Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Feb 2013 07:29 AM PST Pelakon, Ana Dahlia, langsung tidak terkesan apabila dimaklumkan mengenai gambar intim bekas suaminya, Chef Riz, 31, dengan seorang gadis jelita. Mengetahui penyebaran gambar yang dimuat naik di laman sosial peribadi milik lelaki itu sendiri daripada rakan media, kata wanita cantik ini, tiada perkara pelik mengenai paparan terbabit. Namun Ana atau nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 29, tetap mendoakan kebahagiaan lelaki yang sempat bergelar suaminya selama setahun itu selain berharap Chef Riz lebih fokus walau siapa pun pilihan hatinya nanti. Tidak perlu saya komen perkara ini. Dia ada kehidupan sendiri, begitu juga saya. Tetapi baguslah kalau dia sudah bertemu orang baru. Selama ini pun dia punya ramai teman. Cuma saya harap selepas ini dia lebih fokus kepada yang satu, katanya pada majlis pengumuman drama baru untuk slot Ratu, Aurora, Skrin Di 9 dan Mutiara TV9. Keluarga, teman ceriakan hidup Diminta mengulas maksud fokus dengan lebih mendalam, bintang drama berantai Kerana Lelaki Itu hanya mampu tersenyum dan menyatakan, tidak wajar untuk dia memperbesarkan hal berkenaan. Hampir tidak terasa dua bulan kembali solo kerana di sekeliling saya sentiasa ada insan yang menceriakan termasuk keluarga dan teman karib. Tipulah kalau tidak sedih, tetapi untuk apa kita biarkan jiwa dimamah luka? Emak selalu berpesan, jangan tonjolkan duka di depan orang. Lihat, saya masih seperti dulu, gigih bekerja dan tetap punya misi. Kehilangan status isteri tidak bermakna hidup kita musnah, ucap Ana tegas, namun penuh rasa jujur. Terima ujian Tuhan Tidakkah takut berhadapan persepsi masyarakat selepas dua kali gagal dalam perkahwinan sekali gus menyandang lagi gelaran janda? Wanita berjiwa keras ini secara terbuka memaklumkan insan sekeliling kini lebih bersikap terbuka dan tidak cepat menjatuhkan hukum. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya ketentuan Tuhan. Siapa yang sanggup melalui pengalaman sebegini, namun saya perlu kuat. Allah beri ujian kerana tahu kita mampu menempuhinya, tambahnya bagai langsung tiada duka yang pernah singgah di hati. Andai tidak sibuk di lokasi, Ana lebih senang melakukan pelbagai aktiviti menggembirakan hati di rumah, termasuk memasak yang menjadi antara terapi peribadi. Ana dan Riz mengambil keputusan mengikat pertunangan hanya selepas sebulan mengenali hati budi dan mereka diijabkabulkan pada 11 Disember 2011 manakala sah bercerai sehari sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan pertama. Sementara itu, pelakon drama bersiri Kerana Lelaki itu dinasihatkan berehat seketika selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di ibu negara, kelmarin. Walaupun kereta yang dipandunya remuk, Ana tidak mengalami kecederaan teruk. |
Posted: 13 Feb 2013 07:24 AM PST Andai Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan. Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar... Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman), tulis penyanyi yang mencetuskan kontroversi itu selepas menghilangkan diri, minggu lalu. Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih. Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa. Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya. Sekadar cari ketenangan Konflik mereka terus hangat apabila Shila pula memperjelas situasi sebenar menerusi surat terbuka kepada media, tetapi pihak Sharnaaz membidas tindakan itu yang disifatkan tidak matang dan hanya dikawal keluarga. Kemuncaknya, Shila yang bersuara menerusi Twitter dilaporkan menghilangkan diri dari rumah berikutan laporan polis dibuat bapanya seperti dilaporkan BH Ahad lalu. Pada hari sama dia ditemui di Kemaman, Terengganu. Terdahulu, menerusi laman sosial sama Shila yang difahamkan ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi memeriahkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia memberi kenyataan dia bukan melarikan diri. Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui... Saya bukan melarikan diri. Saya cuma mahu mencari ketenangan, jauh dari semua insan ini. Kenapa tak boleh? Tolong beritahu saya, luahnya, Ahad lalu. Adakan kenduri kesyukuran Tidak dapat didekati media kerana dikelilingi pengawal keselamatan selepas tamat persembahan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi tersohor, Psy, ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas. Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga Juara Asian Wave itu mengesahkan ND Lala memang sedang mengatur sidang media yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat selain merancang mengadakan kenduri kesyukuran. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |