yang dinyanyikan secara paduan suara dengan Hafiz, Siti muncul dengan single berjudul Galau yang julung kali diperdengarkan ketika konsert sulungnya di Gambang, Kuantan, tahun lalu.

Namun, entah di mana silapnya, lagu itu agak kurang menyengat jika mahu dibandingkan dengan kebanyakan lagu cinta yang pernah didendangkan Siti.

Menjawab persoalan itu, Siti berkata sebagai penyanyi, dia berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin.

"Lagu itu adalah projek khas Siti bersama Universal Records dan untuk pasaran digital. Pihak syarikat rakaman yang mahukan Siti menyanyikan lagu itu.

"Sebagai penyanyi, Siti berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin dan selebihnya Siti serahkan pada pendengar," ujarnya.

Luahan politik sekadar pandangan rakyat

Melihat trend artis yang makin ramai berhijrah, ada antara mereka mula diintai parti politik untuk menyampaikan ceramah motivasi. Apakah Siti tidak terkecuali didatangi pihak yang mahu Siti melakukan perkara sama?

"Setakat ini, tidak ada yang meminta saya berbuat demikian. Siti juga tidak bersedia untuk menceburi bidang politik walaupun kebanyakan tweet saya berbaur politik.

"Apa yang saya tulis adalah ada sekadar suara seorang rakyat dan tidak bermaksud apa-apa," tegas Siti menyatakan pendiriannya. H2

Siti nyanyi selepas rehat tiga bulan

Sementara itu, mengulas persembahan yang bakal dijayakannya pada 11 April depan, Siti berkata, ia bakal memberi kenangan terindah kepada peminat selepas tiga bulan berehat menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang sakit akibat kemalangan jalan raya di New Zealand.

"Sepanjang lebih sejam persembahan, Siti akan menyampaikan juga lagu popular semasa. Tidak ketinggalan, lagu Siti sendiri seperti yang Siti lakukan pada persembahan Pink Jazzy Affair tempohari apabila Siti nyanyi lagu Skyfall yang cukup popular ketika itu." katanya yang bakal diiringi pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, persembahannya itu adalah eksklusif kerana itu adalah satu-satunya persembahan sempena Minggu Setiausaha yang dijayakannya, tahun ini.

Selain mendengar nyanyian Siti, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh bekas peserta program One In A Million, Lokman Aslam dan pertunjukan fesyen oleh Cosry Design.

Tiada sebab nak curang

Posted: 14 Feb 2013 01:23 PM PST

Kerap dikaitkan punya skandal dengan ramai wanita, Fauzi Nawawi yang juga suami pelakon, Lisdawati, tidak memandang serius dakwaan orang sebaliknya berbangga apabila tetap dilihat laris walau sudah punya enam anak.

Akuinya, sejak terbabit dalam dunia hiburan belasan tahun lalu, dia seakan sudah lali berdepan dengan segala macam tohmahan.

"Kadangkala saya tergelak juga membaca gosip mengatakan saya ada ramai kekasih gelap. Kalau sekali dua tidak mengapa. Ini tidak, satu demi satu cerita menggelikan hati timbul.

"Tetapi dalam usia 40 tahun, berstatus suami orang serta dikurniakan anak yang sudah berderet, sedikit sebanyak saya berasa bangga kalau dilabel tetap laku sampai dapat 'memancing' hati ramai wanita," katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksi khas Hari Kekasih barang kemas Pandora di Ampang.

Tambahnya, dia kini bahagia dengan kehidupan bersama isteri tersayang selain anak-anak, termasuk cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu yang semakin remaja, hingga tiada sebab untuknya berlaku curang.

"Dalam rumah tangga, sudah jadi adat kalau ada sedikit rasa merajuk. Tetapi itu perkara biasa, tidaklah sampai kami membuka mulut bercerita masalah kepada orang lain walaupun ibu sendiri.

"Bagi saya, Lis (Lisdawati) antara penyokong kuat malah dialah kawan dan dia juga pengkritik hasil kerja saya yang paling tulus. Dalam kerja mahu pun rumah tangga, kami umpama sebuah pasukan yang kuat.
"Sebagai ibu, dia sebenarnya lebih tegas, malah segala-galanya sama rata tidak kira anak sendiri mahu pun anak tiri manakala saya lebih fleksibel. Jadi apabila saya memanjakan anak, nampak dialah yang garang," kongsinya sambil tertawa.

Keluarga faham dunia artis

Melihat luaran, Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 tampak serius, namun hakikatnya dia memang selamba serta mudah mesra tidak kira dengan sesiapa pun.

Sebagai lelaki berstatus suami dan bapa, sudah pasti sedikit sebanyak kisah skandal itu terpercik kepada keluarga, apatah lagi anak-anak sudah semakin dewasa dengan si sulung sudah mencecah 18 tahun.

Namun Fauzi bersyukur apabila mereka cukup memahami asam garam insan dalam dunia seni, bahkan sentiasa mengingatkan setiap cahaya matanya supaya mengejar ilmu untuk berjaya dalam hidup.

Tak pernah mengurat Rita

Diminta menyentuh mengenai isu berbalas kenyataan dengan Rita Rudaini berikutan kenyataan wanita itu yang mendakwa boleh berlakon dengan isterinya asalnya Fauzi tidak berada di lokasi, nyata dia enggan memanaskan lagi keadaan.

Sebagai individu yang tiada kaitan dengan isu lama membabitkan pergaduhan antara Rita dan Lisdawati kira-kira tujuh tahun lalu, Fauzi sendiri tertanya-tanya masalah sebenar wanita berkenaan hingga memberi peringatan seumpama itu, yang tentu saja menimbulkan pelbagai tanggapan kurang enak di kalangan orang luar.

"Biarlah dia dengan segala macam peringatan dan kenyataan. Masyarakat boleh menilai siapa profesional atau tidak. Kalau diminta berlakon dengannya, saya tiada masalah pun sebab saya tidak pernah cuba menguratnya, dulu atau sekarang.

"Kalau ada yang mendakwa kami pernah bercinta atau menjalin cinta tiga segi sebelum saya dan Lis berkahwin, cerita itu juga tidak benar. Jadi saya tak tahu apa masalahnya? Kalau ikutkan, selepas pergaduhan mereka dulu, saya berkahwin dengan Lis dan kami terus bahagia sampai sekarang.

"Bukanlah saya mahu membandingkan rumah tangga kami dengan situasi yang dialaminya kini, tetapi cukup-cukuplah... Saya harap Rita faham maksud saya," katanya penuh bermakna.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela

Posted: 14 Feb 2013 02:07 PM PST

Posted: 15 February 2013 at 6:07 am  

Gambar petunangan Fizz Fairuz

Umum mengetahui yang Fizz Fairuz kini sudahpun bertunang dengan kekasihnya, Azlyn Massiela pada hari Ahad, 10 Februari yang lalu.. Majlis pertunangan Fizz Fairuz yang diadakan secara senyap itu telah diadakan di rumah keluarga tunangnya di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang dengan jayanya..

Memandangkan majlis pertunangan Fizz Fairuz diadakan secara tertutup, tidak banyak gambar yang kami peroleh, hanya beberapa keping gambar pertunangan mereka yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat kami kongsikan di bawah..

Jadi, buat peminat Fizz Fairuz jom kita layan beberapa keping gambar ketika majlis pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela ni berlangsung..

Khamis, 14 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ana doa Riz bahagia

Posted: 13 Feb 2013 07:29 AM PST

Pelakon, Ana Dahlia, langsung tidak terkesan apabila dimaklumkan mengenai gambar intim bekas suaminya, Chef Riz, 31, dengan seorang gadis jelita.

Mengetahui penyebaran gambar yang dimuat naik di laman sosial peribadi milik lelaki itu sendiri daripada rakan media, kata wanita cantik ini, tiada perkara pelik mengenai paparan terbabit.

Baginya masing-masing sudah punya kehidupan sendiri apatah lagi sejak bercerai secara sah 10 Disember tahun lalu, mereka langsung tidak berhubung atau terserempak biarpun dia masih rapat dengan keluarga bekas mentua, terutama Datuk Chef Wan.

Namun Ana atau nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 29, tetap mendoakan kebahagiaan lelaki yang sempat bergelar suaminya selama setahun itu selain berharap Chef Riz lebih fokus walau siapa pun pilihan hatinya nanti.

Tidak perlu saya komen perkara ini. Dia ada kehidupan sendiri, begitu juga saya. Tetapi baguslah kalau dia sudah bertemu orang baru. Selama ini pun dia punya ramai teman. Cuma saya harap selepas ini dia lebih fokus kepada yang satu, katanya pada majlis pengumuman drama baru untuk slot Ratu, Aurora, Skrin Di 9 dan Mutiara TV9.

Keluarga, teman ceriakan hidup

Diminta mengulas maksud fokus dengan lebih mendalam, bintang drama berantai Kerana Lelaki Itu hanya mampu tersenyum dan menyatakan, tidak wajar untuk dia memperbesarkan hal berkenaan.
Enggan memikirkan cinta baru, tumpuan pelakon yang dicungkil daripada program realiti Pilih Kasih itu kini cuma satu, iaitu mahu terus melangkah maju dalam kerjaya seni yang dirasakan baru hendak bertatih.

Hampir tidak terasa dua bulan kembali solo kerana di sekeliling saya sentiasa ada insan yang menceriakan termasuk keluarga dan teman karib. Tipulah kalau tidak sedih, tetapi untuk apa kita biarkan jiwa dimamah luka?

Emak selalu berpesan, jangan tonjolkan duka di depan orang. Lihat, saya masih seperti dulu, gigih bekerja dan tetap punya misi. Kehilangan status isteri tidak bermakna hidup kita musnah, ucap Ana tegas, namun penuh rasa jujur.

Terima ujian Tuhan

Tidakkah takut berhadapan persepsi masyarakat selepas dua kali gagal dalam perkahwinan sekali gus menyandang lagi gelaran janda? Wanita berjiwa keras ini secara terbuka memaklumkan insan sekeliling kini lebih bersikap terbuka dan tidak cepat menjatuhkan hukum.

Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya ketentuan Tuhan. Siapa yang sanggup melalui pengalaman sebegini, namun saya perlu kuat. Allah beri ujian kerana tahu kita mampu menempuhinya, tambahnya bagai langsung tiada duka yang pernah singgah di hati.

Andai tidak sibuk di lokasi, Ana lebih senang melakukan pelbagai aktiviti menggembirakan hati di rumah, termasuk memasak yang menjadi antara terapi peribadi.

Ana dan Riz mengambil keputusan mengikat pertunangan hanya selepas sebulan mengenali hati budi dan mereka diijabkabulkan pada 11 Disember 2011 manakala sah bercerai sehari sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.

Sementara itu, pelakon drama bersiri Kerana Lelaki itu dinasihatkan berehat seketika selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di ibu negara, kelmarin.

Walaupun kereta yang dipandunya remuk, Ana tidak mengalami kecederaan teruk.

Shila mula hidup baru

Posted: 13 Feb 2013 07:24 AM PST

Andai Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.

Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar... Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman), tulis penyanyi yang mencetuskan kontroversi itu selepas menghilangkan diri, minggu lalu.

Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.

Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih.

Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.

Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya.

Sekadar cari ketenangan
Kemelut hubungan pasangan terbabit mula timbul apabila aktor itu memberi kenyataan merisik Shila, tetapi tidak mendapat reaksi bapanya yang kemudian menegaskan dia lebih selesa anaknya memberi perhatian terhadap kerjaya berbanding cinta, malah dikatakan mengelak bertemu Sharnaaz.

Konflik mereka terus hangat apabila Shila pula memperjelas situasi sebenar menerusi surat terbuka kepada media, tetapi pihak Sharnaaz membidas tindakan itu yang disifatkan tidak matang dan hanya dikawal keluarga.

Kemuncaknya, Shila yang bersuara menerusi Twitter dilaporkan menghilangkan diri dari rumah berikutan laporan polis dibuat bapanya seperti dilaporkan BH Ahad lalu. Pada hari sama dia ditemui di Kemaman, Terengganu.

Terdahulu, menerusi laman sosial sama Shila yang difahamkan ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi memeriahkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia memberi kenyataan dia bukan melarikan diri.

Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui... Saya bukan melarikan diri. Saya cuma mahu mencari ketenangan, jauh dari semua insan ini. Kenapa tak boleh? Tolong beritahu saya, luahnya, Ahad lalu.

Adakan kenduri kesyukuran

Tidak dapat didekati media kerana dikelilingi pengawal keselamatan selepas tamat persembahan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi tersohor, Psy, ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas.

Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga Juara Asian Wave itu mengesahkan ND Lala memang sedang mengatur sidang media yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat selain merancang mengadakan kenduri kesyukuran.

Rabu, 13 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Respon Almy Nadia Mengenai Pertunangan Fizz Fairuz Dengan Wanita Lain

Posted: 12 Feb 2013 07:09 AM PST

Posted: 12 February 2013 at 11:09 pm  

almy nadia

Pada awalnya, MyGosip sendiri pun macam tidak percaya yang Fizz Fairuz telah selamat bertunang dengan seorang gadis yang berasal daripada Kuantan, Pahang, Azlyn Massiela Mohd Nazar dan bukannya dengan kekasih hatinya, Almy Nadia.. Iya la selama bertahun-tahun Almy Nadia menunggu Fizz Fairuz melamarnya, tup tup dia bertunang dengan orang lain pula..

Almy Nadia yang ditanya oleh pihak media mengenai perkara ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut selagi Fizz Fairuz tidak membuka mulut mengenai pertunangannya dan mengapa mereka putus..

"Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, 'pulang paku ke buah keras'. Fikirkan"

"Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia (Fizz) kenapa dia bertunang dan kenapa kami berpisah,"

Almy Nadia yang terkilan dengan pertunangan itu turut menafikan yang dia mempunyai orang lain sehingga menyebabkan mereka putus.. Namun Almy Nadia menyifatkan hubungan mereka putus kerana Almy Nadia bukan orang kaya..

"Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah"

"Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain

"Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,"

MyGosip harap Almy Nadia tabah menghadapi dugaan ini.. Lepasni kita tunggu la apa pula respon Fizz Fairuz.. Apa-apa pun MyGosip ucapkan tahniah buat Fizz Fairuz kerana telah selamat bertunang.. semoga pertunangannya berkekalan sehingga di'ijabkabulkan kelak..

Sumber: Akhbar Harian Metro

Selasa, 12 Februari 2013

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Sharnaaz tidak mahu dikaitkan lagi dengan Shila KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pelakon Sharnaaz Ahmad sudah berpatah arang dan mahu melupakan terus kisah cintanya dengan penyanyi Shila Amzah. Malahan pelakon drama Juvana itu juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan...2013-02-12T19:20:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" kutip RM2.5 juta KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tatkala kutipan tiket filem-filem Melayu dikatakan merudum, filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" berjaya membuat kutipan tiket RM2.5 juta selepas empat hari tayangannya di pawagam...2013-02-12T16:30:28+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Artis dan peminat beradu di KUALA LUMPUR 12 Feb. - Hampir 20 artis popular negara akan beradu kekuatan tenaga dengan peminat mereka bagi menjayakan acara Amazing Race Mangga pada 16 Februari ini. Acara yang akan berlangsung di Institut...2013-02-12T14:01:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0212/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130212/hi_03/Artis-dan-peminat-beradu-di </image></item><item><title>Terluka dengan episod cerai SUKAR kami mengagak perasaan sebenar wanita ini ketika diajukan situasi sebenarnya ketika ini. Dia bertambah 'terkesima' saat disoal mengenai hal perkahwinannya yang telah kecundang beberapa bulan lalu.2013-02-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0212/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130212/hi_01/Terluka-dengan-episod-cerai </image></item><item><title>Anugerah pertama BUAT pertama kalinya selepas 11 tahun bergelar anak seni, Adi Putra kini berjaya meraih anugerah pertamanya di Anugerah Seri Temasek untuk kategori Anugerah Harapan dalam acara yang berlangsung di Singapura...2013-02-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Shila Amzah dihalang bercakap dengan media PULAU PINANG 11 Feb . - Penyanyi Shila Amzah yang membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri cuba dihalang bapanya, N.D. Lala daripada...2013-02-11T17:37:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZABRY MOHAMAD, AZELI ALI, MOHD. FIRDAUS ISMAIL dan MALINDA ABDUL MALIK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_10.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_10/Shila-Amzah-dihalang-bercakap-dengan-media </image></item><item><title>Aksi kuda Psy pukau warga Pulau Pinang PULAU PINANG 11 Feb . - Buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, Psy tampil mengadakan persembahan di negara ini sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri...2013-02-11T17:14:39+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZABRY MOHAMAD, AZELI ALI, MOHD. FIRDAUS ISMAIL danMALNDA ABDUL MALIK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_09/Aksi-kuda-Psy-pukau-warga-Pulau-Pinang </image></item><item><title>Masih ada 'ong' SEPERTI biasa sambutan Tahun Baru Cina datang lagi yang mana kali ini jatuh pada tahun ular. Biarpun tahun ular dikatakan kurang sesuai untuk melakukan banyak perkara termasuklah membabitkan perniagaan.2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABD. AZIZ ITAR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_01/Masih-ada-ong </image></item><item><title>AST hargai penggiat seni lama ADALAH sesuatu yang jarang untuk melihat sekumpulan penggiat seni veteran dari tiga negara berbeza berada di pentas yang sama untuk meraikan pengiktirafan kerjaya masing-masing. Namun itulah semangat yang...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_02/AST-hargai-penggiat-seni-lama </image></item><item><title>Album pertama AJL ANUGERAH Juara Lagu (AJL) tahun ini telah pun memasuki edisi ke-27 penganjurannya. Sepanjang tempoh itu, pertandingan lagu anjuran TV3 itu cuma sekadar disiarkan melalui saluran televisyen yang dimiliki...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_03/Album-pertama-AJL </image></item><item><title>Cubaan menipu peminat Beyonce TINDAKAN penyanyi popular Beyonce menulis lirik lagu yang mengisahkan tentang perpisahan antara seorang wanita dan pasangannya di laman sosial Facebook meninggalkan tanda tanya besar. Menurut laman hiburan...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_04/Cubaan-menipu-peminat-Beyonce </image></item><item><title>Banshee drama aksi terbaharu di Cinemax BERMULA jumaat ini di Cinemax (Saluran Astro 412), sebuah drama bersiri aksi terbaharu akan menemui peminat berjudul Banshee yang mengisahkan tentang sebuah pekan kecil di Pennsylvania, Amerika Syarikat...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_05/Banshee-drama-aksi-terbaharu-di-Cinemax </image></item><item><title>Lagu halang peminat bunuh diri LOS ANGELES 10 Feb. - Penyanyi R&B Ne-Yo mendedahkan bahawa dia pernah menerima ucapan terima kasih daripada seorang peminat kerana lagunya berjaya menghalang peminat tersebut daripada membunuh diri.2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Julianne Hough mahu bersederhana LOS ANGELES 10 Feb. - Aktres jelita Hollywood, Julianne Hough mengakui yang dia tidak akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran. Hal ini kerana, aktres tersebut lebih gemar bersikap sederhana...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Michelle Yeoh belum tetap tarikh kahwin IPOH 10 Feb. - Bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh (gambar) belum menetapkan tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Datuk Seri Jean...2013-02-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130211/hi_08/Michelle-Yeoh-belum-tetap-tarikh-kahwin </image></item><item><title>Jiwa galau Saleha PENGAKUAN putus cinta yang terpacul secara tidak sengaja dari mulutnya baru-baru ini nyata telah memakan diri. Malah empunya diri mengakui sejak kisah cinta yang baru dua bulan disemai dengan seorang jejaka...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_01/Jiwa-galau-Saleha </image></item><item><title>Neelofa, Tasha berdamai LEGA hati Joyah bila dapat tahu yang Neelofa dan Tasha Shila dah berdamai. Joyah tak mahu mengingatkan apa cerita yang berlaku antara mereka sebelum ini tapi hubungan mereka memang tak berapa nak baik.2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Eksklusif di konsert SYED tahu ramai yang memang tak sabar nak tunggu konsert penyanyi lelaki ini. Dengar khabarnya tiket-tiket untuk menyaksikan konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari dah nak habis terjual. Tapi awal...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_03/Eksklusif-di-konsert </image></item><item><title>Saya memang budak jahat PASTINYA Sharnaaz sudah sedia maklum mengenai surat terbuka yang dikemukakan oleh Shila. Boleh komen sikit? Ya saya tahu dan dah baca. Saya tahu orang ramai akan datang bertanya pada saya terutama dalam...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_04/Saya-memang-budak-jahat </image></item><item><title>Ibu mahu Neelofa kahwin lelaki soleh SAYA memang tak sangka diraikan lebih awal macam ni. Mula-mula saya difahamkan ada majlis bersama Petronas. Tak sangka pula ini merupakan kejutan yang dibuat untuk saya," kata Neelofa baru-baru ini. Dia...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_05/Ibu-mahu-Neelofa-kahwin-lelaki-soleh </image></item><item><title>Lima hari penuh makna Debaran 8 MacMENGAKUI sibuk selepas bergelar isteri, Liyana tersenyum simpul berkongsi perancangan bulan madunya. Menurut pelakon ini, definisi berbulan madu amat bermakna buat suaminya. "Dia mahu suasana...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_06/Lima-hari-penuh-makna </image></item><item><title>Saya masih aktif - Nancie Foo SAYA masih aktif dalam dunia perfileman dan drama Melayu sehingga ke hari ini kerana didorong dengan rasa minat yang mendalam," kata pelakon Nancie Foo pada pertemuan di kediamannya di ibu kota, petang...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_07/Saya-masih-aktif---Nancie-Foo </image></item><item><title>Pelakon Sahara kecewa KEMELUT yang melanda drama bersiri Sahara nampaknya berterusan lagi. Terbaru, drama yang disiarkan di Astro Prima itu dipercayai telah pun dihentikan tayangan pada episod ke-15 atas desakan pelbagai pihak.2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0210/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130210/hi_08/Pelakon-Sahara-kecewa </image></item><item><title>Sejarah, parodi dan filem SEJARAH bukanlah sesuatu yang sudah berlalu. Ia ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang, yang kemudiannya menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dan filem merupakan medium yang terbaik...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh HASSAN ABD. MUTHALIBKajilah watak dulu KEBERKESANAN dan kehebatan drama atau filem berkait rapat dengan watak-watak yang dibina, kemampuan pelakon serta kekuatan skrip. Ternyata kehebatan watak yang dibina dalam skrip tidak akan ke mana kalau...2013-02-10T02:31:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tasha sudah berpunya

Posted: 11 Feb 2013 08:44 AM PST

Selepas berkali-kali diajukan pertanyaan soal teman hidup, barulah gadis berusia 26 tahun ini akur. Dia akhirnya mengaku sedang bercinta dengan jejaka yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Pada mulanya, Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak, enggan bercakap soal cinta. Ini kerana dia takut dirundung kontroversi lagi.

Tapi selepas dipujuk barulah dia bercerita, tapi dia lebih suka merahsiakan identiti jejaka berkenaan.

"Saya tak mahu buka cerita cinta. Kalau ada pun, tunggulah nanti bagaimana.

Apa yang boleh saya katakan, dia bukan orang dalam industri seni dan dia memahami kerjaya Tasha.

"Dia juga menyokong apa yang saya buat, lagi pun memang saya tak suka lelaki yang mengongkong hidup saya," ujarnya.

Tasha ditemui ketika menjayakan sidang media drama terbarunya, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di Al-Halabi Lounge, Hotel JW Marriot di Kuala Lumpur, barubaru ini.
Berganding bersama Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Aiman Hakim Ridza, Sharizal Jaszle, Lydiawati dan Datuk Rahim Razali dalam drama terbitan Zeel Production, Tasha yang menghidupkan watak Ain Farohah teruja dengan drama bersiri pertamanya tahun ini.

Jika tahun lalu wajahnya banyak menghiasi telefilem, tahun ini, Tasha merancang kembali sibuk dengan drama bersiri pula.

Hampir sebulan menetap di Abu Dhabi untuk menjayakan penggambaran drama itu, Tasha yang kali pertama berkunjung ke negara itu, gembira dapat berlakon di tempat orang.

"Saya bukan saja menjayakan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, malah menjalani penggambaran telefilem Cinta Burj Al-Khalifa. Selepas selesai dengan dua penggambaran ini, saya akan terikat pula dengan drama Epilog Cinta Kirana.

"Jika lihat tahun lalu saya banyak buat telefilem, kali ini saya merancang memperbanyakkan drama episod," katanya.

Tasha turut mengajak peminat menonton aksinya dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

"Saya mencadangkan peminat menonton drama ini kerana ia mempunyai cerita yang hebat, macam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham," kata Tasha yang mahu fokus dengan kerjanya tahun ini.

Tergambar keceriaan pada wajah apabila diberitahu dirinya sudah tidak lagi dilanda kontroversi, akui Tasha, dia lebih gembira berbicara soal kerja dan hidup lebih tenang tanpa kontroversi.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zain Saidin Bercuti Bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio

Posted: 11 Feb 2013 05:30 PM PST

Posted: 12 February 2013 at 9:30 am  

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Sempena cuti panjang tahun baru cina ni, Zain Saidin nampaknya mengambil peluang untuk bercuti bersama kekasih tercinta, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan.. Pasangan kekasih, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dikatakan telah bercuti ke negara jiran, Singapore dan berjalan-jalan di Universal Studios Singapore (USS) kelmarin..

Tapi anda semua jangan salah faham.. mereka tidak pergi berdua sahaja tetapi pergi beramai-ramai termasuk la anak lelaki Rozita Che Wan, Zaquan Adha dan juga Ayu Raudhah.. Mungkin percutian ini untuk merapatkan lagi hubungan Zain Saidin bersama keluarga Rozita Che Wan kan…

Melalui akaun Instagram, mereka juga sempat berkongsi gambar percutian bersama di USS ni.. Jadi apa kata kita layan beberapa keping gambar percutian Zain Saidin bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio Singapore kat bawah ni…

ND Lala Halang Shila Amzah Bercakap Dengan Media

Posted: 11 Feb 2013 08:13 AM PST

Posted: 12 February 2013 at 12:13 am  

ND Lala Halang Shila Amzah Bercakap Dengan Media

Shila Amzah yang menghilangkan diri hampir seminggu, akhirnya muncul di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional pagi tadi.. Shila Amzah telah menghiburkan penonton dengan 4 buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu dan Forever Love, sekitar jam 11.15 pagi dan mendapat tepukan gemuruh dari hampir 80,000 penonton yang hadir..

Apa yang menariknya, selepas Shila Amzah selesai membuat persembahan, dia yang pada mulanya bersetuju untuk ditemu bual oleh wartawan bagaimanapun dihalang oleh bapanya, ND Lala daripada memberi sebarang kenyataan mengenai kontroversi yang melanda..

Kamu hendak tanya apa? Macam inilah… saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan. ?Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak,"

Shila Amzah yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dia dibawa pergi sambil dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan..

Isnin, 11 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Shila Amzah Ditemui Di Kemaman Terengganu Dalam Keadaan Selamat

Posted: 10 Feb 2013 04:30 PM PST

Posted: 11 February 2013 at 8:30 am  

shila amzah dan nd lala

Shila Amzah yang menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah sejak balik dari Shanghai minggu lepas akhirnya telah berjaya ditemui di kemaman, Terengganu malam semalam… Shila Amzah dikatakan ditemui dalam keadaan selamat oleh ND Lala selepas bapanya itu membuat laporan polis pagi kelmarin mengenai kehilangan anak sulungnya itu..

Difahamkan, Shila Amzah telah menghubungi bapanya untuk memberi tahu lokasi persembunyian selepas berita kehilanganya disiarkan di akhbar..

Sementara itu, melalui akaun twitter milik Shila Amzah, dia memberi tahu yang dia tidak melarikan diri, tetapi hanya mahu bersendirian dan tenangkan diri dari semua masaalah yang melanda..

You have no idea what I've went through.. I didn't ran away.. I just want a peace of mind away from all these people. Why can't I?tell me.

Shila Amzah juga akan berada di Pulau Pinang hari ini bersama penyanyi sensasi dunia, Park Jae-sang atau Psy bagi menjayakan persembahan rumah terbuka Tahun Baru Cina disana.

Gambar Di Majlis Pertunangan Pierre Andre Dan Nurhidayah

Posted: 10 Feb 2013 05:51 AM PST

Posted: 10 February 2013 at 9:51 pm  

Pierre Andre bertunang

Tahniah buat hero Malaysia, Pierre Andre kerana telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Nurhidayah semalam (9 feb).. Akhir tahun lalu, Pierre Andre ada menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan gadis yang berasal dari Johor dan nampaknya Majlis pertunangan mereka telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan..

Sama cantik dan sama padan, itulah yang boleh kami katakan buat pasangan Pierre Andre dan Nurhidayah ni.. Daripada gambar yang dikongsikan oleh metrowealth, Jelas kita lihat Khatijah Tan yang juga ibu kepada Pierre Andre adalah insan yang paling gembira sekali di hari bersejarah itu..

Sama-sama la kita doakan agar pertunangan mereka ini akan berkekalan sehingga diijabkabulkan kelak.. Apa-apa pun buat peminat Pierre Andre, jom kita layan gambar disekitar majlis pertunangan Pierre Andre kat bawah ni…

Ahad, 10 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aaron + Saleha bermain emosi

Posted: 09 Feb 2013 08:26 AM PST

Aaron tidak peduli fitnah, Siti Saleha masih tak percaya KETIKA nama Aaron Aziz meniti puncak, ada saja fitnah bertebaran mengenainya. Dulu, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tahun lalu itu pernah dikaitkan dengan isu gay diikuti pura-pura sakit ketika mengacarakan program Fear Factor Malaysia, suka promosi diri dan semakin berlagak selepas namanya dijulang.

Tertekan memang tertekan, itu memang sudah menjadi lumrah. Itulah asam garam apabila bergelar anak seni. Ada saja mata memerhati dan mulut yang menyampaikan cerita bukan-bukan.

Melenting dan melontarkan kemarahan bukanlah prinsip bapa kepada tiga cahaya mata itu. Apa saja fitnah yang dijaja, biarpun menjatuhkan air mukanya dan keluarga, Aaron tetap tenang menghadapinya.

Itulah Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tidak cepat melatah, emosional dan marah tidak tentu pasal. Ketenangan yang dimiliki itulah menyebabkan orang yang menyimpan perasaan hasad dengki terhadapnya semakin lantang menyebarkan cerita dusta.
Dengan suara perlahan, Aaron yang kini sibuk mempromosikan filem terbarunya, Kerat 14 arahan Arjin Uppal menyifatkan mereka seperti anjing menyalak bukit tetapi bukit tidak akan runtuh.

"Saya masih Aaron yang dulu. Tiada apa yang mengubah kehidupan dan pendirian saya biarpun nama dijulang.

"Saya sudah lali dengan fitnah. Biarpun kecewa dan ada ketikanya menanggung malu yang teramat, tapi saya pendamkan saja. Mujurlah Diyana Halik (isteri) dan keluarga memahami.

" Kekuatan saya adalah semangat dan dorongan keluarga. Kadang kala isteri saya juga terseret dengan cerita yang tidak masuk akal," katanya.

Syak ada komplot mahu menjatuhkan

Aaron tidak menafikan penyebar fitnah itu seolah-olah mahu menjatuhkan kerjayanya, terutama ketika peminat sedang membuat undian ABPBH2012.

Bila saya fikir semula, sedangkan Rasullullah SAW pun berdepan dengan ancaman dan fitnah, apatah lagi kita sebagai manusia biasa," katanya.

Pelakon ini ditemui ketika menjayakan sesi fotografi bersama Siti Saleha untuk mempromosikan filem Kerat 14 terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Real Reel Pictures.

Pesona serta karisma dua selebriti terkenal yang dicalonkan dalam ABPBH 2012 turut diserlahkan dengan koleksi berlian, Empress Collection dan Men's Collection dari Habib Jewels.

Aaron dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular, manakala Siti Saleha pertama kali membolosi senarai pencalonan akhir bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Habib Jewels adalah penaja emas ABPBH 2012, manakala Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd sebagai penaja perak.

Cemas lakukan adegan di jalan raya

Menyentuh mengenai filem Kerat 14, Aaron berkata filem genre misteri, thriller dan aksi sarat dengan permainan emosi apabila dirinya membawa watak sebagai pembunuh.

"Pengalaman luar biasa apabila jadi pembunuh kejam yang mengerat 14 bahagian badan manusia. Saya terlebih dulu membuat kajian untuk menjiwai watak Haziq dengan menonton filem Hollywood seperti Red Dragon, Silence Of The Lambs, Hannibal dan banyak lagi.

"Filem ini bukan hanya sarat dengan emosi apabila membunuh tanpa niat, tapi aksinya juga lasak. Adegan kejar mengejar di jalan raya menjadi pengalaman baru buat saya. Bukan mudah dilakukan kerana membabitkan keselamatan pengguna lain, tapi pengarahnya, Arjin mampu merealisasikan tanpa mengancam nyawa sesiapa," katanya.

Aaron teruja bekerja dengan Arjin, biarpun seorang pengarah muda. Arjin dianggap sebagai seorang yang lincah, bersemangat dan tutur katanya juga menyenangkan.

Cerita filem Kerat 14 hanya berkisar dalam sehari, dari hari kejadian pembunuhan sehinggalah ditangkap. Saya sudah melakonkan banyak karakter, jadi pembunuh pun pernah tapi filem Kerat 14 cukup berbeza sentuhannya.

"Emosinya sering naik turun menyebabkan saya perlu konsisten dalam menjiwai watak Haziq bagi memastikan penonton tidak bosan," katanya yang akan bergelar pengarah filem, hasil kerjasama dengan Ahmad Idham tidak lama lagi.

Bukan pertama kali

Gadis berdarah campuran Melayu-Belanda-Inggeris, Siti Saleha Mohd Baharum, mengakui tidak timbul dirinya menumpang populariti Aaron apabila mereka sudah empat kali digandingkan.

Dia pernah digandingkan dengan Aaron dalam drama Nora Elena dua tahun lalu.
"Kali pertama kami digandingkan dalam drama Habil & Qabil, diikuti Nora Elena, Kekasih Awal Akhir dan filem Kerat 14. Kali pertama bertemu Aaron, saya lihat Aaron, seorang bapa bertanggungjawab dan penyayang.

"Dalam lakonan, Aaron boleh menukar karektor dengan sekelip mata menjadi watak yang dikehendaki. Saya pula yang kalau ada yang beranggapan mahu menumpang populariti Aaron.

"Maklumlah, dia pernah dipilih sebagai Bintang Paling Popular. Hakikatnya, kami sudah lama kenal dan berlakon bersama sehingga drama Nora Elena masih diperkatakan sehingga hari ini.

"Saya percaya kekuatan drama Elena menyebabkan nama saya dipilih dalam senarai lima popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012," jelas Siti Saleha.

Menurut gadis berusia 23 tahun ini, pemilihannya dalam senarai Top 5 ABPBH tahuni dianggap sebagai rezeki untuk dirinya.

Terima kasih kelab peminat

Bagaimanapun, dia tidak mengharapkan kemenangan kerana berasakan sudah memadai dipilih dalam senarai Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan nama besar seperti Neelofa, Fasha Sandha, Izara Aishah dan Nabila Huda.

"Terima kasih kepada Kelab Peminat Team Siti Saleha. Sokongan mereka meletakkan diri saya sehingga tahap hari ini.

"Saya tidak pernah anggap diri popular. Belum sampai tahap itu, tapi apabila dapat membolosi lima pelakon televisyen popular, saya memang terkejut. Saya fikir duduk di tangga 20 popular pun sudah memadai," kata merendah diri.

Watak mencabar diri

Mengenai 4 Kerat, Siti Saleha berharap filem itu dapat membuka ruang buatnya mengembangkan bakat ke dunia layar perak selepas empat tahun bergelar pelakon.

"Watak Nurzara banyak bermain dengan emosi apabila terjebak dengan kes pembunuhan kejam. Saya melalu tiga peringkat dalam lakonan iaitu seorang gadis naïf, melalui episod cemas dan buntu serta paling mencabar, bermain dengan emosi dalaman.

"Paling sukar apabila Nurzara berdepan dengan mayat yang dikerat 14 bahagian badan dalam rumahnya. Apabila meletakkan diri sebagai Nurzara, saya dapat rasakan detik-detik sukar dalam hidup apabila terperangkap dengan kes pembunuhan," katanya.

Menurutnya, dia mahu mencabar diri dengan membawa watak berat dan berbeza dengan watak yang pernah dimainkan sebelum ini.

"Arjin juga tidak tidak terlalu mengawal kerana lakonan beremosi tidak boleh dikawal. Bagaimanapun, saya suka pada cara pengarahan Arjin. Dia tidak pernah memberi tekanan pada saya kerana dia tahu watak Nurzara berat," katanya yang turut membintangi filem Pak Pong, KL Zombie, Bravo 5, Pencinta dan Mamak Cupcake.

Selain Aaron dan Siti Saleha, filem Kerat 14 turut dibintangi Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Arash Mohd serta memperkenalkan dua bintang baru, Ali Aramidan Arrora Salwa.

Filem 14 Kerat akan menemui penonton di pawagam pada 14 Februari.

Info Aaron
NAMA: Aaron Mustapha Aziz
USIA: 37 Tahun
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Singapura
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 9, Dewi Ariana, 7, dan Dahlia Arissa, 3.
ANTARA FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Shh.. Dia Datang, Bohsia.. Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, Dua Alam, KL Gangster, Ombak Rindu, KL Gangster 2, Kerat 14 & Tyckooun
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005), Bintang Paling Popular ABPBH 2011 & Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011.

Info Siti Saleha
NAMA PENUH: Siti Saleha Mohd Baharum
USIA: 23 Tahun
TARIKH LAHIR: 14 Mac 1990
ASAL: Basildon, England
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Inti College, Subang Jaya, Selangor
KOMERSIAL: Maxis, Celcom dan Hotlink
DUTA: Palmolive dan Enchaunter
DRAMA: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kabir & Habir, Kapten Boleh, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Kecuali Cintamu, 7 Hari Ke Neraka, Aku Untuk Siapa, Semadikan Roh Aku, Izan Azizan dan Nora Elena
FILEM: Kerat 14, Pak Pong, Bravo 5, KL Zombie, Pencinta & Mamak Cupcake.

Solekan & Dandanan Siti Saleha: Nilda
Busana Siti Saleha: Wan Pa (www.wanpa.com.my)
Pakaian Aaron - Fairuz Ramdan
Tajaan barang kemas: Empress Collection dan Men's Collection, Habib Jewels

Antara mesej dan hiburan

Posted: 09 Feb 2013 08:18 AM PST

Kritikan sosial secara bersahaja Mamat Khalid menerusi Usin Mon dan Hantu Jin Toncit

"Kalau hendak berhibur, filem ini ada hiburannya, saya sudah buat untuk itu, tetapi kalau nak cari apa mesejnya, memang ada banyak cerita dalam filem ini."

Itulah antara kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Mamat Khalid ketika menjawab soalan daripada media mengenai filem karyanya. Sememangnya, filem arahan Mamat apabila ditonton daripada lapisan luar sahaja, ia dianggap sebagai filem komedi, merapu, merepek dan mungkin juga beranggapan entah apa-apa.

Bermula dari Lang Buana, Man Laksa, Rock, Estet, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan terbaru Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit, semuanya dipersembahkan dalam bentuk komedi.

Mungkin filem Kala Malam Bulan Mengambang yang dihasilkan dalam bentuk hitam putih, boleh dianggap sebagai cerita Mamat yang agak 'serius dan berat'.

Namun begitu, di sebalik komedi, filem-filem Mamat Khalid bersifat simbiotik dan metafora yang sarat dengan sindiran tajam. Filem Lang Buana, misalnya, adalah komedi satira yang menyindir dunia politik semasa ketika itu.
Di sebalik gelak ketawa dan hiburan pentas dalam filem Man Laksa yang dianggap ringan, ia juga adalah filem metafora betapa orang Melayu suka berhibur tatkala orang Cina (lakonan Loloq sebagai pemilik generator dan menyediakan pentas) menguasai ekonomi.

Filem Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit yang mula ditayangkan pada 7 Februari lalu, sebenarnya bukanlah sambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Kak Limah dalam Hantu Jin Toncit sudah menjadi manusia waras, sudah pulih daripada ketidaksiumannya.

Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit adalah satu lagi 'teguran' dan kritikan Mamat terhadap sikap serta pemikiran orang Melayu yang percayakan kepada tahyul dan khurafat - dalam hal ini hantu bunian.

Malahan filem ini juga mengangkat tentang sikap orang Melayu yang hendak kaya dengan cepat tanpa perlu berusaha keras. Untuk tujuan itu, orang Melayu lebih suka atau mudah terpedaya menyertai Skim Cepat Kaya sehingga akhirnya muflis dan papa kedana. Watak Usin (lakonan Awie) yang balik kampung dengan kereta buruk adalah simbol kepada kebodohan orang Melayu yang hendak kaya dengan cepat.

Masyarakat pula sangat 'judgemental' iaitu suka menghukum orang yang ditimpa malang tetapi berwajah manis dan berkedudukan semuanya diterima walaupun tidak diketahui hujung pangkalnya. Inilah yang berlaku pada Usin yang ditimpa masalah hutang.

Orang kampung pula begitu mengagumi Dr Samsudin walaupun tidak tahu entah daripada mana asal usulnya. Sebaliknya cepat sangat percaya hanya kerana bergelar Doktor.

Di sebalik gelak dan tawa, Usin Mon dan Hantu Jin Toncit juga turut memaparkan bagaimana perbuatan syirik masyarakat dulu seperti membuat 'perjanjian' dengan makhluk ghaib (mungkin syaitan) ketika membuka sesuatu kawasan, tetapi janji itu tidak ditunaikan.

Ini mungkin pelik dalam hidup kita tapi ia masih berlaku dan perbuatan syirik masyarakat terdahulu itu ditanggung oleh generasi akan datang.

Tidak dinafikan ramai akan membandingkan filem ini dengan HKLBR. Ada yang beranggapan ia tidak sehebat dengan HKLBR. Ini bergantung kepada persepsi. Filem Usin Mon dan Hantu Jin Toncit bukanlah cerita sambungan 'secara langsung' dengan HKLBR.

Dilihat daripada judulnya saja, filem ini lebih menjurus kepada siapa Usin dan Mon. Siapa pula yang dimaksudkan sebagai Hantu Jin Toncit?

Seperti yang dinyatakan Mamat gemar mengetengahkan unsur simbiotik dalam filem arahannya. Hantu dalam ceritanya sama ada Zombie Kampung Pisang, HKLBR dan Usi Mon dan Hantu Jin Toncit disimbolkan sebagai manusia yang 'sudah rosak dan sesat'. Manusia yang 'sesat dan rosak' ini sering menakutkan manusia normal untuk sama-sama sesat. Dan hantu juga tidak semestinya bersifat hodoh kerana ramai antara kita tidak tahu apa sebenarnya rupa hantu.

Menyelitkan lagu Lamunan Terhenti yang digubah semula susunan susunan lagunya dan dinyanyikan semula oleh Awie bersama Ezlynn menyedapkan lagi perjalanan cerita dan menjadikan Usin, Mon dan Hantu Jin Toncit lebih menghiburkan.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Abby Abadi Ziarah Anak Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Posted: 09 Feb 2013 05:44 AM PST

Posted: 9 February 2013 at 9:44 pm  

abby abadi lawat anak memey suhaiza

Umum mengetahui yang Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak lelaki pada 1 Februari yang lalu.. Apa yang menariknya, Abby Abadi telah datang menziarahi Memey Suhaiza dan bayi yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim tu baru-baru ini.. Hubungan yang dulunya begitu keruh nampaknya betul-betul sudah kembali jernih..

Melalui akaun instagram milik Abby Abadi, beliau telah memuat naik gambar dirinya mendukung Darwisz Hakim, anak pertama Memey Suhaiza.. Abby juga mengatakan yang dia hendak memanggil anak Memey itu dengan pangilan Darwish yang mempunyai maksud lebih islamik..

Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud 'Yang Warak' . Hakim bermaksud 'Yang bijaksana'

Dalam pada masa yang sama, Abby Abadi juga berharap yang hubungan baiknya bersama Memey akan berkekalan selamanya..